Bab 8

Jam menunjukkan pukul 3:45 petang .. Sudah waktunya Mia bangun dan mula menyiapkan makanan untuk dimakan dan dibekal nanti ... Sedang Mia sibuk memasak didapur sambil ditemani lagu Westlife , tiba-tiba telefonnya berdering ... Ternyata Amir Syafiq menelefonnya .. ' Pahal mamat ni call aku ? ' katanya ...

Mia : ( menjawab telefon ) yupp ?

Amir Syafiq : Hi baby ... ada mana ?

Mia : sapa baby kau ?

Amir syafiq : kaulah , sapa lagi .... Ada mana tu ?

Mia : Aku bukan baby kau kay .... Ada kat rumah .... asal ?

Amir Syafiq : Aku nak ajak kau keluar ni ... kau free tak ?

Mia : nope , aku kerja ... next time okay ?

Amir Syafiq : Kau punya next time tuh takkan muncul sampailah aku mampus ...

Mia : Kalau kau dah faham baguslah ... byee ...

Lalu , Mia pun segera mematikan telefon ... Amir Syafiq cuba menelefonnya namun tidak dijawab ... Amir Syafiq merupakan kawan kolej Mia sewaktu ketika dahulu .. Dia dikenali sebagai lelaki paling popular waktu dikolejnya .. Kulitnya yang cerah , mukanya ala-ala chinese dan mulutnya yang manis mampu menawan hati sesiapa sahaja ... Tetapi walaupun rupanya begitu , dia tidak mampu menawan hati si Mia .. Pelbagai cara sudah dilakukan untuk menawan hati gadis kecil itu tetapi hatinya waktu itu sedang berpaut dengan seorang jejaka yang bernama Aliff Farhan ..

Aliff Farhan merupakan kekasih Mia sewaktu ketika dahulu .. Mereka telah lama menjalinkan hubungan sewaktu mereka disekolah menengah lagi ... Tetapi lepas sekolah , mereka terpaksa berpisah kerana berlainan kolej ... Tetapi mereka sudah berjanji untuk sentiasa berhubung meskipun jauh ... Tetapi awan yang cerah pun boleh menjadi mendung ... Aliff Farhan dikatakan lemas sewaktu kolej mereka mengadakan perkhemahan di sebuah tempat ... Sejak dari itu , Mia tidak pernah bercinta dengan sesiapa malah tidak bergaul dengan mana-mana lelaki kerana cintanya terhadap Aliff Farhan sangatlah kukuh ... Walaupun Aliff Farhan tiada disisi nya akan tetapi hatinya masih lagi merasakan yang Aliff Farhan masih disini menemaninya setiap malam ..

Nadirah : Woi ! Hangus tuh !!

Mia : Ya Allah !!! ( segera mencampakkan kuali kedalam singki )

Nadirah : Haih ... apalah yang kau fikir tadi ...

Mia : Erm , takada apalah ( segera mencuci )

Nadirah : Kau teringat kat arwah Aliff ke ?

Mia : ( sebak ) erm ...

Nadirah : ( memeluk ) dah dah ... jangan sedih aku yakin arwah sentiasa ada dengan kau ... dia sangat sayangkan kau .. takmungkin dia akan tinggalkan kau ... dia sentiasa ada dihati kita semua .. okay ?

Mia : ( menangis ) thanks babe ...