Aku duduk di kerusi ku sambil tersenyum. Iskandar hairan tengok aku, ingatkan marah sebab tak bagitau awal-awal Firdaus tu boss dia.
"Iera! Awak okey?" Soal Iskandar.
"Terlebih okey. Happy sangat Harini." Jawabku.
"Sebab jumpa Firdaus?" Soalnya.
"Yup." Jawabku.
"Saya happy sebab boleh balas dendam balik atas ape yang dia buat kat saya dulu." Ujarku.
"What??? Balas dendam??" Soal Iskandar dengan terkejut. Lain yang dia harapkan, lain yang jadi.
"Yes, dia cabar saya main game dengan dia. So, saye accept, saya akan pastikan dia menyesal sebab ajak saya main game ni." Ujarku dan tersenyum lebar.
"Seriously? Iera, awak tak takut ker kalau dia berhentikan awak bekerja kat sini?" Soal Iskandar.
"Takut? Huh, saya tak takut langsung. Saya tahu dia takkan pecat saya. Selagi saya tak bagitau anak saya kat mana." Jawabku.
"What? Awak still nak berahsia dengan dia??" Soal Iskandar dengan terkejut.
"Yes." Jawabku.
"Sebelum saya pergi, saya akan ajar mamat ni cara nak beradab and jangan ingat yang dia tu boss, dia boleh buat everything. Baru tenang saya kat sane nanti." Ujarku.
Iskandar menggelengkan kepala. Dia dah agak ape yang boleh terjadi.
Sebaik sahaja Iskandar keluar dari situ, terkejut aku bila susuk tubuh yang bajet handsome sangat datang kearah ku. Aku buat-buat tak nampak. Suka hati dia la nak cakap aku buta ker ape, lantak.
"Ni, Aku nak kau check balik semua ni. Mana la tahu staf lain terlepas pandang ke ape. Kalau aku dapat tahu salah sikit jer, siap kau!" Ujar Firdaus dengan dingin.
Aku masih menghadap laptop. Tak kuasa aku nak pandang dia.
"Kau dengar ker tak?" Soalnya.
"Aku tak pekak lagi." Jawabku, mataku masih menghadap laptop.
"Look at me." Panggilnya.
Ape kejadahnya nak kena pandang dia pulak? Memangnya sebahagian kerja aku kena pandang dia?
Aku mendongak memandang ke arahnya.
"Ade ape?" Soalku.
"Kau dengar kan ape yang aku cakapkan tadi? Ker nak aku ulang satu per satu?" Soalnya.
Aku buat muka menyampah. Sekali aku terpandang kat fail-fail yang banyak kat meja, ternganga luas mulut aku.
"For what?" Soalku. Memang dah keterlaluan mamat ni. Cari pasal betul.
Firdaus mengetap bibir menahan ketawa melihat wajah aku. Dia cuba kawal diri dia daripada ketawa terbahak-bahak.
"Well, nama pun kerja kan?" Ujarnya dan keluar dari bilik.
"Tak guna!" Bisikku perlahan.
Setelah beberapa jam aku disitu, duk menghadap kerja.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!" Arahku.
"Awak, jom lunch." Ajak Iskandar.
"Awak pergi la dulu. Saya busy ni." Jawabku.
"Boss saya yang berlagak tu bagi kerja macam kerja sebulan." Ujarku lagi.
Iskandar menggelengkan kepala.
"Ok, saya pergi dulu." Ujarnya.
Dia pun keluar.
Grrrokkk! Perut aku dah berbunyi. Tanda kena makan. Aduh...
Krek! Pintu bilik dikuak.Aku pun memandang ke arah pintu.
"Good. Macamni la ciri-ciri pekerja yang bagus." Ujar Firdaus dengan selamba. Seronok la tu dapat kenakan aku.
Aku memandangnya dengan wajah yang menyampah. Dia pun datang ke arah aku dan tiba-tiba, dia meletakkan plastik di atas meja.
"Ape ni?" Soalku.
"Makanan. Makan, jangan tak makan." Arahnya dengan selamba.
