10

hafiz bangun seawal 630 pagi untuk bersiap ke kelas ketika sedang sibuk dia menyiapkan diri nya terdengar bunyi ketukan pintu "masuklah" hafiz memusingkan kepalanya untuk melihat siapa dan berkata "mama rupanya, kenapa mama?" hafiz memghentikan kerjanya sebentar kerana ibunya kelihatan ingin mengatakan sesuatu kepadanya " mama? kenapa ni? kenapa muka mama macam tu , mama nak cakap apa dekat hafiz?" katanya lagi, ibunya semakin mendekatkan diri dan menarik lembut tangan anak lelakinya untuk duduk hafiz yang mendengar kata ibunya mengikuti sahaja, " hafiz mama nak tanya ni hafiz ni" kata ibunya 'ish mama ni kenapa lain macam je, takut pula aku' desis hati hafiz "tanyala mama nak tanya apa" jawab hafiz dengan lembutnya, "hafiz dah kenal-kenal dengan asya bakal isteri hafiz tu " tanya ibunya, hafiz menunjukkan sedikit reaksi terkejut apabila ibunya menanyakan mengenai asya secara tiba-tiba " kenapa mama tiba-tiba tanya pasal asya mama? tanya hafiz kembali " takdalah mama saja tanya sebab tadi ibu asya telefon mama dia cakap lebih elok kalau percepatkan pernikahan kamu berdua sebab tu mama tanya" balas ibu hafiz dengan tenang , hafiz yang mendengarkan berita itu terbatuk dengan segera menggosok belakang anaknya " lah kamu ni kenapa terkejut ke ?" kata ibunya tanpa henti mengosok belakangnya, " bila mama tarikh tu? " hafiz menunjukkan wajah yang risau kerana dia masih tidak berkenalan lagi dengan asya tetapi dia tidak mahu memberitahu ibunya yang asya seperti tidak menyukainya bimbang hati tua ibunya itu akan terluka dek kerana perangainya yang tidak pandai untuk menegur perempuan "

bulan depan sayang" katanya ibunya lagi " hahh!!??? bulan depan ?? tapi bulan depan tinggal 3 minggu mama !" balasnya kembali " lah kenapanya lagi cepat kan lagi bagus , mama tak sabar nak terima orang baru dalam rumah kita " jawab ibunya dengan nada yang gembira " hafiz jangan kecewakan mama ya " kata ibunya lagi "okaylah mama nak turun ni hafiz pun dah nak pergi kelas kan nanti lambat sampai pula" setelah habis berbicara ibunya turun untuk menyiapkan sarapan untuk yang lain, " tiba-tiba bahu aku rasa beratlah pula" hafiz bangun dan memusingkan tangannya untuk meregangkan ototnya yang tiba-tiba sakit sambil senyum dia berkata sendiri " aku dengan asya beza 2 tahun , bulan depan dah tak lama, nampaknya aku kena buat sesuatu biar dia nampak kewujudan aku" hafiz melihat jam pukul 730 pagi tanpa melengahkan masa dia segera turun untuk ke kelas.

"Bulan depan..." keluh asya dalam diam, mana tidaknya dia mendapat berita dari ibunya bulan depan dia akan menikah, asya yang tidak dapat mengawal perasaan menjerit seorang diri apabila ada mata yang melihatnya dia tidak menghiraukan apa-apa kerana otaknya sedang bercelaru, asya berjalan kehadapan dengan laju menyepak tin yang berada di depannya dengan sekuat hati, dalam lekanya melakukan perkara itu tiba-tiba ada suara yang menegur " tin tu kalau nampak tolong ambil dan buang bukan makin sepak, dari tadi lagi saya yang tolong kutipkan sampah yang awak sepak ni" katanya sambil menunjukkan badannya untuk mengutip tin itu untuk dibuang ke tong sampah, asya dengan malas memusingkan kepalanya ke arah suara itu "hafiz? awak buat apa dekat sini?" sempat asya melihat tiada satu pun tin yang dia sepak sebentar tadi terdetik rasa malu dalam dirinya " saya sedang kutip semua sampah yang awak sepak ni, tak nampak ke ?" balas hafiz dengan tenang

