Perjalanan kami terhenti apabila ade sekatan di jalan raya. Maknanya plan aku berjalan dengan lancar.
Zulhelmi nak pusing balik tak boleh, sebab ade kereta kat belakang. Sehinggalah sampai di hadapan polis, seperti yang dirancang, aku dan Syazliana membuka pintu belakang dan Syazliana keluar ikut pintu belah kiri, and aku ikut pintu belah kanan. Tetapi malangnya sekali lagi Zulhelmi dapat mengacukan pistol di kepala ku. Firdaus yang berada di situ terkejut. Perkataan yang diungkapkan oleh ku tadi terngiang-ngiang di telinganya.
'Kalau saya terlepas ke Thai, maknanya saya akan jadi isteri dia.' Air mata Firdaus mengalir.
Nasib baik la Syazliana dah lepas, Aliff sempat tarik dia tadi. And Azizul terpaksa berserah diri.
Aku memandang Firdaus dengan riak wajah yang sedih.
"Awak, ingat ape yang saye cakap tadi." Ujarku kepada Firdaus. Air mataku mengalir.
"Diammm!!" Tengking Zulhelmi.
Poppp! Poppp!
Bunyi tembakan dua das yang sangat kuat. Aku menutup mata, ingatkan riwayat hidup aku dah tamat, tapi yang hairannya, aku rase macam okey, tiba-tiba ade orang menarik tanganku dan memeluk ku. Aku terus membuka mata.
You know what guyssss??? Aku berada di dalam dakapan Firdaus.
Aku menoleh ke belakang, Zulhelmi dah ditembak oleh seorang polis yang berada di dalam semak dari tadi.
Mata Zulhelmi terbukak, menandakan dia sudah meninggal.
'Alhamdulillah, dah tamat pun semua ni.' Bisikku didalam hati.
Azizul terpaksa meringkuk di dalam penjara. Mesti hukuman dia berat sebab dia tembak Amri.
Kami pun segera ke hospital untuk tengok keadaan Amri. Sebaik sahaja kami sampai, Amri pun sudah sedar.
"Syazliana." Ujar Amri dengan perlahan.
"Yer biey, saye dekat sini. Saye nak mintak maaf sebab selama ni saya tak nampak pengorbanan awak terhadap saya. Saya mengaku, saya hampir jatuh cinta dengan Azizul." Ujar Syazliana dengan menangis teresak-esak.
"Takpe sayang, asalkan sayang selamat." Ujar Amri.
Aku, Firdaus, Aireen dan Aliff keluar dari situ, bagi space kat diorang.
"Macamana kau kena culik dengan diorang??"Soal Aliff.
Aku menceritakan semua yang terjadi.
Mereka mengangguk tanda faham.
Aku pun mengajak Firdaus keluar dari hospital, pergi beli makanan.
*Didalam Kereta*
"Awak sayang saye kan??" Soal Firdaus dan tersenyum manis.
"Tak. Bila mase sayang awak??" Soalku.
"Ek eleh, tadi awak cakap awak sayang saye, pastu cakap suruh cari pengganti yang lebih baik la bagai." Ujar Firdaus dan ketawa terbahak-bahak.
"Awak, janganlah. Malu saye." Ujarku dan mencubit bahunya.
"Aduhh, jangan main cubit-cubit awak, saye tengah drive ni." Ujar Firdaus dengan nada yang lembut.
Aku ketawa terbahak-bahak.
"Sepanjang kiter bertunang, ni first time kiter gelak-gelak kan??" Soal Firdaus dan tersenyum.
"Maybe sebab peristiwa malam ni. Yang lucunya, esok sepatutnya Syazliana dan Amri kahwin, tapi Amri makan nasi air kat hospital. Hahahahaha." Gelakku.
"Itulah kan." Ujar Firdaus. Ketawa terbahak-bahak.
"Terima kasih,awak." Ujarku.
"Untuk apa??" Soal Firdaus.
"Sebab tolong saya tadi." Ujarku.
"Ok, saye nak hadiah." Ujar Firdaus.
"Hadiah apa??" Soalku.
"Nanti lepas kahwin." Ujarnya.
Mataku terbuntang luas,
"Ha, fikir bukan-bukan la tu. Saye just nak awak masak sedap-sedap. Bukannya yang satu lagi tu." Ujar Firdaus dan tertawa kecil.
"Ooo, ingatkan ape la tadi." Ujarku.
"Awak ingat ape?" Soal Firdaus dengan senyuman yang nakal.
"Takde ape." Ujarku.
"Yelahtu." Ujar Firdaus.
Aku pun memandangnya, dia tengah drive. Tanpa aku sedar, bibirku mengukir senyuman.
"Nak pandang saya cakap jerla." Ujar Firdaus.
"Awak ni kan,not bad la jugak. Muka awak macam..." Belum sempat aku habiskan ayat ku,
"Macam taehyung yang awak minat tu kan??" Soalnya.
"Bukan, macam koala yang kiter tengok haritu." Aku tertawa terbahak-bahak.
"Haiss, mane same." Ujar Firdaus dan menjuihkan bibir.
Aku tertawa sekali lagi.
"Wak, kan best kalau macam ni hari-hari." Ujarku.
"Kan, saye pun rase selesa kalau keadaan kiter macam ni." Ujar Firdaus.
"So, sepanjang kiter kahwin ni, memandang setahun, kiter jadi friend okey??" Soalku.
"Saye okey jer." Jawab Firdaus.
'Saya sanggup jadi kawan awak, sebab dulu kiter pernah jatuh cinta melalui berkawan. And saya akan make sure yang kiter takkan bercerai. Saye takkan lepaskan awak sayang.' Bisik Firdaus didalam hati.