Kesan Semalam

Setelah habis tugasan semalam aku kembali kerja seperti biasa dan tidak terlambat walaupun aku pulang dalam jam 2 pagi.

"aduh perutku sakit. Apa aku mau period? Tapi rasa sakit ini berlainan daripada sakit waktu aku period." rintihku dan menyediakan pembalut wanita di dalam begku hanya untuk berjaga-jaga. Aku teringat kejadian semasa di dalam club tadi malam. "Apa hanya satu teguk soju? Apa benar soju yang dia berikan kepadaku? Iya aku rasa iya. Memang benar badanku sangat menolak kehadiran alkohol." kataku yang mengambil dua biji ubat sakit perut yang ada di laci ku, yang telah aku sediakan dari awal aku bekerja di sini, hanya untuk mengelakkan sesuatu terjadi denganku. "fuhh sakit perutku sudah membaik." kataku sambil memegang perutku dan hari ini boss datang agak terlambat, aku juga tidak pasti kenapa.

Akhirnya Kyungsoo datang seperti biasa aku sangat kagum dengan ciptaan Tuhan yang sangat indah ini. "PA bagaimana tugasmu?" soal Kyungsoo yang dengan dingin seperti biasa. "ne (iya) semuanya berjalan dengan lancar tadi malam." balasku dengan percaya diri. "good." katanya yang singkat membuat ku menjadi lebih semangat.

Sesudah aku menyiapkan kerja ku yang di berikan oleh Hari untuk presentation nanti esok hari. Aku beranjak dari tempat dudukku untuk memberitahu Kyungsoo bahawa hari ini ada meeting di Nam Company selepas waktu makan tengah hari. Aku kembali ke tempatku untuk mengambil file yang ingin aku beri ke Minhyuk, yang telah aku perbaiki beberapa kesalahan dan juga melakukan penambahan yang Kyungsoo inginkan. "ahh perutku kembali sakit. Apa pilnya sudah berhenti bekerja. Tapi aku tidak boleh meminumnya lagi." rintih ku dan keringat terus meluncur dari dahiku. Aku benar-benar tidak mampu untuk bergerak. "ayo Hana kamu pasti tau bagaimana caranya." kataku yang memikirkan cara untuk mengurangkan rasa sakit di perutku. "oh iya heating pad dan secawan teh chamomile." aku mengingat kembali petua bibiku untuk mengurangkan sakit perutku. Aku memaksa diriku untuk berdiri untuk memberikan file ini kerana Minhyuk pasti menunggunya.

"boss saya keluar dulu. Apa boss ingin minum?" pelawaku yang masih menahan kesakitan dan juga keringat yang turun dari pelipis ku. "kau sakit?" soal Kyungsoo yang melihat mukaku agak pucat dan berpeluh dengan laju aku menjawab "aniyo (tidak). "keojitmal hajimara! (jangan berbohong!)" suara Kyungsoo meninggi tidak seperti biasa dan raut wajahnya juga berubah seperti merisaukan sesuatu. "ch.. cheoneun momi anchoayo (saya tidak sedap badan). Ini hanya sekejap sahaja nanti juga akan membaik." kataku terbata-bata kerana masih terkejut dengan perilaku Kyungsoo yang barusan tadi. "apa kau minum tadi malam?" soal Kyungsoo lagi yang membuatku terkejut dan tidak tahu harus jujur atau berbohong. "ne (iya) tapi hanya sedikit." jawabku jujur kerana sekiranya aku menipunya masalah ini semakin memburuk. "hmm. Kalau begitu batalkan saja meeting hari ini." ucapnya dengan suara yang seperti biasa dan kembali memasang muka tanpa perasaannya itu. "hajima! (jangan!), mianhamnida (maaf). Boss ini meeting yang sangat penting. Saya baik-baik saja. Yagsoghanda (saya janji)." ujarku untuk meyakinkan Kyungsoo agar tetap ingin mengikuti mesyuarat itu kerana ianya sangat mempengaruhi syarikatnya. "aku tidak suka keluar bila PA ku sedang dalam keadaan sakit. Itu akan memburukkan imejku." terang Kyungsoo yang membuatku bahagia walaupun ayat terakhirnya kedengaran seperti tidak memberiku harapan. "aniyo. Boss saya hanya masuk angin." bantahku dan membungkukkan diriku dan berlalu keluar hanya untuk mengelakkan perdebatan.

Kyungsoo POV "kenapa aku tidak mampu melihat dia menahan kesakitan. Tidak mungkin aku suka sama dia."

"ahh an chotha (tidak bagus) kenapa kamu berkata begitu dengannya." rungutku kerana terkadang keberanianku datang di waktu yang salah. Aku berjalan ke arah Minhyuk yang sedang menunjuk ajar seseorang. "Minhyuk, ini file yang sudah aku betulkan. Kau harus berterima kasih kepadaku." kataku yang membuat senyuman terukir bibirnya. "ne, gomawoyo Hana (iya, terima kasih)." ucapnya dengan mengambil file dan membeleknya. "wah Hana kamu benar-benar pandai walaupun kau tidak pernah belajar hal ini. Kamu belajar sendiri?" tanyanya yang tidak percaya dengan hasil kerja ku. "ne (iya) aku belajar sendiri. Aku mana mampu untuk bayar subjek ini. Lagipun 2 minggu lagi aku kan jadi Hana yang menakutkan." jawabku yang membuat Minhyuk tertawa dan semua anggota Alpha Group melihatnya.

Di perjalanan ke Nam Company. Aku duduk di sebelah Kyungsoo yang dari tadi fokus membawa keretanya kerana pakcik Choi (pemandu kereta Kyungsoo) sedang menjaga isterinya di hospital.

