KELAB MALAM
Malam minggu yang pastinya sangat meriah,bila semua teman² mengajak keluar untuk berparti."parti" siapa yang tidak suka,apa lagi tempat itu sungguh menghiburkan hati,semua penat lelah hilang bila berkumpul beramai² di tempat hiburan.
Iyalah,tempat hiburan...siapa tidak tahu tempat hiburan yang paling terkenal di ibu kota negara kita,dekat situ kita boleh berjumpa bermacam² gaya dan sifat orang,apa lagi warga asing,tidak kalah juga warga tempatan.
Ruth dan teman² mendekati pintu masuk kelab hiburan Z,terasa segar dan bersemangat saat pintu terbuka,muzik yang kuat boleh terasa di dalam dada seiringan dengan dentuman yang menguasai telinga...
"Wow!"Ruth menunjukkan ibu jari kepada temannya Jessy.Jessy tersenyum dan membalas good serta mengeleng-gelengkan kepalanya dengan mata terpejam,tanda syok sedang menikmati indahnya dunia terutama malam ini.
Jadi mereka berempat memilih meja di ruang bawah,supaya lebih jelas melihat lelaki hemsem dan nak menari nanti mudah masuk gelanggang,tak perlu nak naik turun tangga,apa lagi berkasut tumit tinggi naik turun,tersilap langkah kaki boleh terseliuh.
Ruth mengikuti teman²nya ke kelab malam,biasa bukan untuk menari,tapi untuk minum,dia sangat suka minum minuman beralkohol,setiap kali minum,dia merasakan manisnya alkohol yang di rasai pahit bagi teman²nya.
Bila saja dia mabuk,baru dia akan menari,dah tentulah tarian yang pelik,Ruth tidak pandai menari,bila dia menari seperti bangku,kaku dan tak seksi langsung.Ruth nakal bila mabuk saja,dah tentu menjadi perhatian para buaya darat.
Dari ruang tempat duduknya,Ruth melihat temannya bersemangat menari gaya orang berzumba,mereka semua mudah mendapati teman menari saat masuk ke gelanggang yang di penuhi lelaki pelbagai bangsa,macam² ada,cari lah dari negara mana,semua ada dalam satu tempat.
Cahaya lampu dan musik yang kuat menbuat mereka terleka dan terlupa Ruth bersendirian tidak berteman selain minum saja hobinya,
arak kegemaran Ruth yang mengandungi kandungan 40peratus alkohol di dalamnya sekali diteguk saja olehnya,kalau seorang pemula nak minum seperti itu,sudah pasti bersembur muntah sampai terkeluar isi dari dalam perut,tapi Ruth tenang saja,setiap kali dia minum,wajahnya dah terasa sembab dan matanya mendapat vision malam seperti pengelihatan kucing.
Melihat teman²nya menari,dia hanya tersenyum melihat mereka."sial,kenapa aku berada sini?tengok mereka tergedik² joget depan jantan,"marah Ruth lalu berdiri dari sofanya,dia cuba bangun dari tempat duduknya dengan berhati²,merasakan langkahnya betul atau seperti ketam berjalan mengiring.
Ruth berfikir,"kalau jatuh macam mana,mampuslah kena pijak dengan orang ramai kat sini."Ruth perlahan² berjalan menuju ke tandas untuk menbuang air kecil serta mencuci wajahnya dan berehat seketika."habis make up aku."lalu Ruth betulkan sikit lipstik di bibirnya.
KAT TANDAS
"Tengok okay apa,jantan tak perasanlah tempat macam ni,pakai make up ke tak."fikir Ruth.
Ruth tersenyum menuju ke pintu untuk keluar,tapi pintunya tidak boleh di buka,terkial² dia hendak menbuka pintu tandas,tiba² seorang wanita cantik yang masuk bersamanya ke tandas tadi,menolong menarik pintu tandas dan melihat ke arah Ruth tersenyum.
"ha...ha...ha... terima kasih."Ruth tertawa sambil menahan rasa malu,,Ruth tolak pintu yang sepatut dia tarik.
