BAB 55:

Hari demi hari berlalu dengan pantas, sedar tak sedar dah 3 minggu. Syazliana and Aireen pun dah masuk kerja. Aku and Firdaus semakin rapat and sweet gitu... Uhuk uhuk...

#Di Taman#

"Wak, jom kita duduk kat bangku tu sekejap." Ajakku dengan tercungap-cungap. Kitorang tengah jogging.

Firdaus mengangguk kepala.

Kami pun melabuhkan punggung di atas bangku.

"Awak, semalam awak cakap awak nak bagitau something?" Soalku.

"Emm, macamana nak cakap ea? Awak jangan marah kalau saya cakap." Soalnya.

Aku mengangguk.

"Actually, masa majlis perkahwinan kita, Saya nak kita gabungkan sekali dengan majlis Syazliana and Aireen." Ujar Firdaus. Aku tersentak dengan kata-katanya.

"Aireen? Syazliana? kahwin? Dengan siapa?" Soalku dengan kehairanan.

"Yerla, kahwin. Aireen with Aliff and Syazliana with Amri." Jawab Firdaus dengan teruja.

"Hahh?!! Tapi macamana?" Soalku.

Firdaus mengangkat kening sebelah dan tersenyum. Aku seolah-olah tertangkap maksudnya.

"Oh my gosh!! Awak jangan cakap yang awak-" Aku menekup mulut ku dengan tangan kanan. Serious wei terkejut. Firdaus tersenyum lebar.

#DI KLINIK HAIWAN, JOHOR#

Tok! Tok! Tok!

Seseorang mengetuk pintu bilik rawatan.

"Masuk!" Arah Aireen yang tengah sibuk mencatat sesuatu di dalam kertas laporannya. Dia tidak memandang siapa yang masuk and Orang yang masuk tu pun tak nampak wajah Aireen sebab Aireen tengah tunduk mencatat sesuatu.

"Sorry yer, saya kena siapkan kerja sikit and kejap lagi saya check okey?" Soal Aireen dengan sibuk.

Orang itu pun meletakkan sangkar kucing di atas meja Aireen.

"Aireen! Come to me Darling!" Agah orang itu kepada kucing kesayangannya. Aireen tersentak dengan keadaan itu. Dia pun memandang tepat wajah orang itu. Mereka bertentangan mata untuk beberapa saat.

"Aireen?" Soal Aliff.

"Aliff?" Soal Aireen kembali. Aliff dengan laju pergi melutut di kaki Aireen.

"Maafkan saya Aireen atas apa yang berlaku sebelum ini, saya takde niat pun nak ceraikan awak masa tu. Masa tu saya tertekan! Tolong Aireen! Tolong bagi peluang kedua untuk saya! Saya perlukan awak di samping saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak! Tak pernah sehari pun saya lupakan awak Aireen!" Raung Aliff diatas lantai. Mata Aireen berkaca. Memang ini yang dia nak dengar selama ni. Dia rindu kat Aliff tapi disebabkan ego dia, dia berpura-pura kuat depan Iera and Syaz, padahal malam-malam dia selalu menangis sorang-sorang. Tiba-tiba Aireen teringatkan apa yang Firdaus ceritakan pada dia dahulu, masa kat rumah Iera.

Aireen pun turut berlutut di depan Aliff.

"Saya pun sama, saya tak pernah lupakan awak, walaupun jauh saya pergi, wajah awak selalu bermain di fikiran saya. Saya rindu detik-detik kita bersama dulu. Tapi kenapa awak sakit kan diri awak sendiri?" Soal Aireen dengan air mata yang mengalir.

"Awak dah tahu?" Soal Aliff dengan sedih.

"Yer, Firdaus dah cerita segalanya, saya mintak maaf, saya tak tahu awak jadi macam ni lepas saya pergi." Jawab Aireen dengan suara tersekat-sekat.

"No, bukan salah awak! Salah saya! Saya tak patut ceraikan awak hari tu. Saya lebih percayakan orang lain dari isteri saya sendiri. Saya menyesal Aireen! Awak hukum la saya macamana pun, saya tak kisah, tapi saya nak awak jangan tinggalkan saya lagi! Saya tak sanggup!" Terang Aliff dengan air mata yang mengalir tak putus putus.

"Hukum? Macam menarik!" Balas Aireen dan tersenyum sinis. Membuatkan Aliff gerun.

"Ok, saya dah fikir hukumannya." Jawab Aireen.

"Cepatnya." Ujar Aliff dengan terkejut. Hukuman apa la si Aireen ni nak bagi kat Aliff.

