~6 Tahun Kemudian~
Seorang budak perempuan berambut panjang yang berusia 6 tahun berlari menuju ke tingkat atas sambil memegang dua getah rambut.
Krek! (Pintu bilik dikuak)
"Daddy!" Panggil budak perempuan itu.
"Yes, baby!" Sahut Firdaus.
"Daddy! Can you help me?" Soal Budak itu.
"Yes, what is it?" Soal Firdaus dan mula duduk bercangkung untuk bertentang mata dengan anaknya.
"Tolong ikatkan rambut Qalesya." Pinta budak itu.
"What? Kenapa daddy pulak? Qalesya tak mintak tolong dengan nekmama ker?" Soal Firdaus.
"Alaa, nekmama cakap dia busy. Boleh la daddy." Rengek Qalesya.
"Yerla, mehh sini daddy ikatkan." Arah Firdaus dan Qalesya dengan laju pergi ke arah Firdaus.
"Kenapa dua ni?" Soal Firdaus.
"Ikat tocang yer daddy." Arah Qalesya.
"Yerla." Jawab Firdaus.
Usai mengikat rambut Qalesya,
"Ha, daddy! Daddy lupa something ea?" Soal Qalesya.
"Lupa? Lupa ape?" Soal Firdaus.
"Alaa daddy ni, dah start la tu perangai nyanyuk dia."Qalesya mencebik geram.
"Harini kan kita nak pergi pantai, nak jumpa dengan Afeeya, irelia, Aizat, mum Syaz, and mama Aireen. Kita bukannya selalu ada kat sini. Lusa dah kena balik KL" Terang Qalesya.
"Ohh. Daddy lupa. Takpela, Qalesya tunggu kat bawah,daddy nak bersiap jap." Arah Firdaus.
"Oky daddy." Jawab Qalesya dan terus memakai topi. Memang anak mummy dia, suka pakai topi. Hahha.
Qalesya pun melirik ke arah gambar di dinding. Gambar masa aku, Firdaus and kawan-kawan ku kahwin dulu.
"Daddy, Qalesya rindu mummy." Ujar Qalesya.
"Daddy pun rindu mummy jugak." Ujar Firdaus.
"Qalesya! Firdaus! Turun makan! Nanti dah sejuk tak sedap pulak nak makan!" Panggil Mama Firdaus.
Qalesya pun terus berlari ke dapur.
#Di Pantai#
"Haa! Tu dah sampai!" Teriak Syazliana.
"Come!" Panggil Aireen.
"Mum Syaz!!! Mama Aireen!!!" Teriak Qalesya dan terus berlari memeluk Aireen and Syazliana.
"Lamanya tak jumpa! Qalesya sihat?" Soal Syazliana disebalik pelukan itu.
"Sihat, mum and mama sihat?" Soal Qalesya kembali.
"Alhamdulillah sihat." Jawab Aireen dan Syazliana serentak.
Mereka pun meleraikan pelukan.
"Qalesya! Sini! Tengok istana pasir aku buat!" Jerit Afeeya.
"Mum, mama! Qalesya pergi sane ea?" Soal Qalesya.
Aireen dan Syazliana mengangguk, Qalesya pun berlari ke arah kawan-kawannya. Aireen and Syazliana pun terus pergi ke arah suami suami mereka.
"Macamana bro? Kerja okey?" Soal Amri kepada Firdaus.
"So far, okey." Jawab Firdaus.
"Aku tengok kau macam orang tak cukup tidur dah kenapa?" Soal Aliff dan menahan dari tertawa.
"Entahla, dalam seminggu ni asyik taklah tidur aje." Jawab Firdaus.
"Rindukan someone la tu." Sampuk Syazliana dan ketawa kecil.
"Assalamualaikum!" Panggilku dari arah belakang.
"Iera!!!!!!" Jerit Syazliana dan terus memeluk aku.
"Tak cakap pun kau nak datang sekali?" Soal Aireen.
"Well, surprise!!!" Jawabku.
Firdaus memandang aku dengan wajah tidak percaya.
Dia terus datang ke arah aku.