Ruth ketawa sebab untuk mengawal rasa malu,kerana mabuk tidak boleh menbuka pintu,sebab sel² otak tidak berhubung dengan baik tadi,Ruth kembali ke tempat duduknya semula,kali ini dia merasa sangat segar dan melambai ke arah temannya yang sibuk menari.
Kemudian Zoey mendekati Ruth dan bertanya "mengapa... melihat Ruth seakan bosan.
Kamu tidak mahu menari ke?rugi lah,malam ini banyak lelaki hemsem,boleh kenal²,awak patut cari teman lelaki sekarang,jangan sibuk kerja saja,hidup kena ada kekasih."kata Zoey.
Ruth buat tidak dengar,dia bertanya"bila kita nak balik?"sebab dia dah merasa bosan sangat,Zoey takut Ruth balik sendiri,jadi dia murah hati belanje kawannya dengan wain lagi,jadi Ruth pun tidak ada alasan nak tolak minuman kegemaran dia.
Saat Ruth sedang minum seorang diri,datang seorang lelaki kacak mendekatinya dengan bahasa isyarat ke laut,"boleh ke dia duduk kat sini?"lelaki itu menggunakan isyarat tangan.
Ruth melihat lelaki itu,boleh tahan juga fikirnya dalam hati.Ruth menpersilakan lelaki itu duduk dengan isyarat tangannya juga,mereka saling pandang dan tersenyum,masing² berdiam,tapi dalam hati bedebar nak mampus,si kacak dan si cantik sedang malu² saling tengok dan senyum² saja.
Tapi tidak sampai tiga minit kemudian mereka dah rapat sangat,macam sudah kenal dari dalam perut lagi,ialah air pengawal malu dah meresap ke dalam kepala menyatukan mereka berdua,mereka berbual dengan mesra dan saling bertukar numbor phone masing².
Ruth kelihatan sangat menarik malam ini,pesonaliti dia nampak peramah dan lucu,sungguh menyenangkan hati Villiam untuk mendekatinya.Villiam tertarik kepada Ruth dengan sekilas pandang saja,sebab cuma Ruth saja duduk dan minum tak menari,kebetulan Villiam yang dah lama bujang juga sedang mencari ketenangan malam ini,tapi dia tidak sangka aura Ruth dapat menarik pandangan mata dan hatinya...dub..dub..dub..jantungnya bedebar.
Villiam terus pergi ke arah Ruth tanpa berfikir panjang,sebab Ruth mempunyai jenis ciri² wanita idamannya.Villiam merasakan kalau jodohnya dah sampai waktu tunggu apa lagi.Villiam terlalu sibuk berkerja,sehingga tiada masa untuk mencari teman wanita,setelah melihat Ruth,"ya...ini dia jenis idamanku."mata Villiam bercahaya seperti lampu suluh.
Mereka hanya duduk berbisik²,setiap kali berbisik sudah pasti tubuh terasa bertapa sensitifnya telinga dan bau wangian yang menusuk ke lubang hidung mereka,apa lagi tersentuh sikit bahu dan hidung ke pipi,duduk berduaan seperti tiada siapa yang melihat mereka bergurau senda,mereka kelihatan sangat bahagia hingga Ruth terlupa temannya di tempat orang menari.
MALAM SUDAH LEWAT
Villiam bertanya kepada Ruth,"awak nak balik?saya boleh tolong hantarkan."Ruth melihat ke arah temannya yang lain,masih lagi bergelek² dengan lelaki yang mereka semua dapat,jadi Ruth fikir,baik dia balik dulu, menunggu kawan sampai lewat pun tak dapat apa.
"okay,kalau tidak menyusahkan awak,tapi niat awak baik kan?"Ruth bertanya kepada Villiam."yes!jujur sangat."kata Villiam."ok,saya mesej pada kawan saya dulu,supaya nanti mereka tidak tercari² saya."kata Ruth.
Mereka pun keluar dari kelab menuju ke arah kereta Villiam.Honda city.....