"Hukumannya- Saya nak awak stop perangai awak yang entah apa-apa, pastu awak mintak maaf dekat daddy, and-" Aireen sengaja membiarkan kata-katanya tergantung.

"And?" Soal Aliff.

"Masuk meminang saya!" Ujar Aireen dengan tersimpul malu.

"Seriously? Thanks darling! I love you!" Ucap Aliff dan memeluk Aireen dengan senyuman lebar di bibir.

"Meowww!" Kucing mengiau. Terlampau sweet diorang ni sampaikan lupa yang kucing tu sakit, kalau kucing tu nak beranak, terberanak dulu kucing tu. Haishhh.. Hahaha.

#DI SEKOLAH MENENGAH, PULAU PINANG#

"Cik Syaz, takde dengar cerita ker?" Soal Kak Ana, kak Ana ni cikgu, meja dia sebelah meja Syazliana dalam bilik guru ni.

"Cerita ape tu kak?" Soal Syazliana.

"Ni, ade cikgu baru pindah masuk sini." Jawab Kak Ana.

"Ooo, Lelaki ke perempuan?" Soal Syazliana.

"Lelaki, dia handsome la jugak. Akak bertembung dengan dia masa kat kantin tadi, dia baru masuk harini." Jawab Kak Ana.

"Oooo macam tu.." Ujar Syazliana.

"Syaz taknak jumpa dia ker? Mana la tau takut-takut sangkut pulak nanti." Ujar Kak Ana dan mencuit bahu Syazliana.

"Eleh akak ni, takdenya sangkut sangkut." Jawab Syazliana dengan mendatar.

"Yer la tu, nanti kalau Syaz jumpa dia, conform Syaz akan cakap dia handsome." Ujar Kak Ana.

"Entah apa-apa la melayan kak Ana ni, Ha, ni dah masuk waktu Syaz mengajar ni, Syaz pergi dulu!" Ujar Syazliana dan melambai ke arah Kak Ana. Dengan laju dia keluar dari bilik guru dan tiba-tiba masa dia turun tangga, entah macamana dia boleh terlanggar seseorang. Kertas kertas yang dipegangnya jatuh bertaburan di lantai.

"Maafkan saya." Ucap lelaki itu and dia duduk mencangkung mengutip kertas-kertas. Mereka tersentak apabila lelaki itu tersentuh tangan Syaz. Automatic diorang bertentang mata.

"Awak?" Soal mereka serentak.

"Tapi macamana?" Soal Amri dengan hairan.

"Saya mengigau ke?" Soal Syazliana.

Amri terus memeluk Syazliana tanpa berkata apa-apa.

"Saya rindu awak." Bisik Amri.

Syazliana terasa sebak apabila Amri memberitahu bahawa dia rindukan Syazliana. Perlahan-lahan air matanya berguguran jatuh.

"Saya pun rindukan awak." Balas Syazliana dengan teresak-esak.

"Lama dah saya cari awak, tak sangka kita akan jumpa kat sini." Ujar Amri dengan teruja.

"Um, awak, saya nak kena masuk mengajar ni, nanti kita borak lagi ea?" Soal Syazliana.

"Ok. Memandangkan esok cuti, kita pergi Terengganu nak tak?" Soal Amri.

"Sure." Jawab Syazliana. Syazliana pun berlalu pergi dengan senyuman yang lebar di bibir.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, dah tiba masa untuk pulang.

Syazliana mengatur langkah ke keretanya. Sebaik sahaja Syazliana membuka kereta,

"Hai!" Sapa seseorang dari belakang.

Syazliana pun memusing badan ke belakang,

"Oh, Amri! Awak tak balik lagi?" Soal Syazliana.

"Baru nk balik." Jawab Amri.

"So, esok kira jadi la kan, apa kata saya ikut belakang kereta awak hari ni, senang sikit nak ambik awak esok." Ujar Amri.

"Kiter tak pergi kereta asing asing ker?" Soal Syazliana.

"No, sayang." Jawab Amri. Syazliana apa lagi? Hampir cair jugak kat situ. Hahahaha.

"Syazliana, boleh tak saya nak mintak something?"Soal Amri.

"Sure, what is it?" Soal Syazliana.

"Sayang, will you marry me again?" Soal Amri. Syazliana terdiam seketika.

"Ada syarat." Jawab Syazliana.

"Syarat ape?" Soal Amri dengan kebingungan.

"Syaratnya awak takkan buat perangai lama awak." Ujar Syazliana.

"Ok, patik menurut perintah." Ujar Amri dan mereka tertawa besar.

