BAB 31:

KRINGGGGG!!! (Jam berbunyi)

Aku mematikan jam tersebut. Jam menunjukkan pukul 6 pagi, aku pun turun dari katil untuk solat subuh.

Firdaus dah tiada diatas lantai.

Krekkk!!! Pintu bilik air dikuak. Terpampang wajah Firdaus.

"Ha, awak bangun dah. Boleh kiter solat subuh sama-sama." Ujarnya.

"Boleh, lepas solat subuh ni saye nakgi rumah Aireen, nak tolong tolong ape yang patut." Ujarku.

"Ok. Saye hantar." Ujarnya.

"Ok." Ujarku.

Usai kami solat subuh,

"Wak, awak pergi keluar sekarang." Ujarku.

"Erh, agak-agak la kalau nak halau pun, subuh ni kan." Ujarnya.

Aku tertawa kecil.

"Tak, saye nak mandi and bersiap so, awak keluar la." Ujar ku.

"Ooo,ok" Ujarnya.

Dia pun keluar and Aku bersiap.

Usai bersiap, aku pun keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Awal ma aku masak harini. Hahaha.

Aku pun duduk di meja makan bersebelahan Firdaus.

"Iera bersiap ni nakgi mane??" Soal ma aku.

"La, ma tak ingat ker Aireen kahwin harini?" Soalku dengan nada yang lembut.

"Lah, ma terlupa. Iera pergi sorang ker??" Soal ma aku.

Firdaus pun menghirup air kopi.

"Tak, pergi dengan abang Firdaus." Ujarku.

Tersedak Firdaus.

'Huh, terkejut sebab aku panggil dia abang la tu.' Bisikku didalam hati.

Sebaik sahaja kami siap makan, kami pun masuk kedalam perut kereta.

*Didalam Kereta*

"Awak panggil saya abang??" Soal Firdaus.

"Ha ah, ma suruh panggil." Ujarku.

"Oh, so saye kena panggil awak perkataan sweet jugak la kan??" Soal Firdaus.

"Saye nak panggil awak honey mulai hari ni." Ujar Firdaus.

"Suka hati awak la." Ujarku.

Dia pun memegang tangan kanan ku.

"Awak happy tak kahwin dengan saye??" Soalnya.

Terkejut aku bila dia tanya camtu.

"Happy, why?" Soalku kembali.

"Nothing." Jawabnya.

"Kiter kan kahwin setahun jer." Ujarku.

"Boleh tak awak jadi peneman hidup saya sampai ke akhir hayat saya??" Soalnya dengan suara yang sedih.

Aku hanya diam membatu.

Soalan apekah ini?

Kami pun tiba di perkarangan rumah Aireen.Kami pun masuk ke dalam rumah Aireen.

"Iera, sampai punn." Ujar Aireen.

"Wowww, berseri-seri muka bila dah kahwin." Ujar Aireen dan tersenyum lebar.

"Ape benda la kau ni reen." Ujarku.

"So,camne boleh tidur tak semalam??" Sakat Aireen.

"Aku yang takleh tidur." Ujar Firdaus dan tertawa kecil and berlalu pergi.

"Wow kau buat ape semalam sampai dia takleh tidur?" Soal Aireen.

"Don't think nonsence la Reen." Ujarku.

Aireen tertawa terbahak-bahak.

"Woww pengantin baru kiter dah sampai. Boleh tidur tak semalam??" Soal Syazliana dari belakang ku.

"Apesal korang tanya camni?" Soalku.

"Mane la tahu apa-apa jadi semalam." Ujar Syazliana dan tersenyum nakal.

"Gila ker korang ni?" Soalku.

Aireen dan Syazliana ketawa terbahak-bahak dapat kenakan aku.

Selepas siap aku tolong tolong, Aireen pun bersiap, Syazliana, Firdaus and Aku balik kejap.

Sesampainya kami dirumah, aku terus berlari anak menuju ke bilikku dan mengunci pintu bilik. Aku nak mandi, taknak mamat tu masuk.😂 Firdaus tertawa kecil melihat gelagat ku.

Sebaik sahaja aku bersiap, aku pun keluar.

"Woww, cantiknya isteri abang ni." Ujar Firdaus.

"Thankyou abang." Ujarku. Firdaus membalas dengan senyuman.

Dia pun masuk ke dalam bilik dan bersiap.

Aku tunggu kat atas sofa diruang tamu.

"So, jom." Ujarnya.

"Jom." Ujarku.

Kami pun pergi kerumah Aireen.

"Bang, saye nak masuk bilik Aireen jap ea." Ujarku.

"Okey,honey." Ujarnya.

"Honey!" Ujar Firdaus.

"What?" Soalku.

"i love you." Ujarnya. Aku pun berlalu pergi, bibirku mengukir senyuman.