"Tak cakap pun nak datang? Bukanke awak outstation? Jumpa klien?" Soal Firdaus dengan hairan.
"Alaa abang ni, orang dah cakap kan tadi, surprise." Aku mencebik.
"Tak kisah la, apa-apa pun, abang rindu honey." Rengek Firdaus. Dah macam Qalesya ni. Hahahhah...
"Ehem, cair dah telinga aku ni." Sakat Amri.
"Same la kita." Sokong Aliff.
Mereka ketawa besar.
"Mummy!!!! i miss you!!" Jerit Qalesya dan terus berlari ke arah aku.
"I miss you too!!" Ucapku dan aku terus mengucup dahi anakku.
"Mummy Iera!" Jerit Afeeya, Irelia and Aizat.
"Hey!! Come to me!" Arahku dan aku mendepakan tangan, ingin memeluk mereka.
"Rindu mummy iera!" Jerit mereka.
"Mummy iera pun rindu korang!" Ujarku.
Haa, korang. Afeeya ni anak Aireen and Aliff, Irelia and Aizat ni pulak anak Syazliana with Amri.Syazliana dapat anak kembar. Aizat lelaki and Irelia perempuan.
"Assalamualaikum!" Sapa seseorang.
"Uncle Iskandar! Aunty Auni!" Jerit Afeeya, irelia and Aizat dan terus memeluk Iskandar and Auni. Qalesya tak teruja sangat sebab masa kat KL, hari-hari jumpa dengan Iskandar and Auni. Al maklumlah diorang kan kerja sekali dengan kitorang.
"Meh meh duduk." Ajak Amri.
Kami semua pun melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Irelia! Aizat! Mehh duduk kat sebelah mum!" Arah Syazliana.
"Taknak. Nak duduk kat mummy Iera!" Ujar Irelia.
"Aizat pun nak duduk kat daddy Firdaus." Ujar Aizat.
"Erh budak-budak ni." Marah Syazliana.
"Takpe Syaz! Dah lama kan tak jumpa. Takpe!" Ujarku.
"Afeeya! Dah kenapa tu?" Soal Aireen.
"Afeeya nak duduk kat dad Amry!" Ujar Afeeya.
"Bertuah punya budak!" Marah Aireen.
"Takpe Reen." Ujar Amri dan terus memeluk Afeeya.
"Haa, kalau dah taknak duduk kat mama, mehh Qalesya duduk dengan mama!" Ajak Aireen dengan lembut. Irelia memandang mamanya dengan tidak peduli.
"Okey mama Aireen!" Balas Qalesya.
"Ha, alang-alang semua dah ada.. i ada buat surprise untuk youalls!" Ujar ku dengan teruja.
Mereka memandang aku dengan hairan. Hadiah apa pulak?
Aku pun mengeluarkan telefon dari handbag...
"Hello! Tolong hantarkan sekarang!" Arahku.
Aku pun mematikan panggilan.
"Hantar ape?" Soal Qalesya.
Aku tidak menjawab soalannya.
And tiba-tiba ada 3 orang lelaki berpakaian hitam datang ke arah kami dengan makanan-makanan yang banyak, mereka pun meletakkan makanan tersebut ke atas meja kami. Usai mereka meletakkan,
"Oky, thanks!" Ucapku.
"Enjoy!" Ujar salah seorang daripada mereka. Aku mengangguk dan tersenyum.
"Wahhh! Banyaknya makanan! Ni ker surprisenya? Sodapp ni!" Ujar Iskandar.
"Yes! But, ni, abang bukak kotak besar tu!"Arahku kepada Firdaus.
"Yang ni?" Soal Firdaus.
"Ha ah." Jawabku.
Firdaus pun membuka kotak yang besar itu.
Sebaik sahaja Firdaus buka, mata diorang terbeliak. Diorang terkejut apabila melihat kek 3 tingkat itu bersama tulisan 'HAPPY ANNIVERSARY GUYS!' di atas kek.
"Wowwwwwwwwww!!!!!" Jerit Aireen.
"Kau plan semua ni??" Soal Aireen dan terus menekup mulut.
"Ra!!! Aku pun lupa harini annyversary kita semua." Ujar Syazliana dengan terkejut.