"Tak nak la aku, nantikan tak pasal-pasal pulak aku mati. Mana la tahu kot-kot kau letak racun dalam makanan tu." Ujarku.
"Kau ingat aku ni dah gila ke nak bunuh orang?" Soalnya.
Dia pun berlalu keluar.
Aku pun dengan segera bukak plastik and makan. Kalau dah lapar.. Hahah.
Firdaus yang ade disebalik pintu tersengih sorang-sorang.
"Tahu pun lapar." Bisiknya perlahan.
#MALAM#
"Aduhh, dah lewat ni. Tak guna. kalau bukan sebab dia, takdenya aku kena buat kerja sampai malam ni. Dahla semua orang dah balik." Rungutku seorang diri.
Aku pun melentokkan kepala ku diatas meja dan terlelap.
Krek! (Pintu Bilik Dikuak)
Firdaus berjalan ke arah ku. Dia memandang aku dengan penuh kesian.
"Haih, dah melebih ni masa ni tak balik lagi. Kesian la pulak." Keluh Firdaus perlahan.
Dia menatap wajah aku dengan lama.
PAP!!!
Meja ku diketuk dengan kuat. Aku yang tengah tidur tersentak.
"Kau dah takde rumah ker nak tidur?" Soalnya.
Aku menjeling tajam ke arahnya.
"Ape masalah kau?"Soalku dengan tidak puas hati.
"Kau balik sekarang!" Arahnya.
"Tak boleh. Kalau tak siapkan, ada boss yang mengamuk tak tentu pasal esok." Perliku.
"Dah, keluar!" Marahnya.
"Huh!" Aku memandangnya dengan wajah menjengkelkan.
"Nak tahu something tak? Kau la lelaki yang paling annoying yang pernah aku jumpa." Ujarku dan aku terus ke pintu ingin keluar.
Firdaus menjeling ku dengan tajam.
"Dah orang bagi balik tu pun tak bersyukur lagi. Kau tunggu la nanti." Bisiknya perlahan.
Aku pun berjalan keluar turun ke tempat parkir kereta. Terkejut aku bila kereta aku and mamat sengal tu jer yang ade. Seram pun ada. Sebaik sahaja aku ingin membuka pintu kereta, ada seorang lelaki menarik aku. Nampak macam dia mabuk.
"Siapa kau ni? Apesal tarik-tarik aku hah?" Soalku.
"Rileks." Jawabnya sambil terhuyung-hayang. Dia pun memeluk aku dengan erat. Haa sudah!!
"Jangan tinggalkan aku." Ujarnya.
"Lepaskan aku!!!!! " Jeritku dengan kuat and aku cuba untuk meloloskan diri daripadanya. Namun tidak berhasil.
"Woi!!!!" Jerit seseorang dari belakang dan berlari ke arah aku. Lelaki itu pun dengan segera menolak aku dan kepalaku terhantuk di kereta. Dia melarikan diri dari Firdaus.
"Kau tak apa-apa?" Soal Firdaus dengan cemas.
Aku buat muka 'What the hell?'
"Aku tak apa-apa. Dah tepi, aku nak balik." Ujarku dan aku menolaknya. Tiba-tiba aku rasa macam kepala aku berpusing. Aku pun meletakkan tangan kanan ku di dahi. Terkejut aku bila ada darah di tangan aku. Haa sudah!!! Ni tak best ni... Darah!!!!!! Kepala aku dah sakit dah. Aku perlukan ubat aku sekarang, aku kena balik cepat.
"Eh, jangan balik lagi. Dahi kau berdarah tu. Jom ikut aku, aku cuci luka kau tu dulu." Ujarnya dengan lembut.
'What? Aku ni mengigau ker ape? Mamat sengal ni nak tunjuk yang dia ni prihatin ker ape?' Bisikku didalam hati.
"Takpe, aku nak balik." Ujarku.
"No, kalau jadi apa-apa macamana?" Soalnya.
"Excuse me, penting sangat ke aku ni bagi kau?" Soal ku dengan sakit hati.
