BAB SEPULUH

Vee langsung tidak mempedulikan Ariel yang sedang memanggil namanya dari belakang, berkali - kali. Sebaliknya dia terus menuju ke kawasan tempat letak kereta. Dia mahu segera pulang. Namun belum sempat untuk dia menghampiri keretanya, tiba - tiba tangannya di tarik kasar oleh seseorang dan menyebabkan langkahnya terhenti mendadak. Vee berpaling dan menarik tangannya kasar dari genggaman kejap Ariel.

"U ni dah kenapa?" soal Ariel geram.

"Kenapa dengan saya pulak?" balas Vee tanpa menjawab soalan Ariel yang kelihatan merah padam, cuba menahan marahnya sebaik mungkin.

"Yang U tiba - tiba keluar macam tu, tadi kenapa? Kenapa U sakit hati sangat bila I cuba nak bergurau dengan U? Dengan yang lain boleh pulak U ketawa dan tersenyum..." Vee yang terkejut mendengar kata - kata Ariel berpeluk tubuh di tepi keretanya.

Dia meninggalkan permainan mereka separuh jalan pun sebab dia mulai berasa sakit hati dengan setiap kata - kata sinis Ariel yang kedengaran seperti menyindirnya, setiap kali. Dia tidak mahu memanjangkan perbualan di antara mereka pun sebab dia takut dia yang akan mulai hilag sabar dan mencetuskan pergaduhan di antara dia dengan Ariel, di sana pula. Sebab itulah dia mengambil jalan selamat dengan membuat keputusan untuk pulang sahaja.

"Awak dah salah faham ni, Ariel! Saya tak ambil hati pun dengan kata - kata awak tadi.... saya cuma rasa tak sedap badan tiba - tiba, sebab itulah saya nak balik. Itu aje... mana ada saya terasa kah apa dengan awak..." ujar Vee berbohong.

Dia masih cuba untuk tidak mengeruhkan terus keadaan di antara mereka walaupun di sebaliknya dia sebenarnya saki hati dengan sikap Ariel yang suka mencabar tahap kesabarannya yang memang tipis.

"Huh? Stop pretend that U don't mean it dammit! U sakit hati dengan I kan?! U marah sebab I bangkitkan soal anak Tan Sri Hamdan dengan U...." Vee ketap bibir.

"Ariel, Stop it... saya tak nak dengar soal itu semua sekarang. Saya cuma nak balik rumah, itu aje. Awak tak perlu fikir yang bukan - bukan"

"Really? U memang tak suka dengan I kan? Sebab itulah U suka ambil sikap acuh tak acuh depan I! Apa yang tak kena dengan I pada pandangan U, Vee?! Jijik sangatkah kalau U kenal dengan I?" Vee menarik nafas dalam.

Ariel sudah jauh terpesong dari perbualan asal mereka berdua... Jijik? Dia tidak pernah sekali pun menggunakan ayat sebegitu kepada seseorang. Kenapa dia perlu berasa jijik untuk mengenali Ariel? sedangkan jelas lelaki itu memiliki lebih dari apa yang dia sendiri ada.

Vee lepas keluhan lemah. Dia perlu berlalu pergi sebelum keadaan di antara mereka berdua berubah menjadi lebih parah. Suka atau tidak, salah atau betul, bukanlah persoalannya sekarang. Ariel seperti sedang di kuasai oleh sesuatu yang membuatkan dia terlalu mengikut emosinya petang itu. Pantang silap sikit, pasti akan lain jadinya nanti. Nauzubillah!

"U nak lari ke mana?! We're not done yet!" ujar Ariel sambil menyambar lengan Vee kasar, sebelum sempat untuk Vee membuka pintu keretanya.

"Saya tak larilah! Saya cuma nak balik.... B. A. L. I. K!... so lets just stop here, okey. Awak dah salah faham. Terus - terang saya cakap dengan awak.... saya langsung tak berasa jijik kah atau apa sekalipun untuk kenal awak, faham?! So awak tak perlulah nak terasa sangat kalau saya tetiba buat hal macam tadi depan awak... okey?....

Tentang anak Tan Sri Hamdan tu... honestly, saya tak terasa sangat pun! Dan saya tak ambil hati.... banyak lagi benda yang saya nak kena buat dan fikir selain dari memikirkan soal dia seorang. So, lets just stop here! okay? Awak faham tak ni?!" soal Vee setelah melihat Ariel berdiam diri.

Ariel tiba - tiba ketawa sinis. Dia tidak percaya dengan apa yang di tuturkan oleh Vee itu. Baginya Vee sengaja mahu mencari jalan selamat dan membiarkan perbualan mereka tergantung begitu saja, sama seperti perbualan - perbualan mereka yang terdahulu.

