~... Sebulan Kemudian...~
"Hooreyyyyyyy!!! Tak sabarnya nak bagitau diorang!" Jeritku seorang diri di rumah ku.
"Yahooo!! Confirm diorang terkejut beruk ni.," Jerit Syazliana seorang diri di rumahnya.
"Yeayyyy!! Tak sabar nak tengok reaksi diorang macamana nanti." Jerit Aireen.
Kring! Kring! Kring!
Panggilan video masuk.
"Korang!!!!" Jerit kami Serentak.
"Aku ada surprise!" Jerit kami serentak.
"What? Surprise? Serentak?" Soalku dengan hairan.
"Nanti sampai Terengganu esok aku cerita.' Ujar Aireen.
"Aku pun." Sokong Syazliana.
"Sama la." Balas ku.
Tiba-tiba,
"Werkkk!" Syazliana terus berlari ke singki.
"Dah kenapa tu Reen?" Soalku dengan hairan.
"Entahnya.." Jawab Aireen dengan hairan.
"Sorry Guys! Aku muntah sebab perut masuk angin." Dalih Syazliana.
"Haa, korang duk sorang sorang ker tu? Cuti ker harini?" Soalku.
"Ha' ah.. Aku cuti hari ni. Aliff pulak ade kat office." Terang Aireen.
"Aku ambik cuti hari ni sebab rasa tak sedap badan. Amri mengajar hari ni." Terang Syazliana.
Aku mengangguk tanda faham.
"Kau pulak?"Soal mereka serentak.
"Aku? Aku kan isteri boss. Nak cuti setahun pun boleh. Hahahahah" Ketawa ku.
"Yer tak ye jugak kan." Balas Aireen.
"Eh korang, lupa pulak, aku nak masak ni. Nanti kang, laki aku balik, ape pun tak siap lagi." Ujar Syazliana.
"Ooo, kau nak masak ape? Aku ni dah tak tahu nak masak ape." Soalku.
"Aku nak masak asam pedas jer." Jawab Syazliana.
"Ooo, sodapp tuu." Ujarku.
"Tut!" Aku mematikan panggilan.
#KEESOKANNYA#
"Haa, ok ok, ape ape korang call aku tau.Jangan buat senyap pulak. Ha, Syaz, bagitau Amri, drive elok elok. Kau pun Reen, bagitau Aliff, drive elok-elok." Pesan ku.
"Baik la Puan Iera! Terlebih protective pulak dia. Kan Reen? Hahahahah" Sakat Syazliana.
"Itu la pasal. Hahahah" Jawab Aireen dan turut gelak.
Aku memuncungkan bibir. Acah-acah merajuk.
"Alolololo, puan iera kiter majok la." Agah Syazliana.
"Hahahhahhahah" Mereka ketawa terbahak-bahak.
Aku pun turut tertawa apabila mereka ketawa, tak tahu kenapa bila diorang ketawa, aku pun boleh berjangkit sama. Hahaha.
(Tak gitu? Syazliana and Aireen yang tengah baca ni? Confirm korang pun tersengih macam kerang busuk kan?🤣 Sorry guys! Gurau aje!🤣)
Kitorang pun mematikan panggilan. Aku, Firdaus dan Iskandar pun masuk ke dalam perut kereta.
"Haa, awak cakap ada surprise kan? So, what is it?" Soal Firdaus.
"Haa, ape tu Iera?" Soal Iskandar.
"Nanti sampai kat Terengganu saya bagitau... Sekali dengan kawan-kawan kita yang lain." Jawabku. Mereka memuncungkan bibir.
Aku ketawa kecil.
~... Selepas beberapa jam...~
"Ma! Mama!" Jeritku dan aku terus memeluk ma and mama.
"Ya Allah Iera! Lamanya tak jumpa! Tak rindu kitorang ker?" Soal Ma aku.
"Rindu... Tapi kerja banyak la ma." Jawabku.
"Lagipun, you alls takleh marah i okey? You alls kena tanya tu, diorang boss, bukan iera." Ujarku dan aku menunjuk ke arah Firdaus dan Iskandar.
"Haa, Firdaus! Iskandar! Banyak sangat ke kerja tu sampaikan tak boleh nak bawak anak mama balik?" Soal mama.
"Haa, ingat pun kat anak, ingatkan ingat kat menantu jer tadi." Ujar Firdaus dan tersenyum.
"Dia merajuk tu mama!" Ujarku.
"Tua bangka pun still merajuk tu! Hahahah" Ujarku dan ketawa terbahak-bahak.
