BAB 53:

"Awal kau bangun hari ni." Ujar Syazliana dengan wajah kehairanan.

"Ker sebab Firdaus datang ambik? Cinta lama berputik kembali ker cik iera oii?" Soal Syazliana.

"Banyak la kau punya berputik kembali. Aku kena cepat sebab aku tumpang Iskandar. Nak pergi dengan mamat sengal tu? Lambat lagi." Ujarku dan aku buat muka menyampah.

"Tapi bukan ker semalam dia cakap kau kena tunggu dia ambik?" Soal Aireen dengan kehairanan.

"Yes, tapi aku taknak. Iskandar pun boss aku. Bukannya kena jaga hati mamat sengal tu aje." Jawabku.

Pon! Pon!

"Haa, Iskandar sampai dah tu. Aku pergi dulu!" Ujarku dan aku berlari ke luar.

"Oii, kalau Firdaus tanya nanti kitorang nak jawab ape?" Laung Aireen.

"Jawab la apa-apa pun!" Laungku.

Aku pun terus masuk ke dalam perut kereta.

Ding! Dong! (Loceng rumah berbunyi)

Syazliana pun membuka pintu.

"Hai, iera mana?" Soal Firdaus dengan selamba.

"Iera, dia, dah pergi office." Jawab Syazliana.

Muka Firdaus yang tenang jadi bengang dengan tiba-tiba.

"Hah? Dia pergi dengan ape?" Soal Firdaus.

"Dengan Iskandar." Jawab Syazliana dan Firdaus tidak dapat menahan marahnya,dia menumbuk pintu.

"Tak guna!" Jerit Firdaus.

"Firdaus, aku nak mintak tolong. Tolong jangan kasar sangat dengan iera." Rayu Aireen.

Firdaus dengan wajah bengang terus masuk ke dalam kereta and memecut laju ke pejabat.

Setibanya dia di pejabat, alangkah terkejutnya dia apabila nampak aku tengah bergelak sakan dengan Iskandar.

Tiba-tiba,

"IERA!!!" Jerit Firdaus.

Haa sudah,mati la aku. Semua staf memandang aku dan Firdaus silih berganti.

Iskandar pun turut terkejut.

"KAU MEMANG NAK CABAR KESABARAN AKU KER?" Jerit Firdaus.

Aku pun menyorok di belakang Iskandar, berharap Iskandar akan selamatkan aku. Wajah mamat sengal ni dah macam singa dah.

"Ape ni bro? Rileks la." Ujar Iskandar ingin menenangkan Firdaus.

Firdaus menghiraukan kata-kata Iskandar.

Dia berjalan dekat ke arah kami and mengheret tangan aku. Iskandar cuba mengheret aku kembali, tetapi,

"KAU JANGAN MASUK CAMPUR!" Jerit Firdaus kepada Iskandar. Iskandar pun melepaskan tangan aku.

Firdaus pun mengeluarkan dompetnya dari poket seluar, dia mengeluarkan sejumlah wang yang banyak. Kemudian dia mencampakkan wang-wang itu di atas lantai. Semua orang tak faham apa yang berlaku sekarang.

"AMBIK!" Jeritnya.

Aku buat muka ' WTF' ke arahnya.

"KAU RAPAT DENGAN ISKANDAR DISEBABKAN DUIT KAN? SO, AMBIK DUIT NI, KAU MEMANG GILA HARTA!" Jeritnya dan tersenyum sinis.

Kata-kata dia buat aku terasa amat pedih, nak menangis pun ada bila orang pandang kita hina sampai macam ni sekali.

Aku pun mengutip wang wang yang bertaburan di lantai, semua orang terkejut. And ada staf yang mula berbisik buruk tentang aku. Firdaus dah tersenyum lebar.

Selepas siap aku mengutip, aku memandang wajah Firdaus, mata aku betul-betul berkaca masa tu. Tunggu nangis aje. Aku tersenyum ke arahnya dan aku mencampakkan wang-wang tersebut tepat tepat kat muka dia. Keadaan menjadi sunyi. Tiada sesiapa yang bersuara.Iskandar terkejut dengan tindakan aku. Firdaus memandang aku dengan bengang.

"KAU INGAT AKU APE HAH? GELANDANGAN? PENGEMIS? MANUSIA HINA? WEI, KAU INGAT SIKIT, WALAUPUN KAU AND ISKANDAR BERPANGKAT BOSS, AKU TAK PANDANG SIKIT PUN HARTA KORANG, KAU INGAT AKU NI JENIS PEREMPUAN MACAM TU? KAU SILAP FIRDAUS! KALAU AKU NI JENIS MACAM TU, TAKDENYA AKU PERGI KERJA JAUH DEKAT AMSTERDAM, KAU INGAT AKU BOLEH HIDUP KER KAT SANE KALAU TAKDE DUIT? DENGAN KAU TINGGAL AKU DALAM KEADAAN SAKIT, AKU HAMPIR MATI MASA TU! AND ANAK PULAK MATI! KAU RASA MACAMANA HIDUP AKU MASA TU? AND NOW, KAU CAKAP AKU DATANG SINI DISEBABKAN HARTA KAU?! KAU SILAP! KAU SILAP!" jeritku dan air mata ku mengalir.

Firdaus terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku. Dia menjadi serba salah. Aku merenung tepat ke dalam matanya dan aku mencapai kunci kereta aku di tangannya dan aku terus keluar dari pejabat and memecut laju kereta aku.

Kaki Firdaus terasa lemah longlai, sehinggakan dia jatuh terduduk and air matanya mengalir.

"Anak aku dah mati?" Soal Firdaus kepada Iskandar.

"Maafkan aku, iera suruh aku rahsiakan." Ujar Iskandar dan dia terus masuk ke dalam bilik nya.

Rasa bersalah yang teramat menyelubungi Firdaus.

"Tunggu ape lagi??? Duduk kat tempat kerja korang sekarang! Jangan nak curi tulang!!!" Jerit Auni kepada staf-staf di situ.

Firdaus pun terus bangun dan masuk ke bilik Iskandar.

"Aku nak kau cerita semua yang terjadi lepas aku ceraikan dia." Arah Firdaus kepada Iskandar.

"Huh, aku boleh bagitau sikit aje, anak korang gugur." Jawab Iskandar.

"Sebab ape?" Soal Firdaus dengan sedih.

"Nanti masa yang sesuai kau akan tahu." Jawab Iskandar.

"Iera macamana masa tu?" Soal Firdaus.

"Masa ni baru kau nak tanya? Dah terlambat Firdaus. Bukannya kau boleh putarkan masa kembali." Ujar Iskandar dengan sedih dan dia menepuk bahu Firdaus sekali.

"Ya, betul. Tapi mungkin aku dapat betulkan semuanya balik." Balas Firdaus.

Iskandar terus keluar dari bilik meninggalkan Firdaus.