12

selesai sahaja pernikahan mereka orang ramai yang hadir ke majlis sebentar tadi beransur balik tinggal keluarga terdekat sahaja yang berada untuk bermalam di sana

Asya yang kepenatan berlahan-lahan menuju ke biliknya untuk menukar pakaian yang lebih selesa, setibanya dia di bilik dia membuka pintu " ooohh mak!" terkejut Asya apabila dia melihat sekujur tubuh berdiri di hadapannya, yang lebih memeranjatkan Asya lagi dia tidak berbaju! Asya dengan pantas menutup matanya dengan kedua belah tangannya 'kenapa aku tak ingat yang dia ada dalam bilik ni' marah Asya dalam hati , Hafiz yang tidak menunjukkan reaksi seperti Asya berkata "kenapa awak tak masuk ?" Asya yang tidak berani untuk membuka matanya terus menutup matanya sehingga menyebabkan Hafiz menarik Asya masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan perlahan

"bukalah mata awak tu saya dah pakai baju" tipu Hafiz, Asya dengan lurusnya percaya kepada Hafiz membuka matanya , alangkah terkejutnya dia melihat Hafiz yang tidak berbaju sebentar tadi sekarang hanya memakai tuala mandi sahaja Asya yang ingin menjerit sekuat hati terlebih dahulu ditutup mulutnya dengan tangan Hafiz, Asya dapat merasakan kepalanya di dada Hafiz semasa Hafiz menariknya untuk menutup mulutnya terkaku Asya di situ

"kenapa awak nak menjerit nanti mama dengar mama ingat saya buat benda bukan-bukan dekat awak Asya" kata Hafiz tidak melepaskan Asya dalam pelukannya

" saya tak menjerit tapi awak boleh tak lepaskan saya, saya tak selesa awak pegang saya macam ni" kata Asya meminta Hafiz untuk melepaskannya Asya menolak jauh badan Hafiz dengan perlahan tetapi Hafiz menarik Asya semula dalam pelukannya "awak kena selesa sebab saya rasa saya akan suka peluk awak" kata Hafiz sambil mengemaskan pelukannya , " saiz awak yang kecil ni buat saya suka nak pegang awak selalu" katanya lagi

'apa yang dia merepek ni ?' kata Asya dalam hati " walaupun awak suka tapi saya tak suka saya harap awak hormat keputusan saya Hafiz, saya baru saja kenal awak" Hafiz melonggarkan pelukannya apabila mendengar Asya berkata begitu " saya hormat keputusan isteri saya, saya minta maaf kalau saya buat awak tak selesa " Hafiz yang tadinya melonggarkan pelukan akhirnya melepaskan Asya dari pelukannya dia menggosok kepala Asya dengan lembut "saya nak mandi ni, nak mandi dengan saya?' katanya lagi dengan nada yang bergurau Hafiz melihat wajah Asya yang merah ketawa " saya bergurau saja lah " Hafiz pergi menuju ke bilik air untuk menbersihkan diri bersama sisa tawanya

Asya yang melihat Hafiz berasa geram " baru beberapa jam aku ni sah jadi Isteri dia boleh dia bergurau benda macam ni, aku masuk betul-betul nanti baru tahu langit tinggi ke rendah" kata Asya sambil menumbuk angin di udara kerana geram " dahlah malas layan aku nak tukar baju " Asya menukar pakaiannya kepada pakaian yang lebih selesa sambil menukar pakaian satu persatu dia memikir ' macam mana aku nak tidur malam ni? alaaaa ' keluhnya panjang rasa seperti ingin menangis sahaja ' kenapa benda ni terjadi dekat aku' keluhnya lagi.