"Hemm aku akan bekerja di sini dan membantu bibi dan menyuruh beliau berhenti daripada bekerja sebagai pencuci kain serta kami boleh menikmati makanan yang lezat dan tidak perlu lagi ikat perut." Kata hati ku sambil mengenggam tali bagku. Aku masuk ke bangunan yang megah dan sangat berpengaruh kerana sangat stabil kerana kecekapan pekerja dan juga boss yang bijaksana serta CEO termuda yang berhasil menguasai jurusan perekonomian dengan sangat baik. Aku bekerja di sini sebagai PA CEO di Syarikat K&K. Waktu aku temu duga dulu kebetulan hari itu ialah cuti semester oleh sebab itu aku mempunyai banyak waktu untuk mengikuti temu duga. Mungkin aku terpilih sebab hanya aku yang kelihatan seperti ingin bekerja dengan betul dan akan focus dengan pekerjaanku tanpa ada gangguan sebab tampak dari figure berpakaian ku memang bukan selera orang sekarang sebab ini adalah cara aku untuk menjadi lebih selesa tanpa ada gangguan daripada lelaki. Lagipun aku tidak punya duit untuk membeli alatan kosmetik apa yang ada itu yang aku kenakan.
"Oh Soojeong-ssi hurry up here!" sorak seorang wanita yang melambaikan tangannya untuk masuk bersama ke dalam lift. "arh, gwenchanseumnida (tidak apa) saya lebih suka naik guna tangga." Jawabku sambil melontarkan senyuman untuk menolak pelawaan daripada Hari dialah orang pertama yang mengajakku bercerita disaat temuduga dulu. Sebenarnya aku ada fobia dengan lift dan juga tempat yang gelap. Aku menunggu Hari di hadapan lift sebab aku sudah terbiasa naik turun menggunakan tangga jadi aku akan lebih cepat daripada lift yang dinaiki oleh mereka.
"Wah neomu ppalli (cepatnya), hahahaha aku rasa aku akan memasukkan namamu di acara lumba lari nanti." kata Hari yang tertawa sambil mengajakku pergi ke tempat kerja ku. "Soojeong-ah ini tempat dudukmu di dalam bilik boss sebab dia tidak suka menunggu lama jadi dia ingin PAnya sebilik dengannya." kata Hari yang berdiri di pintu masuk bilik kerjaku dan juga bossku. "ne arasseumnida (iya, sudah tahu) oh yah Hari jangan panggil aku Soojeong panggil saja aku Hana kerana kamu lebih tua dari ku." Pintaku untuk tidak memanggilku Soojeong kerana umurku baru 22 tahun. "baik Hana, kamu juga jangan berbicara formal denganku, jadi kita boleh bersahabat layaknya seumur hahaha. By the way umurmu sama dengan CEO kita. Ok Hana aku pergi dulu bye see you on lunch break." jawabnya sambil pergi dan melambaikan tangannya.