Hari demi hari berlalu dengan pantas, hari ini merupakan hari yang bermakna untuk kami, hari perkahwinan aku, Firdaus, Aireen, Aliff, Syazliana and Amri.
"Syaz, Reen! Aku rasa nervous la wei." Ujarku dengan gelisah.
"Eh janganlah gelabah sangat, kita dah pernah kahwin kan?" Soal Syazliana. Nampak jer muka cool tu, tapi dah boleh nampak dah melalui wajah dia tu betapa gelisahnya dia. Hahah.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk.
"Masuk!" Arah kami bertiga serentak.
Terpampang wajah mama kami bertiga.
"Ma!" Panggil kami serentak.
"Wow, cantiknya korang hari ni." Ujar mama Aireen dengan keriangan.
Aku dan Syazliana membalas dengan senyuman. When orang dah puji, memang kembang semangkuk la kan 🤣
"Ma! Belah lelaki macamana? Okey tak?" Soalku kepada ma aku.
"Ok jer diorang, ma dah pergi jenguk diorang kat bilik bawah tadi. Masing-masing nervous." Ujar ma aku dan tersenyum.
"Hairan la dengan budak-budak ni. Diorang dah pernah kahwin kan? Tapi still nervous. Hahaha." Ujar mama Syazliana dan tertawa. Ma aku dan ma Aireen pun turut tertawa.
"Ha, pengantin lelaki dah keluar ke laman dah. Pengantin perempuan pun dah boleh slow slow ni." Mama Firdaus mencelah dari belakang dengan tersenyum lebar.
"Ha ah, boleh dah ni. Jom." Ujar ma aku.
Kami bertiga mengangguk tanda setuju.
Aku pun bangun dan berjalan beriringan dengan ma aku, Syazliana dengan mama dia and Aireen pun sama.
Kami pun terus ke laman. Cuaca pun betul-betul baik hari ni. Mendung tapi tak hujan.
Keadaan yang riuh rendah tetiba sunyi sepi apabila Aku, Aireen dan Syazliana keluar dari situ. Automatic rasa nervous. Tetamu tetamu yang datang memerhatikan kami. Kami pun melabuhkan punggung di atas kerusi yang dikhaskan untuk kami duduk. Hiasan dia memang tip top la.👍
Dengan sekali lafaz, aku sudah bergelar isteri yang sah kepada seorang lelaki yang bernama Firdaus dan begitu juga Syazliana dan Aireen, Syazliana sudah sah bergelar isteri kepada Amri and Aireen pun sudah sah bergelar isteri kepada Aliff.
Firdaus, Amri dan dan Aliff pun datang ke arah kami dan mereka menyarung cincin di jari kami. Aku pandang Syazliana and Aireen, memang betul-betul happy diorang hari ini. Suka jer aku tengok.
"Honey!" Bisik Firdaus di telinga ku. Aku tersentak.
"Yes." Jawabku.
Firdaus pun mengucup dahi ku dengan lembut.
"Abang janji, perkahwinan kita pada kali ni, kita akan hidup bahagia and kisah lalu takkan sesekali berulang. Sebab kehilangan you memang menyakitkan abang." Ujar Firdaus. Aku terharu dengan kata-katanya dan aku terus memeluk Firdaus dengan erat.
Kitorang semua pun mengambil gambar bersama-sama. Mungkin gambar ni akan jadi kenangan kami bersama selepas aku pergi meninggalkan mereka suatu hari nanti.
"Ok, seterusnya dipersilakan pengantin pengantin untuk ke meja makan." Arah Iskandar dengan menggunakan mikrofon. Iskandar jadi pengacara majlis hari ni.Dia asyik tersenyum jer hari ni. Yang kahwinnya kitorang. Hahaha.
Kami pun ke meja makan. Semasa kami makan, terdapat beberapa persembahan nyanyian kat depan tu.
"Ok, seterusnya, kalau ada sesiapa yang nak ucapkan sesuatu untuk pengantin, atau pengantin sendiri nak berucap, dipersilakan ke depan." Ujar Iskandar dengan senyuman yang lebar.
Syazliana and Aireen pun bangun dan maju ke hadapan, sekali lagi guys, keadaan jadi senyap. Aku memandang diorang dengan wajah blur, hairan.
"Test, test, 1,2,3." Syazliana test samada mikrofon berbunyi atau tidak.
