Istana Bunga Delima. Terletak di atas puncak Gunung Buah Naga yang sangat berceracak dan berliku jenuram. Mendapat nama kerana bunga delima merupakan bunga kebangsaan bagi negeri kelapan dari sembilan buah negeri dalam Kesatuan Cahaya Bulan Purnama, Muara Ambra. Bersempadan dengan Pelabuhan Durian di selatan dan Kuala Mangga di utara, Muara Ambra juga merupakan negeri ketiga paling kaya di seluruh negara sehingga di beri jolokan 'Mutiara Di Kala Senja' oleh Bursa Saham Antara Benua yang berpangkalan di ibu kota Bandaraya Kelapa.
---
Suasana di taman larangan sungguh nyaman. Kelihatan seorang pemuda sedang tekun menelaah buku-buku sejarah hasil karya sejarawan tempatan sambil di temani seorang perempuan muda berusia awal dua puluhan.
"Tuanku…," kata Bentara Aqila. Putera Mahkota Taha memberhentikan pembacaannya dengan kadar segera.
"Ya, saya. Bentara… Kenapa?"
"Patik ingin memberitahu tuanku sesuatu...," Ujar perlahan Bentara Aqila.
"Apa dia, Bentara? Jangan biar saya tertanya-tanya..."
"Patik harap tuanku tidak murka terhadap patik. Boleh tuanku berjanji kepada patik?"
"Tentang apa?"
"Tentang perhubungan di antara tuanku dengan Puteri Khairunnisa..." Ujar lebih perlahan sang Bentara itu kepada Putera Mahkota Taha.
"Baiklah, Bentara. Dengan sukacitanya, di persilakan..."
"Puteri Khairunnisa... Puteri Khairunnisa..." Serba salah Bentara Aqila untuk meneruskan perbicaraannya.
"Ada apa dengan Puteri Khairunnisa?" Tanya Putera Mahkota Taha… Terpinga-pinga.
"Puteri Khairunnisa minta putus dengan tuanku. Alasannya hanya kerana tuanku tidak seperti tuanku yang dulu..."
Air muka Putera Makhota Taha berubah secara tiba-tiba. Namun perubahan itu tidak dapat di kesan Bentara Aqila. Putera Mahkota Taha mengeluh apabila Bentara Aqila benar-benar memaksudkannya.
"Sudah lama saya menduga… Akhirnya menjadi nyata dalam sekelip mata..."
"Tapi, tuanku… Tuanku bukannya kayu mahupun batu. Sampai bila tuanku harus menunggu? Kami perlukan seorang puteri untuk sentiasa menenami tuanku, di sisi tuanku, setiap masa dan waktu… Tidakkah begitu tuanku? Patik merayu…" Ujar Bentara Aqila panjang lebar. Putera Mahkota Taha hanya mendiamkan diri tanpa bicara. Ternyata apa yang di katakan Bentara Aqila ternyata ada benarnya. Sungguh nyata, tiada dusta.
"Cinta tidak boleh di paksa-paksa, Bentara... Saya terima seadanya dengan berlapang dada kehendak Allah Subhanahu Wa Taala..."
Hembusan pawana membelai manja, cuba sedaya upaya mengharap kenyamanan dan ketenangan di bawa, di terima sepenuhnya.
Searakian masa yang berlalu; kesunyian pula mula menguasai keadaan. Bentara Aqila mula mengenang airmata yang mahu berlinangan. Manakala Putera Mahkota Taha bersiap sedia menghulurkan sapu tangan sutera miliknya kepada Bentara Aqila seolah-olah sudah biasa dengan situasi yang sama. Siapa sangka?
"Tiada guna meratap hiba. Saya juga cuma manusia biasa… Serba tidak sempurna seperti Bentara."
Sapu tangan sutera yang di berikan Putera Mahkota Taha di gunakan Bentara Aqila, sebaiknya.
---
Putera Mahkota Taha meminta izin dari Bentara Aqila untuk menuju ke bilik peraduannya yang terletak di tengah-tengah istana. Sebaik tiba, dia menyelongkar album-album lama. Di tatapnya album-album itu satu demi satu. Kehadiran Bendahara Isa Manggista menyedarkan Duli Yang Amat Mulia Baginda ke alam nyata.
"Hinakah saya kerana penyakit saya, Bendahara?" Keluh Putera Mahkota Taha, bernadakan kecewa. Bendahara Isa Manggista terkesima; di balik senyuman penuh muslihat. Beliau tidak bersuara walaupun sepatah kata-kata.
"Saya mahu keluar seketika dari istana. Mengembara untuk mengubati hati yang luka selama sepurnama dua."
Kebisuan Bendahara Isa Manggista tidak kekal lama seperti yang di sangka Putera Mahkota Taha. Lantas, beliau mula membalas.
"Tuanku benarkan Laksamana Musa Tanjung Bidara bersama-sama tuanku. Patik tidak mahu tuanku di apa-apakan sepanjang pengembaraan tuanku itu…"
"Saya bersukacita. Terima kasih kerana memahami saya, Bendahara…"
Senyuman manis semanis kurma cina terukir di raut wajah Bendahara Isa Manggista yang di mamah usia. Berserta dengan sinisan yang sangat ketara dari semasa ke semasa.
"Jangan lupa, saya amanahkan tanah air saya kepada bendahara dan Kerajaan Diraja… Jika ada sesiapa mencari saya atas nama saya; izinkan dia dan jangan di mungkiri amanat ini!!!"
"Menjunjung titah tuanku tanpa rasa ragu!!! Daulat tuanku…"
Bersambung...