#MALAM#

Aku tengah masak makan malam, masak maggi aje, maklumlah, kalau dah tinggal sorang-sorang kan?

Ding! Dong!

"Sape pulak yang datang malam-malam buta ni?" Bisikku perlahan.

Sebaik sahaja aku membuka pintu, terpampang wajah Firdaus and Iskandar.

"Assalamualaikum." Sapa Firdaus.

"Waalaikumussalam." Jawabku.

"Masuk-masuk." Arah ku and diorang pun masuk.

"Awak tengah buat ape?" Soal Firdaus.

"Saya masak maggi." Jawabku. Iskandar pun melabuhkan punggung di atas sofa and bermain handphone.

Aku and Firdaus ke dapur.

"Sedapnya!" Balasnya.

"Tolong buatkan untuk saya satu!" Arahnya.

"Eleh, buat sendiri la! Nak bagi arahan kat orang pulak!" Aku menjuihkan bibir.

"Ala, saya kan boss." Ujar Firdaus dan menaikkan kening sebelah. Sumpah nampak handsome sangat.

"Boss kat tempat kerja je okey? Di luar tempat kerja awak bukan sape sape." Ujar ku dan tertawa mengejek.

"Oh ya??" Soalnya dan perlahan-lahan dia berjalan ke arah aku membuatkan aku melangkah kaki ke belakang sampai belakang aku bertembung dengan dinding. apehal pulak ni??!!! Dia merapatkan wajahnya dengan wajah aku. Aku pun cuba untuk lari tetapi tak boleh. Dia meletakkan kedua-dua tangannya ke dinding dan memerangkap aku.

"Aw awak dah kenapa?" Soalku dengan gagap. Firdaus tertawa kecil melihat gelagat aku.

"Awak nak buat ke tak?" Soalnya dengan suara yang menggoda. Aku rasa betul-betul awkward wei... Hahahahaha

"Em, um, ok, saya buat."Jawabku. Dia tersenyum lebar.

"Ehem, ingat, belum kahwin lagi." Iskandar berdehem.

Firdaus pun berpaling ke Iskandar and melepaskan aku.

Merah padam muka kami. Terus rasa awkward 🤣 Keadaan jadi senyap buat seketika.

"Eh tadi awak cakap nak saya buatkan Maggi kan? Ha, Iskandar nak jugak ker? Kalau nak saya tolong buatkan." Ujarku memecah kesunyian.

"Ha, boleh jugak. Saya pun tengah lapar ni." Jawab Iskandar dan tersenyum manis. Alahai dia ni, boleh tak jangan senyum macam tu. Tahu tak aku boleh cair.🤣

Aku pun terus buatkan maggi untuk diorang. Diorang pergi berborak kat ruang tamu, borak pasal kerja.

"Guyss! Come!!! Dah siap!!" Jerit ku didapur. Mereka pun dengan laju datang ke dapur.

Mereka pun melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Makan la." Pelawa aku. Mereka pun makan dengan bersungguh. Lapar bebenor diorang nie.

Kring! Kring! Kring!

(Telefon berbunyi, menandakan video call masuk. Tertera nama Aireen and Syazliana)

Aku pun angkat panggilan diorang.

"KORANGG!!!!!!!!!"Jerit Aireen dan Syazliana serentak, dahla volume fhone kuat. Aku yang tengah makan pun tersedak.

"Uhuk,uhuk,uhuk." Aku tercekik.

Firdaus pun dengan laju menghulurkan air kepada aku. Dan menepuk-nepuk belakang aku.

"Korang ni apehal? Terjerit-jerit?" Soal Firdaus dengan hairan.

"Eh, kau buat ape kat situ?" Soal Syazliana kepada Firdaus. Firdaus hanya diamkan diri.

"Ha, korang ade apa call ni?" Aku mula bersuara.

"Aku dah berbaik dengan Amri." Ujar Syazliana.

"Aku pun dah berbaik dengan Aliff.Eh jap, kenapa pada hari yang sama kita jumpa diorang ek?" Soal Aireen dengan hairan.

Aku melirik ke arah Firdaus. Firdaus mengangkat kening sebelah.

"So, esok korang balik Terengganu kan?" Soal Firdaus.

"Macamana kau tahu?" Soal Aireen dengan curiga.

"Em, sorry guys. Actually Aku yang plan pertemuan korang." Terang Firdaus dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"WHAT?????" Soal diorang serentak.

"Sorry guys, aku tak tahu apa-apa." Ujar ku.

"Korang pun balik Terengganu ker esok?" Soal Aireen.

"Ha ah." Jawab Aku dan Firdaus serentak.