"Ok guys, first, saya nak bagitau, thankyou kepada tetamu yang datang hari ni and melancarkan majlis perkahwinan kami, and actually berdirinya saya disini, saya ingin ceritakan kisah saya dengan seorang sahabat yang saya sayang." Terang Syazliana. Semua mata tertumpu ke arahnya.
" ok, selain dari Aireen kat sebelah saya ni, saya ada sorang lagi kawan yang saya sayang, and saya taknak dedahkan nama dia, ok, saya,Aireen and kawan saya yang satu lagi tu, dah melalui banyak cabaran, and kitorang tempuhi sama-sama. Jatuh bangun kami bersama, dia selalu ada untuk kami and kami pun selalu ada untuk dia. Saya just nak cakap yang saya sayang dia. Tapi ada satu hari ni-" Syazliana menggantungkan ayatnya kerana mengelap air matanya yang sudah menitis. Aireen seakan-akan faham, turut mengalirkan air mata.
Semua orang memandang Syazliana dengan penuh tanda tanya, macam nak tahu apa yang terjadi lepas tu.
"Ada satu hari ni, kawan saya accident, darah dia banyak keluar, and pada malam tu, doktor cakap yang nyawa dia dalam 50-50. Saya tak dapat berada kat situ masa tu sebab saya ada masalah peribadi. Masa tu saya rasa betul-betul down, saya rasa saya dah kehilangan dia, tapi alhamdulillah, dia dapat meneruskan hidup sampai sekarang tetapi doktor cakap nyawa dia tak panjang selagi tak ada penderma darah yang sesuai untuk dia. So, korang rasa saya boleh ker terus kan hidup tanpa dia masa dia pergi tinggalkan saya and Aireen nanti? And korang rasa suami dia boleh teruskan hidup tanpa dia? Parents dia? and orang-orang yang sayangkan dia?" Terang Syazliana dengan sedih. Aku yang mendengar membalas dengan air mata. Terlalu sebak rasanya. Firdaus pun turut termenung, Iskandar sudah mengelap air mata, Amri dan Aliff sudah bertakung air mata, parents kitorang dah mengalirkan air mata and tetamu-tetamu ada yang mengalirkan air mata.
"Saya bagitau ni sebab saya nak korang tolong doakan supaya dia akan sembuh and ada penderma yang sesuai dengan darah dia." Ujar Syazliana.
"Sekian, terima kasih." Ucap Syazliana dan turun dari pentas, diikuti dengan Aireen di belakang. Mereka pun kembali duduk di tempat duduk mereka. Syazliana berada di hadapan aku.
"Ok, seterusnya, ada lagi tak yang nak buat ucapan?" Soal Iskandar dengan suara yang tersekat-sekat.
Auni pun terus naik ke pentas,
"Hai semua, first of all, saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada pengantin pengantin and at the same time, saya nak mintak maaf jugak kat pengantin pengantin perempuan sebab dulu saya banyak sakitkan hati korang, terutamanya iera. Ok, tu je yang saya nak bagitau, haa,Iera! Bagi cucu ramai-ramai kat mama, papa and parents kau tau!" Ujar Auni. Kami ketawa terbahak-bahak apabila dengar pasal cucu tu. Baru kahwin wei, ape cucu cucu ni.🤣
Auni pun turun dari pentas,
"Ada siapa-siapa yang nak berucap lagi ke?" Soal Iskandar.
"Ada." Jawab Firdaus. Aku pun memandangnya. Nak berucap apa benda ni.
Firdaus pun terus ke hadapan and naik pentas.
"Assalamualaikum semua, saya bukan nak berucap tapi saya nak nyanyi. Saya tujukan lagu ni untuk someone special. So, hope you guys enjoy!" Ujar Firdaus.
Aku dah tak sabar nak dengar dia nyanyi. Haha.
