Masa berlalu dengan sangat pantas, hari ini merupakan hari yang bahagia tapi bukan untuk asya, hari ini dia akan menjadi isteri kepada seseorang yang dia tidak kenali, hatinya tidak senang berasa resah dan gelisah
apabila melihat dirinya sendiri di hadapan cermin raut wajahnya tidak menunjukkan ekspresi wajah yang gembira hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya sekarang, dia seperti ingin lari sahaja dari biliknya itu tetapi setiap kali hatinya ingin melakukan itu dia selalu teringat akan ibunya, mesti ibunya akan kecewa sekiranya dia melakukan perkara itu, asya duduk kembali sehinggalah ada yang memanggil namanya
"Asya, keluarlah pengantin lelaki sudah sampai" kata Amy, dia tang melihat Asya yabg seperti ingin menangis segera menuju ke arah asya dan berkata " kenapa ni pengantin baru ni mana boleh menangis, dah jom turun tak elok orang tunggu lama-lama" kata amy
"Kau tak ada kat tempat aku, kau tak tahu apa yang aku rasa Amy, aku tak tahu siapa dia tiba-tiba kena khawin " kata Asya, Amy yang mendengar keluhan Asya mengimbas kembali sewaktu dia berada di bawah semasa rombongan pengantin tiba di perkarangan rumah tadi alangkah terkejutnya dia melihat wajah yang dia kenali ya Hafiz yang memakai pakaian pengantin lelaki itu adalah bakal suami Asya.
" Masa kau cakap yang kau akan khawin haritu aku dah terkejut sebab aku tak sangka secepat ini, tapi bila aku tengok bakal suami kau tadi aku yakin yang dia akan layan dan jaga kau seeloknya Asya percayalah" kata Amy lagi supaya Asya tidak teragak-agak untuk turun kebawah kerana terlalu lama mereka berada di dalam bilik itu.
" Apa maksud kau Amy kau kenal ke dia ?" tanya Asya apabila Amy berkata begitu, pelik?
tanpa membuang masa Asya dan Amy turun ke bawah, setiapnya mereka di bawah semua mata pandang ke arah mereka Amy yang mengajak Asya untuk duduk di tempat yang disediakan Amy juga duduk di sebelah Asya.
"Baiklah tanpa kita membuang masa, majlis akan dimulakan sekarang" kata Tok Kadi itu
dengan sekali lafaz Asya sah menjadi isteri sessorang pada hari itu.
Asya yang tidak berani mengangkat mukanya dapat merasakan seseorang yang sudah menjadi suaminya itu menuju ke arahnya
" Asya angkat muka suami kau dah ada dekat depan nak sarungkan cincin tu " bisik Amy
dengan perlahan Asya mengangkat mukanya alangkah terkejutnya dia melihat suaminya itu adalah Hafiz! patutlah Amy berkata begitu tadi Hafiz memandang mukanya dengan tenang dan memegang tangan Asya untuk menyarungkan cincin Asya membiarkan sahaja kerana masih tidak percaya apa yang sedang berlaku sekarang ini, Hafiz yang seperti dapat membaca fikiran Asya berkata
"Ya, saya Hafiz suami awak yang sah Asya dan awak tak mimpi" sambil tersenyum manis sehingga kelihatan lesung pipitnya yang dalam, Hafiz dengan tenangnya memegang kepala Asya dan dekatkan dengannya untuk memberikan kucupan yang hangat di dahi Asya, Asya yang berasa panas kelihatan wajahnya menjadi merah seakan buah delima itu terus menutup matanya, 'kenapa dia ni selamba sangat' kata Asya dalam hati.
Hafiz yang merasakan Asya seperti malu terus senyum dan berkata "Assalamualaikum, tak jawab berdosa sayang" bisiknya ke telinga Asya sengaja dia tekankan perkataan 'sayang' untuk melihat reaksi Asya ya betul Asya memandang bulat mata Hafiz seperti tidak percaya dan berkata " Wa.. waalaikumsalam" dia dapat melihat raut wajah Hafiz pada ketika itu bukan seperti dia sekarang ini.
Hafiz seperti biasa sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku, Hafiz tersenyum manis dia hadapannya tidak seperti sebelum ini ' kenapa dia ni jadi sweet pula tiba-tiba ' desis hati Asya macam mana aku nak kena hadap hari-hari yang akan datang nanti risau Asya dalam hati .