Darjah 6 Part 3

Banyak sebenarnya kenangan yang tidak dapat dilupakan berlaku di tahun 6 ini. Aku bersyukur kerana tidak ada satu peristiwa pun yang boleh membuat aku menangis atau terlampau sedih. Bagi aku ini adalah dugaan dan ujian serta satu proses pembelajaran dan pengajaran buat aku.

Kisah bermula di dalam kelas pada hujung akhir tahun sesi persekolahan tahun 2006. Peristiwa ini berlaku selepas tamat ujian UPSR dimana semua pelajar darjah 6 diwajibkan datang ke sekolah walaupun sesi pnp telah tamat. Guru besar membenarkan pelajar darjah 6 bermain atau membawa sebarang alatan permainan yang dirasakan boleh menghilangkan kebosanan para pelajar. Pelajar juga dibenarkan meluangkan masa di perpustakaan dan surau pada bila-bila masa sahaja dengan syarat melakukan aktiviti yang berfaedah.

Dear Myself from 14 Years Ago

Aku kebosanan. Datang ke sekolah mendatangkan kebosanan kepadaku. Ini mungkin hari terakhir aku datang ke sekolah. Monologku dalam hati sambil memegang buku cerita yang dipinjam dari perpustakaan. S didepanku kulihat seakan tidak sihat. Aku berbisik, 'Kau ok? Nampak pucat je?'. S tersenyum dan turut berbisik 'Aku period pain. Period pain aku memang severe. Ni pun kira ok aku tak muntah. Sakitnya ya Allah.' Aku kesiankan dia. Dia kulihat menahan sakit. 'Minta dengan cikgu nk balik ke rumah la. At least boleh baring. Tak pun pergi bilik sakit, nak? S sekadar menggelengkan kepala.

Aku hairan kenapa kami berbisik kerana waktu itu tiada kawan lelaki pun dalam kelas kami. Kemudian, masuk seorang lelaki ke dalam kelas dari pintu belakang. Dia dah datang! Orang yang aku suka. Mat saleh panggil crush atau lebih tepat lagi one sided love. Namanya N. Seorang budak lelaki berkulit putih merah, mempunyai mulut yang mekar merah, tinggi bersahaja dan badan yang sedang-sedang sahaja. Dia ialah crush pertama aku yang aku suka hanya disebabkan rupa semata. Dia seorang yang dull dan selalu dibayangi oleh rakannya yang lain tetapi dia baik.

Dia sedang bercakap dengan S, berbunyi mesra dan rapat kerana mereka merupakan pasangan kekasih. Sigh, mereka sangat secocok. Entah apa yang dibual oleh mereka. Aku hanya leka membaca buku ceritaku. 'N, D (aku) suka kau!'. Aku terperanjat lalu mengangkat kepalaku kearah S. Minah ni dah mula, kau memang suka buat comeback waktu tak kena kan. Apa masalah kau ehh? Dah sakit pun mulut still function jugak. Geramku di dalam hati.

Aku dapat rasakan N berdiri tegak terkaku di belakangku. Tgk lah, pakwe kau pun panik. Perempuan ni memang saiko la. 'N, kau suka D ke tak?'. Kau memang tak boleh diam kan. Kau dari dulu suka kenakan aku. Jeritku di dalam hati. 'Tak, sebab dia pendek,' bijak sekali jawapanmu N. Aku sekadar tunduk beberapa ketika lalu mengemas buku-buku serta barang-barangku. Selesai kemas, aku bangun dan mengorak langkah melepasi N dan berlalu ke perpustakaan. Lepak sana lagi aman.

Sedih? Benda dah jadi. Sukakan N merupakan kenangan yang indah. Kami bersekolah di sekolah yang sama semasa tingkatan 1-3 walaupun berlainan kelas. Kemudiannya, kami merupakan rakan sekelas semasa tingkatan 4 dan 5. Kami berkawan dan mencipta beberapa kenangan bersama rakan-rakan yang lain.

Aku sukakan N. Betapa teruknya rasa sukaku padanya sehinggakan pernah hatiku berdebar-debar secara tiba-tiba sebelum aku terserempak dengannya di mana-mana.

Tuan-tuan dan puan-puan pembaca sekalian, saya cadangkan kalian dengar sebuah lagu dari artis kegemaran saya iaitu LeeHi yang bertajuk one sided love. Selami liriknya dan temponya. Nescaya kalian akan berulang-ulang memutar lagu tersebut lagi lagi dan lagi.