"Honey!" Panggil Firdaus dengan terkejut.
"Saya pun lupa harini annyversary kita." Ujar Firdaus dengan terkejut.
"Mum! Dad! i want this cake!" Jerit irelia.
"Woww! Big cake!" Jerit Qalesya.
"Mama, papa! i want too!" Jerit Afeeya.
"Haa, sabar-sabar! Tunggu mummy iera potong!" Arah Syazliana.
"Eeh, tak leh potong lagi." Ujarku. Aku pun meletakkan lilin di atas kek dan menyalakannya.
"Oky, korang. Jom selfie dulu." Ajakku.
Diorang mengangguk tanda setuju.
Klik! Klik! Klik!
Lepas siap kami selfie,
"Haa, jom tiup sama-sama!" Ajakku.
"1, 2 , 3!" Ujar Aireen and kitorang semua pun tiup.
"Haa! Cepat mummy! Potong!" Arah Qalesya.
"Ha, tunggu." Jawabku. And aku pun memotong kek itu dan meletakkan kedalam pinggan polisterin untuk sorang satu.
"Ha, macamana? Sedap tak?" Soalku.
"Sedap!!!" Jawab Afeeya, Qalesya, Irelia and Aizat serentak.
Aku pun membalas dengan senyuman.
Tiba-tiba aku nampak Aliff tersengih sorang-sorang.
"Kau dah kenapa Liff? Tersengih-sengih?" Soalku.
"Salah ke?" Soal Aliff.
"Tak la, cuma hairan." Jawabku.
"Aku cuma teringat, 6 tahun yang lepas, malam tu, kat tempat ni, masa korang semua bagitau korang pregnant." Ujar Aliff dan tersenyum.
Semua mata memandang ke arah Aliff.
"Kenapa?" Soalku.
"Aku pernah cakap, aku berani bersumpah yang salah sorang dari kita takkan pergi. And masa tu, kita semua akan ada kat sini, cumanya riuh rendah dengan anak-anak. Tak sangka mulut aku masin." Jawab Aliff dan tersengih.
Aku pun turut tersengih.
"Aku berterima kasih sangat-sangat kat orang yang tolong dermakan darah untuk aku." Ujarku.
"Tapi sayang, sampai sekarang aku tak tahu dia siapa." Ujarku.
Iskandar tersenyum.
'Biarlah rahsia Iera. Darah saya mengalir dalam tubuh awak.' Bisik Iskandar di dalam hati.
~...FLASHBACK...~
"Doktor, macamana dengan isteri saya and anak saya?'"Soal Firdaus.
"Anak encik selamat dilahirkan, tahniah, encik dapat anak perempuan, tapi isteri encik-" Doktor itu menggantungkan ayatnya.
"Kenapa dengan isteri saya, doktor?" Soal Firdaus dengan resah.
"Isteri encik mengalami pengeluaran darah yang banyak and saya tak boleh nak jamin dia boleh teruskan hidup.. Encik kena cari penderma tu secepat mungkin." Ujar doktor itu dan terus berlalu pergi.
"Kita kena cari penderma secepat mungkin." Ujar Auni dengan resah.
"Banyakkan bersabar, Firdaus. Kalau apa-apa jadi, kau kena jaga anak kau." Ujar Iskandar.
'Mungkin dah tiba masanya.' Bisik Iskandar di dalam hati.
"Jom balik." Ajak Iskandar.
"Kau gila? Isteri aku dalam keadaan macam tu and kau nak aku balik?" Soal Firdaus.
"Please. Sekali ni aje dengar cakap aku." Ujar Iskandar. Firdaus mengeluh dan terus mengekori Iskandar pulang ke rumah.
Usai Iskandar menghantar Firdaus and Auni ke rumah masing-masing, Iskandar pun meluru ke hospital semula.
"Doktor! Saya boleh jadi penderma untuk iera." Ujar Iskandar.
"Ok, saya nak check dulu darah encik sesuai atau tidak." Ujar doktor itu.
Setelah sejam...
"Encik Iskandar, encik boleh jadi penderma untuk Puan Iera sebab darah kamu berdua sepadan." Terang doktor itu.
