Nami dan Ami dalam perjalanan untuk ke rumah Ami. Rumahnya terletak di sebuah pulau asing. Mereka ke sana dengan menaiki kapal selam canggih. Solmi seperti seekor kucing yang kelaparan apabila melihat ikan-ikan yang berada di dalam laut itu. Waktu sudah menjelang malam, mereka pun tiba di rumah Ami. Ami menjemput Nami dan Solmi untuk masuk ke rumahnya. Ami memperkenalkan Nami dan Solmi kepada haiwannya iaitu Riyu. Riyu gembira bertemu dengan Solmi. Pada keesokannya, Nami menceritakan segalanya kepada Ami mengenai Hutan Arvo. Ami memikirkan perancangan untuk menyerang kerajaan Ratu Eldorm yang kejam itu. Tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiran Ami. Ami memberitahu tentang perancangannya kepada Nami. Nami setuju mengenai perancangannya itu.