"tunggu sekejap."Ruth berkata,"tidak salahkan,kalau saya bergambar dengan awak dulu?"
"ok."Villiam menjawab yakin,mereka pun berselfie di tepi kereta Villiam.lalu Ruth mengkongsikan gambar itu di ruang media sosialnya,mengapa...sebab kalau terjadi apa²,Villiam lah orang terakhir bersama dengan Ruth lewat malam ini,bijakkan? walaupun seliar² apa perangai seseorang,keselamatan paling penting...
"Awak takut saya buat jahat ke?"tanya Villiam.
"Tidak...itu jaminan keselamatan saja."jawab Ruth sambil menjeling manja kepada Villiam.
Dalam perjalanan menghantar Ruth pulang,Villiam banyak bertanya kepada Ruth,mereka rancak berborak memanjang hingga sampai ke distinasi.
"tidak perlu risau saya baik juga,berkerja di restoran lima bintang sebagai chef,awak pula kerja apa?"Villiam bertanya kepada Ruth.
"oh,ya ke?saya waitress...jawap Ruth dalam keadaan mabuk.
"di restoran mana?tanya Villiam bersemangat.
DI BAWAH APARTMENTS
Tapi perbualan mereka terhenti,setelah sampai di hadapan apartment Ruth.Ruth keluar dari kereta dan melambai tangannya kepada Villiam sambil menuju ke arah lif.
Villiam bersuara,"bujang lagi,memang kena dengan citarasa aku."dia tersenyum sambil meninggalkan ruang bawah apartments itu.
Ruth sampai di rumahnya,dia menbuka pintu rumah dan berlari menuju ke dalam tandas dengan cepat,tidak tahan menahan pundi kencing,lega...lalu dia mandi membersihkan diri,nasib esok cuti,boleh tidur lama sikit kata Ruth,Kalau tak mampus nak pergi kerja, sudah terlalu lewat baru sampai di rumah,lalu dia menrebahkan diri ke atas tilamnya....
TENGAH HARI
Phone vivo Ruth berbunyi sudah berapa kali,tapi dia memekakan telinganya,kerana matanya lebih penting dari panggilan,apa lagi pada waktu cuti memang dia tidak peduli siapa pun yang telefon saat dia sedang tidur.
Ruth boleh tidur satu hari tanpa makan,tidur menbuat dia lebih bertenaga,Kalau dia kurang tidur pasti moodnya berubah dengan cepat.Ruth suka marah² dan berdiam diri saja dari bercakap dengan semua orang,dia seperti pesakit jiwa,otaknya melayang tidak boleh di kawal,bunyi bising dari phone sekejap berdering sekejap pula mendapat pesan.
"sial lah!geng mana pula yang tak reti bahasa menganggu aku!hello!...kenapa call,orang nak tidur ni."marah Ruth yang menyangka temannya.
tapi pemanggilnya senyap saja dan tertawa"oi,garangnya gadis malam tadi ke?"tanya Villiam.
"maaf,siapa ni?"Ruth bertanya dengan suara pelahan,kemudian dia melihat numbor di phonenya,ada tertulis nama Villiam.
"Maaf,awak Villiam ke?"tanya Ruth.
"ya...saya,ingat tak malam tadi kita pernah jumpa di kelab?"kata Villiam.
"hm...saya ada masalah ingatan,biasanya saya tak begitu mesra hingga bagi numbor phone kepada orang sesuka hati,macam mana awak dapat numbor saya?"Ruth keliru.
"Rahsia... awak senang tak sekarang? saya baru bangun dari tidur juga,rasa lapar nak makan,saya teringat pada awak,jadi nak belanja awak makan,boleh tak?"tanya Villiam lagi.
"Ooo...maaf,saya ada hal sekarang,lain kali kita keluar okay.bye...Ruth mematikan panggilan dengan cepat,dia agak cemas dengan pelawaan orang tiba²,apalagi orang yang dia tidak kenal.Ruth berfikir bagaimana dia boleh kenal lelaki itu."sial punya kawan,mesti dia orang tinggalkan aku malam tadi."Eh,macam mana pula aku balik malam tadi,aku balik dengan siapa?"fikir Ruth.
