Waktunya Pulang

Jam 5.00 petang dan waktunya untuk aku pulang ke rumah.

"kamu boleh pulang." katanya tiba-tiba seperti mengetahui kehendakku. Setelah mendengarkan perkataan Kyungsoo aku langsung mengemas barang-barangku dan sedia untuk pergi. Sebelum meninggalkan bilik kerja, aku memberikan salam untuk Kyungsoo yang masih menatap layar komputernya. Sekali lagi aku sangat kagum dengan karisma yang ada di dirinya walaupun hanya dengan melihat layar komputernya. "tto manapsida (sampai bertemu lagi)." aku membungkukkan diri di hadapan mejanya dan berlalu pergi.

"berapa jam aku berada di bilik kedap suara itu ya? Sehinggakan aku terlupa bertapa sibuknya Kota Seoul ini." bisik hatiku dan memasukkan tangan ke dalam poket kot ku.

Sebelum aku pergi ke perhentian bas, aku singgah di penjual yang berada di hujung jalan. Aku membeli tapokki mujigae dan juga bulgogi untukku dan juga untuk bibiku.

Sudah jam 6.00 petang dan kini bas yang aku tunggu akhirnya tiba. Aku duduk di tempat kegemaran ku di dalam bas iaitu di tepi tingkap sambil memasang earphone dan memutar lagu yang ada di playlist handphone ku iaitu 'when you're stress' kerana nada dari tracklist itu sangat mellow dan dapat menenangkan fikiranku. Tapi entah kenapa cuaca Kota Seoul hari ini sangat sesuai dengan lagu yang aku dengarkan.

30 minit kemudian, aku sudah sampai di daerah rumah ku dan hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai di rumah sewa ku yang berada di tingkat 2.

"Hana sayangku kamu sudah pulang." ucap bibi dan memelukku. "bibi tersayang Hana ada bawa makanan untuk bibi, mari kita makan bersama." kataku sambil mencium pipinya yang berkedut kerana umurnya sudah lanjut.

"bagaimana harimu apa semuanya berjalan dengan lancar?" tanya bibiku yang sedang memandangi ku. "ne (iya) bibi semuanya baik-baik saja. Suasananya juga sangat nyaman." jawabku dengan penuh percaya diri agar dia tidak risau dengan diri ku. "Baguslah kalau begitu. Habis makan kamu langsung siap-siap untuk tidur esok kamu perlu bekerja lagi." kata bibi yang menyimpan lebihan makanan di peti sejuk untuk esok hari. "arayo (tahu) bibi." jawabku lalu pergi membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Bibiku tidur di atas sedangkan aku tidur di bawah yang beralaskan selimut tebal tapi sangat nyaman dan mampu membuatku tidur dengan sangat tenang kerana aku sudah terbiasa dari kecil tidur di lantai malahan tidur di atas katil membuat tidak selesa.

Kami melakukan ritual sebelum tidur iaitu berdoa dan memaafkan semua orang sebelum tidur. "bibi chal chayo (selamat malam). Hana sayang bibi." ucapku sambil mencium kedua belah pipinya dan bibi juga membalas dengan mencium ku lalu berkata "chal chayo (selamat malam) Hana. Bibi juga sayang Hana.