Siapa Nam Joongi?

Sudah seminggu aku bekerja sebagai PA dan semuanya berjalan dengan sangat baik hanya sahaja Kyungsoo tidak banyak berbicara seperti hari pertama aku bekerja di sini. Terkadang bercakap dengannya tentang meeting atau urusan pekerjaan dia hanya membalas dengan anggukan ataupun "ok".

Tapi aku belum bertanya tentang Joongi dengan Hari sebab sebelum ini jadual boss sangat padat sehinggakan aku jarang berjumpa dengan Hari. "hari ini aku harus bertanya dengan Hari, aku tidak suka rasa ingin tahuku menghantui setiap saat." bisik hatiku.

Waktu makan siang. Kami mengambil makanan dan juga minuman lalu duduk di tempat yang sama iaitu di tempat yang agak sunyi kerana lebih nyaman bagi kami yang kurang suka dengan keramaian.

Tanpa basa-basi, aku langsung mengajukan pertanyaan tentang Joongi kepada Hari. "Hari apa kamu kenal dengan Tuan Joongi?" tanyaku dengan muka yang ingin tahu dan memandangi Hari yang sedang makan. "oh, Tuan Joongi. Dia tu sahabat boss walaupun umur meraka beza dua tahun." jawab Hari dengan riak wajah yang biasa-biasa sahaja. "Dia tidak bekerja?" pertanyaan ku yang membuat Hari tertawa. "hahaha Hana dia tu bukan orang biasa Hana, hahaha dia tu rakan kongsi syarikat ni. Dia juga CEO di Nam Company. Lagipun bapa mereka tu sahabat. Kata orang mereka sama-sama berjuang dari kosong." terang Hari yang masih ingin tertawa tetapi menahannya kerana aku memasang muka terkejut dengan mulut yang ternganga. "ah cheongmalimnikka! (benarkah)!" aku terperanjat mendengarkan kata Hari sebab jarang ada orang yang terpandang sangat ramah dengan orang yang berada di bawahnya. Hari hanya mengaggukkan kepalanya dan berjalan kearah tempat untuk menyimpan bekas yang kami gunakan kerana itu ialah peraturan syarikat ini.

"Jadi Joongi lahir tahun 1996. Jadi dia 24 tahun." kataku sambil mengira menggunakan tangan dan memandang Hari. "kenapa kau sangat curious pasal Joongi. Atau jangan-jangan kamu suka sama dia?!" soal Hari dan aku sudah pasti bahawa dia akan mengajukan soalan ini. "aniyo (tidak), aku hanya sangat kagum dengan personalitinya yang ramah." jelasku dan Hari menyetujuiku.

"Ok, Hari aku pergi dulu, annyeonghi kyeseyo (selamat tinggal)." ucapku dan melambaikan tanganku lalu pergi ke tempat kerjaku.

Hari POV "Hana boss kita juga baik, tapi dia memang begitu bila bekerja sebab dia tidak akan menyamakan cara dia bekerja dengan cara dia di luar jam kerja. Baginya kalau kerja kena sungguh-sungguh baru boleh jadi orang yang sukses. Kata-katanya yang masih aku ingat sampai sekarang 'work is work, when you're in work time we have to forget all the insignificant problems and stay focused on the job, if you're finish with work you can think about your problem.' Nanti kamu bakal kenal lagi dengan boss Hana sebab kau sudah terpilih untuk berada di sisinya semoga kau boleh membantunya dalam hal pekerjaannya. Aku yakin dengan kau Hana."