Bukan Hal Yang Biasa

Kyungsoo kini telah sampai di daerah Dongdaemun-gu. Kyungsoo cuba untuk membangunkanku tetapi aku tidur sangat lelap.

Kyungsoo POV "dia tidur dengan sangat nyenyak. Aku akan membawanya sampai kerumahnya. Tidak mungkin aku meninggakan dia seorang diri di sini. Nasib baik aku ingat di mana dia tinggal. Tidak sia-sia aku mengikutinya pada hari pertama dia bekerja."

Dengan begitu Kyungsoo mengangkatku (bride style) dengan perlahan kerana dia tidak ingin membangunkanku. Kyungsoo membawaku ke tingkat dua menggunakan lift dan menuju ke depan pintu rumahku. Diriku seperti telah meminum ubat tidur kerana keadaan ku yang sangat tenang.

Ding dong~

Bibiku membuka pintu dengan wajah yang terkejut bukan kerana Kyungsoo tetapi dia terkejut dengan keadaanku. "aigo (ya ampun) Hana kamu kenapa?" tanya bibiku yang menarik tangan Kyungsoo untuk masuk ke dalam rumah dan membawaku ke bilik untuk membiarkan ku berehat dengan lebih nyaman. "mianhamnida (maaf) ajumma (makcik) tadi Hana dia ketiduran dalam perjalanan." terang Kyungsoo dengan sopan. "gwenchanayo (tidak mengapa). Panggil saja bibi. Mari sini kita makan bibi ada buat sup rumput laut." pelawa bibiku dan menuntun Kyungsoo untuk duduk. Kami tidak punya meja dan kerusi makan, kami hanya duduk di lantai yang beralaskan bantal tipis dan meja kecil yang sangat memadai untuk kami berdua. Kyungsoo yang sedang menunggu melihat keadaan rumah sewa kami yang kecil tapi sangat kemas dan bersih.

Tak lama kemudian bibi membawa sup rumput laut yang masih berwap-wap untuk di berikan kepada Kyungsoo. Perlahan-lahan meja itu penuh dengan makanan yang bibi masak dan juga makanan yang di beli oleh Kyungsoo tadi. "mari di makan nanti sejuk tidak sedap pula rasanya." kata bibiku yang memberikan Kyungsoo semangkuk nasi. "bibi saya lupa untuk perkenalkan diri saya. Saya Kyungsoo, boss Hana." kata Kyungsoo dan meletak mangkuk nasinya di atas meja dan menunduk hormat dengan bibi. "ne (iya) salam kenal." balas bibiku.

Kyungsoo POV "wah bibi ini sup rumput laut yang sangat lezat yang pernah ku makan.". "hahahaha. Itu sangat berlebihan, mungkin saja kamu kelaparan. Mari bibi tambahkan lagi." jawab bibi merendah diri. "bibi kenapa bibi sangat baik dengan saya sedangkan baru pertama kali berjumpa?" akhirnya soalan yang dia simpan kini diutarakan. "sebab kamu mempunyai aura yang positif walaupun kamu sangat jarang tersenyum. Tidak ada lelaki yang baik membiarkan seorang perempuan dalam keadaan lemah sendirian." balas bibi yang memandangi Kyungsoo dengan tulus dan menuangkan sup ke mangkuknya.

Ring ring ring telefon Kyungsoo berbunyi tapi dia tidak mengangkatnya. "jawab sahaja telefonnya." kata bibi yang ingin mengangkat bekas yang telah di guna tadi tapi Kyungsoo menahan tangan bibiku agar dia membawanya untuk di bersihkan.

Di majlis makan malam:

Joongi POV "yah apa dia sudah lupa hari ini ada apa. Selalu saja dia menyusahkanku."

Joongi yang berada di majlis makan malam yang sangat penting bersama rakan kongsi syarikat mereka dan juga orang-orang yang berpengaruh.

"ini pertama kalinya dia selewat ini. Kyungsoo! Kau sangat menyusahkan ku." kata Joongi yang memasukkan telefonnya di dalam saku celananya kerana dia sudah putus asa untuk menghubungi Kyungsoo.

"mianhamida (maafkan saya) Kyungsoo akan segera datang kerana dia terperangkap dengan kesesakan lalu lintas." ucap Joongi di hadapan para tetamu yang hadir.

"tidak mengapa kalau begitu. Mari kita bersulang." teriak seorang lelaki dari meja belakang sambil mengangkat gelas winenya dan semua orang di situ seperti melupakan akan kehadiran Kyungsoo yang sudah lewat 30 minit.

Di rumah Hana:

Kyungsoo POV "baiklah bibi saya balik dulu. Gamsahabnida (terima kasih) sup rumput lautnya, rasanya sangat lezat." ucap Kyungsoo dengan sopan dan menundukkan kepalanya.

"ne (iya) nanti bibi buatkan lagi spesial untuk kamu." balas bibi dengan senyuman yang ramah.

"annyeonghi gaseyo (selamat tinggal). kata Kyungsoo dan membalikkan badannya untuk pergi dari situ.

"dolo-eseo josimhasibsio (hati-hati di jalan). Nanti singgah lagi di rumah bibi." kata bibiku yang tidak terlalu kuat tapi mampu untuk di dengarkan oleh Kyungsoo. "ne, gikkoi (iya, dengan senang hati)." balas Kyungsoo dan melambaikan tangannya ke arah bibi yang masih berdiri di hadapan pintu.

"Joongi pasti akan marah kepada ku." bisik Kyungsoo yang berlari kecil mengarah ke keretanya lalu melaju pergi untuk ke majlis makan malam.

