BAB EMPAT BELAS

Mak Bibah kuntum senyuman lebar apabila melihat wajah anak gadis majikannya penuh ceria pagi itu. Senyuman yang terukir pada bibirnya juga kelihatan lebih manis di samping wajah yang penuh semangat dan ceria, seceria bunga yang kembang mekar dan cantik di halaman rumah mereka.

"Semalam bukan main lagi orang tu mengamuk dengan wajah masam, mencuka dia… pagi ni ceria semacam, kenapa? Ada cerita yang menarikkah berlaku semalam?"

Vee mencebik manja mendengar usikan pembantu rumah mereka yang sudah di anggapnya seperti ibunya sendiri itu.

"Kenapa? Vee berubah jadi something kah semalam?"

Mak Bibah sekadar tersenyum tipis. Dia risau kalau - kalau anak gadis majikannya itu terjebak dengan kawan - kawan yang tidak baik di kampus. Sebab itulah dia mulai buat perangai semula, semalam.

"A'ha… nasib baik tidak ada yang jadi mangsa Vee semalam! Itu yang pelik bila tengok Vee tersenyum lebar sendiri, pagi ni... takut wayar dekat dalam kepala tu terputus… Vee gaduh lagi dekat kolej?"

"Mana ada! Mak Bibah. Vee saja nak buat gimik semalam tu. Menjadi tak gimik, Vee?"

Soal Vee ceria. Mak Bibah yang pura - pura geram menolak kepala Vee, lembut.

Macam - macam perangai anak majikannya itu semenjak dia sudah meningkat dewasa sekarang. Jika dahulu Vee akan berkongsi apa sahaja cerita dengan dia mahu pun mamanya. Tapi sekarang, gadis itu banyak melayan perasaannya sendiri. Bila di tanya, dia akan kerap menjawab tidak ada apa - apa... Hurm!

"Gimik konon! Mujur papa tak naik bilik semalam. Vee makan pil, ya?"

Soal Mak Bibah lanjut sambil matanya sengaja di besarkan. Vee tarik muncung panjangnya.... Ish! Sisih malaikat 44... kita masih waras lagilah, Mak Bibah. Tak perlulah nak tuduh sampai tahap macam tu sekali!

"Tak baik tau, tuduh Vee macam tu… Vee tak buat benda - benda bodoh macam itulah, Mak Bibah. Mak Bibah janganlah risau…"

Balas Vee lantas menyudahkan sarapan mee hoonnya, pantas. Mak Bibah sekadar menggelengkan kepalanya. Berkali di tegur pun, dia tetap akan buat perkara yang sama juga.

"Ya, ALLAH… makanlah elok - elok, Vee. Kamu tu anak dara. Hurm, suka hati kamulah nak buat macam mana. Pening Mak Bibah tengok!"

Ujar Mak Bibah sambil berlalu pergi.

Vee yang sekadar ketawa di meja makan, meneruskan sarapannya pagi itu tanpa memperdulikan rajuk Mak Bibah yang dia tahu sedang bergurau dengannya. Dia begitu berselera sekali pagi itu. Mungkin sebab semalam dia tidak makan, jadi pagi itu seleranya menjadi - jadi. Dia menambah mee hoonnya sebanyak dua kali sebelum dia berhenti, kekenyangan. Selesai bersarapan, Vee kembali ke biliknya semula.

Dia perlu bersiap kerana dia sudah berjanji untuk keluar dengan Ariel petang itu. Vee sekadar bersiap ala kadar. Pakaian yang di kenakannya pun ialah pakaian yang biasa dia pakai ke kampus. Berpuas hati, dia berlari anak menuju ke ruang bawah. Mak Bibah yang terserempak dengan Vee di ruang tamu, berhenti mengemas seketika.

"Nak pergi mana pulak tu, Vee?"

Langkah Vee terhenti. Dia berpaling dengan senyuman lebarnya. Mak Bibah kerut dahi seribu. Semenjak pagi tadi, perangai anak majikannya itu kelihatan agak pelik dari biasa.

"Vee nak jumpa kawan! Kalau mama dengan papa tanya, Mak Bibah cakap dengan dia orang berdua yang Vee, pergi dengan Shakira, okey?"

Mak Bibah sekadar menganggukkan kepalanya, tanda mengerti. Langkah gadis itu di hantar dengan pandangan matanya sehinggalah kelibat Vee hilang di balik tembok konkrit rumah, mereka.

