"Hana bangun cepat bukannya hari ini kamu mula bekerja?!" teriak bibiku yang ku anggap seperti omma (ibu) sendiri kerana ommaku (ibu) telah lama meninggalkanku sejak aku kecil lagi, beliau lah yang menjaga ku selama ini. Kalau ditanya tentang appa (ayah) pula aku akan kata bahawa ayahku telah meninggal dunia sejak dari kecil lagi sebab aku tak pernah melihat wajah mereka berdua. Aku ini ibarat 'Anak Sampah'. Kehidupanku sangat indah walaupun hidup tanpa kasih sayang appa (ayah) dan omma (ibu) yang mencukupi tapi aku gembira layaknya orang lain dan tidak pernah berdendam dengan mereka. "ne, arassoyo (ya, saya tahu)." Jawab ku ringkas lalu bangun menuju ke bilik mandi untuk mencuci muka dan memberus gigi ku. "sarapan dulu Hana! Baru pergi kerja!" kata bibi yang nadanya agak tinggi. "bibi aku sudah lewat ni." Jawabku dan mengambil bekal yang telah di sediakan oleh bibi untukku. Ku cium dahinya seperti biasa untukku mendapatkan restunya. Aku memakai kot yang tebal sebab hari ni di perkirakan cuaca akan lebih sejuk.
"Hari pertama aku harus lebih semangat." Kata ku sambil memperbaiki kedudukan earphone ku. Ini adalah kehidupanku yang boleh dikatakan seperti lelaki sebab aku tidak seberapa tahu untuk berpenampilan layaknya perempuan. Aku menaiki bas untuk pergi ke tempat kerja dan juga ke universiti ku yang kebetulan tidak jauh dari tempat kerjaku. Aku masih menuntut ilmu di Kyungyee University dan mengambil pengajian kedoktoran kerana misiku ingin menolong nyawa mereka, turut membantu bibiku yang sedang sakit. Aku terpaksa mengambil masa pembelajaran waktu malam kerana di waktu siang masa untuk aku bekerja demi keberlangsungan hidup kami berdua dan dapat membantu jiran-jiran yang mempunyai masalah kewangan untuk membeli makanan. Aku tinggal di Dongdaemun-gu kawasan yang berdekatan dengan universiti ku.