Ami dan Nami pergi ke Hutan Arvo bersama haiwan-haiwan mereka. Mereka berdua menceroboh masuk ke dalam Istana yang dahulunya milik Nami tetapi dirampas oleh Ratu Eldorm. Ada sesuatu yang menarik perhatian Nami ketika sampai ke sebuah ruangan yang lebih tepatnya kepada bilik seorang gadis. Ami melarangnya untuk ke sana, akan tetapi Nami degil dan meluru masuk ke bilik itu. Tiba-tiba mulut Nami ditekup dengan sapu tangan. Nami kenal sapu tangan itu. Ianya milik Ami. Walau baru berkenalan dua hari, tetapi Nami mengetahui segalanya. Apabila Nami sedar, dia melihat bahawa Solmi, haiwan peliharaanya ditangkap dan dimasukkan ke dalam sangkar. Dia ternampak seorang gadis yang ada di depannya. Gadis itu ialah Ami. Kedudukan Ami sekarang ialah bebas berbanding Nami, yang diikat dengan rantai besi. Rupa-rupanya Ami ialah sepasukan dengan Ratu Eldorm. Tidak di sangka bahawa Ami sanggup membelotnya. Ami berkata bahawa dia cemburu dengan Nami sewaktu Nami menjadi Ratu Hutan Arvo. Ami juga ingin menjadi berkuasa di hutan yang cantik lagikan indah itu.