PON! PON! PON!… Bunyi hon kereta dari arah belakang itu, mengejutkan Vee. Dia yang bercadang untuk menaiki teksi petang itu kerana malas mahu memandu balik, terperanjat besar bila sebuah kereta Mercedez Benz, berhenti di hadapannya.... Siapa pulak ni? Cermin kereta pun bukan main gelap lagi, aku tengok! Takkanlah, alamak! Ni mesti perogol bersiri ni... uwaa, macam mana nak lari ni?? Arrgh, teksi pun tak ada yang lalu dari tadi... ugh!

"Apa lagi tercegat dekat situ, Vee! Masuklah cepat, kan panas tu…"

Vee lantas membongkok melihat wajah si pemandu kereta mewah itu di sebalik cermin gelap kereta yang sudah pun di turunkan. Vee ketap bibir.

Aiish... Jepun sesat ni rupanya! Ingatkan mamat hantu mana yang tiba - tiba berani nak bunyikan hon kereta tadi. Humm... aku dah cakap tak payah jemput, dia tetap degil! Macam mana dia tahu yang aku baru aje keluar dari rumah tadi?! Aaaa... mesti dia skodeng aku ni! Humm...

"Vee?! Masuklah, cepat!"

Vee tersentak dari lamunan panjangnya. Pintu kereta itu di buka dari dalam. Vee lantas masuk ke dalam kereta dengan wajah leganya.

"Humm… saya ingatkan siapa tadi. Rupanya awak!"

Ujar Vee sebaik sahaja dia berada di dalam kereta mewah Ariel. Tali pingggang keledar turut di pasang sebaik sahaja dia masuk. Apa - apa pun, safety first!.... Hahaha... apa - apa pun, kita mulakan dengan Bismillah Hir Rahman Hir Rahim...

"Kenapa muka U macam tu, tengok I?"

Soal Ariel sambil membetulkan kedudukan cermin depannya keretanya.

"Mana awak curi kereta ni?"

Ariel ketawa besar.... Dia dah nak start lagi dah... Hai!

"Ish, U ni! Sampai hati U cakap I curi kereta ni? Ini kereta father I lah!"

Ujar Ariel sambil terus memandu ke destinasi tujuan mereka hari itu.

"Erm, tinggi jugak taste family awakkan? Habis tu Altis dengan CRV tu, siapa yang punya pulak?"

Ariel menggaru kepala. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. lantas dia membuka radio biar lagu yang bercerita. Lagu dari kumpulan GUNS 'N' ROSES berjudul November Rain, menemani perjalanan mereka pada petang itu.

"Humm... kereta aje yang U tanya? I, U tak nak tanya apa - apakah?"

Vee mencebik. Dia sempat mengerling pada Ariel yang mulai mengenakan Rayban hitamnya sebaik sahaja kereta yang mereka naiki itu berhenti seketika di lampu isyarat.

"Awak pakai cermin mata hitam macam tu, awak nampak jalan tak?!"

Mahu sahaja Ariel ketawa terbahak - bahak mendengar kata - kata Vee yang langsung tidak masuk akal. Dia bukannya buta atau rabun tahap kritikal. Dia masih mampu memandu dengan baik walaupun mengenakan cermin mata hitamnya itu.

"Awak?! Saya cakap betul ni! Sudahlah cermin kereta awak ni gelap. Awak pakai Rayban hitam lagi... boleh accident kita nanti!"

"I bukannya pemandu mabuk! So U rileks je, okey. I akan pastikan U selamat pergi dan selamat sampai... trust me"

Balas Ariel dengan senyuman lebarnya. Vee tarik muncung panjangnya. Ariel memang keras kepala.... Arggh... Jepun sesat ni kan! Dia bukannya fikir soal keselamatan orang yang tengah ikut dia ni. Ugh, lagi bagus aku naik cab tadi!

"Tapi pandangan awak tu setakat 180 aje tau… aw…awak, janganlah drive laju sangat!"

Ujar Vee mulai berasa takut dengan cara Ariel membawa kereta petang itu.

Ariel sekadar tersenyum dan terus memandu tanpa membalas sepatah pun kata - kata Vee yang mulai membebel panjang. Melihat Vee mula rasa takut, membuatkan Ariel semakin galak untuk mengusiknya.

