BAB SEBELAS

Selang beberapa minggu selepas peristiwa buruk yang terjadi di kawasan tempat letak kereta itu berlaku, Ariel menjadi semakin agresif setiap kali dia bertembung dengan Vee. Dia akan cepat - cepat memalingkan wajahnya bila setiap kali dia melihat kelibat gadis kacukan itu melintas di mana - mana kawasan kolej atau kawasan perumahan mereka. Hatinya menjadi panas dan geram setiap kali dia terpandang wajah manis Vee yang sebenarnya boleh membuat hatinya berdebar.

Entah mengapa dia terlalu beremosi bila melihat gadis itu sekarang. Biarpun tindakannya itu kelihatan tidak gentleman langsung di mata gadis itu, tapi dia tidak dapat menafikan perasaan hatinya apabila setiap kali dia melihat wajah itu tersenyum dan tertawa. Jiwanya terasa tenang dan hatinya kembali terpujuk dengan mudah walaupun dia cuba untuk menafikannya.

Ariel cuba untuk tidak memikirkan soal gadis kacukan itu dengan menyibukkan dirinya dengan pelbagai bentuk assigment dan aktiviti luar. Hakimi sendiri kerap bertanya dengannya, mengapa dia kelihatan begitu membenci Vee selepas dari kejadian di Tenpin bowling tempohari. Hakimi turut mengatakan padanya secara terus - terang kalau - kalau dia akan menyesali tindakannya itu satu hari nanti, saat gadis itu terlepas ke tangan orang lain.

"Jangan sampai kau sendiri gigit jari sudah! Apa yang jadi dengan kau dan Vee lepas korang keluar dari pusat bowling hari tu, Riel?" Ariel memandang Hakimi dengan pandangan bersahaja.

Dia tidak pernah membangkitkan soal kejadian yang berlaku di antara dia dan Vee, selepas mereka berdua meninggalkan pusat bowling tersebut kepada Hakimi kerana dia rasakan tidak wajar untuk dia berkongsi segalanya secara terperinci dengan Hakimi.

Kali ini biarlah ia menjadi rahsia di antara dia dengan Vee sahaja. Orang lain tidak perlu tahu apa yang terjadi kepada mereka hari itu. Ariel tahu, pasti akan muncul pelbagai andaian serta tanda tanya terhdap dia dan Vee, apabila mereka berdua secara serentak meninggalkan pusat bowling itu bersama.

Malah adiknya sehingga kini masih tidak berputus asa untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi hari itu. Vee sendiri tidak pernah membuka mulut pada adiknya, jadi tidak mungkin untuk dia membuka mulutnya pula.

Jelas, Vee sendiri mahu merahsiakan apa yang berlaku dari pengetahuan teman mereka yang lain. Jadi biarlah ia menjadi rahsia di antara mereka berdua sahaja. Ariel lepas keluhan berat. Dia kemudiannya menggelengkan kepalanya perlahan - lahan, tanda tiada apa - apa yang berlaku kepada dia dan Vee. Hakimi angkat kening, sangsi.

"Kau serius? Betul ni?! Kau tak ada gaduh apa - apa dengan Vee dekat luar hari tu?" Ariel ketawa kecil dengan senyuman sumbing dan sinisnya. Terasa geli pula hatinya bila teman baiknya sendiri mula meragui dirinya.

"Kau ingat aku ni jahat sangatkah? Tak ada apa - apalah jadi hari tu, okey. Dia drove balik rumah dia, aku pun macam itu jugak! So kau jangan nak buat spekulasi pelbagai, okey..." balas Ariel berbohong.

Hakimi yang masih sangsi dengan Ariel sekadar memandang sipi temannya itu. Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku hari itu. Sebab itulah Ariel akan naik melenting setiap kali dia terserempak atau terlihat kelibat Vee.

"Kau tak payah nak pandang aku macam itu pulak. Betul! Memang tak ada apa - apa jadi pun hari tu. Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya dengan Vee sendiri" Hakimi menarik nafas dalam.

Dia sudah terlebih dahulu bertanya Shakira sebelum Ariel berkata sebegitu dengannya. Shakira sendiri ada memberitahunya selepas dia balik dari menemui Vee di rumahnya pada malam tersebut. Vee turut memberikan jawapan yang sama dengan Ariel.