Tiba² ada call masuk lagi,dari Jessy.
"Ruth,bertuahlah kamu,malam tadi kamu dapat kpop mana?hemsem gilalah,siapa nama dia?"tanya Jessy.Ruth menaikan bulu keningnya mendengar Jessy sedang bercakap,"apa yang kau merepek ni?kpop apa bendanya,aku balik pun tak ingat,kamu semua pergi mana?nasib aku masih hidup,sial lah ada teman seperti kamu semua,tinggal membe sorang²."marah Ruth.
"Ruth....saya rasa awak yang salah,sebab tinggalkan kita semua tahu,awak mesej Noly,awak nak balik dulu,semasa kita semua nak balik ada cari awak sampai nak gila,ingat kamu dah kena culik!tapi tengok kat mesej,awak dah balik dulu,cuba awak tengok balik phone kamu tu, betul ke tak?"kata Jessy.
"Jessy,macam mana awak tahu saya tiba² dengan kpop ni?saya nak tahu juga,sebab betul saya tak ingat hal semalam,mungkin saya minum terlalu banyak sangat malam tadi?"Ruth keliru.
"ha...tengok kamu punya statuslah,awak ni beruntunglah...nanti kerja mesti jadi gosip panaslah,lalu Ruth mematikan phone semasa Jessy tengah sedap bercakap.
"sial punya membe,tutup phone tak cakap!"jerit Jessy marah.
Ruth melihat status IG nya.wow!!....mulutnya terbuka sampai air liur nak meleleh."biar betul kpop!kot² dia yang call tadi,wow!"hatinya seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat,lelaki kacak...
"kacak sungguh,kena dengan citarasa aku ni,omg....kalau betul tadi dia yang call,habis tu dia dapat numbor aku dari mana?tak mungkin aku beri numbor phone kat dia,tapi mungkin juga,sebab dia hemsem...eeee."Ruth semakin naik miang dah,siapa tidak suka sesuatu yang cantik,bohong lah...kalau cakap tidak tertarik,apa lagi berlainan jantina,lagilah berkenan,perasaan ingin tahu semakin kuat sangat.
Ruth berguling² di atas tilamnya,dia rasa menyesal cepat sangat menolak tawaran belanja makan tadi."aduh...mengapa aku terus tolak,sekarang dah merasa rugi,sepatutnya sekarang boleh keluar dating dengan kpop ni, bodoh kau Ruth!"sambil mengetuk kepalanya sendiri.
DI BILIK MANDI
Ruth merasa menyesal,lalu ke bilik mandi untuk menyejukan tubuh dan hatinya yang kesal,mandi sambil menyanyi lagu sedih,seperti putus bercinta.Ruth sedang berfikir selepas mandi nanti,dia nak call semula Villiam tadi,fikirannya masih terbayang bertapa hemsemnya Villiam,lagi pun dia dah lama membujang,sejak cinta pertamanya menghilangkan diri ke luar negara melanjutkan pelajaran,bila Ruth mengingati kembali sejarah lamanya,dia merasa nak marah saja.
Dia rasa bodoh percaya kepada seorang lelaki yang dia fikir akan hidup semati dengannya
selesai mandi,Ruth bersiap dengan cantik nak keluar,tiba dia berasa lapar pula.Jadi Ruth fikir nak pergi makan di kedai nasi campur kegemarannya di hujung jalan tempat dia tinggal, setelah dia keluar dari lif,dia ingin menuju ke kedai makan uncle cina yang menjual nasi campur,macam² jenis makanan yang ada dan murah,tiba² ada bunyi horn kereta dari belakangnya,siapa lagi kalau bukan lelaki kacak itu tu,Villiam memandu kereta honda city dengan kaca mata hitam,warna rambut keemasan...wow...seperti terperangkap dalam jerat sendiri.