"Awak! Kalau ianya pun awak nak mati sekali pun, jangan bawa saya sekali. Awak tahu tak, tanah kubur tu masih banyak lagi…. aaawak!"

Ariel berhenti.

Dia menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau semula sebelum meneruskan panduannya. Ariel membiarkan Vee terus bercakap. Dia seronak mendengar mulut itu mencarut yang bukan - bukan.

"Ariel, kalau pun awak nak cepat sangat sampai, janganlah bawa laju... saya takutlah ikut awak kalau macam ni! Boleh tak awak buka cermin mata awak tu, dulu?"

Ariel mengerling selamba.

"Kenapa?"

"Awak pakailah cermin mata putih awak…."

Ariel masih lagi bersikap acuh tidak acuh. Dia kemudiannya menukar cermin matanya kepada yang biasa bila melihat muncung gadis itu semakin panjang, mulai merajuk di sebelahnya.

"U ni betullah, membebel mengalahkan mak, I tau!"

Vee telan liur. Dia malu bila Ariel mengatakan yang dia suka membebel. Wajahnya terasa panas tiba - tiba.

"Saya membebel pun bukan suka - suka. Saya cuma nak ingatkan awak itu aje! Awak tu..."

"Ya, ya… I know! I ni sudahlah rabun. Pakai contect lens pun tak pass tapi ada hati nak bawa kereta, iya tak?"

Vee ketap bibir. Dia tertunduk, malu dengan kata - kata Ariel yang menyindirnya secara terbuka. Ariel yang melihat reaksi gadis itu tersenyum lucu dari tepi. Vee melemparkan pandangannya keluar.

"Kenapa U diam?"

Vee tidak menjawab sebaliknya dia hanya melepaskan keluhan kecil. Kelihatan Pak Trafik sedang sibuk mengawal lalu lintas di seberang jalan.

"Vee… I minta maaf. I tak bermaksud apa - apa pun dengan kata - kata I tadi…"

Ujar Ariel, mula rasa bersalah. Vee lantas menggelengkan kepalanya.

"Tak apa, saya faham. Saya yang patut minta maaf dengan awak sebab cakap awak yang bukan - bukan dulu" balas Vee sambil tertunduk. Dia ukir segaris senyuman tipis.

"U memang cantik bila senyum. I suka tengok bila U senyum macam tu…" puji Ariel tanpa berselindung membuat Vee tertunduk, tersipu malu. Pipinya mulai terasa kebas dan panas.

"Ehem… U okey tak ni?" Vee sekadar angguk kepala perlahan - lahan.

Dia tidak berani untuk memandang wajah Ariel. Dia segan. Hati Vee mulai berlagu dangdut..... Huh?? Is he like me? Betulkah pujian dia ni? Atau dia saja nak aku syok sendiri! Whatever Ariel... thanks for the compliments, anyway.

Sebaik membuat dan membayar pesanan, mereka mengambil tempat duduk berhampiran dengan ruang tingkap yang luas. Senang untuk mereka melihat keadaan di luar. Kalau ternampak dengan orang yang dia kenal pun nanti, mudah untuk dia melarikan diri.

Hehehe... always think about the possibility first!!! Mmnn, boleh tahan juga crossiant dia... sedap!... Mereka berbual kosong dan sesekali akan tergelak ketawa bersama bila berkongsi cerita lucu mengenai diri mereka yang sering menemani ibubapa mereka menghadiri pelbagai majlis bersama - sama.

"U dah ada boyfriend?"

"Hum… awak memang suka tanya soalan direct macam itu ehk?" Ariel angkat bahunya bersahaja.

"Cool! Yeah, of course I do..."

"Siapa?" Vee ukir segaris senyuman penuh makna. Dia cuba untuk menahan tawanya dari keluar.

"Awak dengan Hakimilah, siapa lagi!" Ariel yang tersentak, terkejut beruk dengan jawaban bersahaja dari Vee itu.

Lantas dia terbatuk kuat. Air kopi yang di hirupnya sebentar tadi turut tersembur keluar semula gara - gara jawaban berani gadis itu. Wajah Ariel merah padam menahan batuk.... What???

"Sorry!... Tapi kenapa awak cakap macam tu?" ujar Ariel meminta maaf di atas kejadian yang dia tidak sengajakan itu.

Seorang pelayan turut membantu mereka membersihkan meja mereka yang basah dengan air kopi Ariel. Vee sekadar kuntum senyuman. Wajah Ariel yang kebingungan mendengar jawabannya tadi sudah pun muncul semula.

