Syazwani : Haa sampai pun budak ni ...
Mia : Maaf kak saya lambat ...
Syazwani : Next time jangan lambat ya ...
Mia : baik kak .. maaf ya ...
Syazwani : Dah dah ... aku nak balik ni ... kejap lagi Aizat sampai .... ada apa-apa kau tanya dia ...
Mia : Okay bos !!
Dalam beberapa minit dia keluar , Aizat pun muncul .. Mia terpana melihatnya kali ini .. Aizat memakai kemeja hitam dan selua slek hitam ... Digayakan dengan kasut kulit .. Kulitnya yang putih bersih menyerikan lagi penampilannya ... Rambutnya yang kemas dan bibirnya yang mungil dan merah itu membuatkan Mia terpesona melihatnya malam itu ... ' segak pulak mamat ni , semalam selekeh je datang kerja ' fikirnya ... Matanya tidak lepas dari memandang Aizat sampaikan dia tidak perasan ada pelanggan yang ingin membuat bayaran ..
Pelanggan : Dik ... Dik ... ( melambai )
Mia : ( tersentak ) Ha yaa... maaf ya encik ....
Sewaktu Aizat berjalan masuk kebilik belakang , Mia tetap memandangnya dengan penuh terpesona malam itu ... Lalu Mia segera melakukan kerjanya yang ditinggalkan oleh Syazwani sebentar tadi .. Sedang Mia sibuk membuat kerjanya lalu dia ditegur oleh Aizat dari belakang ...
Aizat : Hey ...
Mia : Hi ...
Aizat : Nak saya tolong ke ?
Mia : Erm , suka hatilah ....
Aizat : ( tersenyum ) Okay ...
' Apa ni , dia baru senyum aku dah cair ke ... Ya Allah kenapa dengan aku ni ' fikirnya ketika itu ...
Aizat : Sorry saya lambat sikit , dari majlis kahwin tadi ...
' Ouh jadi sebab tu lah dia pakai segak hari ni ... ' fikirnya lagi ..
Mia : Tak apa .. saya okay jeh .. ( senyum )
Aizat : Erm , saya datang majlis kenduri ex girlfriend saya tadi ...
Mia : hm ? yeke ? jadi kenapa awak nampak sedih ?
Aizat : saya bukan sedih ... saya happy bila tengok dia happy ... cuma ... dia perempuan yang saya paling sayang dulu ... jadi mungkin disebabkan tu lah buat saya rasa sedih ... sebab akhirnya dia jumpa seseorang yang boleh bahagiakan dia lebih dari saya ..
Mia : Awak janganlah macam ni , saya yakin suatu hari nanti awak akan jumpa seseorang yang baik .. mungkin taksama macam dia tapi insyaallah ... Perancangan Allah kita taktahu .. yang penting awak kene banyak berdoa ...
Aizat : Thanks Mia ... saya rasa seronok pulak cakap dengan awak pasal ni .. yelah kalau nak cakap dengan diaorang pun .. bukannya diaorang nak dengar sangat ... Tapi kan .. awak different ... saya rasa selesa cakap dengan awak ...
Mia : Welcome ... Haha ...
Waktu berlalu dengan begitu pantas ... sedang mereka berborak tiba-tiba kedengaran seolah-olah pintu ditutup dengan begitu kuat ... Mereka berhenti berborak seketika ... masing-masing memandang sesama sendiri .. Lalu Mia pun bertanya ..
Mia : Apa benda tu ?
Aizat : Takada apalah ... angin je tu ...
Mia : takkanlah angin ... mana boleh angin tembus kat bilik belakang tu ... kalau boleh pun takkanlah boleh buat pintu tutup dengan bunyi yang kuat macam tu ...
Aizat : Mia , tak ada apa okay ? awak buat je kerja ...
Mia : Jangan-jangan ada pencuri ... kita mesti tengok Aizat .. ( segera berlari )
Aizat : ( segera mengejar Mia ) Mia !! Takada apa okay ?!
Mia bagaikan terkedu melihat tindakan Aizat yang tiba-tiba menyentap tangannya ... Mata mereka bertembung dan untuk seketika hati mereka terasa berdebar .. Menyedari situasi yang agak janggal , Mia segera melepaskan tangannya dari genggaman Aizat ...
Aizat : Sorry ... saya takbermaksud nakk ...
Mia : ( segera memotong ) sokay ... saya nak buat kerja sikit ...
Aizat : Erm , okay ... biar saya periksa apa ada dekat belakang sana ..
Mia : ( senyum ) okay ...
Hatinya tetap rasa berdebar walaupun tangan mereka sudah terlerai ... Mia merasakan jantung berdebar dengan laju saat Aizat menarik tangannya sebentar tadi ...
' Ya Allah , baik aku fokus buat kerja saja ' kata Mia didalam hati ....
Sedang Mia menyibukkan dirinya dengan kerja , dia perasan yang Aizat tidak keluar-keluar dari bilik belakang ... Lalu Mia pun meneliti jam nya .. ' Dah 15 minit takkanlah takkeluar-keluar ' Katanya didalam hati .. Lalu Mia pun bertindak untuk pergi ke bilik belakang dan melihat jikalau ada sesuatu yang dia boleh bantu atau apa pun ..
Sewaktu Mia hendak menolak pintu bilik belakang tiba-tiba sahaja ada sesuatu yang menepuknya dengan kuat dari arah belakang . Tetapi sewaktu Mia menoleh , tiada sesiapa yang berada dibelakangnya . Dia mulai berasa tidak sedap hati . Lalu dia menolak pintu belakang dengan keras dan mendapati Aizat terbaring di tengah lantai .
Lalu Mia berlari kearah Aizat dan cuba untuk membangunkannya .
Mia : ( gementar ) Aizat !! Aizat !! Aizat !! .... Ya Allah .. apa dah jadi ni ????
Sedang Mia ingin mendail no kecemasan tiba-tiba Aizat tersedar dari pengsannya ..
Mia : Aizat , awak okay tak ? apa dah jadi ??
Aizat : ( Mamai ) Haa ? apa dah jadi ? saya kat mana ni ?
Mia : Awak kat tempat kerja lah ... kenapa awak pengsan kat sini ??? Apa dah jadi tadi ???
Aizat : Entahlah , saya takingatlah apa yang jadi ...
Lalu Aizat pun segera bangun dan terus ke tandas untuk mencuci mukanya .. Mia terkedu dengan apa yang jadi .. Dia merasakan ada sesuatu yang terjadi .. Pasti ada sesuatu ..