Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik aku diketuk dengan kuat.
"Iera!!! Woi!!! Kau nak tidur sampai petang ker???!!" Soal Syazliana dari luar bilik.
"Alaa kau ni, kalau tak kacau aku tidur memang tak sah. Memang nama dia bukan Syazliana. Dari belajar kat Perth dulu, sampai la sekarang!" Omelku.
"Kau jangan nak perli perli aku eaa!! Aku ni just taknak kau pergi kerja lambat. Nanti kang, first kerja dah kena marah dengan boss kau!!" Jerit Syazliana.
"Boss? Kerja? Aaaaaa!!! Aku lupa!!!!" Jeritku.
Aku pun dengan segera turun dari katil and aku bersiap, kalut betul pagi ni. Haih...
Usai bersiap, aku pun berlari ke dapur,
"Haa, Iera! Cepat cepat, makan dulu." Ajak Aireen.
"Sorry Reen, lewat." Jawabku.
"Alaa, jamah la sikit sandwic aku buat ni. Haa, sebelum aku terlupa, ni, kau makan sandwic pastu makan ubat ni. Buatnya pengsan kat tempat kerja tu nanti. Sape susah?" Ujar Aireen dengan tegas.
"Dah macam mak mak dah kau ni." Ujarku dan tertawa kecil.
Aku pun makan sandwic yang disediakan Aireen and makan ubat.
"Haa, nasib baik aku kejutkan, kalau tak, memang tak kerja dah kau Harini." Keluh Syazliana.
"Thankyou so much my friend!" ucap ku kepada Syazliana dan aku peluk Syazliana dengan erat pastu aku bergegas keluar. Tinggal Aireen and Syazliana kat situ
"Dari dulu sampai sekarang, masih tak berubah perangainya." Ujar Syazliana dan tertawa kecil.
"Iera kan tu. Kalau tak kalut memang tak sah." Balas Aireen dan tertawa kecil.
"Aku tertanya-tanya, macamana dia bangun masa dia kat Amsterdam eh? Takkan la hantu kat sane yang kejutkan dia?" Syazliana ketawa terbahak-bahak.
"Aku pun rasa camtu jugak. Hantu baik kot yang kejutkan dia. Sebab takut dia bangun lewat pastu kena marah dengan boss dia." Jawab Aireen dan ketawa terbahak-bahak.
"Haa, Syaz! Makan la, banyak aku buat ni. Alang-alang Iera dah masuk kerja ni. Apa kata kita pergi jalan-jalan. Shopping kat KLCC pun best ni." Ajak Aireen.
"Bagus jugak tu. Dari kita terperuk dalam rumah ni, better kita pergi shopping." Jawab Syaliana.
"Hai, morning. Maaf sebab lambat." Sapaku kepada seorang perempuan.
"Takpe, Anyway, Cik Iera kan? Saya ni PA boss. Okey, saya kena bincang something dengan awak. Sebab boss saya tak dapat masuk office harini. Dia ada hal dengan klien." Terangnya.
"Ooo, ok." Jawabku.
"Nama saya Farah." Ujarnya.
Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Aku pun berjabat tangan dengannya.
"Ok, sementara itu, jom saya tunjukkan bilik kerja awak." Ujarnya.
Aku mengangguk.
"So, macamana? Cik iera okey tak bilik kerja ni?" Soalnya.
"Okey. Haa, awak cakap nak discuss something tadi, so what is it?" Soalku.
"Haa macam ni-...." Dia pun menerangkan semua yang berkaitan dengan kerja. Aku dan dia pun berbual-bual.
"Kalau macam tu, saya keluar dulu yer. Anyway, nice to meet you. Awak takde la macam orang lain sebelum ni. Kalau yang masuk sini, jenis yang berlagak and bongkak. Nasib baik la dua orang bos tu pandai, dia terus pecat orang yang jenis macamtu. And saya rasa kalau dia jumpa awak, conform dia akan terkejut sebab awak lain dari yang sebelum ni." Ujarnya.
"Maksud awak? Dah ramai la yang kena pecat? Macamana kalau nasib saya pun sama?" Soalku.
"Don't worry, anything will be okey." Jawabnya dan tersenyum.
"Satu lagi, awak cakap tadi boss kiter ade dua, kedua-duanya lelaki ker?" Soalku.
"Ha ah, tapi saya just nak bagitau awal-awal la ni. Boss kiter yang sorang ni baik jer, terlalu murah dengan senyuman. And ramai la staff kat sini gilakan dia." Ujarnya.
