Seminggu berlalu daripada peristiwa yang sangat canggung itu. Akhirnya hari ini adalah hari pertama di semester baharu. Hari yang sangat memerlukan tenaga lebih untuk melaluinya.
Seperti biasa aku melakukan pekerjaan ku sebagai PA di siang hari manakala di malam hari aku akan menjadi mahasiswi di universiti.
"Boss hari ini kita ada meeting dengan Tuan Go dan juga..." belum sempat ku memberitahu hal seterusnya dia langsung memotong perkataanku. "aku tahu. Kau tidak perlu ikut denganku biar aku saja yang pergi." katanya tanpa memandang wajahku. Sepertinya dia masih mengingat kejadian malam itu. "alasseo (baiklah kalau begitu)." jawabku dan kembali ke tempat dudukku. "yes! Aku ada masa untuk menyiapkan beberapa assignment sebelum kembali ke universiti." kataku riang tetapi dengan perlahan.
Jam 3.30 petang kini Kyungsoo sudah pergi ke Koroviar iaitu restoran yang berada di Yongsan-Gu. Kini tinggal aku seorang yang berada di bilik hening itu.
Di Koroviar:
Kyungsoo POV "ikutkan hati, aku tidak mahu pun bersemuka dengan pengkhianat. Tapi bila aku tidak pergi nanti beribu soalan yang keluar dari mulut PA ku." bisik hatiku dan mengikuti pelayan untuk menunjukkan meja yang telah mereka pesan.
"oh! Oppa~ (abang~), neomubogo sip-eoyo (aku sangat merindukan mu)." kata Nara (anak tunggal Tuan Go) dengan memeluk tangan kiriku. Aku berusaha melepaskannya dan duduk di sebelah appa (ayah) ku. "baiklah kalau begitu mari kita bahas langsung ke intinya." kata appa (ayah) ku. "Kyungsoo kamu sudah dewasa dan memerlukan pasangan hidup untuk membantumu dalam urusan syarikat." kata appa (ayah) ku yang sudah ku agak apa sebenarnya hasrat mereka. "jadi samchon (pakcik) telah bersepakat untuk menjodohkan kamu berdua." ucap Tuan Go yang tiba-tiba menjadi ramah dan appa (ayah) ku seperti biasa hanya menganggukkan ucapan Tuan Go. "ani! Jeonhyeo (tidak! Sama sekali)" jawabku yang membantah persetujuan mereka. "wae? Oppa (kenapa, abang)." tanya Nara dengan muka yang terkejut. " aku sudah besar dan aku tahu apa yang terbaik bagiku. Oh iya alasan yang paling penting biar aku sahaja yang mengetahuinya. Appa (ayah) aku pergi dulu." balasku yang membuat Nara menjadi kecewa dan terpampang jelas wajah appa (ayah) ku yang sedang menahan amarah kerana aku berkelakuan kurang ajar terhadap 'sahabatnya'. "oppa (abang)" teriak Nara yang ingin mengejarku tetapi di halang oleh appa (ayah) nya. Appa (ayah) ku hanya terdiam dan hanya melihat ku pergi.
Manakala di Syarikat K&K:
Ting~ mesej masuk iaitu Hari yang memberitahuku untuk mematikan semua suis lampu sebelum pulang, kerana hari ini semua pekerja di benarkan untuk balik lebih awal. "ini baru jam 4.00 petang. Pekerja disini memang tidak mensia-siakan peluang untuk balik awal. Hahahaha." kataku sambil melanjutkan pekerjaanku.
Sejam berlalu. "I need coffee." bisikku yang sudah beberapa kali menguap sehingga air mataku terkeluar. Keadaan luar bilik kedap suara itu kelihatan sangat berbeza di saat ada pekerja kerana keriuhan para pekerjanya. Aku kembali ke tempatku untuk menyelesaikan beberapa hal dan mencetaknya.
"alright, this is my last words than I'm done." kataku sambil mengetik perkataan terakhir dengan riang. Aku juga sudah menghabiskan 3 gelas kopi. "yes! Masanya untuk mengemas barangku dan pergi ke rumah untuk membersihkan diriku." kataku riang. Aku mematikan suis lampu yang tidak digunakan dan hanya menghidupkan beberapa lampu di kawasan yang memerlukan pencahayaan.
Kini tepat 6.30 petang dan aku masih ada masa dalam 1 jam sebelum sesi pembelajaran di mula. Aku menunggu bas di tempat biasa yang tidak jauh daripada tempat aku bekerja.
Di perjalanan Kyungsoo:
Kyungsoo POV "aku takkan mau dijodohkan dengan perempuan itu." kataku dengan menghidupkan enjin kereta ku.