"Iskandar?" Soal Syazliana.

"Of course la balik jugak." Ujarku.

"Ooo, ingatkan bila dah ada Firdaus, tinggal Iskandar terus.Hahahaha." Ujar Syazliana dan tertawa. Aku tahu niat dia nak menyakat aku jer, tapi aku tak tahu kenapa aku sentap dengan kata-kata dia.

"Em,guys, naik atas dulu." Ujarku dengan wajah terasa. Aku pun terus beredar ke bilik.

"Ape ni Syaz? Kenapa tanya macam tu?" Soal Firdaus.

"Aku nak bergurau aje. Tak tahu la pulak dia terasa." Ujar Syazliana dengan serba salah.

"Hmm, biar aku pergi cakap dengan dia." Ujar Iskandar.

"Tak payah, biar aku pergi." Ujar Firdaus.

"Bagi la aku pergi, aku tahu macamana nak buat dia ok." Ujar Iskandar.

"Maksud kau?" Soal Firdaus.

"Aku kan selalu spend time dengan dia." Jawab Iskandar. And selangkah Iskandar melangkah, tangan Iskandar diheret.

"Kau suka dia?" Soal Firdaus dengan riak wajah yang sedih.

"Nope, she is my friend." Jawab Iskandar dan tersenyum.

Iskandar pun naik ke atas. Firdaus pun duduk kembali di meja makan and berbual dengan Syazliana and Aireen.

#DI BILIK#

"Iera!" Panggil Iskandar.

Aku pun menoleh ke belakang,

"Yes" Jawabku.

"Are you okey?" Soalnya dan dia duduk di atas sofa bersebelahan dengan aku.

"Ok." Jawabku.

"Awak!" Panggilku.

"Maafkan saya." Ucapku.

"Why?" Soalnya.

"Sebab saya tak boleh nak bahagiakan awak. Sepatutnya i choose you to be my husband, because you always with me." Jawabku dengan mata berkaca.

"Oh, don't worry about me, when i see you happy, i'm happy too." Ujarnya dan tersenyum.

"No matter what, you always being my sweetheart forever and ever." Ujarnya.

"Thanks." Ucapku dan aku memeluk Iskandar.

"No problem." Ujarnya dan dia mengangkat tangan memeluk aku.

"Ehem" Firdaus berdehem. Aku dan Iskandar memandang Firdaus serentak. Terbuntang luas mata kitorang akibat terkejut.

Aku pun menjauhkan diri daripada Iskandar.

"Sorry bro." Ucap Iskandar.

"Em, awak." Panggil ku.

"Takpe, saya yang salah, saya faham kalau Iskandar pun jatuh cinta kat awak, sebab dia selalu ada kat sisi awak. Saya faham." Ujar Firdaus dan tersenyum.

"Awak tak marahkan saya?" Soalku.

"Nope, honey." Jawabnya dan kami tersenyum. And kami menghabiskan waktu semalaman dengan berbual-bual and bergelak tawa.

#DI TERENGGANU#

*Dirumah Amri*

"Syaz!!!!!" Jerit Ibu Amri dan terus memeluk Syazliana.

"Ibu!! Maafkan Syaz atas apa yang terjadi dulu." Ucap Syazliana dengan mata berkaca.

"Tak, ibu yang salah. Maafkan ibu Syaz!" Ujar Ibu Amri dengan air mata berlinangan.

"Eh, kenapa sedih sedih ni? Ha, Amri ada bawak kawan-kawan ni." Ujar Amri dan tersenyum.

"Hai aunty." Sapa kami serentak.

"Eh, masuk-masuk." Pelawa ibu Amri.

Kami pun masuk and kami melabuhkan punggung di atas sofa.

"Actually saya nak bincang something dengan aunty." Ujar Firdaus.

"Pasal ape tu?" Soal ibu Amri.

"Ok, camni, saya cadangkan kalau majlis perkahwinan kitorang,kitorang buat kat rumah saya. Kitorang nak buat serentak and majlis tu berlangsung kat luar rumah, kat laman rumah saya sebab laman rumah saya memang besar." Terang Firdaus.

"Aunty ikutkan aje." Jawab ibu Amri.

"Alhamdulillah." Ucap Firdaus dengan lega.

______________________________________________

Ok guys, first of all, saya nak bagitau yang dalam masa dua minggu ni saya tak dapat nak update sebab saya ada exam, so, i'm so sorry guys, saya perlu tumpukan pada exam saya dulu buat sementara waktu ni, tapi saya janji when dah habis exam nanti, saya akan cuba update secepat mungkin. okeyh?🌼