"Ape? Tua bangka?" Soal Firdaus dan terus mengejar aku. Aku berselindung di belakang ma aku.
"Ma, tolong iera!" Jeritku.
"Nak lari mana tu? Ha, ha." Soal Firdaus ingin menangkap aku.
"Dah dah! Firdaus, kamu ni kan, dah tua bangka pun nak main kejar-kejar lagi." Ujar mama, menahan untuk ketawa.
"Mama! Ape ni! Kenapa tak backup Firdaus?" Soal Firdaus.
"Hahahahaha" Ketawa ku terbahak-bahak.
"Korang ni kan, macam budak-budak." Ujar abah ku.
"Abah!!' Jeritku dan aku terus berlari memeluk abahku, dan bersalam dengannya.
#Malam#
"Hello, korang dah sampai ker?" Soalku.
"Dah nak sampai." Jawab Syaz.
"Aku lambat lagi, aku ngan Aliff nak berhenti makan jap ni." Ujar Aireen.
"Ooo. Okk, kalau dah sampai bagitau." Pesanku.
#Pagi#
Ting! Ting! Ting! Ting!
Penggera telefon ku berbunyi.
"Bang, bangun!" Arahku.
"Humm," Firdaus pun menggeliat. Dia pun duduk bersila di atas katil.
"Ehh dia ni. Tadi kejut orang, pastu dia pulak yang sambung tidur." Omel Firdaus.
"Honey! Wake up!" Arah Firdaus.
Aku pun bangun dengan perlahan-lahan dan terus duduk bersila menghadapnya.
"Ni, saya nak bagitau. Amri whatsapp saya semalam. Malam ni kita semua jumpa." Ujar Firdaus.
"Jumpa? Kat mane?" Soalku.
"Kat pantai." Jawab Firdaus.
Aku mengangguk tanda faham.
Firdaus pun menatap wajah aku. Dan dia melentokkan kepalanya ke atas bahu aku..
"Best kan kalau ada anak?" Soal Firdaus.
"Dah kenapa awak tanya macam tu? Kita dah cuba kan, tapi takde rezeki, nak buat macamana." Soalku.
Dia pun mengangkat kepalanya dan tersenyum nakal. Dah kenapa pulak ni?
"Em, iera pergi tolong ma apa yang patut." Ujarku dan terus melarikan diri.
Firdaus memandang aku dan ketawa kecil.
#MALAM#
"Haa, korang! Ade ape nak bagitau?" Soal Iskandar. Iskandar ni dah macam geng kitorang dah..
"Actually, i'm pregnant!" Jerit kami serentak.
Diorang semua terkejut.
"Sayang? Serious?" Soal Amri dan Syazliana mengangguk. Amri pun memeluk Syazliana.
"Darling! I'm so happy." Ucap Aliff dan memeluk Aireen.
"Tapi kenapa?" Soal Firdaus. Kawan-kawan aku tersentak dengan soalan Firdaus. Gila ker ape? Orang dapat anak happy, dia boleh pulak tanya 'kenapa'.
"Macamana kalau-" Firdaus menggantungkan ayatnya.
"Kalau saya mati?" Soalku.
"Wei, kau dah kenapa Firdaus! Nak sangat ker iera mati?" Soal Amri dengan bengang.
"Entahnya, cakap macam orang bodoh!" Sokong Aliff.
"Ajal maut kat tangan tuhan la wei. Kau sape nak tentukan?" Soal Amri.
"Aku cakap kalau kan?" Soal Firdaus kembali.
"Stop guys! Kalau betullah aku mati, aku nak korang tolong jaga anak ni, Syaz! Reen! Kau tolong aku bagi kasih sayang sepenuhnya kepada anak aku. And Iskandar, Amri and Aliff, tolong bantu Firdaus jaga anak kami." Pinta ku.
"Kalau kau tak cakap macam tu pun kitorang akan buat Ra! Kiter dah macam adik-beradik." Ujar Aireen. Syazliana turut mengangguk tanda setuju.
"No, aku berani bersumpah yang salah sorang antara kiter takkan pergi, kiter semua akan dipertemukan balik dekat sini... Tetapi masa tu riuh rendah dengan suara anak-anak kiter semua." Ujar Aliff dan tersenyum.
"Saya pun harap macamtu jugak biey." Sokong Aireen.
"Awak takkan ke mana-mana." Bisik Firdaus dan memeluk aku dengan erat.
'Saya janji saya akan tolong awak, iera.' Bisik Iskandar didalam hati.