'baiklah semua sekarang tibanya masa untuk persembahan yang dinanti-nantikan dipersilakan kumpulan Tenzza ' riuh suasana malam itu dengan kehadiran kumpulan yang terkenal tetapi Asya hanya memandangnya dengan pandangan kosong 'masih tidak terlambat untuk kita' perkataan itu masih bermain dalam fikiran Asya "huh kenapa baru sekarang dia nak muncul, masa semua aku dah lupakan, kenapa dia perlu datang nak "usik" hati aku lagi" keluh Asya.
"siapa yang berani "usik" hati kau mari aku kerjakan dia" bunyi suara yang membalas percakapan asya "eh, amy bila masa kau ada dekat sini" kata asya , amy yang tersenyum membalas "baru sampai tiba-tiba nampak kau kat sini aku pun datang lah, tapi itu la kau tak perasan sebab termenung jauh sangat" perli amy kepada asya, " ish kau ni mana ada la, alu tengok kumpulan tu la menyanyi sedap sangat" tipu asya, " asya macam la aku kenal kau baru hari ini, cepat cerita kenapa kau cakap seriang diri tadi" tidak dinafikan bahawa amy merupakan kawannyabyang paling rapat sejak dulu lagi jadi semua yang asya buat semua dia tahu "cepat cerita asya aku dengar" kata amy lagi.
Asya yang ragu-ragu untuk menceritakan perkara tadi hanya memandang amy tanpa berkata-kata, amy yang pelik dengan tingkah laku asya berkata lagi "Asya come on, aku tahu kau nak cakap" sambil mengerakkan tangannya seakan-akan suruh asya menceritakannya, dengan rela asya berkata " yelaa", amy yang kelihatan gembira "i got your back girl".
" tadi aku terserempak dengan naufal, dia ada cakap benda yang tak sepatutnya dia cakap" kata asya, " dia cakap apa" balas amy," dia cakap dia dia suka aku lepastu masih tak terlambat lagi untuk aku dengan dia dalam hubungan ni dia cakap" kata asya lagi sambil menundukkan kepalanya, " dia apa? aku salah dengar ke ni asya? what?" terkejut amy bila asya ceritakan kepadanya " lepas tu kau cakap apa?" tanya amy kembali, " aku tak tahu nak cakap apa aku cuma cakap terima kasih je, yela dah bertahun tiba-tiba dia datang cakap macam tu aku nak bagi reaksi apa" katanya, kesian melihat asya yang bercelaru amy tidak tahu untuk berkata apa-apa kerana ini soal hati asya tetapi cubamya untuk memberikan nasihat, " macam ni la asya kau ikut kata hati, kalau kau suka kau pergi pada naufal, dia pun bukannya paksa kau, dia bagi kau masa untuk berfikir tapi dalam masa kau berfikir tu ingat juga yang lain" kata amy sambil menepuk lembut bahu kawannya itu, " yang lain ? maksudnya?" asya tidak faham apa yang dikatakan oleh amy, " kau tahu maksud aku, mungkin yang baru lebih baik dari yang lama? atau yang lama tu cuma sekadar kawan sahaja? tu semua hanya kau yang ada jawapan" amy mengambil tangan asya dan letakkan dia dada asya sendiri "soal hati kau kena fikir baik-baik sebab bila kau dah buat keputusan tu kau yang akan tanggung" senyum amy memandang kawannya itu, "okay persembahan dah nak habis esok kelas dah mula macam biasa, malasnya" kata amy lagi sambil menggeliatkan tubuhnya. " ish kau ni umur 21 pun malas lagi nak pergi kelas" balas asya dengan ketawa bersama amy tetapi dalam tawanya asya sempat berfikir apa yang dikatakan oleh amy 'soal hati kau sahaja yang tahu' keluhnya semula dalam hati 'bila aku boleh jumpa dengan "bakal" suami aku ya, agak-agak dia boleh ke tak terima perangai aku? keluhannya kembali lagi.