KAT TEPI JALAN
"wow,hemsemnya pikir Ruth...Ruth kaku dan juga malu sebenarnya,ialah alkohol dalam kepala dah tidak ada lagi,sekarang sudah sedar seratus peratus.Villiam menbuka cermin tingkap keretanya dan berkata"naiklah,saya nak awak temankan saya makan juga."Ruth malu dan teragak²...tapi ialah takkan malam tadi saja mesra sangat,sekarang dah macam model patung pakaian.
"cepat naik,kereta kat belakang dah tunggu,
jangan menganggu lalu lintas." kata Villiam dengan senyuman manis menampakan gigi putih cantiknya,dalam fikiran Ruth,"bersihnya gigi."lalu dia menbuka pintu kereta dan masuk duduk di sebelah penumpang di bahagian pemandu.Villiam tersenyum,"tak sangka boleh terjumpa dengan awak,tadi ajak makan cepat betul menolak,Sekarang macam mana...awak malu ke?"selamba Villiam berkata.
Ruth masih berdiam,memang dia malu,dia tidak pernah bergitu dekat dengan lelaki lain,selain rakan kerja dan ahli keluarganya,apa lagi duduk berduaan dalam kereta seperti ini,biarpun terasa malu,hatinya tetap rasa gembira juga,crush...dengan lelaki hemsem.
"Ruth,kamu nak makan apa dan di mana?"Villiam bertanya untuk memulakan perbualan...
"sebenarnya,saya nak makan di kedai hujung jalan tadi,tapi awak pulak dah bawa jauh dari situ."jawab Ruth.
"ooo...sorry,saya tidak tahu,okay,apa kata saya bawa kamu di tempat yang saya suka pergi makan."kata Villiam.
Villiam memandu ke arah puchong,di sebuah restoren cina yang terkenal dengan nasi ayam bebola dekat situ ada taugeh kicap,ayam stim lembut manis sehingga mencair dalam mulut,itik berempah dan peria goreng telur masin,tempat ini selalu penuh dengan pelanggan bila tiba waktu makan tengah hari,semua pekerja di kawasan itu akan menjamu selera di kedai nasi ayam ini.
DI KEDAI MAKAN
Villiam pun mula memesan makanan yang terkenal di kedai itu,dia juga memesan teh cina dalam teko putih,biasa selain teh cina ada air yang di panggil liong sui,sejenis minum herba penyejuk badan,tidak perlu menunggu waktu yang lama hidangan sudah tersedia di atas meja,hanya menunggu untuk di jamah.Villiam mempersilakan Ruth untuk makan.
"cubalah nasi ayam ini,sedap tau,daging ayam dan taugeh ini kegemaran saya."kata Villiam.
Saja nak bagi hit kepada Ruth dia suka makan apa.Ruth menjamah dengan pelahan,orang lain melihat mereka dan berbisik,sedang bercinta ke nampak malu²,zaman sekarang jarang ada yang malu² dah,wajah dan telinga Ruth terasa panas mendengar orang bercakap tentang mereka berdua.Villiam cuma mampu tersenyum,dia tidak sangka gadis malam tadi yang lincah dan yakin dah jadi seperti koala.
Ruth tahu Villiam tersenyum sebab mendengar bisikan orang,Ruth pula tidak boleh buat apa dah,tahan saja rasa malunya tu,apa lagi dia tidak boleh melihat tepat ke arah mata Villiam,terlalu mengoda sehingga menusuk jantungnya.Ruth hanya berharap,cepat lah menghantar dia balik ke rumah.
DI DALAM KERETA
Selesai makan,Villiam bertanya Ruth nak pergi mana?Ruth menjawab,nak balik ke rumah.Villiam bertanya lagi,"kamu ada kerja ke nanti?"Ruth jawab tidak ada,esok dia akan berkerja,hari ini dia cuti.Villiam tersenyum lagi dan membawanya ke panggung wayang,tidak sempat Ruth nak menolak,Ruth di bawa ke sebuah mall terkenal.Villiam menculik Ruth menemaninya menonton wayang...