Masing - masing seperti sedang merahsiakan sesuatu dari pengetahuan dia dan Shakira. Biar apa sekalipun yang mereka katakan, Hakimi percaya ada yang terjadi di antara keduanya. Mustahil Ariel akan bersikap sebegitu kalau tidak ada yang terjadi di antara dia dengan Vee.

Shakira yang baru sahaja membeli kereta baharu, mempelawa Vee untuk menaiki kenderaannya hari itu. Dia mahu Vee menjadi orang pertama menaiki kereta tersebut bersamanya. Dan Vee tidak boleh menolak. Shakira yang sudah berlalu ke kawasan tempat letak kereta di kolej mereka, meninggalkan Vee berdiri bersendirian berdekatan dengan kawasan varsity dan tidak jauh dari fakulti binaan yang turut menempatkan kelas Ariel dan Hakimi.

Vee mengubah posisi beberapa kali sambil menunggu kelibat kereta Shakira muncul di hadapannya. Saat dia leka berdiri berdekatan dengan sebatang pokok tidak jauh dari tempat letak kereta fakulti binaan itu, dia terkejut besar bila secara tiba - tiba kereta Honda CRV terpacak di hadapannya.

Mahu jatuh luluh jantungnya dia rasakan sebaik sahaja dia mendongak, selepas selesai dari mengikat tali kasutnya sebentar tadi. Dadanya turun naik cepat akibat dari kejutan tersebut. Dia yang mulai panas, mula mengamuk besar dengan pemandu kenderaan tersebut tanpa mengetahui identiti sebenar pemandu kereta itu.

"Hoi, mat?!!!..... Lain kali bila nak reverse kah apa, tengok cermin kereta hang tu dulu. Hang ingat aku ni tiang letrikkah apa hah?! main langgar suka hati engkau aje...." ujar Vee kasar.

Lantaklah siapa sekalipun di dalam kereta itu sekarang, janji dia dapat lepaskan geramnya dengan si pemandu itu sudah. Siapa pun pasti akan mengamuk kalau mereka nyaris menjadi mangsa seperti itu. Pak alim mana sekalipun tidak akan mampu bersabar. Mereka pasti akan memaki hamun orang tersebut, percayalah. Tidak ada manusia yang mampu bersabar sehebat Rasulullah.

"Apa kau ingat aku ni tiang lampu isyarat?! Hoi, keluarlah!" ujar Vee lagi sambil membentak kasar. Mujur dia sempat mengelak sedikit tadi. Kalau tidak memang garenti dia sudah lama terperosok di bawah tayar kereta itu tadi agaknya.

"Shit! Now what?" Ariel menyumpah di dalam kereta sendiri.

Dia sebenarnya baru tersedar yang dia nyaris - nyaris melakukan kesilapan besar sekali lagi, tadi. Dia sebenarnya hanya tersedar bila mendengar bunyi keretanya seperti di tendang dari arah belakang dengan kuat sekali.

Cermin mata hitamnya di lemparkan ke bangku belakang. Dia betul - betul tidak perasan kalau - kalau ada orang sedang berdiri di situ, tadi. Fikirannya terbang jauh ke tempat lain. Ariel lantas mencuri pandang melalui cermin sisi keretanya. Dia menepuk dahi sambil melepaskan keluhan takala melihat orang yang berada di luar itu siapa sebenarnya.

What the hell... dia ni lagi?! Minah celup ni memang betul - betul buat aku naik bengang tau dekat dia ni.... arggh, dah tak ada orang lain lagikah dekat dalam kolej ni sampai aku asyik accident dengan dia ni seorang aje!! Tak habis - habis asyik muka minah celup ni aje yang muncul. Dammit Vee! Shit!

"Hoi, minah. Mulut awak tu bawa bertapis sikit, boleh tak? Saya bukannya sengaja nak langgar awak pun! Yang awak berdiri dekat situ buat apa? Awak tu yang berdiri di tempat yang salah tau, bukan saya! Tempart ni pun bukannya kecil sangat sampai tak ada tempat yang sesuai untuk awak berdiri menunggu...." balas Ariel panjang lebar, menuding kesalahannya itu kepada Vee semula.