Firdaus pun mula bernyanyi:
"Biar waktu tentu takdir kau dan aku
Biar hati jadi saksi bersamamu
Namun aku tak sanggup merelakan
Hancur semua
Namun kutahu, yang, kau harus kulepaskan
Biarkan semua kenangan yang indah
Akan selalu ada
Kau dan aku bersama
Biarkanlah, sayang, cinta kita hilang
Walau kita tak rela
Tinggalkannya demi kita, demi kita
Kudoakan kau terus dengan jalan yang baru
Andai itu adalah yang terbaik untukmu
Namun aku tak sanggup merelakan
Hancur semua
Namun kutahu, yang, kau harus kulepaskan
Biarkan semua kenangan yang indah
Akan selalu ada
Kau dan aku bersama
Biarkanlah, sayang, cinta kita hilang
Walau kita tak rela
Tinggalkannya demi kita, demi kita
Lepaskanlah, biarkanlah
Cinta kita berakhir
Dah tertulis, mungkin kita
'Kan bersama semula
Biarkan semua kenangan yang indah
Akan selalu ada
Kau dan aku bersama
Biarkanlah, sayang, cinta kita hilang
Walau kita tak rela
Tinggalkannya demi kita, demi kita"
Setiap ayat yang dia nyanyikan terselit beribu makna. Aku tahu kenapa dia pilih lagu ni.
Dia pun turun dari pentas dan duduk di sebelah ku.
"Honey, are you crying?"Soalnya.
"I'm sorry. Because of me, suatu hari nanti kita akan berpisah." Ucapku dengan sebak.
"No, it's not your fault." Balas Firdaus dan memeluk aku.
Syazliana and Aireen memandang aku dengan wajah sedih.
"Actually guys, saya pun nak nyanyi jugak. First of all, saya nak mintak maaf la kalau suara saya tak sedap." Ujar Iskandar. Tetamu tetamu tertawa kecil.
Iskandar mula menyanyi:
"Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri kepada diriku
Aku ingin kau tahu
Ku menyayangimu, kumencintaimu
Sepenuh hatiku
Bukan seketika tapi selamanya
Aku takut, aku takut kehilanganmu
Maafkanlah seandainya kumenyakitimu
Maafkanlah seandainya kumelupakanmu
Aku tahu aku ini hanya insan biasa
Yang tak punya apa-apa tuk berikan padamu
Aku tahu aku ini bukan pilihanmu
Maafkanlah seandainya kumenyakitimu
Maafkanlah seandainya kumelupakanmu
Aku tahu aku ini hanya insan biasa
Yang tak punya apa-apa tuk berikan padamu
Aku tahu aku ini bukan pilihanmu
Aku tahu aku ini
Bukan pilihanmu"
Aku perasan masa Iskandar nyanyikan lagu ni, dia melirik ke arah aku. Kami semua membalas dengan tepukan gemuruh. Maka tamatlah majlis kami hari ini. Semua berjalan dengan lancar seperti yang kami harapkan.
#Dirumah Aku#
"Honey, jom tidur." Ajak Firdaus.
"Tidur? Awal lagi ni. Saya nak push rank mobile legend dengan si Syazliana ni, kalau abang nak tidur, abang pergi tidur dulu." Jawabku.
"What? Seriously honey? Malam pertama main game?" Soal Firdaus dengan wajah yang tak percaya.
"Pastu nak main apa?" Soalku. Oppss, bodoh betul aku pergi tanya soalan tu, Malu wei, malu!!!!
"Awak rasa?" Soalnya kembali dengan senyuman yang nakal.
"Entah." Jawabku dengan selamba.
"Ala, jomla tidur, saya mengantuk dah ni. Dah pukul dua belas malam ni." Ajak Firdaus.
"Yerla, yerla, awak ni." Aku acah-acah merajuk. Aku pun tutup fhone and terus ke bilik tidur. Firdaus termenung di atas katil,
"Abang, are you okey?" Soalku dengan hairan.
"Okey, awak ingat lagi tak? Masa malam pertama kita dulu?" Soalnya.
"Hum, jap nak ingat balik." Jawabku.
"Masa tu awak tidur atas katil, and saya tidur atas lantai. Sweet memories kan?" Soalnya.
"Hahaha, kenapa abang tanya pasal tu? Abang teringin nak tidur atas lantai ker?" Soalku dan tertawa kecil.
"Takdela, saja jer nak ingat balik, masa dulu-dulu." Jawabnya.
"Abang, i love you." Ucapku.
"I love you too honey." Ucap Firdaus dan dia memeluk ku.
______________________________________________
Sorry lambat update guys, actually saya baru habis exam fasa satu, nanti akan ada fasa 2 pulak, and saya rasa lambat sikit saya dapat update bab baru. Saya habis exam fasa 2 hari Rabu minggu depan, so, saya akan update bab baru dalam rabu minggu depan yer...✨
______________________________________________