"Yang satu lagi?" Soalku.
"Yang ni pelik sikit, dia ni jenis baran. Suka marah tak tentu pasal, seeloknya jangan cari pasal dia. Dia jadi macamtu bersebab. Saya dengar cerita la ni kan, dia jadi camtu sebab dia menyesal percayakan sorang perempuan ni, perempuan ni perangkap isteri dia dengan kawan baik dia sendiri. Pastu dia ape lagi? Ceraikan terus isteri dia. Isteri dia memang betul-betul down la masatu, dengan pregnant lagi masatu. Pastu kan ade satu hari tu, dia dapat tahu yang perempuan tu tipu dia. Padahal isteri dia tak buat apa-apa pun. Perempuan tu yang perangkap. And last last perempuan tu masuk hospital mental. And ade sehari tu, perempuan tu entah macamana boleh terlepas dari hospital tu, terus keluar and dia naik atas bangunan and terjun. Terus meninggal dunia." Terangnya.
'Kenapa aku rasa macam sama jer dengan kisah aku? Hmm, bukan aku sorang jer kan ada kisah macam ni. Mungkin ramai jugak manusia lain yang kena macamni.' Bisikku didalam hati.
"Pastu isteri dia macamana?" Soalku.
"Isteri dia entah kemana. Sampai sekarang dia tak jumpa dengan isteri dia. Pastu dalam beberapa bulan lepas isteri dia tinggalkan dia, dia kemurungan." Jawabnya.
"Ooo. Macamtu ceritanya." Ujarku.
"Yer, eh, lupa pulak saya, lama borak dengan awak sampai lupa kerja." Ujarnya dan tertawa kecil.
Aku pun turut ketawa.
"Ha, kalau awak perlukan apa-apa awak cari saya kat bilik saya okey." Ujarnya.
Farah pun keluar dan menuju ke tempatnya.
*Dirumah*
"Ha, dah balik pun." Ujar Aireen.
"Macamana kerja?" Soal Syazliana.
"Setakat ni ok." Jawabku dan aku melabuhkan punggung di atas sofa. Mereka pun turut melabuhkan punggung di atas sofa.
"Ha, macamana? Boss Kau mesti membebel kan? Sebab kau lewat." Soal Syazliana dengan teruja.
"Aku bernasib baik hari ni, boss aku takde kat office." Jawabku.
"Korang tadi masa aku takde kat rumah, buat ape jer?" Soalku and aku menyandarkan badan ke belakang and tutup mata.
"Kitorang pergi shopping kat KLCC." Jawab Aireen.
Terbuntang luas mata aku.
"What??? Shopping??? Why korang tak ajak aku? Saje jer kan korang ni." Aku menjuihkan bibir.
"Alahh, dah kau pergi kerja. Nak buat macamana?" Soal Syazliana.
"Ra! Ra!" Panggil Aireen.
"Cepatnya dia tidur." Ujar Aireen dengan terkejut.
"Haha, iera kan tu. Kalau bab tidur nombor satu." Balas Syazliana dan tertawa kecil.
Ding! Dong!
Loceng rumah berbunyi.
"Sape tu Syaz?" Soal Aireen.
"Entah, jap aku pergi tengok." Jawab Syazliana dan dia menuju ke arah pintu.
"Hai!" Sapa Iskandar.
"Hai! Kejap yer, kitorang pakai tudung jap." Ujar Syazliana.
" Masuk la." Ajak Syazliana.
Mereka pun masuk ke dalam.
"Tidur ke tu?" Soal Iskandar kepada Aireen dan matanya memandang ke arah ku.
"Ha ah, penat kerja kut." Jawab Iskandar.
"Actually saya nak bagitau something, tapi janji jangan bagitau iera okey?" Soal Iskandar.
Aireen dan Syazliana mengangguk kepala.
"Saya boss iera." Ujarnya.
"What??? Serioisly???" Soal Syazliana dengan terkejut dan kuat.
Aku yang tengah tidur tu tersentak.
"Opocot mak engkau!"
Semua mata memandang ke arah ku.
"Ape benda korang ni? Pandang aku macam makan aku jer?" Soalku.
"Ha, awak, bila sampai? Kenapa korang tak kejutkan aku?" Soalku kepada Aireen dan Syazliana.
Mereka masih memandang aku.
"Woi!!! Korang okey tak ni??!!!" Soalku dengan kuat. Dah geram sangat ni, kiter tengah bercakap, orang buat senyap pulak.