Tanpa menghiraukan pertanyaan aku, Firdaus terus mengheret tangan aku yang berlapikkan baju masuk ke dalam office semula. Tak guna betul!
Setibanya di bilik kerja dia,
"Duduk atas sofa tu." Arahnya.
Aku dah malas nak gaduh dengan mamat sengal ni. Terpaksa lah aku duduk.
Dia pun mengambil kit peralatan.
Dia mengeluarkan kapas dan mula mencuci darah di dahi aku. Waktu tu, aku memandang wajahnya yang tengah risau. Betapa rindunya aku akan wajah ini, pada suatu tika dahulu...
"Handsome sangat ker aku ni? Sampai nak pandang aku macam tu?" Soalnya.
"Perasan." Jawabku.
Selepas siap dia cuci darah di kepala aku,
"Jom balik, aku hantarkan." Ujarnya.
"What? Aku ada kereta sendiri kot, apehal kau nak kena hantarkan pulak?" Soalku dengan menyampah.
"Kau pilih, kau nak naik dengan aku atau aku ambil kunci kereta kau and kau balik jalan kaki." Ujarnya dengan selamba.
"Aku lebih rela jalan kaki dari naik kereta dengan kau." Ujarku dan tersenyum sinis.
"Ok, fine." Ujarnya dan mengambil kunci kereta aku keluar dari pejabat.
"Erh, kau betul-betul nak suruh aku jalan kaki ker? Kau jangan buat gila!" Laungku.
Dia pun masuk kembali ke dalam.
"So, kalau nak tumpang aku, cepat sikit." Ujarnya dengan selamba.
Tiba-tiba kepala aku rasa menyucuk yang teramat. Membuatkan aku rasa tak seimbang dan hampir jatuh. Aku memegang bucu meja di sebelah ku untuk menyokong diri ku.
"Kau tak apa-apa.?" Soal Firdaus dengan risau dan dia menuju ke arah ku.
"Aku nak balik." Bisik ku perlahan. Rasa macam takde tenaga and tunggu masa nak pitam aje.
Dia pun dengan cepat mendukung aku macam ala-ala pengantin and masukkan aku kedalam kereta dia.
Dia pun terus memandu.
"Rumah kau kat mana?" Soalnya.
"Sampai kat depan nanti kau belok kanan. Pastu belok kiri." Ujarku dengan perlahan.
"Firdaus, aku nak tanya something." Bisikku.
"Ape?" Soalnya.
"Kau bahagia ker selama kiter berpisah?" Soalku.
Tersentak dia mendengar soalan ku.
"Bahagia, kenapa?" Soalnya.
"Takde ape, at least kalau aku pergi pun, aku dah bahagiakan semua orang." Ujarku dan aku menyandarkan belakang di seat kereta and aku menutup mata.
"Kau nak pergi mana?" Soalnya dengan kehairanan.
"Adela." Jawabku.
"Kau nak pergi sekali lagi?" Soalnya.
"Yer, masa tu aku dah tak jumpa semua orang dah. Aku akan tenang kat situ." Ujarku dengan tersenyum nipis.
"Bagus la. Aman sikit hidup aku kalau kau takde kat sisi aku. Tengok ni la, menyusahkan aku." Ujarnya. Dia takde niat nak cakap macam ni. Tapi tu la, kalau ego dah meninggi kan? Nak buat macamana?
"Yer, maafkan aku. Aku dah menyusahkan semua orang. Lepasni aku takkan menyusahkan sape sape dah. Semua orang akan bahagia.Tapi aku takut kalau ramai yang bersedih." Ujarku dan air mata ku mengalir.
Firdaus berasa serba salah dengan aku sebab dia cakap benda yang tak sepatutnya dia cakap. Iera menangis sebab dia ker?
"Kau bahagia ker lepas kiter berpisah?" Soalnya.
"Suatu hari nanti kau akan dapat jawapannya." Jawabku.
"Kau benci kan aku?" Soalnya.
"Yer, hanya tuhan yang tahu betapa bencinya aku terhadap kau." Ujarku dan tertawa sinis.
"Sebab aku ceraikan kau?" Soalnya kembali.