"Kenapa I dengan Kimi, jadi boyfriend U pulak?" soal Ariel lagi dengan wajah yang pelik dan bingung.

"Laa, bukankah awak tanya saya tentang boyfriend tadi? Tak salahkan kalau saya cakap macam tu…" Ariel kerut dahi seribu. Dia tidak faham dengan maksud sebenar gadis kacaukan di hadapannya itu.

Hish, dia ni fahamkah tak maksud bf yang aku tanya tadi?! Atau dia sengaja nak buat bodoh depan aku... sebab nak kenakan aku balik! Masih tak nak mengaku yang dia salah cakap pulak tu... ugh!

"I tanya bf, U... U dah ada atau tak?" Vee lantas menepuk dahinya. Dia pura - pura ketawa dan mengaku mengenai kesilapannya sebentar tadi.

"Next time kalau awak tanya saya about this boyfriend things... awak letak perkataan special bf dekat depan dia so saya taklah jawab awak, random macam tadi! Kalau special bf tu... so far, saya tak ada lagilah"

"Kenapa?"

"No special reason. Why do you ask?" Ariel kuntum senyuman lebar. Dia lantas menggelengkan kepalanya.

"Kenapa awak senyum? Saya salah cakapkah?"

"Tak ada apa -apa"

"Tak ada apa - apa?"

"U ni... sepatah I tanya beribu patah U jawab! Kenapa U tak ambil course law sajakan bagus. Dapat juga jadi lawyer! Ada faedah. Ini tak, nak jugak jadi minah buang karan macam ni, kenapa?"

"Saja. Saya suka tengok memek muka orang, bila mereka start nak bingung atau blank out tentang sesuatu. It's really fun to see people with that kind of expression on their face. Which is remind me of someone that I once knew before..." Ariel diam. Dia membiarkan Vee meneruskan kata - katanya.

"Dia kawan baik saya masa kecil dulu. Bila dia dah start jadi blank atau space out, mulalah dia tukar topik!" ujar Vee sambil ketawa sebaik teringat diri Aloy ketika mereka masih kecil dahulu.

"Dia aktif sangat main bola sepak. In fact, dia suka sangat..." Vee berhenti bercakap bila melihat Ariel merenungnya tidak berkerdip. Nampak sangat lelaki itu begitu asyik mendengar ceritanya. Ariel kelihatan teruja mendengar cerita mengenai diri Aloy.

"Err... kenapa awak tanya saya soalan macam tu, tadi?"

"Ah? Soalan apa?!"

"Awak takut kawan dengan saya ye?"

"Takut?! Mana ada. Kenapa U tiba - tiba cakap macam tu pulak? Nonesense lah U ni..."

"Alah, awak tak perlulah nak berpura - pura dengan saya Ariel! Awak sebenarnya takut nak berkawan dengan saya, sebab tu awak tanya saya macam itu kan? Awak takut otak awak pun jadi mereng macam saya jugak! Iya tak?" dahi Ariel berkerut hebat. Dia langsung tidak terfikir sampai begitu sekali.

"I langsung tak fikir macam tu pun…" ujar Ariel menafikan tuduhan Vee yang di rasakannya, tidak langsung tidak berasas.

Semakin Ariel cuba untuk menafikannya, semakin galak pula Vee menuduhnya. Pada mulanya mahu juga Ariel naik geram dengan sikap Vee yang suka - suka menuduhnya itu. Tapi bila dia melihat senyuman yang terbit pada bibir gadis kacukan itu, dia tahu Vee sengaja hendak menduganya. Dia mahu melihat sejauh mana Ariel mampu bertahan tanpa mempamerkan riak wajahnya yang bingung di hadapan gadis itu. Ariel ketap bibir.

"See... baru cakap sikit macam itu pun awak dah mula nak bingung semacam!" Ariel meraup wajahnya yang mula terasa hangat.

Nampak sangat Vee dapat membaca riak wajahnya dengan begitu mudah sekali. Mungkin di sebabkan itu jugalah Vee suka bercakap sesuatu yang di luar jangkaan Ariel. Gadis itu sengaja mahu membuat dia mempamerkan riak wajahnya yang bingung.... Indeed! She is something.

"Awak ceritalah tentang diri awak pulak"

"I? Apa yang U nak tahu?"