"Eh,uh, eh, Aku ada kerja ngan Syazliana kat atas. Kau borak la dengan Iskandar yer?" Aireen meminta diri.
Diorang pun terus naik ke tingkat atas.
Aku pun berbual-bual dengan Iskandar.
#PAGI#
"Korang,bye, aku pergi dulu!" Jeritku.
"Ha, ok ok, dah makan ubat ker?" Soal Syazliana.
"Dah! Bye!" Jeritku.
Aku pun terus menuju ke kereta dan memecut laju ke pejabat.
Setibanya aku disitu, terkejut aku bila Iskandar kat depan pintu masuk.
"Ha, dah sampai pun." Ujar Iskandar.
"Ape kejadahnya jau kat sini?" Soalku, kebingungan.
"Dah, tak payah banyak cakap. Aku kiss baru tau." Ujarnya dan tertawa kecil.
Aku yang masih blur blur, terus berjalan beriringan dengan nya.
Semua staf tundukkan kepala.
'Ape kena nya ni? Dah tunduk tunduk, macam aku ni boss pulak.' Bisikku didalam hati.
"Boss, saya nak tanya pasal ni." Ujar seorang staf dan menunjukkan kertas kepada Iskandar. Terkejut beruk aku.
'So, maknanya, Iskandar boss aku??? Seriously??? Kecik betul dunia ni!!!' Bisik ku di dalam hati.
Lepas siap Iskandar jawab persoalan staf tadi, dia memandang aku yang memerlukan jawapan.
"Yes, i'm your boss now, sweetheart." Ujarnya dan aku terundur ke belakang sikit, terkejut punya pasal.
"Tak payah nak terkejut sangat. Ha ni, bilik aku kat sebelah ni. Nanti kalau ada nak tanya apa-apa, kau datang." Ujarnya dan menunjukkan kearah biliknya.
Aku mengangguk. Rasa malu la pulak. Dia boss aku. Haih...
"Yang tu bilik sape?" Soalku.
"Tu bilik boss awak yang satu lagi." Ujarnya.
"Sape? Saya kenal ker?" Soalku.
"Nanti awak akan tahu dengan sendiri." Jawabnya.
"Nanti dia akan panggil awak." Ujarnya.
Aku mengangguk kepala dan aku terus ke bilik kerja ku.
Tiba-tiba,
Krekk!
Pintu bilik dikuak.
Terpampang wajah seorang perempuan yang aku kalau boleh taknak jumpa langsung dah.
Kertas yang dipegangnya jatuh berterabur di lantai. Bergenang air matanya
"Iera!" Panggilnya.
Aku tak tahu nak buat wajah macamana masa tu. Aku just buat wajah selamba.
"Aku mintak maaf." Ucapnya dan terus melutut di kaki aku. Kesian la pulak.
"Eh, jangan la macam ni, bangun-bangun. Aku dah lama maafkan kau, Auni." Ujarku dan tersenyum nipis.
"Dah dah, kisah lama tak payah diungkit okey?" Ujarku.
Dia mengesat air mata nya dan memeluk aku.
"Lama dah aku cari kau, tapi tak jumpa, iera! Aku rasa bersalah sangat sangat." Ujarnya dengan teresak esak.
"Hey, benda dah lepas kan? Tak perlu diungkit." Ujarku dengan lembut.
Dia tersenyum manis.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk.
"Iera! Boss panggil." Ujar Farah dan terus keluar.
Aku pun turut keluar dari situ dan menuju ke bilik boss yang aku tak kenal tu. Setibanya aku di hadapan pintu bilik itu,
"KAU TAK FAHAM BAHASA KER? AKU SURUH BUAT KERJA SENANG JER,TU PUN TAK BOLEH NAK BUAT. MAKAN GAJI BUTA JE KAN?" Soal boss aku didalam.
Kemudian seorang perempuan keluar dari bilik boss aku sambil menangis.
"Ya Allah, baran betul boss aku yang ni. Harap harap aku tak kena tengking macam tu sekali, Ma! Help me!" Bisikku perlahan.
Tok! Tok! Tok!
Pintu diketuk.
"MASUK!" Jeritnya dari dalam.
Aku pun masuk dengan perlahan-lahan.
Aku tak nampak wajah boss aku tu sebab dia hadap tingkap, dia membelakangkan aku.
"So, kau la pekerja baru tu kan?" Soalnya.
"Ye, saya." Jawabku.