*Didalam Bilik Aireen*

"Wowwww, cantik giler kau harini." Ujarku.

"Kannn, asal kau lambat??" Soal Syazliana.

"Lambat ker? Aku rase still awal lagi." Ujarku.

Syazliana tertawa kecil.

"Biasala, pengantin baru kan, kena la sweet sweet." Ujar Aireen dan tertawa.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk.

Aku pun terus memulas tombol pintu, terpampang wajah Firdaus.

"Pengantin lelaki dah sampai." Ujar Firdaus.

Aku mengangguk.

Aireen pun keluar dan kami mengiringinya.

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Nur Aireen binti Mohd Hafiz dengan emas kahwinnya bernilai RM 10 000 tunai." Ujar abah Aireen.

"Aku terima nikahnya Nur Aireen Binti Mohd Hafiz dengan emas kahwinnya bernilai RM10 000 tunai." Ujar Aliff.

Tok kadi pun membaca doa.

Kemudian Aliff berjalan menuju ke arah Aireen. Dan menyarungkan cincin ke jari manis Aireen dan Aireen bersalaman dengan Aliff and Aliff mencium dahinya.

"Thankyou darling, sebab sudi terima saya jadi suami awak." Ujar Aliff. Dan mengusap lembut kepala Aireen.

Aku dan Syazliana ape lagi, ambik gambar diorang la, satgi nak letak kat status whatsapp... Hahahahaha.

Alhamdulillah semua dah berjalan dengan lancar.

Aireen sudah pun menamatkan zaman bujangnya. Dia sudah sah bergelar isteri kepada Aliff.

Usai majlis perkahwinan ini, kami terus balik ke rumah masing-masing.

Malam ni aku still tidur rumah ma aku. Esok baru tidur rumah mertua aku.

Kami sekeluarga menonton televisyen.

"Iera, Firdaus." Panggil ma aku.

"Yes,ma?" Ujar kami serentak.

"Malam ni ma ngan Abah nak kena pergi Selangor, atok tak berapa sihat." Ujar ma aku.

"Hah? So iera kena duduk rumah dengan abang?" Soal ku kepada ma aku.

'Oh no!!!!! Mesti ade masalah malam ni!' Bisikku didalam hati.

(Okey guys, actually abah aku orang Selangor and ma aku orang Terengganu.)

Parents aku pun bertolak ke Selangor. Tinggal la aku dengan si Firdaus ni.

Firdaus pun melabuhkan punggung diatas sofa and bukak televisyen, layan cerita hantu.

"Honey, come here." Panggilnya.

"Tak nak la, saye nak tidur." Ujarku.

"Elehh, cakap jerla takut." Ujarnya dan tersenyum sinis kearah ku.

"What?? Takut?? Huh, takde maknanya saye nak takut." Ujarku dan aku pun melabuhkan punggung di sebelahnya.

Cerita tu memang seram wei!!! Nak tercabut jantung aku.

And when dah habis cerita tu,

"Honey, jom tidur." Ujarnya.

Aku mengangguk.

Aku asyik duk teringatkan cerita hantu tadi.

Aku pun baring diatas katil.

"Tak takut ker kena cekik dengan hantu macam dalam cerita tadi??" Soal Firdaus.

"Haih mulut awak ni kan." Marahku.

"Saye tak tahu, kalau awak kena cekik nanti" Sakatnya.

Aku memberikan jelingan maut padanya.

Dia pun menutup lampu, aku tak boleh nak tidur, duk terbayangkan cerita hantu tadi.

"Abanggg" Ujarku.

"Yes, honey." Ujarnya.

"Saye takut la." Ujarku.

"Haha, takut cerita hantu tadi tu ea??" Soalnya.

"Yer." Ujarku.

"Jangan fikir bukan-bukan la, takde pun." Ujar Firdaus.

"Haa, ape kat belakang tu?? Rambut panjang tu??" Sakatnya dengan suara yang seram.

"Aaaaaaa" Jeritku. Aku terus melompat ke bawah. Jatuh atas dia.

"Aduh." Dia mengaduh sakit.

"Padan muka, sape suruh sakat sakat orang lagi??" Marahku.

"Hahahaha." Dia gelakkan aku.

"Okey, camni, awak naik tidur atas katil ni dengan saye." Ujarku.

"What??? Serious??" Ujarnya, keriangan.

"Yes, tapi bantal golek kat tengah." Ujar ku.

"Tak takut ker kalau bantal golek tu jadi pocong??" Soalnya.

Aku terus meleparkan bantal golek tu. Firdaus ketawa terbahak-bahak.

"Ok, camni, saye straight to the point jer la , saye nak awak tidur dengan saye atas katil ni sebab saye takut." Terangku.

"Ok,honey." Ujarnya. Dia cepat-cepat naik keatas katil.

"Ok, jarak sikit." Ujarku.

"Yerla." Ujarnya.