Nasihat Terindah

Hari ini genap sebulan aku kerja dan gaji ku telah ku gunakan untuk membayar separuh hutang dan juga bayaran sewa rumah serta keperluan harian, lebihannya aku simpan untuk kegunaan kecemasan.

"Boss, Tuan Joongi kata dia akan adakan pesta makan malam pada hujung minggu ni." ucapku sambil memegang iPad untuk membacakan beberapa hal yang penting dan menaip sekiranya ada perubahan daripada rencana sebelumnya. "alright. PA kau kena carikan aku perempuan yang cantik untuk aku sewa." kata boss dan memberikan aku alamat sesuatu tempat di sekitar Itaewon-dong. "tapi boss untuk apa?" soalku yang bingung dan agak takut kerana aku belum pernah masuk ke club malam. "ikut sahaja kataku. Aku akan memberikan mu kunci kereta dan segera carikan untukku." katanya dan memberikan ku kunci kereta. "ne, arasseumnida (iya, saya tahu)." ucapku dengan nada yang sedikit tidak semangat. "PA, kalau kau sudah sampai cari saja orang yang namanya Bob." katanya yang sedang memandangi ku yang berada di pintu dan hendak keluar, aku hanya membalas dengan anggukan dan juga senyuman tipis yang terukir di bibirku. "tunggu, tempat itu buka tengah malam, jadi kamu pulang lah terlebih dahulu baru ke sana." tambahnya lagi dan aku membalasnya dengan anggukan tanda faham.

Aku membawa kereta yang di pinjamkan oleh boss. Nasib aku sudah pandai membawa kereta dan punya lesen memandu. Aku memasang lagu yang dapat membuatku yakin dan percaya diri lagi.

Di rumah, "Bibi Hana sudah pulang." ucapku dan memakai selipar rumah. "Hana kenapa hari ini kamu balik lebih awal daripada biasanya?" tanya bibiku kerana biasanya aku pulang pada pukul 6 atau 7 malam, tapi hari ini aku sudah di rumah pada jam 5.30 petang. "boss Hana bagi pulang awal sebab ada tugas yang dia berikan nanti." jawabku dengan berpura-pura semuanya baik-baik sahaja. "oh begitu, mari makan Hana. Bibi sudah buat sup kesukaan Hana." ujar bibiku yang berada di dapur. Aku seolah-olah amnesia kerana segala ketakutan dan kerisauan yang bermain di benak fikiranku kini telah ku lupakan buat seketika.

"wahh jeongmal masissda (benar-benar sedap) bibi sudah boleh masuk Master Chef dan Hana yakin bibi akan menang." pujiku sambil menghirup hangatnya air sup itu. "Hana bibi tahu kamu sedang dalam masalah." kata bibiku kerana dia sudah masak dengan sifatku walaupun aku cuba untuk menutupinya. "ne (iya) bibi Hana lagi ada masalah." ucapku. "mianhaeyo (maaf) bibi tapi Hana tidak berani untuk memberi tahu yang Hana ingin pergi ke club malam, sebab dia pasti tidak akan membenarkanku dan dia akan risau sepanjang hari hanya memikirkan tentang ini. Bibi sudah tua untuk membiarkan dia banyak berfikir." bisik hatiku yang masih menundukkan kepalaku dan bermain minyak sup yang berada di mangkukku. "Hana, ingat seberat apa pun masalah itu kamu boleh hadapi kalau kamu tetap berfikiran positif setiap saat. Hilangkan semua negatif dalam minda mu." nasihat bibi yang sentiasa membuatku menjadi lebih semangat dan berani. Ini lah sebab aku boleh menempuhi perihnya kehidupan di ibu kota ini. Nasihatnya yang seperti motivator yang terkenal dan dia tahu untuk memberikan mengembalikan semula kepercayaan diriku yang sempat hilang tadi.

"Saranghae (aku cinta kamu) bibi. Gomawo." ucapku yang hendak meneteskan air mata di pelukan hangat yang dia berikan kepadaku dan aku tahu bertapa aku sayangnya bibiku ini, aku tidak tahu apa yang akan terjadi bila dia sudah tidak ada di bumi ini lagi. "ne (iya) bibi ada di sini kamu jangan takut bibi akan sentiasa ada buat Hana." kata bibi yang kini membuatku meneteskan air mata yang telah aku tahan. Aku menangis di pelukan bibi ku dan aku menahan badanku daripada jatuh kerana bibi pasti tidak kuat menahan ku.

"Hana rehatlah sebentar kerana ini masih jam 8 malam dan kamu pergi pada tengah malam nanti." pinta bibi ku dan tanpa menunggu lama aku langsung membuka selimut dan tidur untuk beberapa jam sebelum pergi mencari perempuan di club malam. "bibi nanti kejutkan Hana bila jam 11.30 ya." pintaku yang sedang sibuk memperbaiki alas tempat tidur ku. Bibi mengiyakan permohonan ku itu dan sudah menenggelamkan badannya di bawah selimut.