Vee terlopong, diam seketika.... Biar betul mamat ni! Hai... dah terang - terang dia yang buat salah, masih nak marah orang pulak! Ugh!!

"Amboi! Sedapnya mulut awak cakap kita! Sepatutnya awak tu yang tengok jalan sebelum nak masuk reverse kah apa! Mata tu pakailah elok - elok sikit. Jangan buat buta pulak! Saya bukannya berdiri dekat tengah - tengah jalan pun..." balas Vee geram, penuh perasaan. Dia sakit hati dengan kata - kata Ariel yang cuba menuduhnya biarpun jelas lelaki itu yang bersalah sebenarnya.

"Ooo... habis tu, semua ni salah sayalah ye? Awak tu tak salah langsung! Macam itu?" Vee gigit bibir. Ariel memang sukar untuk mengaku kesalahannya di depan Vee. Pasti panjang berjela jawapan yang keluar dari mulut dia nanti.

"Ewah - ewah, awak ni... dah jelas - jelas salah pun masih tak nak mengaku lagi. Sudahlah mata sepet semacam, macam Jepun sesat! Ada hati nak salahkan kita pulak. Kalau dah pakai contact lenses tu tak pass, pakailah spek mata, Encik Ariel oi!....

Tak payah nak bergaya sangat dengan contact lens awak tu kalau awak memang tak pandai nak bawa kereta sebenarnya. Entah JPJ mana awak rasuah dekat oversea tu agaknya! Driving isn't about showing off, Ariel! Nyawa ni bukannya boleh beli dekat pasaraya, faham?!" Ariel mengetap giginya.

Dia cuba untuk bersabar dengan kata - kata tajam Vee itu. Dia turut teringat dengan kes kejadian yang berlaku dengan mereka beberapa minggu yang lalu. Dia lantas meraup wajahnya sambil menarik nafas dalam beberapa kali. Dia mencuba untuk tidak terlalu mengikut perasaan serta emosinya saat ini, yang mulai menguasi dirinya.

Kalau ada pelajar atau pensyarah yang terlihat mereka sedang bertegang urat di situ pasti akan jatuh air mukanya nanti. Tidak pasal - pasal dia akan di label sebagai seorang lelaki dayus dan tidak tahu malu kerana tidak pandai menghormati kaum wanita.... Grrr... mulut minah celup ni kan nak kena sensor tau! Ugh, cakap memang tak ada insurans langsung, main bedal aje. Fine! Fine... aku mengaku, aku yang salah! Tapi aku bukannya sengaja pun! Takkan itu pun dia tak boleh nak faham? Argh....

"Kalau awak dah tahu yang saya ni rabun, awak tu yang sempurna beringatlah sikit. Harap aje mata normal macam tu, tapi kereta besar macam ini pun, tak masih nampak jugak!.... Dari jadi top student dekat kolej ini, baik join jadi paparazzi atau mami jarum! Tahu asyik nak mengumpat dan mencanai cerita orang dekat sana sini aje. Huh, nasib baik tak kena tadi. Kalau kena, bukankah menyusahkan orang lain!" sindir Ariel lagi yang turut tidak kurang tajamnya.

Vee kembali terkebil - kebil mendengar ucapan yang keluar dari mulut lelaki itu yang langsung tidak ada perasaan bersalah. Aik... bukankah Jepun sesat ni yang salah? Yang dia mengamuk sambil tuduh aku yang bukan - bukan ni, apasal? Arrgh... dasar Jepun sesat!!!

"Yang sepatutnya marah saya, bukannya awak! Awak memang pantang betul jumpa sayakan? Awak memang suka nak sakitkan hati saya! Kenapa awak diam? Dah tak tahu nak sembur apa lagi dengan saya kah?.... Awak dah habis modal nak marah saya dengan kata - kata pedas awak tu, Encik Ariel?! Apa yang saya dah buat dekat awak sebenarnya sampai awak sakit hati sangat dengan saya ni? Awak sakit hati sebab saya tak layan awak dekat Tenpin hari tu? Sebab itukah awak nak bermusuh sangat dengan saya?!" Ariel kembali terdiam.