Ternyata teh chamomile tidak berkesan denganku, oleh kerana itu aku menelan pil pain killer untuk meredakan rasa sakitnya walaupun kesannya aku akan rasa mengantuk.

Perjalanan kami sebenarnya hanya perlukan 30 minit untuk sampai tapi ada masalah di atas jalan raya yang membuatkan kami terlambat. Sepanjang perjalanan suasana sangat hening dan aku memutuskan untuk menghidupkan radio di keretanya. Tak sampai 5 minit kami mendengarkan radio dia langsung mematikannya. "daripada mendengarkan radio, lebih baik aku menanyakan soalan kepadamu." katanya yang membuat perasaanku bercampur baur. Hanya dengan anggukan dia langsung menanyakan ku soalan yang pertamanya "apa kau masih melanjutkan sekolahmu? Kalau iya di mana?". "ne (iya), di Kyunghee University. Nanti saya akan ambil sesi pembelajaran malam, jadi paginya saya masih boleh bekerja." aku menjawab soalan dan memberikan penjelasan tentang sesi pengajianku walaupun tidak ditanya. "kau tinggal di daerah mana?" soalnya lagi. "di daerah Dongdaemun-gu. Saya tinggal dengan bibiku." jawabku dengan semangat dan tanpa aku sadar aku memberitahu dia sesuatu yang dia tidak soalkan. "kau tinggal dengan bibimu? Orang tua mu mana?" kini soalan yang paling aku tidak suka. "tidak tahu bahkan aku tidak pernah melihat wajahnya dan tidak pernah merasakan hangatnya kasih sayang mereka." jawapan ku kini agak mengejutkan Kyungsoo kerana personalitiku yang ceria terdapat kisah yang kelam di diriku. "ahh kita sudah tiba." aku membuang segala kesedihan di wajahku dan kembali ke realiti.

Di bilik mesyuarat. Aku duduk dengan semua PA yang hadir untuk menemani boss mereka masing-masing. Perutku sudah tidak sakit lagi hanya rasa kantuk yang ku rasakan. Berkali-kali kepalaku terjatuh tetapi aku menahannya agar tetap sedar. Aku ingin pergi ke tandas untuk mencuci mukaku agar tidak mengantuk lagi, nasib tempat dudukku berdekatan dengan pintu belakang, dengan mudah aku keluar untuk ke tandas. Ini bukan kali pertama aku ke Nam Company jadi dengan mudah aku menemukan tandas wanita yang terdekat.

Kyungsoo POV "apa dia baik-baik saja? Kenapa aku tiba-tiba risau terhadapnya? Ahh tidak mungkin dia hanya PA ku, wajar sahaja aku risau, dia hanya pekerjaku tidak lebih dari itu. Kalau dia sakit pasti akan menyusahkan aku juga."

Jam 7.00 malam akhirnya mesyuarat itu telah selesai. Aku tidak menyangka akan selama ini. Badanku terasa sangat sakit, hari ini aku benar-benar keletihan. Aku masuk ke dalam kereta terlebih dahulu kerana Kyungsoo sedang bercerita dengan Joongi. Aku sudah memasang seat belt ku dan hanya termenung melihat Kyungsoo dari kejauhan. Dia datang, dengan cepat aku memperbaiki kedudukan ku dengan lebih sopan. Kyungsoo memijak pedal gas dan memecut pergi dari situ. "apa kau lapar?" tanya Kyungsoo yang sesekali memandangi ku. "aniyo (tidak)." jawab ku ringkas. "pigonhani? (apa kau letih?)" soalnya lagi tapi kali ini tidak memandangiku kerana dia sudah dapat tahu dari cara aku menjawabnya soalannya. "jogeum pigon haeyo (hanya sedikit letih)." balasku yang masih menahan mataku daripada terlelap. Tetapi setelah itu tanpa aku sedar aku tertidur dengan memegang seat belt ku. Kepalaku bersandar di seat belt yang aku genggam. "aku mau turun sekejap, apa kau mau ikut bersamaku?" tanya Kyungsoo yang tidak sadar aku tertidur sepanjang jalan. Tanpa mendengarkan balasan ku dia sontak melihat ke arahku yang sedang tidur dengan tenang. Tanpa mengangguku dia turun dari kereta untuk singgah di sebuah gerai untuk membeli makanan untukku. Kerana tadi aku tidak makan kerana aku takut bila sakit perutku datang kembali.

Kyungsoo POV "kenapa aku terlalu peduli akan dirinya? Aku tidak mungkin suka padanya. Aku hanya tertarik kerana dia sangat berbeza dengan PA ku sebelumnya dan dia juga sangat pintar. Aku akan menghantar mu."

Kyungsoo membenarkan rambutku yang menutupi mukaku. Aku selalu mengikat rambutku dan hanya membiarkan rambut bahagian tepiku yang terurai, kerana aku sudah terbiasa dan dapat melakukan pekerjaanku dengan selesa.

"dia sangat cantik. Apa yang kau fikirkan Kyungsoo dia hanya PA mu." katanya perlahan dan tetap membantah apa kata hatinya kerana sikapnya yang tidak mempercayai cinta. Dia kembali membawa keretanya dengan laju di jalan.

Kyungsoo sentiasa menyamakan semua perempuan seperti omma (ibu)nya yang sanggup meninggalkan dirinya dan juga appa (ayah)nya demi lelaki yang lebih kaya dari appa (ayah)nya. Ini sebab terbesar dia sangat menolak kehadiran cinta dalam hidupnya kerana bagininya itu tidak nyata dan hanya membuang waktu mencintai seseorang yang tidak menghargainya. Dia membenci omma (ibu)nya sejak perceraian mereka dan Kyungsoo memilih untuk hidup bersama appa (ayah)nya.