Mia : Aku pastilah Nad , mesti ada something wrong malam semalam .. semalam lepas kejadian tu , dia buat macam tak ada apa-apa . Aku cuba tanya dia , tapi dia macam .... macam entahlah ...
Nad : Cuba rileks dulu Mia ... mungkin dia ngantuk sangat then dia tertidur , kan ? ke tak ?
Mia : ( segera menoleh ) kau ingat aku main-main ke ? takkanlah dia nak tidur kat tengah lantai .. ada bilik lain yang disediakan untuk dia tidur ..
Nad : ( Mengeluh ) Haih .... Kau dah cuba tengok cctv ?
Mia : Dah , tapi takdapat nak detect sebab tiba-tiba saja cctv belakang tu blackout ..
Nad : So kau nak buat apa sekarang ?
Mia : Entahlah .. aku pun pening ..
Nad : Macam ni jelah , aku ada kenal seseorang ni , kau bolehlah suruh dia tengok-tengok macam mana tempat tu , mana tahu ada jawapan yang kau cari ke kan ... Nanti aku call dia ..
Mia : thanks Nad ...
Waktu menunjukkan pukul 10:15 malam , tiba-tiba Mia tersedar dari tidurnya dan mulai bersiap untuk pergi kerja . Sewaktu Mia berada didapur untuk menyediakan makanannya tiba-tiba terdengar bunyi seolah-olah cermin pecah didalam bilik Nadirah . Lalu Mia pun berjalan perlahan-lahan menuju kebilik rakan baiknya itu . Terdapat sekeping bingkai gambar yang terjatuh dari meja belajarnya , Mia pun mengambil dan meneliti bingkai gambar tersebut . Ianya adalah gambar rakannya dan seorang wanita yang kelihatan lebih muda darinya . Mia tertanya-tanya siapa agaknya wanita yang berada disamping rakannya itu .
' Siapa perempuan sebelahnya ni , nak kata adik takkanlah .. Nadirah anak tunggal ... Erm kawan lama dia kot ' Fikirnya ..
Lalu Mia letak kembali bingkai gambar diatas meja rakannya .. Sewaktu dia hendak keluar dari bilik rakannya , tiba-tiba ada satu angin yang kuat menembusi dirinya sehingga membuatkan dia terasa seram sejuk .. Lalu Mia pun cepat-cepat siapkan dirinya dan bergegas ke tempat kerja ..
Sesudah sampai sahaja dia ditempat kerjanya , tiba-tiba kelihatan kenderaan polis berada dihadapan kedainya dan dua orang rakan kerjanya sedang disoal siasat oleh pihak polis ..
Nana : Mia !! ( segera memeluk )
Mia : Kenapa ni ?
Nana : Nasib baik kau okay ... Kenapa kau takangkat masa aku call tadi ?
Mia : Kau ada call ke ? sorry phone aku mood silent .. kenapa ada polis semua ni ?
Nana : Aizat ...
Mia : Kenapa dengan dia ?
Nana : ( Sebak ) Aizat excident ...
Mia : ( Terkejut ) Haa ??? Bila ????
Nana : Baru je tadi ...
Mia : Jadi polis ni yang datang sini buat apa ?
Nana : Dia tanya sama ada Aizat ada berkelakuan pelik semalam atau bila-bila je .
Mia : kenapa dia tanya macam tu ?
Nana : Sebab ada saksi nampak , Aizat nampak macam dikejar oleh sesuatu sebelum ada kereta lain rempuh dia dari arah bertentangan .. Sebab tu , polis datang sini tanya sama ada Aizat ada bagitahu apa-apa ke ..
Mia terkedu sehingga tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulutnya .. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi .. Dikejar oleh sesuatu ? Oleh siapa ? Dia ada musuh ke ? Soalan itu terus terusan berlegar difikirannya .. Tiba-tiba dia baru teringat kejadian malam semalam .. Perangainya terus berubah ketika kejadiaan itu .. Aizat mendiamkan diri dan cuba menghindarkan diri sewaktu Mia ingin bertanyakan soalan semalam .. Dan kelakuannya amatlah pelik kerana Aizat seorang yang banyak cakap .. Setelah sahaja kejadian tu , personality nya terus berubah .. Dari seorang yang peramah terus ke pendiam .. Mia yakin , dengan apa yang terjadi olehnya hari ni , pasti ada kena mengenanya dengan kejadian semalam .. Jadi dia putuskan untuk siasat siapakah atau apakah yang menganggu tempat ini ..