asya tidak menghiraukan hafiz dan membiarkan hafiz untuk membuang semua tin itu, hafiz yang melihat asya pergi dengan perlahan segera membuang tin itu untuk mengejar asya "ASYA!!" jerit hafIz supaya asya berhenti tetapi asya tidak berhenti, hafiz mempercepatkan langkahnya dan memegang pergelangan tangan asya "asya tunggu saya ada benda nak cakap" nafas hafiz tercungap-cungap kerana berlari mengejar asya " boleh lepaskan tangan saya?" asya menunjukkan tanganmya yang digengam oleh hafiz, hafiz melepaskan gengaman itu lalu berkata " maaf saya tak sengaja", " takpa" balas asya " kenapa awak kejar saya, penting sangat ke apa yang awak nak cakap tu ?" tanya asya " ini soal masa depan awak dan saya " kata hafiz ", " hah? masa depan awak dan saya ? maksud awak apa?" peliknya hafiz ni sia tak kenal aku pun tiba-tiba nak cakap pasal masa depan aku dengan dia pula' kata asya dalam hati ," sebenarnya saya ni ... ss" belum sempat hafiz menghabiskan ayatnya ada suara yang menengur mereka "hai" hafiz dan asya serentak memandang ke arah suara itu " eh naufal" kata asya kepada lelaki itu, 'naufal?siapa dia ni boleb tahan muka dia' desis hati hafiz geram kerana si naufal ini telah mencelah perbualan antara dia dengan asya, " naufal kenalkan ini hafiz " asya perkenalkan hafiz kepada naufal " hai hafiz aku naufal, aku kenal kau tapi kau tak kenal aku" kata naufal kepada hafiz sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan tanda lerkenalan, hafiz yang menyambut salamannya itu bertanya kembali " macam mana kau boleh kenal aku?" ," hahahah mestila aku kenal kau kan terkenal di universiti ni takkan tak tahu" balas naufal " ouh macam tu" hafiz hanya menganggukkan kepala tanda faham " kenapa datang sini, nak jumpa siapa?" tnaya hafiz lagi " aku datang nak ajak asya keluar " kata naufal sambil memandang asya " jom keluar asya teman saya keluar hari ini " kata naufal kepada asya , asya mengangkat keningnya sedikit tanda tidak faham "apa?" katanya , naufal senyum dan berkata lagi sekali " saya nak awak teman saya keluar hari ini boleh ?" ," erm, saya.." asya teragak-agak untuk keluar sekali dengan naufal kerana tidak selesa " saya..." , " aku ada benda nak cakap dengan asya, kan asya?" potong hafiz sambil melihat tepat ke arah asya " hah? haah ye" jawab asya tetapi muka asya seperti ingin untuk keluar bersama naufal dengan harapan dia dapat lupakan perkara yang serabutkan kepalanya itu, pada masa itu asya dapat merasakan bahawa kedua-dua lelaki itu sedang memandangnya tajam ke arah matanya , ya tepat sekali , naufal dan hafiz sedang memandang asya tepat pada matanya supaya asya menerima salah seorang dari mereka ' kenapa dengan mereka berdua ni' tapi kalau difikirkan semula baik aku keluar nak hilangkan stress aku ni " baik naufal saya ikut awak" kata asya kepada naufal " yes " kata naufal dengan gembira,hafiz tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang kecewa terhadap asya 'aku ni bakal suami dia kan tapi kenapa dia lebihkan naufal pula' katanya dalam hati, " hafiz saya minta maaf, lain kali kita cakap semula ya " kata asya kepada hafiz " okay tapi bila dah sampai masa tu, awak jangan terkejut dan terima semua perkara seadanya okay " jawab hafiz dengan kecewa , asya hanya senyum tanpa berfikir apa yang dimaksudkan oleh hafiz " saya pergi dulu, jom naufal" kata asya sebelum pergi meninggalkan hafiz sendirian, hafiz hanya mengangguk faham dan melihat asya pergi bersama naufal " biarlah semua ini jadi rahsia, bila dah sampai waktu tu nanti dia tahu juga aku ni siapa" kata hafiz sendirian sebelum meninggalkan tempat itu juga .