Buat mamanda, Paduka Yahya Petola daripada anakanda, Putera Mahkota Taha…
Maafkan anakanda, mamanda kerana telah mengecewakan mamanda dan pembesar utama. Anakanda hanya menjadi beban kepada mamanda, setiap masa. Sekali lagi anakanda memohon sejuta kemaafan dari mamanda… Anakanda tidak mampu menunaikan wasiat terakhir almarhum ayahanda. Ternyata anakanda memang tidak berguna. Bukan sahaja kepada mamanda… Bahkan juga kepada rakyat jelata.
Mamanda, semasa ketiadaan anakanda, anakanda mahu mamanda memimpin pemerintahan beraja seperti biasa… Anakanda percaya mamanda dapat melaksanakannya dengan seadilnya seperti yang mamanda lakukan ketika almarhum ayahanda masih ada.
Kerahkan perutusan ke Ketela Jingga… Katakan pada pemerintah di sana, semoga Puteri Khairunnisa bahagia di samping insan yang dia suka. Anakanda akan mendoakan kebahagiaan dia, sentiasa... Itu janji anakanda. Tidak mungkin akan anakanda mungkiri walaupun hanya untuk seketika…
Anakanda amat berharap bahawa mamanda mengerti apa yang anakanda kata.
Demi kebaikan tanah air kita…
Yang benar, semata-mata benar.
Putera Mahkota Taha
---
Paduka Yahya Petola tidak dapat menerima kenyataan sadis sebegitu rupa. Beliau berbalas pandangan dengan Duta Qairina. Cetus hati kecilnya berkata, adakah anakanda Duli Yang Amat Mulia hanya mahu bercanda atau ada maksud yang tersirat tersembunyi di sebalik kenyataannya? Pelbagai persoalan berlegar-legar di minda. Mengharap ada jawapan berkemungkinan memecah kebuntuan yang berbuku tebal di dalam dada.
"Jentera tanpa pengemudinya, tiada guna, Paduka." Suara garau seorang lelaki tua memeranjatkan Paduka Yahya Petola dari lamunan singkatnya.
"Temenggung Ramlan Pantai Terung?!"
"Siapa lagi kalau bukan? Cuba Paduka katakan?"
"Apa yang sebenarnya Temenggung maksudkan?" Soal mamanda Putera Mahkota Taha itu, di hujani ribut kebingungan.
"Paduka tanya Pendeta Syahira di Gua Biji Nangka. Bawa sekali nota Duta Qairina itu bersama apabila berjumpa dengannya…"
Paduka Yahya Petola menggeleng-geleng kepala. Perasaan curiga kini menguasai jiwa dan raganya.
"Hamba tidak mengerti maksud tuan hamba..."
"Bijak rupanya Paduka berjenaka." Temenggung Ramlan Pantai Terung terbahak-bahak ketawa mentertawakan Paduka Yahya Petola. "Sudah nahu; berkias pula.
"Tuan hamba, berterus-terang sajalah kepada hamba yang tidak tahu apa-apa..."
"Paduka. Paduka… Lusa Paduka sendiri pergi ke sana. Paduka akan tahu jawapan apa yang akan di beri dari Pendeta Syahira…"
"Bersumpah tuan hamba! Bersumpah tuan hamba tidak berdusta…"
"Ya, Paduka. Benar belaka… Sia-sia saja andai aku menipu segala."
---
Di sebuah lokasi rahsia, terletak markas kedua Gerakan Muara Ambra Merdeka.
"Nampaknya, sudah tiba masanya untuk kita melaksakan pelan seperti yang telah di rencanakan…" Imam Iqram Alam Shah Azam Mempelam menegur Maula Raffa Dukuna. Sahabat seperjuangannya itu tidak menyahut semula walau hanya semadah kata.
"Maula, kau tak apa-apa? Jangan hanya berdiam diri tanpa bicara…"
"Adakah tuan telah di butakan oleh kuasa yang sementara? Mahukah tuan ulangi kesilapan sama?!" Maula Raffa Dukuna akhirnya bersuara.
"Hahahaha… Hahahaha!!! Pandai maula bergurau senda… Tahukah sekarang Maula berbicara dengan siapa?"
Maula Raffa Dukuna mematikan madah bicaranya.
"Kita berada di sini, berjuang untuk merealisasikan impian Maulana Baha Ubi Benggala… Maula sendiri tahu apa yang aku maksudkan, bukan? Tidak perlu aku ulangkan."
---
"Selamat tinggalku ucapkan, Istana kesayanganku…" Bisik Putera Mahkota Taha, syahdu.
"Insya Allah, tuanku; kita akan kembali di sini lagi…" kata Laksamana Musa Tanjung Bidara, bernada gembira.
Menaiki pacuan empat roda biasa yang di bawa oleh pemimpin ketiga terutama jajahan barat daya itu, mereka berdua berkelana tanpa hala tuju. Jam di tangan tepat-tepat pukul satu apabila mereka melepasi sebuah pekan di sempadan yang di beri nama Pekan Syeikh Mengkudu.
"Kita hendak ke mana sekarang, tuanku?"
"Azan Zohor tidak lama lagi akan berkumandang, bukan? Kita singgah sebentar di masjid berdekatan…"
"Baiklah kalau begitu, tuanku…"
Bersambung...