"Erm, do I have any options?" Ariel lantas menggelengkan kepalanya.

Gadis di hadapannya itu bukan setakat aktif di kampus saja. Dia juga seorang yang amat ceria dan cukup talkative sebenarnya. Banyak juga cerita lucu yang Vee kongsikan pada Ariel petang itu.

"Cerita I, tak ada apa yang menarik pun sebenarnya"

"Aik, bunyi macam orang tengah frustrated aje… so tell me, who is she?" kening Ariel bertaut memandang Vee yang sedang tenang menanti jawaban darinya. Ariel lepas keluhan kecil. Ada kesungguhan yang terpamer pada riak wajah gadis itu.

"Kalau awak keberatan nak cerita, tak apa... saya faham"

"Tak. Bukan macam itu, cuma cerita saya ni agak pelik sikit…"

"Pelik? Maksud awak, sort of like a fairytale stories? Macam tu?..." Ariel angkat kening. Dia kagum dengan gadis itu yang dapat meneka dengan tepat tentang andaian ceritanya.

"Macam mana U tahu?" Vee jungkit bahu selamba.

Dia sekadar tersenyum tanpa memberikan penjelasan. Ariel yang turut malas mahu memanjangkan pertanyaan gadis itu akhirnya membuka ceritanya.

"Cerita I ni dah hampir 14 tahun lepas berlalu. I gelar dia little princess waktu tu. Kalau U nak tahu kenapa I gelar dia macam tu... sebab dia suka sangat baca buku - buku fairytale. Dialah sahabat suka dan duka I masa I kecil dulu. She were meant everything to me... sampailah ke saat ni" ujar Ariel perlahan. Vee diam dan menanti penjelasan lanjut Ariel dengan penuh sabar dan teruja.

"Waktu I berusia 10 atau 11 tahun waktu tu, I ikut parents I pergi luar negara. Kami pun berpisah terus selepas hari itu. I tak tahu dia ada dekat mana sekarang ni. Sama ada dia sudah berkahwin atau pun tak, I langsung tidak ada klu…"

"Kenapa tak cari dekat alamat lama awak dulu?"

"I dah cuba cari. Malah itulah perkara pertama yang I buat sebaik saja I tiba dekat Malaysia semula. Rumah dia dekat kampung dulu pun, sudah di jual dengan orang lain. I ada juga tanya dengan orang kampung kalau - kalau mereka tahu dekat mana dia pindah lepas rumah dia kena jual…" kampung? Ooo... so dia ni pun duduk dekat kampung jugak rupanya dulu! What a nice coincidence.

"Habis tu orang kampung cakap apa?"

"Mereka pun tak tahu dia pindah pergi mana sebab mereka tak pulak bertanya lanjut… cuma mereka cakap, dia pindah ke KL ni aje..."

Hurm... lebih kurang sama dengan kisah aku dan Aloy jugak! Tapi Aloy taklah rabun macam Jepun sesat ni. Dia pun bukannya suka merajuk! Mungkin cuma kebetulan saja cerita aku dengan Ariel sama... Dia bukan Aloy! positive... Aloy dah tak nak balik dari overseas tu... Dia dah kahwin agaknya dengan anak mat salih dekat sana... hump!

"I dah round hampir satu Malaysia, tapi still tak jumpa dengan dia juga! Emm... dulu I ada perasan dengan seseorang ni... I ingat sangat dengan benda tu, tapi I rasa I dah tersalah orang sebab itulah I kena sembur dengan gadis tu..." ujar Ariel ketawa bila teringat dengan peristiwa yang terjadi di antara dia dengan Vee, dulu. Gadis di hadapannya itu nyaris - nyaris menjadi mangsa kecuaian Ariel sendiri.

"Tak terfikir nak cari alamat orang tua dia? Mungkin awak akan jumpa dia kalau awak tahu alamat parents dia sekarang ni"

"Itu salah satu dari masalah besar I jugak sebab I tak tahu siapa nama mak bapa dia!" Vee tepuk dahi.

Dia tidak sangka masalah Ariel boleh jadi serumit itu. Patut sangatlah dia agak keberatan hendak bercerita tadi. Memang kes berat kalau sudah macam itu. Memang tidak akan jumpa sampai bila - bila pun. Lainlah kalau gadis itu memang di takdirkan dengan Ariel. Berpisah tujuh lautan atau tujuh benua sekali pun, kalau sudah jodoh, pasti akan bertemu juga.... Macam aku dengan Aloy jugak! Agaknya sampai bila - bila pun kami tak akan bertemu balik lagi sebab langsung tak tahu alamat dan nama sebenar?? A'ha... siapa nama betul Aloy?