"Awak memang pandai berlakon, Vee! Reaksi wajah awak tak sama pun dengan kata - kata awak... so why can't you just shout it out loud in front of my face, right now that you are really.... really hate me! Kenapa susah sangat awak nak mengaku yang awak tu memang tak suka pun nak berkawan dengan I! Just say it!!" balas Ariel dengan suara yang cukup kuat dan tegang.

Dia kelihatan hampir - hampir tidak dapat menahan perasaan marah dan emosinya. Vee sendiri naik kecut perut melihat perubahan Ariel yang mendadak sebegitu. Dia ingatkan Ariel seorang yang cool dan tidak teerlalu mengikut perasaan.

Rupa - rupanya Ariel pun dua kali lima, sebiji macam perangai dia juga. Vee cuba untuk bertenang dan mengawal emosinya sebaik mungkin. Kalau sudah dua - dua naik minyak, alamat kawasan parking lot tersebut akan menjadi tumpuan orang ramai yang datang melihat telenovela di antara mereka berdua di situ.

"Really Ariel?! Sampai macam tu sekali tanggapan awak terhadap saya? Wow! Saya langsung tak terfikir satu pun yang awak cakapkan tu tau! You need to go home and relax, Ariel"

"I dah agak dah... U mesti akan mengelak macam ni..." ujar Ariel dengan wajah separuh mengejek.

Vee tarik nafas dalam. Ikutkan hati mahu saja dia memberikan penumbuk sulungnya pada wajah itu biar dia sedar dunia sikit. Biar dia sedar di mana mereka berada pada ketika ini. Bukan sedikit yang sedang memerhatikan perang mulut di antara mereka berdua saat ini.

"Saya nak balik!"

"We are not done yet!!" sekali lagi Ariel menarik lengan Vee kasar.

Vee cuba untuk mengelak namun Ariel lebih pantas darinya. Pegangan kejap Ariel membuatkan Vee mengerang sakit. Ariel seolah - olah di rasuk hantu. Vee menarik lengannya dari genggaman Ariel apabila menyedari pegangannya tidak lagi sekuat tadi. Vee mengambil peluang itu untuk melarikan diri dari Ariel. Dia segera masuk ke dalam keretanya dan mengunci pintu. Membiarkan Ariel berdiri mematung di luar memandangnya dengan pandangan kosong.

"You're crazy, Ariel!" ujar Vee sebelum menghidupkan enjin keretanya. Dia mahu segera pergi dari situ dan melupakan kejadian tersebut dari terus menghantui fikirannya.

Bunyi hon kereta yang panjang, membingitkan telinga Vee. Mahu mati terkejut dia di buatnya, bila secara tiba - tiba sahaja kereta BMW sport berwarna biru metalik milik Ariel berada betul - betul di hadapan keretanya. Vee beristighfar beberapa kali sambil mengurut dadanya yang turun naik pantas akibat terkejut besar dengan insiden terbabit.

Dia tidak pasti bila masanya Ariel boleh berada di situ dengan pantas sebegitu. Sedangkan baru sekejap tadi dia masih lagi berdiri di tepi kereta Vee. Vee ketap bibir, geram. Kalau pun Ariel mahu buat benda gila, jangan libatkan dirinya sekali. Dia masih lagi sayangkan nyawanya.

"Would you mind?!" jerit Vee dari dalam kereta.

Kenderaannya perlu beredar terlebih dahulu kerana dia sudah berpusing lebih dari yang sepatutnya. Ariel perlu memberikan laluan kepadanya terlebih dahulu jika mereka tidak mahu mengganggu laluan trafik di kawasan tempat letak kereta tersebut....

Takkan dia kena serangan jantung pulak kot?! Ishh... pelik betullah Jepun sesat ni! Sudahlah dia tiba - tiba naik emo semacam dengan aku... Arggh! Psychopath agaknya anak Datin Sri Roqaiyah ni! Aku tak cakap apa pun, dia boleh mengamuk mengalahkan suami aku pulak! Ugh...

"Move your car first!!"

"Huh?" gila agaknya Jepun sesat ni! Macam mana aku nak reverse balik kalau kereta aku dah senget macam ni? Dia ingat senang aku nak reverse bila dekat kawasan macam ni... gila! Memang dah melampau sangat mamat ni!

"I need to move out first Ariel. Awak pun nampakkan kereta saya dah pusing dulu... saya tak boleh mundur balik... So it is you who must reverse your car!" Ariel kepam pipi.

