BAB 30:

Hari yang dinantikan telah tiba, harini berlangsungnya majlis perkahwinan aku dan Firdaus. Semua berjalan dengan lancar.

Aku dan Firdaus mengenakan baju perkahwinan yang berwarna putih.

*Didalam Bilik Aku*

"Syazliana, Aireen, aku nervous tahap tinggi ni babe." Ujarku, gelisah.

"Tak sangka, kau dah nak kahwin dengan Firdaus. Sebab yerla, perangai kau cam budak-budak." Ujar Aireen dan ketawa terbahak-bahak.

"Hurmm, sepatutnya semalam aku yang kahwin." Ujar Syazliana sedikit sedih.

"Alaa, takpe kahwin lewat pun, asalkan kahwin." Ujarku.

Syazliana tertawa kecil.

"Amri macamana kat hospital tu??" Soal Aireen.

"Semakin okey, dia cakap sedih tak dapat tengok korang kahwin, esok kan kau pulak Aireen. Tinggallah aku yang bujang." Ujar Syazliana.

Aku dan Aireen pun tertawa kecil.

Pippp!! Pippp!!! (Terdengar hon diluar rumah)

Syazliana terus meluru keluar dan tengok sape yang datang.

Terpampang wajah Firdaus dan ahli keluarganya.

Syazliana pun berlari menuju ke bilik ku.

"Pengantin lelaki dah sampai." Ujar Syazliana.

"Haa sudah." Ujarku. Gelabah.

"Iera, rilekss. Takde lagi yang mati bila kahwin." Ujar Syazliana dan tertawa kecil.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk.

Terpampang wajah ma aku.

"Syaz, Reen, boleh tunggu kat luar jap?? Makcik nak cakap something dengan iera." Soal ma aku dan tersenyum manis.

"Ok makcik." Jawab mereka serentak. Dan tersenyum lebar kearah ma aku.

Sebaik sahaja diorang keluar,

"Cantiknya anak ma." Ujar ma aku dan tersenyum.

"Ma, iera nervous." Ujarku.

"Nervous apenya?? Kan iera dah kenal dia lama dah." Ujar ma ku.

"Memang la, tapi entahlah, still rase nervous walaupun dah lame kenal Firdaus." Ujarku.

"Ape pulak panggil Firdaus?? Panggil la nama sweet sweet sikit, tanda hormat suami." Ujar ma aku.

"Nak panggil apa??" Soalku.

"Panggil abang ker, elok bunyinya." Ujar ma aku.

"Yelah." Ujarku.

Mama aku pun keluar, Syazliana dan Aireen masuk kembali ke dalam bilik ku.

"Iera, jom. Aku dengan Aireen iring kau." Ujar Syazliana.

"Ok." Ujarku.

Sebaik sahaja kami keluar, aku pun duduk di tempat yang ku harus duduk. Firdaus memerhati aku. Dan tersenyum lebar. Aku membalas senyumannya.

Tiba-tiba dia bangun dari tempat duduknya.

Dan berlalu keluar. Semua orang terkejut. Termasuklah aku. 'Dia nak batalkan perkahwinan ni ke??' Soal ku didalam hati.

Firdaus masuk kembali dan memberikan sejambak bunga ros merah kepadaku.

Aku membalas dengan senyuman.

Firdaus pun duduk.

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuan ku Nur Syaiera Binti Zulkifli dengan emas kahwinnya berjumlah RM10 000 tunai." Ujar abahku.

"Aku terima nikahnya Nur Syaiera Binti Zulkifli dengan emas kahwinnya berjumlah RM10 000 tunai." Ujar Firdaus. Sedikit gagap. Nervous kot. Hahaha.

"Alhamdulillah." Ujar abahku.

"Sah??" Soal tok kadi kepada saksi saksi.

Semua orang menganggukkan kepala tanda sah.

Tok kadi pun membaca doa.

And tiba la dia sarungkan cincin. Yang ni aku berdebar wei. Rase macam jantung aku nak tercabut. Hahaha.

