Jam tepat menunjukkan pukul 10 malam. Aireen, Syazliana dan Iskandar menunggu aku dirumah dengan penuh kerisauan.
Boommm! Boooomm! (Berdentum guruh yang sangat kuat beriringan dengan hujan yang lebat)
"Mana la dia ni!" Keluh Iskandar dengan risau dan berjalan berulang alik.
"Tolongla balik iera!" Keluh Aireen.
"Ahhhh, aku tak kira! Aku dah tak boleh nak sabar!!! Kiter report polis!!!" Ujar Syazliana yang sudah lama bersabar.
Ding! Dong!
Diorang pun bergegas ke pintu,
apabila mereka bukak, terpampang wajah Firdaus, orang lain yang ditunggu, orang lain yang datang.
"Aku nak jumpa iera, panggil dia sekarang." Ujar Firdaus. Alangkah terkejutnya dia apabila Iskandar pun ada sekali.
"KAU BUAT APE KAT SINI? MANA IERA?" Soal Firdaus kepada Iskandar dengan suara yang lantang.
"Tak guna!!! Boleh pulak kau tanya dia kat mana? Semua ni salah kau s*al!!!" Marah Syazliana.
"Ape yang terjadi?" Soal Firdaus dengan risau.
"Sejak dia keluar dari office, dia tak balik-balik lagi." Terang Iskandar dengan risau.
"HAHH??!!" Firdaus terkejut.
Syazliana dan Iskandar pun masuk ke dalam rumah kembali,
"Firdaus, masuk la dulu." Pelawa Aireen. Firdaus pun mengangguk kepala dan masuk ke dalam rumah.
Mereka semua melabuhkan punggung di atas sofa.
"Ape masalah kau?" Soal Syazliana kepada Firdaus.
"Maksud kau?" Soal Firdaus.
"Perlu ker kau buat macamtu dekat dia? Wei, sanggup kau buat macam tu, tak cukup-cukup lagi ker kau dah siksa dia selama ni?" Soal Syazliana dengan bengang.
"Aku mintak maaf." Ucap Firdaus.
"AKU AJAK DIA KERJA KAT COMPANY KITER SEBAB AKU NAK KAU BERBAIK BALIK DENGAN DIA! BUKANNYA JADI MACAM NI! KALAU KAU TAK BOLEH NAK JAGA DIA DENGAN ELOK, AKU AMBIK KEPUTUSAN BIAR AKU YANG JAGA DIA, BAHAGIAKAN DIA!" Jerit Iskandar.
"Kurang ajar!!! Aku takkan bagi orang yang aku sayang dekat orang lain!!! Kau ingat tu!" Marah Firdaus dan mula berdiri. Iskandar memandang Firdaus dengan wajah meluat and dia pun berjalan ke arah pintu.
Sebaik sahaja Iskandar bukak pintu,
"Astaghfirullahalazim IERA!" Jerit Iskandar. Dia betul-betul terkejut bila tengok keadaan aku yang basah kuyup.
Semua orang berlari menuju ke arah pintu. Kepala aku betul-betul sakit, mungkin sebab lama mandi hujan, perlahan-lahan aku menutup mata dan Iskandar menyambut aku. Kemudian semuanya nampak gelap.
#DIHOSPITAL#
"SEMUA NI SALAH KAU!!!! ERH APE MASALAH KAU NI HAH??? TAK BOLEH KER KAU BAHAGIAKAN DIA BUAT SEMENTARA WAKTU NI?" Soal Syazliana kepada Firdaus dengan suara yang lantang.
"Maksud kau?" Soal Firdaus dengan kehairanan.
"Kau tahu tak, masa kau ceraikan dia, dia accident." Ujar Syazliana dengan sedih.
"Accident? Kenapa takde orang bagitau aku?" Soal Firdaus dengan terkejut.
"Dia kena rempuh dengan lori and malam tu jugak, nyawa dia dalam 50-50, dia hampir mati. Doktor pun hampir mengesahkan yang dia tak dapat dirawat dah. And disebabkan dia kekurangan darah, nyawa dia dah tak panjang. Dia memerlukan penderma darah yang sesuai untuk dia. Kitorang semua dah cuba untuk derma tapi kitorang bukan penderma yang sesuai. Kau bayangkan la betapa deritanya dia waktu tu, dia hilang anak, hilang suami, and bakal hilang nyawa. So, aku cerita ni bukan sebab nak kau simpati kat dia, aku just nak kau bahagiakan dia hingga akhir nafas dia." Terang Syazliana yang air matanya dari tadi tidak putus-putus.
Firdaus terlalu terkejut dengan kata-kata Syazliana sehinggakan dia hampir pitam.
"Maafkan saya iera!!! Saya bersalah!!!" Raung Firdaus.
Aireen, Iskandar dan Syazliana tidak mampu untuk berkata apa-apa selain air mata yang berbicara.
Aku membuka mataku perlahan-lahan, aku melilau lilau sekeliling inginkan kepastian aku di mana. Mata aku terhenti di sebelah kiri ku, kelihatan Firdaus tengah solat. Aku memandangnya dengan lama. Ya Allah, rindunya aku kat dia. Perlahan-lahan air mata ku mengalir. Kalau la kita tak bercerai dulu. Usai solat, dia memandang aku and dia terkejut bila air mata aku mengalir.
