Kebimbangan Paduka Yahya Petola

Perjalanan ke Gua Biji Nangka, tempat Pendeta Syahira bertapa dari Istana Bunga Delima berjarak di rasa. Bersendirian tanpa ejen rahsia, Paduka Yahya Petola memanggil-manggil Pendeta Syahira.

"Kedatangan tuan amat saya dambakan. Silakan, tuan; silakan masuk…" Paduka Yahya Petola bergerak perlahan-lahan mengekori Pendeta Syahira. Gua Biji Nangka pada mulanya mamanda Putera Mahkota Taha itu sangka kecil semata-mata. Sangkaannya itu ternyata meleset belaka tatkala dia sendiri terpukau dengan kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa terpampang di depan mata. Tidak terucap dengan kata-kata. Keluasan Gua Biji Nangka ternyata lebih besar dari ruang legar balairong seri.

"Nota Putera Mahkota Taha, tuan bawa?" Paduka Yahya Petola mengiyakannya. "Tuan beri kepada saya…" Nota itu di serahkan kepada Pendeta Syahira. Beliau membacanya sebaik sahaja nota itu di berikan padanya.

"Mengikut tafsiran saya, tuan…"

"Kerajaan Diraja akan di gulingkan dengan kudeta? Itukah maksud Pendeta?"

Pendeta Syahira memberi deheman manja. Seraya menyusun kata. "Nyawa Putera Mahkota Taha dalam bahaya. Sentiasa berwaspada..." Paduka Yahya Petola ternganga. Mulutnya luas terbuka seluas-luasnya hinggakan beberapa biji telur ayam serama dapat memenuhinya. Dia langsung tidak percaya dengan kata-kata Pendeta Syahira.

"Habislah anakanda. Habislah anakanda… Habislah! Habislah!!!" Pendeta Syahira mula merasa gabra. "Tenang, tuan. Tenang… Tenang. Kepanikan akan merumitkan lagi keadaan. Tuan mengertikan apa yang saya maksudkan, bukan?"

Paduka Yahya Petola menarik nafas dalam-dalam. Lalu, dia menghela singkat, sesingkat yang dia mampu.

"Izinkan hamba pulang ke Muara Ambra… Terima kasih kerana pendeta telah memberikan jawapan yang hamba inginkan."

"Sama-sama tuan. Sama-sama, sama-sama…"

Bersambung...