Azan Zohor ketika itu kedengaran mendayu-dayu bagaikan merayu-rayu agar umat Islam menunaikan kewajipan kepada Tuhan Yang Maha Satu. Tiba di perkarangan Masjid Tuan Guru Ibnu Amru Ubi Kayu mengingatkan Putera Mahkota Taha kepada zaman kanak-kanaknya suatu masa dahulu mendalami ilmu agama dengan pendekatan baru.
"Ampun, ampun… Ampun, tuanku. Ampun, ampun!!!" Lamunan panjang Paduka Mahkota Taha terganggu. "Apa maksud kamu itu?" Soal Laksamana Musa Tanjung Bidara, melulu. Remaja itu memperkenalkan dirinya sebagai Abu Jambu Batu.
"Sebaik tuan berdua melangkah masuk ke Masjid Tuan Guru Ibnu Amru Ubi Kayu, tuan berdua akan di serbu. Sepatutnya perkara ini hamba patut beritahu kepada tuanku sejak dari dahulu kerana hamba tahu tuan berdua adalah orang penting tuanku…" Putera Mahkota Taha membisu.
"Terima kasih atas peringatan kamu, Abu…" Remaja itu termangu-mangu beredar dari situ.
---
Di istana Bunga Delima, sekembali Paduka Yahya Petola dari Gua Biji Nangka...
"Mulakan pencarian Putera Mahkota Taha dan Laksamana Musa Tanjung Bidara di seluruh negara… Segera!!!" Itu arahan rasmi pertamanya.
"Ehhh, nanti dulu, Paduka… Nanti dulu. Nanti dulu…" Syahbandar Mahadi Daun Saderi mematikan bicaranya. "Awak tiada kuasa untuk mengarah sesiapa..."
"Kenapa pula?"
"Kuasa awak sudah di lucutkan dari Kerajaan Diraja atas arahan Bendahari Syamimi Pulau Keladi…"
"Tetapi Syahbandar, hamba telah di amanahkan oleh Putera Mahkota Taha untuk mengepala Pemerintahan Beraja Muara Ambra semasa ketiadaannya!"
"Maafkan saya, Paduka... Saya hanya melaksanakan tugas yang telah di berikan... Sebarang pertikaian terhadap saya, sila kemukakan kepada pegawai urusetia di Dewan Perkhidmatan Dan Kepimpinan Diraja..."
Syahbandar Mahadi Daun Saderi berlalu pergi sebaik sahaja dia mengucapkan kata-kata itu kepada Paduka Yahya Petola. "Ternyata dugaan hamba selama ini tepat seperti yang hamba sangka... Tak guna punya Bendahara Isa Manggista!!!" Cetus hati kecilnya berkata. "Anakanda Taha, akan mamanda cari anakanda sampai jumpa..."
Bersambung...