Bab 11

MIA : weyh Nad , kau tahu apa-apa tak pasal kisah hantu yang menghantui tempat aku kerja tu ?

NADIRAH : Erm , taktahulah .. Apa yang aku tahu , tempat tu berhantu jelah ..

MIA : Yelah , tapi mana kau tahu ? kau kan takpernah kerja sana ...

NADIRAH : Ergh , aku kenal ex staff situ dulu , btw kenapa kau tanya aku macam tu ?

MIA : Takada apa .. Eh semalam ada bingkai gambar dekat dalam bilik kau jatuh , dalam gambar tu kau dengan siapa ?

NADIRAH : Ouh , itu kawan aku .. kawan lama aku , cuma dia dah meninggal ..

MIA : Ouh macam mana dia boleh meninggal ?

NADIRAH : Entahlah , aku dapat tahu pun dari mak dia .. Aku taknaklah tanya kenapa ..

MIA : Ouh , erm okay ..

NADIRAH : Eh aku nak keluar sekejap , kau nak apa-apa ?

MIA : Tak apa , aku pun nak rest sekejap , ngantuk ..

NADIRAH : Okay , aku keluar dulu ye ..

MIA : Bye ~~

Selang berapa minit Nadirah keluar dari rumahnya , tiba-tiba ada bunyi ketukan pintu yang kuat menyebabkan Mia terbangun dari lenanya .. 'Ada tinggal apa-apa ke budak ni' bicaranya didalam hati ..

TOKK !!! TOKK !!! TOKK !!!

MIA : ( segera mengikat rambutnya ) Ye sekejap !!

TOKK !!! TOKK !!! TOKK !!!!

MIA : ( Segera berlari ) Ya Allah sekejaplah ... ( membuka pintu ) Ha kena... Eh ??

Sedang Mia membuka pintunya , dia mendapati tiada sesiapa pun dihadapan pintu rumahnya , Lalu dia pun keluar untuk mencari jikalau ada anak-anak jiran yang nakal yang menganggunya .. tetapi satu kelibat manusia pun dia tidak nampak .. ' Peliklah ' bicaranya didalam hati .. Lalu dia pun menutup pintunya dan segera ke biliknya untuk kembali berehat ..

Sedang Mia ingin melelapkan matanya tiba-tiba dia mendengar bunyi pancuran air keluar seolah-olah ada orang yang sedang mandi didalam bilik airnya .. Lalu dia pun berjalan perlahan-lahan kebilik airnya dan menutup paip itu .. Dia memerhati sekeliling .. Hatinya berasa tidak sedap .. Lalu dia memutuskan untuk berehat diruang tamu ...

Mia tidak dapat melelapkan matanya kerana dia dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikannya .. Lalu dia pun memasang surah2 di telefonnya dengan kuat .. Sedang surah2 itu dimainkan , tiba-tiba ada bunyi pinggan pecah didalam dapurnya menyebabkan dia segera bangkit dari tidurnya .. Hatinya berdebar dengan laju .. Lalu dia pun segera berlari kebiliknya dan mengunci pintu biliknya .. Dia pun menyelimuti badannya dan terusan memasang surah2 ditelefonnya ... Bermacam bunyi-bunyi diluar biliknya seolah-olah benda itu marah apabila Mia memasang surah2 tersebut .. Mia pun membaca ayat-ayat suci alquran sambil menutup matanya dengan rapat .. Dia membiarkan sahaja bunyi-bunyi yang ada diluar biliknya .. Dalam beberapa minit berlalu , dia pun terlena dari ketakutannya ...

Tiba-tiba dia tersedar dari tidurnya apabila Nadirah mengejutkannya dari tidur ..

NADIRAH : Weyh , bangun aku ada belikan mee goreng hailam untuk kau ni ..

MIA : ( Mamai ) Erm ,, Nadirah ???

NADIRAH : Yelah , aku ... asal kau berpeluh ni ? kau taksihat ke ?

Mia pun segera bangkit dari biliknya dan melihat apa yang terjadi .. Ternyata tiada apa pun yang terjadi .. Kawasan ruang tamunya dan dapurnya bersih seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi .. 'Jadi apa yang aku dengar tadi ' katanya didalam hati ...

NADIRAH : ( menegur ) weyh , kau okay tak ?

MIA : Kau balik tadi rumah memang macam ni ke ?

NADIRAH : Yelah , kenapa ??

MIA : Erm , takada apalah ..