Dia lantas menumbuk stereng keretanya sekuat hati. Tindakannya itu membuatkan hon keretanya berbunyi kuat semula. Vee yang baru saja terasa tenang kembali terkejut besar semula apabila bunyi hon tersebut secara tiba - tiba berbunyi dan mengejutkannya di dalam kereta.

Vee turut menjerit kuat di dalam keretanya saat hon terbabit berbunyi. Terasa semangatnya hilang di bawa oleh bunyi terbabit pergi. Tangannya turut terasa lemah dan menggeletar. Dia mulai menyumpah seranah Ariel di dalam hati. Tindakan bodoh Ariel itu nyaris - nyaris membuat dia mati terkejut di dalam kereta.... Damn you Ariel!!!!

"Yaaah! Awak dah gilakah apa ni?!" tempik Vee, mulai rasa tercabar dengan sikap tidak munasabah Ariel itu yang langsung tidak masuk akal.

Ariel sendiri sebenarnya turut terkejut dengan bunyi hon keretanya itu tadi. Dia bukannya sengaja hendak menumbuk hon tersebut. Niatnya sekadar mahu melepaskan geramnya pada stereng keretanya tadi. Rupa - rupanya lain pula yang tertumbuk. Dia meraup wajahnya beberapa kali sambil beristighfar beberapa kali.... Ya Allah! What have I done?

"May I go now?" Vee bertanya setelah beberapa minit mereka berdiam diri, tanpa sebarang keputusan mengenai kereta siapa yang perlu lalu terlebih dulu. Ariel ketap bibir. Dia dapat merasakan darah mulai mengalir keluar dari celah bibirnya.

Vee pula semakin bingung dengan sikap Ariel yang betul - betul di luar jangkaannya itu. Pandangan tajam Ariel jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan dirinya. Ariel kelihatan seperti berdendam dengan dirinya saat ini. Vee mulai membayangkan perkara - perkara buruk mengenai diri Ariel jika dia mengenali lelaki itu dengan lebih dekat lagi nanti. Agak - agaknya dia boleh mati terkejut pada bila - bila masa sahaja.

Perlahan - lahan kereta BMW sport itu berundur dan membenarkan kereta Perdana V6, milik Vee meninggalkan perkarangan tempat letak kereta terbabit terlebih dahulu. Vee yang menggeleng kepala di dalam kenderaannya terus memecut laju meninggalkan kawasan tersebut tanpa berpaling pada Ariel lagi.

Akukah yang terlalu mengikut perasaan atau dia yang buang tabiat? Bila masanya aku jijik dengan dia pulak? Kalau aku kenal dia sebelum ini tidak apa jugak kalau dia cakap macam tu dengan aku! Logik lagi. Ini... tiba - tiba dia main tuduh aku yang bukan - bukan pulak. Sudahnya dia yang mengamuk mengalahkan orang gila talak! Gila agaknya Jepun sesat tu! Dia ada penyakit mental agaknya sebab itulah dia suka berfikir yang bukan - bukan. Nak cakap yang aku ni bekas kekasih dia? Huh... jauh panggang dari api! Ugh... boleh stress gila aku di buat Jepun sesat ni tau.

Kalau soal gadis dekat bowling tadi... rasanya dia masih okey lagi, tadi. Dia langsung tak ambil kisah sangat. Takkan sebab anak Tan Sri Hamdan kot?? Dia sakit hati sebab aku tak jawab baik - baik solan diakah tadi?! Hurm... Sah! Dia memang ada penyakit hati dan otak! Patut sangatlah mama dan papa tak pernah nak kenalkan dia dengan aku sebelum ni... tapi apa masalah dia dengan aku sebenarnya?

Cara dia bercakap dengan aku macam aku ni musuh tradisi dia pulak! Hump.... sebab aku suka jawab sepatah - sepatah macam tu, dia ambil hati? Mungkin kot! Tapi dia memang nonsense orangnya. Arrrh, fikir soal Jepun sesat tu buat sakit hati adalah. Baik aku singgah Starbucks jap sebelum balik. Balik awal pun bukannya ada buat apa - apa pun! Hai... kalau hari - hari gaduh dengan dia alamat kurus kering kita di buatnya. Dahlah duduk sebelah rumah aje... ugh!

Kenapalah hang bad temper sangat Encik Ariel oi?! Hah...sendiri pun macam tu, pandai nak salahkan orang lain. Hum... tapi dia yang lebih tu kenapa? Apa aku ni jahat sangatkah di mata dia? Try lah kenal dengan kita dulu, baru hang tahu kita ni macam mana sebenarnya, faham!! Argggh.... Ariel!!!