"Vee? U kenapa?"

"Tak ada apa - apa, cuma saya…"

"Pelik? Tak masuk akal?"

"Tak. Tapi itu salah satu darinya juga. Saya cuma simpati dengan awak. Kalau awak di takdirkan bertemu semula dengan dia nanti, awak nak buat apa?"

"I don't know yet... but I nak cakap sesuatu dengan dia and that is for sure! I nak dia tahu apa yang I fikirkan selama ni..." Vee angguk kepala sebelum bertanya semula.

"Siapa nama little princess awak tu?" Ariel terdiam semula.

Dia cuba untuk meneka riak wajah Vee yang sedang serius memandangnya. Dia masih lagi berada dalam dilema, sama ada mahu mempercayai gadis itu sepenuhnya atau pun tidak.

"Tapi U kena janji dengan I yang U tak akan ketawa kalau atau bagi tahu dengan orang lain... sebab yang tahu cerita ni cuma Kimi sorang... and now you! Tapi Kimi tahu pun sikit je... U sorang je yang tahu tentang ni semua" ujar Ariel masih teragak - agak.

"Sure! You have my word... saya janji tak akan cakap dengan sesiapa pun tentang ni..." balas Vee penuh yakin. Ariel lepas keluhan kecil sambil meraup wajahnya sebelum meneruskan kata - katanya dengan lebih lanjut.

"I just panggil dia dengan nama Sweet! I ingatkan nama tu dah cukup untuk I... kalau I tahu, awal - awal lagi I dah minta nama betul dia!" ujar Ariel dengan nada kesal.

Dia akui kesilapannya kerana tidak bertanya lanjut mengenai diri Sweet ketika mereka masih kecil dahulu. Dia juga langsung tidak terfikir yang dia akan pergi jauh dan meninggalkan Sweet. Dia ingatkan dia akan kekal tinggal di kampung dan meneruskan persekolahannya sehinggalah ke menara gading di tanahair. Sekarang, menyesal pun tidak berguna kerana dia tidak boleh kembali memutar waktu itu dan bertanya, siapakah nama Sweet yang sebenarnya.... Haii...

Ariel lepas keluhan berat. Vee telan liur. Terasa anak tekaknya tiba - tiba berasa haus. Dia lantas menghirup air minumannya perlahan - lahan, cuba untuk menyembunyikan perasaan gemuruhnya yang tiba - tiba datang. Vee memandang wajah Ariel dalam, untuk seketika. Mustahil Aloy ialah Ariel dan Ariel ialah Aloy, orang yang di carinya selama ini.

Tapi Sweet??? Mustahil! Aku tak pernah cakap dengan siapa - siapa pun mengenai Aloy dan Sweet. Shak sendiri tak tahu langsung tentang cerita zaman kecil aku. Ery? Lagilah tak! Aish... agaknya kebetulan je kot nama tu sama. Iya tak? Sebab Aloy dulu langsung tak ada masalah mata... kalau tengok dari kanta cermin mata Ariel ni, dia memang sudah agak lama ada masalah mata. Humm... apa nama kampung tempat Sweet tinggal? Takkan Ariel tak ingat langsung nama kampung dia sendiri!

"U ni dah kenapa? Diam aje sejak tadi… U pun tak percayakan?" Vee cepat - cepat menggelengkan kepalanya.

"Bukan macam tu... saya cuma tengah fikir, awak tak mungkin akan jumpa dengan dia kalau setakat itu saja yang awak tahu dan ingat. Habis tu apa cara yang boleh awak buat untuk kenal dengan dia balik, sedangkan awak dah hampir empat belas tahun tak jumpa dengan dia?...

Awak pun tahukan, tempoh empat belas tahun itu bukan satu tempoh yang pendek. Pasti banyak perubahan yang dia sudah alami dan lalui. Awak sendiri pun tak sama lagi seperti empat belas tahun yang lalu. Bila kita berusia dan meningkat dewasa, bentuk fizikal kita pun pasti akan banyak berubah juga. Mungkin dari segi rupa ada yang tidak berubah, tapi saya tak yakin awak mampu kenal dia lagi… lainlah kalau awak ada bagi dia sesuatu…" ujar Vee panjang lebar.