Sepanjang perjalanan aku di temani dengan suara radio. "Wah wah selamat kepada semua mahasiswa universiti kerana hari ini ialah hari pertama bagi semester baru, dan cuaca yang sangat baik untuk memulakan pembelajaran di waktu pagi atau yang mengambil sesi malam. Hwaiting (semangat)." kata DJ radio yang sontak mengingatkan ku dengan PA ku. "apa aku perlu kembali ke sana?" tanyaku yang memandang jam pada layar kereta ku. "aku juga perlu mengambil file yang tertinggal di pejabat." ingatku tentang file yang diinginkan oleh Joongi dan sebagai alasan sekiranya terserempak dengan PA ku.
Hana POV "fuhh akhirnya bas sudah tiba." kataku yang dari tadi duduk di perhentian bas. Aku duduk di spot kegemaranku dan membuka tingkap untuk membiarkan angin senja menampar wajahku.
Kyungsoo POV "dia sudah tidak ada, apa dia masih ada di dalam? Apa dia sudah balik? Apa dia baik-baik saja?" banyak persoalan yang muncul di fikiranku secara tiba-tiba kerana aku melihat tempat perhentian bas yang selalu dia gunakan untuk menunggu bas. "ahh sudah aku kena cepat ambil file itu sebelum malam." kata ku yang bergegas untuk masuk ke dalam syarikat.
"there you're." kataku yang berdiri di sebelah meja kerja PA ku kerana filenya tadi telah aku berikan kepadanya untuk di perbaiki kesalahan sekiranya ada. Aku tertarik dengan sticky note yang tertampal di layar komputernya. 'Jam 7.30 - 9.00 malam, Hari Isnin - Jumaat. Kyunghee University.'. "aku masih punya banyak waktu untuk mengucapkan selamat untuk semester baharu." kataku yang melihat jam tanganku yang menunjukkan jam 7.00 malam.
Hana POV, kini aku sudah tiba di rumah dalam jam 7.00 malam. Aku hanya mempunyai 30 minit sebelum sesi pertama bermula. Seperti biasa aku melakukan rutin malam dan bersiap untuk pergi.
Kini jam menunjukkan pukul 7.15 malam. Aku sudah siap untuk pergi ke universiti yang jaraknya 10 minit sekiranya berjalan kaki. "bibi Hana pergi dulu." ucapku dan kucium kedua belah pipinya. "ne, chalgayo (iya, selamat jalan). Belajar dengan betul." balas bibiku yang di sertakan dengan nasihatnya.
Aku memegang tali begku dan jalan keluar dari kawasan rumah ku. "ehh, itu bukannya Kyungsoo? Apa dia lakukan di sini?" kata hatiku yang melihat sosok tubuh yang sangat familiar. "dia sangat tampan." tambahku lagi kerana kini dia melihat kearahku dan wajahnya kini aku lihat dengan jelas dengan bantuan lampu jalan. "Boss, apa yang membuatmu berada di sini?" tanya ku kerana setahuku dia tidak punya kenalan yang tinggal disini selain aku. "jangan panggil aku boss. Ini bukan di syarikat." katanya yang kini berdiri tepat di hadapanku. "aku hanya ingin mengucapkan selamat untukmu." tambahnya. Kini Kyungsoo mendekatiku sehinggakan cahaya lampu jalan terhalang dengan tinggi badannya. "biar aku hantar." dia berbisik di telinga kananku yang dapat membuat bulu roma ku meremang. Aku hanya mengangguk kerana mulutku seperti telah di gam. Dia membukakan pintu untukku dan menarik tanganku.
Di sepanjang perjalanan kami hanya diam seribu bahasa. Kini kami telah tiba di universiti ku. "daedanhi gamsahabnida. (terima kasih banyak.)" ucapku sebelum keluar pergi dan menunduk hormat. "ani, naega dangsin-eul delileo galge. (tidak, aku akan menjemputmu." katanya yang membuatku terkejut. Aku sangat bahagia kerana dapat bersamanya walaupun buat masa yang singkat. "pil-yo eobs-eoyo. Jib-e honja gal su iss-eoyo. (tidak perlu. Saya boleh balik sendiri.)." balasku dengan sopan. "no i will pick you." jawab Kyungsoo yang membuatku tidak berani untuk menolaknya lagi. "baiklah kalau begitu. Saya pergi dulu, kelasku sudah hampir bermula." kataku yang sedia untuk pergi. Dia mengangguk dan riak wajahnya sangat bahagia.
Kyungsoo POV "yes, akhirnya." kataku dengan riang dan melihat dia dari kejauhan untuk masuk ke universitinya.