"No, disebabkan kau ramai orang akan sedih atas pemergian aku." Ujarku.
Dia tersentak dengan jawapan aku.
"Maksud kau?" Soalnya.
"Nanti kau akan tahu. " Jawabku.
Iera! Tolong la jangan bagi aku berteka-teki macam ni." Marahnya.
"Whatever." Ujarku.
"Kau suka Iskandar?" Soalnya.
"Yer, aku suka dia. Dia selalu ada dengan aku time susah senang. Aku rasa aku dah jatuh cinta." Jawabku selamba. Nak tengok macamana reaksi dia.
"Oh. So, kau ade plan ker nak kahwin dengan dia?" Soalnya.
"Nanti aku fikirkan." Jawabku.
"Aku akan pastikan kau takkan kahwin dengan dia." Ujarnya.
"What? Kau sape nak halang aku?" Soalku dengan tidak puas hati.
"Huh, aku takkan bagi kau bahagia. Iera." Ujarnya.
"Really? Hahahaha, why?" Soalku.
"Sebab kau tinggalkan aku macamtu jer dulu." Jawabnya dengan wajah bengang.
"Hahaha, Seriously? Aku yang tinggalkan kau?" Soalku dan tertawa terbahak-bahak.
"Stop kidding. Kau buat lawak memang power." Ujarku dan tertawa sambil tepuk tangan.
"Te odio y al mismo tiempo te amo, mi amor." Ujarnya.
"Bahasa alien mana pulak kau guna ni? Ape maksud nya?" Soalku.
"Cari sendiri." Jawabnya.
"Ik haat jou." Ujar ku.
"Dalam bahasa ape tu?" Soalnya.
"Belanda." Jawabku.
"Ape maksudnya?" Soalnya.
"Cari sendiri." Jawabku.
"Whatever, anyway, esok aku ambik kau pergi office." Ujarnya dengan selamba.
"What? Memang tak laa bro." Ujar ku.
"Kau ada pilihan ker? Kalau kau taknak apa-apa jadi esok, better kau dengar cakap aku." Ujarnya dengan tegas.
"Kau dah buang tebiat ker ape? Kau ingat aku takut dengan kau?" Soalku dengan tidak puas hati.
"Well, up to you." Ujarnya
dan kami pun tiba di rumah aku.
Aku dengan cepat keluar dari kereta and menekan loceng rumah ku.
Ding! Dong!
"Reen, Syaz!" Laungku.
Mereka pun membuka pintu dan terus memeluk aku.
"Nasib baik kau tak apa-apa, risau kitorang." Bisik Syazliana.
"Wei, aku perlukan ubat aku. Kepala aku sakit. Tadi berdarah, so, kalau berdarah, korang faham-faham la kan? Nasib baik aku tak pitam." Terangku.
"Ya Allah, dah kenapa pulak dahi kau ni iera?" Soal Aireen dengan risau.
"Nanti aku cerita." Jawabku.
"Ehem" Firdaus berdehem.
Terbuntang luas mata Aireen dan Syazliana bila tengok Firdaus kat belakang aku.
"Fir Firdaus?" Soal Syazliana.
"Sejak bila pulak kau gagap Syaz?" Soal ku.
"Kau okey tak ni? Kau? Macamana? Firdaus?" Soal Aireen, entah apa-apa soalannya.
"Nanti aku citer." Ujarku
"Lama tak jumpa korang." Ujar Firdaus.
"Korang berborak la dulu. Aku nak masuk." Ujarku.
Tiba-tiba kepala aku berdenyut lebih kuat.
"Aduhh." Aku mengaduh sakit.
"Ra, kau okey tak ni? Kalau teruk sangat kiter pergi hospital." Ujar Aireen dengan risau.
"Kau kena cepat makan ubat." Ujar Syazliana.
Aku dan Aireen menjeling tajam ke arah Syazliana.
"Ubat? Kenapa? Iera sakit ape?" Soal Firdaus dengan risau.
"Erm, urm, iera migrain." Dalih Syazliana.