Firdaus pun menyarungkan cincin ke jari manis ku. And dia menghulurkan tangan, ingin aku bersalam dengannya. Aireen dan Syazliana dah ketawa terbahak-bahak. Malu aku weii... Aku pun terus menyambut tangannya dan bersalaman and mencium tangannya. Sebaik sahaja aku mengangkat wajah aku, dia mencium dahi ku. Aku rase awkward wei. Dahla ramai orang ambik gambar.Maluuuuu.... Jantung aku asyik berdegup kencang. Dup dap dup dap. Hahaha.

Kami pun duduk diatas pelamin.

Orang ramai asyik mengambil gambar kami.

"Wak, awak blushing mase saye kiss dahi awak tadi." Bisik Firdaus di telinga aku. Tapi kami still senyum sebab orang tengah ambik gambar kan.

"Mane ade." Bisikku kembali.

"Ek eleh." Ujarnya.

Majlis berjalan dengan lancar and aku dah sah bergelar isteri kepada Aiman Firdaus.

*Malam*

"Fuhh penat harini." Keluhku.Aku bukak tudung and Aku mencampakkan tubuh ku ke atas katil dan menghadap siling bilikku. Memang not bad la atas katil ni, ma aku hias memang cantik. Katil pengantin baru kan.Hahaha.

Krekk!! Pintu bilik air didalam bilik ku dikuak.

Terpampang wajah Firdaus. Dah la dia tak pakai baju masetu. Aku cepat-cepat tutup mata.

"Haa, dah masuk bilik pun. Dari tadi awak merayau kat mane??" Soalnya dengan nada yang lembut.

"Saye borak dengan Syazliana and Aireen tadi." Ujarku.

"Ooo. K la, saye nak pergi kat ma." Ujarku ingin melarikan diri.

Dia pun mengheret tanganku.Aku membuka mata. Dan tubuhku bersandar pada dinding. Dia memerangkap aku dengan kedua-dua belah tangannya.

"Awak nak lari mane hah??" Soalnya dengan nada yang lembut dan senyuman yang nakal.

"Apesal awak ni??" Soalku.

"Salah ker??" Soal Firdaus.

Dia membelai rambutku yang panjang.

"Ape awak ni, tak selesa la." Ujarku dengan marah.

Dia mendekatkan wajahnya je wajah ku sehingga wajah kami bersentuhan.

Aku menolaknya dengan kuat and aku berlari keluar sambil menjerit, "Ma, tolong iera.!" Jeritku.

Firdaus tertawa kecil melihat gelagat ku.

Aireen dan Syazliana ade kat ruang tamu, diorang terkejut.

"Korang, tolong aku." Ujarku.

"Apesal??" Soal Syazliana dan Aireen.

"Aku nak tidur rumah korang malam ni boleh tak??" Soalku dengan mendesak.

"Kau ni buang tebiat ker ape?" Soal Syazliana, Kehairanan.

"Aku taknak duduk dengan dia." Ujarku.

Aku menceritakan ape yang terjadi tadi.

Aireen dan Syazliana ketawa terbahak-bahak.

Sampaikan nak semput diorang ketawa.

Firdaus pun keluar dari bilik and menuju kearah kitorang.

"Ra, kitorang balik dulu." Ujar Aireen. Syazliana dan Aireen berlalu pergi dengan ketawa yang masih tersisa.

Aku pun menarik tangan Firdaus masuk ke bilik. And aku mengunci bilik.

"Okey, malam ni awak tidur atas katil and saya tidur kat atas lantai." Ujarku.

"Erh, macam tu pulak." Ujar Firdaus.

"Yes, this is my room. So, awak kena ikut syarat saya." Ujarku.

"Ok, tapi saye nak buat pertukaran sikit." Ujar Firdaus.

"Ape??' Soalku.

"Awak tidur atas katil, saya tidur kat lantai." Ujar Firdaus.

"Okey." Ujarku.

Aku dan dia pun tidur.