Kyungsoo sempat tiba di majlis makan malam itu sebelum majlis berakhir.

"hyung! (abang!)." teriak Kyungsoo dari belakang Joongi. "ya! Kau dari mana?" balas Joongi yang di tambah dengan ejekan iaitu "tiang" dengan nada yang perlahan, kerana Kyungsoo lebih tinggi darinya sedangkan dia lebih tua daripada Kyungsoo. Kyungsoo melajukan langkahnya ke Joongi "aku baru balik dari rumah PA ku." jawab Kyungsoo dengan muka tanpa ekspresi sambil memperbaiki kedudukan tali lehernya. "apa? Si Hana maksudmu?" tanya Joongi yang tidak percaya kerana hal ini sangat tidak biasa seorang Kyungsoo yang dia kenal sejak kecil melakukan perkara seperti ini dengan seorang perempuan. Kyungsoo hanya menganggukkan kepalanya dan melangkah pergi meninggalkan Joongi dengan muka yang tidak percaya untuk mengambil segelas wine.

Selama acara itu berlangsung tidak Joongi berkali-kali melihat ke arah Kyungsoo dengan tatapan yang ingin mencari tahu.

Sebelum majlis makan malam itu tamat, Kyungsoo sebagai seorang yang tepercaya untuk memberikan ucapan sebelum majlis itu berakhir.

Sepanjang Kyungsoo memberikan ucapan di depan khalayak ramai muka Joongi berubah menjadi sangat bangga seperti seorang bapa yang bangga akan pencapaian anaknya.

"wah Kyungsoo kamu sangat pintar dalam segala hal. Apa kamu sudah berpunya?" kata Tuan Go (bapa kepada Nara) seseorang yang sangat dekat dengan bapanya boleh di katakan sahabat bapanya. "Khamsahapnida (terima kasih). Saya perlu lebih fokus dengan pekerjaan saya daripada mencari kekasih." jawab Kyungsoo yang agak dingin kerana dia tidak menyukai Tuan Go. Kyungsoo yang pergi meninggalkan Tuan Go tanpa kata selamat tinggal. "oh, mianhamnida (maaf) Tuan Go. Mungkin Kyungsoo terlalu letih jadi dia bersikap sedemikian. Tto manapsida (sampai bertemu lagi)." kata Joongi untuk mengelakkan salah faham terhadap Kyungsoo, walaupun faktanya bahawa Kyungsoo sangat tidak menyukainya. "ne, gwaenchanayo (iya, tidak mengapa)." balas Tuan Go. Joongi yang menunduk hormat lalu pergi untuk berjumpa dengan Kyungsoo.

"ya! Kyungsoo. Aishh." teriak Joongi agar Kyungsoo berhenti. "wae? (kenapa?)" tanya Kyungsoo dengan riak wajah yang agak menyeramkan. "wae? (kenapa?) kau tanya. Kenapa kau berkelakuan seperti itu. Kalau ayahmu tahu di bakal marah besar terhadap mu." terang Joongi yang sedang mengurut dahinya. "dia layak mendapatkan layanan seperti itu. Hah ayahku seperti buta bila berada di dekatnya. Jangan risau hyung (abang), kan ku usahakan Syarikat K&K akan menjadi milikku." kata Kyungsoo dengan serius. "Kyungsoo, aku akan setia membantumu. Katakan saja apa yang kau perlukan." tambah Joongi dengan merangkul bahu Kyungsoo kerana dia tahu sifat Kyungsoo akan melakukannya bukan hanya berkata-kata.

"Kyungsoo, ada benda yang aku ingin katakan." kata Joongi dengan berhati-hati. "mwo? Geunyang malhaebwa (apa? Katakan saja)." jawab Kyungsoo yang sudah berada di dalam keretanya sedangkan Joongi memasukkan kepalanya daripada tingkap kereta Kyungsoo. "apa kau suka sama Hana?" soal Joongi dengan tenang sambil memandang muka Kyungsoo. "hah! Jeoldae andwae (tidak mungkin). Kenapa kau menanyakan soalan seperti ini?" jawab Kyungsoo dengan hairan. "anyo, geunyang mul-eobogo iss-eoyo." kata Joongi yang sepertinya tidak ingin memperpanjang persoalan ini. Sebernya dia sudah tahu yang Kyungsoo menyukai Hana tapi hanya sahaja dia tidak mengakuinya. "hyung (abang), keluarkan kepalamu. Apa kau mau mati tanpa kepala." kata Kyungsoo ditambah dengan lawak yang menyeramkan. Sesudah Joongi mengeluarkan kepalanya Kyungsoo langsung memijak pedel gas untuk melaju pergi. "ya! Dasar tiang." teriak Joongi yang telah di tinggalkan oleh Kyungsoo.

Joongi POV "aish. Budak tu sepertinya perlukan doktor kejiwaan. 'hyung (abang), keluarkan kepalamu. Apa kau mau mati tanpa kepala.' kata-katanya dapat membuat bulu roma ku meremang." Joongi memasuki keretanya dan kembali berfikir tentang Hana. "tapikan menghantar seorang perempuan balik ke rumahnya bukan hal yang biasa dia lakukan. Hana, dia orang pertama yang dia hantar ke rumahnya. Aigo! (ya ampun!) Lee Kyungsoo. Aku tau kau menyukai Hana hahahahahaha. Kau tidak dapat membohongi ku dalam hal ini." Joongi tertawa seperti sedang menonton pertunjukan lawak.