Dia meraup wajahnya semula. Fikirannya kembali bercelaru. Ikutkan hati dia memang tidak mahu bermusuhan dengan Vee lagi. Tapi entah mengapa dia berasa tercabar setiap kali mulut gadis kacukan itu mulai berkata - kata. Walaupun mungkin bukan itu niat sebenarnya tapi setiap bait kata - kata yang terluah dari mulut gadis itu seperti satu sindiran sahaja pada pendengarannya.

Apa saja ucapan Vee, semuanya berbaur negatif pada pendapat dan juga pendengarannya. Entah mengapa dia begitu sakit hati bila gadis itu sering memberikannya jawapan yang tidak jelas bila setiap kali dia mahu memulakan perbualan atau pertanyaan. Sebab itulah dia geram dengan Vee. Dan sebab itu jugalah dia sakit hati bila melihat wajah manis itu. Sedangkan hatinya berpendapat yang sebaliknya.

"Mulut awak tu boleh tolong diam sikit, tak? Yang awak marah sangat bila saya nak bergurau dengan awak, kenapa? Lelaki kalau ada girlfriend yang mulut murai macam awak ni, dah lama kena tinggal tau! Takkan awak langsung tak tahu nak bergurau dengan kawan awak? Kalau dengan yang lain bukan main lagi awak ketawa, tersenyum dengan mereka semua...

Tapi dengan saya? Awak layan saya ni macam musuh tradisi awak.... saya mestilah terasa kalau awak buat saya macam tu. Saya ni lelaki. Ego tinggi... mana saya nak letak muka kalau awak layan saya endah tak endah depan orang lain. Masih tak faham lagikah, Cik Ifti?" ujar Ariel meluahkan apa yang terbuku di dalam hati dan fikirannya selama ini kepada Vee.

Vee mendengus geram. Dia lantas menarik muncung panjangnya di hadapan Ariel yang sedang menahan senyumannya dari terukir takala melihat memek wajah Vee yang kelihatan comel, merajuk di hadapannya ketika ini...

Bergurau kepala hotak hang! Ooo, jadi selama ini dia memang berdendam dengan akulah ye sebab aku layan dia macam tu? Huh... itu bukan persoalannya sekarang. Aku ni nyaris jadi lempeng sejuk sekali lagi sebab dia! Apa kau ingat nyawa aku ni nyawa kartun?! Mati macam mana sekalipun boleh hidup balik!!! Sepak kang... Argggghhhh.

Shakira yang baru muncul kerut dahi seribu di dalam kereta bila melihat kelibat Ariel ada bersama dengan Vee, di tempat yang dia baru tinggalkan Vee sebentar tadi. Kalau di lihat, keduanya tidak berada dalam mood yang baik kerana wajah Vee dan Ariel jelas kemerahan dan tegang, berdiri bersebelahan satu sama lain, seolah - olah mereka baru sahaja lepas dari bertegang urat... Hurm... apa pulak yang dah jadi ni? Mangkuk dua ekor ni memang pantang kena tingal berdua... mesti jadi macam ni! Gaduh besarlah tu! Urm...

Shakira buru - buru keluar dari dalam keretanya sebaik sahaja dia memparkir kenderaannya itu di sebelah kereta Ariel. Ariel dan Vee berpaling muka di antara satu sama lain. Masing - masing berdiam diri sebaik sahaja Shakira ada bersama mereka.....

Humm... Perang Teluk dah meletuslah ni! Gaduh pasal apa pulak kali ni guys?? Kang aku report dekat pejabat Tok Khadi padan muka hang berdua. Umm, report dekat mak bapa mereka kot... lagi bagus. Sekurang - kurangnya settle terus masalah mangkuk dua ekor ni! Hai... gaduh mengalahkan laki bini betul. Kalau nak bercerai, cerai terus, tak payah nak gaduh - gaduh macam ni. Eh, yang aku over react ni apasal pulak? Bukannya mereka suami isteri pun! Kawan pun tak...