"Alhamdulillah." Ucap Iskandar.
"Doktor, boleh tak saya nak doktor rahsiakan saya yang jadi penderma untuk iera?" Soal Iskandar.
"Kalau itu yang Encik mahu, saya turutkan aje." Ujar Doktor itu.
"Terima kasih." Ucap Iskandar.
~...END FLASHBACK...~
"Eh Iskandar! Makan la! Kenapa termenung pulak?" Soalku kepada Iskandar.
"Hehe, ha, alang-alang semua dah ada kat sini, aku nak bagitau something." Ujar Iskandar dan melirik ke arah Auni.
"Aku dengan Auni nak bertunang bulan depan. So, jemput datang la yer." Ujar Iskandar.
"What? Seriously? Good!" Ujar ku.
"Wei, asal tak bagitau?" Soal Firdaus dan tersengih.
"Wahhh!!! Bagus la macam tu." Ujar Amri dan tersengih.
"Kalau boleh aku nak korang korang ada masa tu." Ujar Auni.
"Ehh, kitorang mesti datang. BFF nak kahwin." Ujar Syazliana.
"Betul tu." Sokong Aireen.
"Kahwin?" Soal Qalesya.
"Yes, Qalesya." Jawab Iskandar.
"Qalesya pun nak kahwin." Rengek Qalesya.
"Hahhahahahahahahhaha" Kami semua tertawa besar dengar Qalesya cakap macam tu.
"I'm serious! Qalesya nak kahwin dengan Aizat." Ujar Qalesya.
"Aizat pun nak kahwin dengan Qalesya. Can i? mum, dad?" Soal Aizat.
"Boleh boleh." Jawab Syazliana dan Aireen serentak.
"Haaa! Ni! Sebelum aku terlupa, aku rasa macam aku nak buat satu novel ni tau! Aku nak buat cerita tu tentang kita semua." Ujarku.
"Tapi jalan cerita dia lain sikit. Aku nak buat ending tu aku takde."Terangku.
"Kenapa pulak? Buat la happy ending." Soal Aireen.
"Well, bukan setiap story berakhir dengan happy ending." Ujarku.
"So, aku nak tanya korang, kalau saat ini, aku takde, contoh la kan, aku meninggal. Ape yang korang akan cakap masa ni?" Soalku.
"Ku rindu kenangan bersamamu sahabat." Ujar mereka serentak.
"Nice." Ujarku.
"Honey! Takde hadiah lain ker?" Soal Firdaus dan tersenyum nakal.
"Hadiah? Ha, ade, kat rumah." Jawabku.
"Ehem.... Hadiah ape tu? Malam ni malam jumaat la wei." Amri berdehem.
"Hahhahaa" Ketawa Firdaus.
"Qalesya nak dapat adik ker?" Soal Qalesya dan tertawa kecil.
Kami semua memandang Qalesya dengan wajah tak percaya. Macamana budak sebesar ni dah pandai bercakap pasal tu.
"Qalesya!" Tegur ku.
"Hahhahahahahaha" Ketawa Aireen dan Syazliana.
Merah padam wajah Aku dan Firdaus.
"Finally, semuanya berakhir dengan happy ending." Ujar Aliff dan tersenyum. Dia melingkarkan tangannya ke pinggang Aireen. Amri merangkul bahu Syazliana. Firdaus memeluk aku dengan erat. Iskandar dan Auni bertentangan mata. Waktu yang senja di tepi pantai ini membuktikan percintaan dan persahabatan mereka. Sampai bila-bila mereka takkan lepaskan pelukan itu kerana mereka adalah sahabat untuk selama-lamanya...
~Tamat....~
______________________________________________
For Syazliana and Aireen yang tengah baca ni, aku berterima kasih sangat dengan korang sebab jadi kawan yang terbaik untuk aku and aku sayang korang tau. Aku harap persahabatan kita akan berkekalan sampai bila-bila. Banyak benda dah yang kita tempuhi bersama,, aku mintak maaf sangat sangat sekiranya sepanjang kiter berkawan ni aku ade sakitkan hati korang, korang memang the best la!
______________________________________________