Dia sendiri tidak mungkin mampu mengenali Aloy sekarang. Pasti Aloy juga sudah banyak berubah seperti mana dia sendiri. Kalau dahulu dia pendek dan kurus, sekarang dia lebih tinggi dan langsing. Raut wajahnya juga sudah banyak yang berubah dari dulu. Kecuali anak matanya.

"You're right! Entah - entah barang yang I pernah bagi dekat dia dulu, dia sudah buang agaknya!"

"Awak bagi apa dekat dia?" mata Ariel melorot tajam. Keningnya terangkat tinggi.

Serius saja minah celup ni! Takkan Vee, Sweet kot?? Hish... dia tak pulak pakai gelang dia hari tu... kalau dia ada pakai sekarangkan senang. On the spot, aku dapat tahu dia ni sebenarnya siapa. Tapi Sweet tak ada perangai angin pasang surut macam dia ni! Kalau dia merajuk pun, cepat aje dah okey balik. Argh, just forget it!!

"Adalah, something special. I bubuh tanda yang I sorang saja yang tahu... memang stress juga bila I masih tak jumpa dia sampai sekarang ni" Vee lantas kuntum senyuman, ikhlas.

Kalau saja kau cakap leather bracelet, hari ni jugak aku setuju jadi girlfriend kau!!! Hahaha... macam aje betul, Jepun sesat ni little prince aku. Urm, but who knows! Dia ni pun boleh tahan jugak orangnya.

"Wow! Pasti dia masih simpan lagi tu. Kalau dia memang nak jumpa dengan awak balik mesti dia masih simpan benda tu... sebab cuma dengan benda tu saja awak boleh kenal dan jumpa dengan dia semula"

"I pun harap macam itu jugak! I harap yang I akan jumpa dengan dia satu hari nanti sebelum terlambat. If you know what I mean..." Vee angguk faham.

Dia dan Ariel sebenarnya mempunyai masalah yang hampir sama dan serupa kerana kedua orang tua mereka sedang cuba untuk mencari jodoh buat mereka biar pun pada hakikatnya mereka tidak bersetuju.

"In Shaa Allah, saya doakan awak akan bertemu semula dengan dia sebelum terlambat. I wish you luck"

"Thanks... lega hati I bila dapat share cerita ni akhirnya dengan U. Thanks, Vee"

"Sama - sama. Asalkan awak tidak putus asa, sudah. Saya yakin awak akan jumpa juga dengan dia nanti" ujar Vee ikhlas dan jujur.

Dia serius mempercayai kata - kata Ariel itu, kerana dia sendiri pun mempunyai cerita dan rahsia yang hampir sama. Cuma dia tidak berani untuk meluahkannya sahaja, seperti mana Ariel.

"Awak tak cakap bohongkan?"

"Honest! I swear! I memang cakap perkara yang betul. I tak berani nak berbohong soal kawan I tu... she is very, very special to me Vee"

"Biar ALLAH saja yang tentukan bila dan di mana awak akan bertemu dengan dia semula, lepas ni. But in a meantime... saya harap sangat yang selepas hari ni, kita akan jadi kawan macam yang lain - lain sebab saya dah tak larat nak bertekak dengan awak lagi" ujar Vee seraya ketawa, ceria.

Ariel pun turut sama ketawa. Dia sendiri pun sudah serik untuk bergaduh dengan gadis itu lagi... You are so sweet and damn beautiful, Vee! If only you are my little princess. If only!

"Boleh tak?"

"Boleh apa?" soal Ariel semula. Dia tidak dengar apa yang di katakan oleh gadis itu, tadi kerana dia termenung jauh seketika.

"Kita jadi kawan? Macam awak dengan Kimi, Shak…"

"Sure! Sure... I'm glad we can finally call that. I pun tak nak gaduh lagi dengan U. I serik dengar dan tengok U mengamuk!" Vee mencebik.

Namun hanya untuk seketika sebelum dia mengukir senyuman manisnya semula. Dia akui yang dia cepat naik marah dengan sikap Ariel. Tapi itu semuanya sudah pun berlalu. Dia janji dia akan cuba untuk berubah agar persahabatan yang baharu termetrai itu kekal baik sampai bila - bila seperti persahabatannya dengan Hakimi dan juga Shakira.