Shakira menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mendamaikan kedua temannya itu. Ini belum pun masuk bab jadi kawan pun sudah bergaduh mengalahkan pasangan kekasih yang curang. Kalau jadi suami isteri, lagilah bahaya agaknya nanti. Agak - agak habis periuk belanga jadi bahan peluru dan perisai mereka.

"Yang korang berdua masam semacam ni kenapa pulak?"

"Ini hah? Jepun sesat inilah yang punya pasal!" ujar Vee sedikit tinggi sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah Ariel yang berpeluk tubuh di tepi mereka.

"Aik, mulut awak tu kan, ish.... cakap elok sikit tak bolekah? Asyik nak melenting aje..." balas Ariel geram. Dia mulai panas dengan sikap Vee semula. Vee menepis tangan Ariel yang turut menunjuk ke arahnya, kasar. Shakira sekadar lepas keluhan kecil melihat sikap kedua temannya itu.

"Sudah - sudahlah tu, korang. Korang berdua tak penatkah asyik bergaduh aje macam ni, hah? Langsung tidak pernah nak aman aku tengok. Asyik memekak aje... asal jumpa mesti nak gaduh. Tak penat? Aku yang tengok ni pun tahu penat juga tau kalau asyik tengok korang berdua gaduh macam ni..." Vee mencebik.

Dia menarik muncung panjang sambil berpeluk tubuh di sebelah Shakira yang berdiri di tengah - tengah dia dan Ariel. Dia sebenarnya terasa dengan kata - kata Shakira yang langsung tidak memihak padanya. Tapi dia buat endah tidak endah kerana temannya itu bukannya mengetahui apa yang terjadi sebenarnya di antara dia dan Ariel.

Kalau dia hendak bercerita semuanya pun belum tentu lagi Shakira akan percaya atau memihak kepadanya nanti. Kena lagi Ariel ialah sahabat baik kepada Hakimi yang merupakan teman lelaki Shakira sendiri. Sudah pasti dia lebih memihak kepada Ariel.

Pendek kata, Ariel memang sengaja mahu menjadi musuh seterunya! Sebab itulah lelaki itu suka sangat hendak mencari kesalahannya biarpun jelas dia yang bersalah. Namun begitu, tidak semua berpunca dari Ariel seorang saja, dia turut menyumbang kepada situasi mereka juga. Dia pun turut sama bersalah seperti Ariel. Cuma dia tidak akan mahu mengaku kalah di depan lelaki itu, jika jelas bukan dia yang bersalah.

Suka hati engkaulah nak cakap apa sekali pun Shak! Jepun sesat ni memang 1000% bersalah. Takkan bawa apa - apa makna dengan dia ni, kalau aku mati terkejut di buatnya satu hari nanti. Ya Allah... apa kena dengan aku ni sebenarnya? Astaghfirullah al'azim... Erm...

"Aku ni, okey aje Shak. Tapi kawan kau tu yang angin satu badan..." Vee buntang mata. Dia gigit bibir, geram. Pandai betul Ariel melepaskan diri.

"Apa hal aku pulak?! Dah kau tu yang nak langgar aku dulu... eleh, sendiri cakap tak serupa bikin. Nak salahkan kita pulak!" balas Vee geram.

Shakira pening kepala mendengar keduanya saling tuding - menuding, kesalahan mereka di antara satu sama lain. Baik Vee atau Ariel, keduanya tidak mahu mengalah langsung. Shakira tarik nafas nafas dalam. Dia pula yang boleh jadi stress, di buat mereka berdua kalau berterusan begitu nanti.

"Guys!! Will both of you stop at once now, please?! Just shut up, okay...." mahu saja Shakira menjerit lagak orang terkena histeria di hadapan Vee dan Ariel, barulah keduanya beransur diam.

Vee yang tidak pernah melihat Shakira naik mengamuk atau marah sebegitu, kecut perut bila pertama kali melihat wajah sweet temannya itu berubah 360 darjah.

"Vee, sebagai kawan baik engkau.... aku nasihatkan engkau banyak - banyaklah bersabar sikit... sikit aje! Jangan di ikut sangat perasaan marah kau tu. Tak elok, orang tengok. Kau tu perempuan bukannya lelaki..." Vee hanya tunduk mendengar nasihat Shakira itu.