"Kau okey tak ni? Kenapa kau nangis?" Soal Firdaus dengan risau.
"Aku nak tanya kau sekali lagi, kau bahagia ker selama kiter berpisah?" Soalku dengan lemah.
"Actually i'm not happy iera. Aku kemurungan lepas semua yang terjadi." Jawabnya dengan sedih.
"Maafkan aku, disebabkan aku anak kiter mati." Ujarku.
"No, no,no, bukan salah kau." Pujuknya.
"Kau pulak? Bahagia tak lepas kiter berpisah?" Soal Firdaus.
"Takkkkkkk" Raungku dengan kuat. Dah tak boleh nak cover. Dalam posisi sedih ni.😭
"Shhh, shhh, dah dah , stop nangis."Bisiknya dan memeluk aku.
"Dah berapa hari aku kat sini?" Soalku.
"2 days." Jawabnya.
"Ya Allah, kerja macamana?" Soalku.
"Tengah sakit macam ni pun still tanya pasal kerja ker?" Soal Firdaus dan tertawa kecil.
"Tak sia-sia usaha aku selama ni untuk satukan korang balik." Bisik Iskandar dengan perlahan di sebalik pintu.
"Kau nak makan ape ape tak?" Soalnya.
"Aku teringin coconut shake. Lepas kiter bercerai, aku tak rasa langsung coconut shake. Aku takut kalau aku rindukan kau." Ujarku dan tersenyum tipis.
"Ok, abang pergi beli jap ea." Ujarnya. Aku tersentak. 'Abang?' Perkataan yang aku rindui suatu tika dulu?
"Ok abang." Ujarku dan sebak rasa.
Firdaus tersenyum dan keluar dari wad aku.
"Hai babe, dah bangun??? Sorry lambat datang." Ujar Syazliana.
"Jalan jem tadi." Ujar Aireen.
"Takpe." Jawabku.
"Ha, mana si Firdaus? Bukan main lagi nak jaga kau. Kau jangan cakap yang dia tinggalkan kau pulak ea?" Soal Syazliana dengan tidak puas hati.
Aku tertawa kecil.
"Dia turun pergi beli coconut shake." Terangku.
"What??? Serious??? Bukan ker selama ni kau bukan main benci lagi coconut shake???" Soal Aireen dengan hairan.
"Uhuk, kalau cinta yang lama berputik kembali nak buat macamana." Ujarku dengan tersimpul malu.
"WHAT??? SO, KAU TERIMA BALIK DIA DALAM HIDUP KAU??!!!" Jerit Syazliana dengan terkejut.
Aku mengangguk kepala.
"Auwwwwwwwwwwwwww" Aireen menyakat aku.
"Piwitttttt" Diikuti dengan Syazliana.
Merah padam muka aku. Hahahahhaa.
Syazliana dan Aireen tersengih-sengih. Terasa bahagia yang teramat.
Krek! (Pintu Bilik Dikuak)
Terpampang wajah parents aku and parents Firdaus.
Haaa sudahhhhh!!!
"Iera! macamana boleh jadi macam ni?" Soal ma aku dengan terkejut.
Aku menggaru kepala.
"Iera! Rindunya mama dekat kamu nak!" Jerit mama Firdaus dan memeluk aku.
Apasal semua nak berdrama ni? Hahahhaa.
"Iera pun rindu mama." Ujarku.
"Haa, Firdaus! Ade pun." Ujar papa Firdaus dan kami semua memandang ke arah Firdaus yang tercegat di depan pintu.
"Bila sampai?" Soal Firdaus.
"Baru je sampai." Jawab mama Firdaus.
Firdaus pun bersalaman dengan papa and abah.
"Hai guys!" Sapa seseorang, kami semua pun berpaling ke arah pintu. Terpampang wajah Iskandar yang membuat isyarat (✌️)
"Masuk masuk! Aku nak umumkan sesuatu ni." Ujar Firdaus.
Iskandar pun masuk dengan segera.
"Ok, alang-alang semua dah ade dekat sini." Ujar Firdaus.
Dia menarik nafas dalam-dalam dan mengeluarkan cincin dari poketnya kemudian berlutut di atas lantai.
"Nur Syaiera! ¿Quieres casarte conmigo? ¿Mi amor?" Soal Firdaus.
"Ape kejadahnya tu Firdaus?" Soal mama.
"Dalam bahasa Sepanyol, maksud dia, will you marry me, my love?" Soalnya.
Aku teragak-agak.
"Tapi saya mungkin tak hidup lama." Ujarku.
"Izinkan saya untuk berada di samping awak hingga ke akhir hayat awak." Mintanya.
Aku memandang Syazliana dan Aireen.
Diorang buat muka 'Say yes!!!'
"Ja, ik ben het ermee eens." Jawabku.
Semua orang ternganga. Aku tertawa kecil.
"Maksudnya, yes, saya setuju." Jawabku. Dan semua orang bertepuk tangan, Firdaus pun menyarungkan cincin ke jari ku. Syazliana dan Aireen dah melompat kat situ. Hahaha.
"Berbesan pulak la kiter yer?" Ujar abah kepada papa dan mereka tertawa besar.
'Alhamdulillah, finally plan aku untuk bahagiakan kau menjadi iera. Tinggal sikit jer lagi' Bisik Iskandar didalam hati. Dia tersenyum girang.