Firdaus mengangguk tanda faham. Nasib baik Syaz pandai cover, kalau tak, tak tahu la ape jadi. Aku pun dengan sepantas kilat berlari makan ubat, tinggal Syazliana, Aireen and Firdaus kat luar rumah.
"Masuk la." Ajak Aireen.
Firdaus membalas dengan senyuman dan terus masuk ke dalam and mereka melabuhkan punggung di atas sofa.
"Aku nak cak something dengan korang." Ujar Firdaus.
Aireen and Syazliana mengangkat kening.
"Macam ni-" Belum sempat Firdaus beritahu,
"Syaz! Reen! Jangan borak lama sangat! Nantikan dengan korang korang jadi sengal!!" Laungku.
"Diam la kau!" Laung Syazliana kembali.
"Haa sambung sambung!" Ujar Syazliana.
"Syaz! Apehal coway ni tak jadi pulak? Rosak ker??" Laungku.
"Erh minah tu, ade ade jer." Syazliana mengeluh.
"Kau mengata aku ker?" Laungku.
"Kuat sangat ker aku cakap?" Soal Syazliana kepada Aireen and Firdaus.
"Macam ni, aku nak bagitau, lepas korang hilang entah ke mana, Amri and Aliff dah berubah." Beritahu Firdaus dengan serius. Tersentak Syazliana dengan Aireen bila dengar nama diorang.
"Berubah? Maksud kau? Dia kan dah kahwin dengan Zana?" Soal Syazliana kehairanan.
"Amri tak kahwin dengan Zana, actually Zana masuk wad mental. And entah macamana ade satu hari ni, dia terlepas and terjun bangunan. Terus meninggal dunia." Terang Firdaus.
"Innalillahiwainnalillahirajiun" Ujar Syazliana dan Aireen serentak. Diorang betul-betul terkejut.
"Pastu Amri dah jadi lain sekarang, dulu dia seorang yang periang, korang pun tahu tahu la kan. Sekarang dia jadi pelik. Dia jadi tak banyak cakap. Memang ramai la jugak yang ajak dia kahwin, tapi semua dia tolak. Dia cakap kat ibu dia, takde sape yang boleh gantikan tempat Syazliana." Terang Firdaus.
"Aliff pulak?" Soal Aireen.
"Aliff pulak macam ni, kita pun sedia maklum bahawa Aliff ni jenis yang cool jer 24 jam kan, jenis yang tak suka marah-marah. And now, dia suka memberontak, daddy dia pun tak tahu dah nak buat ape dengan anak dia tu. Malam balik lewat dengan keadaan mabuk, malam-malam asyik kat kelab aje. Kerja taknak buat. Yang dia tahu, dia just pedulikan kucing dia aje. Dia letak nama kucing dia nama Aireen, sempena nama kau." Terang Firdaus.
"Sampai macam tu sekali?" Aku tiba-tiba mencelah dari belakang.
"Kau jangan sibuk lah" Ujar Firdaus.
"Ek eleh, berlagak pulak. Ikut suka hati aku la." Ujarku.
"Huh, aku balik dulu. Malas nak gaduh dengan orang yang asyik perasan dia betul ni." Ujar Firdaus.
"Bagus-bagus, Berambus!! tetamu yang tak diundang, dah la masuk rumah aku. Sengal!" Marahku.
Firdaus memberi jelingan tajam ke arah ku and berjalan ke pintu,
"Ingat, esok aku ambik kau." Pesan Firdaus dan keluar.
Aku menjeling ke arah nya.
"Hei, macamana kau boleh jumpa dengan Firdaus?" Soal Aireen.
Aku pun menceritakan segalanya kepada mereka. Dari A to Z.
"Tapi aku tak nampak macam kau dengan dia oke jer tadi." Ujar Syazliana.
"Aku nak balas dendam balik atas ape yang dia buat kat aku dulu, Syaz!" Ujarku dan aku tersenyum lebar.
"Tapi dia boss kau." Ujar Aireen.
"Ade aku kisah? Boss konon." Ujarku.
Syazliana dan Aireen menggelengkan kepala, dah boleh agak dah ape yang bakal terjadi.