Dia tahu, dia mudah naik baran. Tapi lelaki di hadapan mereka itu memang sengaja hendak mencabar kesabarannya. Bukannya dia tidak pernah hendak mengalah dengan Ariel. Tapi Ariel yang suka memprovokasi dirinya.... Kalau nak aku maafkan Jepun sesat ni memang boleh sangat. Tapi dengan syarat, jangan suruh dia muncul depan aku sudah! Sebab kalau aku nampak muka mangkuk ni, mesti darah aku akan naik di buatnya. Mamat gila ni, mana pernah nak cakap elok - elok depan aku pun! Argh, stress!!!

"Kau pun macam tu jugak, Riel. Mulut kau pun tak perlulah nak ikut kepochi sangat macam dia ni... dalam hal ni, korang berdua memang dua - dua salah. Korang tak penat ye, asyik gaduh macam ni?" soal Shakira sambil bercekak pinggang di hadapan Ariel dan Vee yang masih berwajah kelat dan tegang.

"Aku memang dah penat Shak nak gaduh dengan dia tu... tapi kawan kau tu, ego sangat...." ujar Ariel terus terang.

Memang betul pun Vee ego bila ber samanya. Dia hanya tahu hendak mengamuk saja bila berbual dengannya. Mod hantu dia mesti akan muncul kalau mereka mulai hendak berbual. Dengan yang lain, elok pula dia melayan mereka.

Tapi bila bersamanya, Vee akan cuba untuk mengelak dari bersamanya. Dia memang cukup pantang dengan orang seperti itu. Tidak kiralah kalau orang itu lelaki atau perempuan sekalipun.... Mana aku tak marah kalau dia layan aku macam tu! Kalau dengan lelaki lain bukan main lagi dia nak tergelak bercerita!!

"Awak..." Shakira mencerlungkan pandangannya ke arah Vee.

Vee telan liur. Dia terpaksa mengunci mulutnya erat - erat untuk meredakan situasi di antara mereka agar tidak berubah tegang kembali.

"Kan elok kalau korang duduk aman damai, berdua macam ni. Kalau dah macam ni, molek sangatlah kalau korang berdua saling bersalaman, minta maaf di antara satu sama lain. Lagi elok, kalau lepas ni korang dapat jadi kawan terus.... tak payah nak gaduh - gaduh lagi!" Vee mencebik.

Dia tidak mahu menjadi sebahagian dari kawan Ariel kalau lelaki itu masih bersikap sebegitu dengannya. No way!! Ingat aku sorang aje yang angin satu badan. Rupa - rupanya ada lagi yang jauh lebih dahsyat dari sikap aku... huh, tak ada maknanya aku nak jadi kawan Jepun sesat ni, Shak! Thanks but no thanks...

Vee yang terpaksa menurut kata Shakira menghulur tangan dalam keadaan terpaksa kerana tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan teman baiknya itu. Biar di depan Shakira dia menurut, tapi tidak di belakangnya. Walaupun Shakira yang jadi saksi perdamaian di antara dia dengan Ariel, dia tidak bersetuju untuk berdamai semudah itu dengan Ariel. Janji tidak mahu bergaduh selepas dari hari itu juga, mungkin tidak akan jadi kenyataan kerana dia dan Ariel sama - sama keras kepala. Terpulanglah sama ada Ariel ikhlas atau tidak untuk memaafkannya. Janji dia dapat beredar segera dari situ sudah.

Shakira yang menyangka dia sudah memperbaiki hubungan di antara Vee dan Ariel, tersenyum lebar, berpuas hati dengan kata sepakat di antara kedua temannya itu. Dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat kepada mereka berdua. Terpulanglah kepada mereka berdua untuk meneruskannya atau tidak.

Vee mengerling tajam bila terlihat senyuman yang terbit di bibir Ariel. Dia bukannya membenci Ariel 100% pun. Dia cuma tidak selesa bila berada berdekatan dengannya saja. Ini kerana dia dapat merasa kalau Ariel suka merenungnya dengan pandangan tajam dan dalam sehingga membuatkan dia berasa tidak sedap hati bila duduk berduaan dengannya.