"Sape nama?" Soalnya
"Iera." Jawabku.
"WOI! TAKKAN LA TAK RETI BAHASA! NAMA IERA TU RAMAI LA! TAK RETI NAK BAGI NAMA PENUH KER? EX WIFE AKU PUN NAMA IERA!" Jeritnya dengan kuat.
Ehh mamat ni, aku cakap bukan main baik lagi, kau nak jerit apehal? Nak tunjuk kau hebat sangat ker? Huh, setakat boss, tak setanding dengan aku la.
"Awak memang tak reti nak cakap dengan sopan ker? Awak ingat saya ni ape? Saya ni tak pekak lagi." Ujarku dengan sedikit marah. Padan muka kau, kena sekolahkan dengan aku.
"Kau sedar tak dengan sape kau bercakap ni? Tak guna! Selama ni tak pernah ade orang yang tinggi suara dengan aku." Ujarnya.
"Itu orang lain. But, not me." Jawabku dengan tidak puas hati.
Dia memusingkan badannya dan berpaling ke arah ku. Keadaan menjadi senyap sunyi seketika. Wajah lelaki yang aku benci dan penyebab kepada anak aku mati ada kat depan mata aku.
"Iera!" Panggilnya dengan terkejut.
"Kau?!" Soalku dengan tidak puas hati.
"Kemana kau selama ni?" Soalnya.
"Perlu ke kau tahu?" Soalku dan tersenyum sinis.
"Mana anak aku?" Soalnya.
'Bodoh! Sempat lagi kau tanya pasal anak! Jantan tak guna!' Marahku didalam hati.
"Aku takkan bagitau anak aku kat mana." Ujarku.Saja jer nak sakit kan hati mamat gila kat depan aku ni.
"AKU TANYA KAU ELOK-ELOK! MANA ANAK AKU?" Soalnya dengan kuat.
"Huh. Sampai bila bila pun aku takkan bagitau." Jawabku dan aku terus ke pintu untuk keluar.
"STOP!" Jeritnya.
"I SAID STOP!" Jeritnya lagi.
Aku berhenti dan berpaling ke arah nya. Dia berjalan menghampiri aku.
"Ape ni?" Soalnya dan mencabut topi diatas kepala ku.
"Kau dah tak kenal topi ker?" Soalku kembali.
"Maksud aku, kenapa kau pakai macamni? Dah kenape? Setahu aku dulu kau tak pakai macamni!" Ujarnya.
"Takpe, lepas ni kau takkan hadap muka aku dah. Aku akan berhenti." Ujarku dan tersenyum lebar.
"Haha,kau nak berhenti? Kau dah lupa kontrak ker macamana?" Soalnya dan tertawa sinis.
'Aduhh, kontrak. S*al betul.' Bisikku didalam hati.
"So, kau kena kerja dengan aku sampai hujung tahun ni." Ujarnya dan tersenyum sinis.
"Oh sh*t!"
Firdaus dah tersenyum sinis. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga aku.
"Aku akan pastikan hidup kau hancur kalau kau tak bagitau anak aku kat mana." Bisiknya dan tersenyum sinis.
"Huh, kau tak kenal lagi aku sape. Kau nak main game dengan aku? Ok, fine. Kiter tengok sape yang menang and sape yang kalah." Ujarku dan tersenyum sinis.
"Aku takkan bagitau anak aku kat mana, aku akan pastikan kau tersiksa sebab tak dapat jumpa dia. And you know what? Kalau dia tahu perangai bapak dia macam setan ni, dia pasti menyesal sebab ade bapak macam kau." Bisikku. Dah tak tahan dengan mamat ni. Dia main kasar kan, aku pun boleh main kasar.
Tersentak Firdaus apabila dengar kata-kata ku.
"KURANG AJAR PUNYA POMPUAN!" Jeritnya.
"Huh, you waste my time la useless!" Bisikku.
Krek!!
(Pintu bilik dikuak.)
"Oh, Iskandar. What are you doing here?" Soalku.
"Saya nak cakap something dengan awak." Jawabnya.
"Ok" Jawabku dan aku menuju ke pintu. Aku pusingkan badan ke belakang sekejap dan aku tersenyum lebar sebab Firdaus dah buat muka bengang dia. Padan muka kau!
'Takpe takpe, permainan yang bagus. Aku pun nak tengok sampai bila kau boleh bertahan dengan permainan ni.' Bisik Firdaus di dalam hati dan tersenyum lebar.