Hanya kerana pandangan dan renungan Ariel itulah, dia kerap menimbulkan perselisihan faham di antara mereka berdua. Dia cuba mengikis fikiran negatif terhadap Ariel jauh - jauh dan hanya bertanggapan yang baik - baik saja terhadap Ariel. Tapi sikap Ariel yang tidak berubah itu membuatkan dia tidak dapat menolak dari berfikiran negatif terhadapnya.

"Tak dapat aku nak bayangkan kalau korang berdua jadi pasangan kekasih! Huhu... takut aku nak bayangkan keadaan korang berdua macam mana bila teringat dengan pergaduhan korang macam hari ni..." Vee telan liur. Kata - kata seperti itu ibarat satu doa.

Dia sendiri tidak mahu terlibat dengan kehidupan Ariel. Cukuplah dengan apa yang sudah dia lalui saat ini.... Sisih Malaikat 44, Shak! Tak hingin aku nak jadi makwe Jepun sesat ni! Serik aku nak kenal dengan dia dah. Hurm, tapi memang pelik juga sebab dalam ramai - ramai pelajar lelaki dekat dalam kolej ni, kenapa mesti mangkuk hayun ni jugak yang selalu buat aku sakit hati? Takkan dia ni? Hish... mustahil! Apa senyum - senyum? Miang!! Ugh...

Jauh di sudut hati Ariel, dia menaruh harapan yang tinggi untuk menakluki hati keras dan juga ego Vee itu dengan caranya sendiri. Ariel akui yang dia sudah lama jatuh hati dengan gadis itu, semenjak kali pertama dia terlihat dengan Vee di luar pejabat Dekan mereka, selepas dia selesai dari mendaftar masuk ke kolej mereka. Sejak dari itu, dia mencuba untuk mencari tahu akan asal usul serta latar belakang Vee yang sebenarnya. Kerana dia yakin Vee ialah orang yang di carinya selama ini.

Tapi bila melihat sikap baran gadis itu pada pertama kalinya, dia kembali berbolak - balik dengan perasaannya sendiri. Namun itu tidak bermakna yang dia sudah hilang minat untuk mencari tahu akan identiti Vee yang sebenarnya. Sekarang dia menanam misi baharu. Dia akan cuba untuk memikat hati gadis itu sehingga berjaya.

Rasanya kalau minah celup ni jadi makwe aku, dia akan berubahkah atau jadi lagi teruk dari sekarang? Haisah... mustahil aku tak boleh nak pikat hati minah celup ni, iya tak? Aku pun bukannya tak berupa dan berharta! Hahaha... Puji diri sendirilah pulak. Huhu... tapi for real. minah celup ni is something. Aku dah cuba nak lupakan dia tapi memang tak boleh! Apa yang nak jadi dengan aku ni sebenarnya? Common, Ariel... you can do it man!

"Okeylah Ariel. Kami gerak dulu" Ariel membalas lambaian tangan Shakira dan juga jelingan tidak puas hati Vee dengan senyuman lebarnya. Vee memang cantik bila marah. Ariel tersenyum untuk ke sekian kalinya. Dia menggeleng kepalanya beberapa kali sebelum dia sendiri beredar pergi dari situ.

Di dalam kereta, Ariel bersiul girang sambil mengikut rentak lagu yang sedang di putarkan di corong radio keretanya. Dia sebenarnya sudah cukup muak untuk bergaduh dengan Vee. Dia akui yang Vee sudah mencuri hatinya dalam diam. Sikap dan sifat baran Vee yang sering mencabar kesabarannya juga memainkan peranan penting dalam percambahan perasaannya terhadap gadis kacukan itu. Sedikit sebanyak rasa tidak puas hati itu bertukar kepada perasaan yang lain.

Ariel yakin personaliti Vee bukanlah seperti apa yang dia tunjukkan kepadanya. Di sebalik ego dan baran gadis itu pasti tersembunyi sikap penyayang dan baik hati. Bak kata pepatah orang lama, sekeras - keras kerak nasi sekali pun pasti ianya akan menjadi lembut juga bila di rendam dengan air. Begitu juga dengan sikap dan hati seorang wanita. Jadi tidak mustahil untuknya menakluki sekeping hati wanita yang bernama Vee Ifti Herlina itu, satu hari nanti.