Pada pukul tujuh setengah pagi Ruth telah tiba di tempat dia berkerja,di sebuah restoran mewah di tengah bandaraya,dia berkerja sebagai pelayan biasa yang menghantar makanan ke meja pelanggan,di ruangan besar di tengah restoran yang luas mempunyai hampir lima puluh buah meja bersamaan enam tempat duduk,di tambah lagi bilik khas vip yang istimewa,sudah pasti harga berbeza dengan meja yang berada di bahagian luar bilik vip,bahagian luar di jaga oleh lebih dua puluh orang waitress untuk lima puluh buah meja makan,di dalam bilik vip di jaga oleh seseorang yang berpengalaman dan sudah pasti seorang yang cantik,bahagian vip akan di bantu oleh seorang yang di panggil kapten ketua waiters,seseorang yang telah lama berkerja dan mempunyai banyak pegalaman dalam urusan yang berkaitan dengan
makanan,pelanggan dan perancang majlis
di restoran besar dan mewah ini,bukan saja boleh di tempah untuk menjamu selera bersama ahli keluarga,tetapi juga boleh mengadakan upacara hari jadi, mesyuarat dan majlis perkawinan,orang cina biasa suka mengadakan majlis besar di restoran mewah,apalagi yang mempunyai saudara dan sahabat baik yang ramai,semakin banyak saudara dan teman semakin bagus,biasanya majlis perkawinan mereka akan mendapat pulangan balik,biasa bajet untuk mereka berkawin sangat mahal dan hebat,kalau ringkas pun paling kurang tetap puluhan ribu ringgit,apalagi dari keluarga yang kaya.
Tapi kebanyakan yang tidak mampu,mereka pergi mendaftar di JPN dan makan bersama ahli keluarga kedua belah pihak sudah memadai.
"hei Ruth,awak sudah ada boyfriend ya?
itu budak lelaki sangat kacak,mana kamu dapat itu oppa?"tanya kapten secara tiba-tiba.
Ruth malu² nak menjawab,muka dia kelihatan merah² kepanasan,semalam dia pergi makan dan tengok wayang berdua,cepat juga tindakan Villiam ambil,tidak sempat nak menolak,Villiam dah bawa dulu,baru tanya...
"dia kawan saja,baru kenal."Ruth jawab tersenggih.
"oh,belum ada girlfriend lagi ke?kalau kamu tidak mahu,saya mahu! handsome ooo....
Fikir Ruth,nak bagi dia,dahlah buaya betina,jangan haraplah...
"Saya pergi simpan barang dulu,sekejap lagi customer mesti ramaikan,kita patut bersiap dulu."kata Ruth.
"ok²,awak jaga macam biasa ya,"kata Lucy.
Lucy ialah kapten pelayan,seorang amoi cantik yang tinggi lampai,putih bersih dan berambut panjang menyentuh punggung berwarna kekuningan,pengoda orangnya.
semua pelayan telah tiba,menanti tugas masing²,dua pelayan yang manis di tugaskan menjaga pintu,sebaik saja terlihat pelanggan tetap,pintu sedia di bukakan kepada mereka,di sambut seperti orang kenamaan kepada setiap semua pelanggan restoran C
di tambah dengan senyuman gadis yang comel dan manis,hati siapa tidak terpikat dan gembira,setiap kali datang makan mereka di layan seperti raja,teknik menarik hati pelanggan seperti ini,memang berkesan,kadang² boleh di kira seminggu berapa kali pelanggan setia akan datang menjamu selera bersama ahli keluarga mereka,kadang itu ada pelanggan yang nakal hanya datang seorang diri untuk melihat pelayan dan yang membawa kawan datang mencari mangsa di sini,jangan fikir waitress tidak glomur kerja sebagai waiterss,ada mata-mata nakal yang suka kepada waiterss sebab nampak comel,kerja pun cekap dan pantas.
"Ruth,semalam kamu dah dapat ke?"tanya Jessy kepada Ruth,biasalah geng nak tahu juga pasal kawan,ada cerita baik mesti kongsi, perempuan kalau bab bergosip teruk sehingga hal dalam seluar pun boleh cerita A to Z.
"apa maksud awak, saya dapat apa?" Ruth berpura tidak tahu.
"lah...malu pula,pasal lelaki handsome malam tadi,siapa nama dia?nak tahu juga...pls!rayu si Jessy.
"kita sekarang tengah kerja ni,nanti bos marah, tunggu waktu rehat,saya ceritakan."kata Ruth.
"ok,jangan lupa tahu."balas Jessy memperingati Ruth.
Pening kepala Ruth,kawannya yang satu ini,dia memang baik.Tapi kuat bergosip dan mengarut,kalau dia sudah mula bertanya,dia akan bertanya terus selagi tidak dicakap .Jessy cantik dan seksi,siapa tidak tergoda melihat dia,apa lagi bila dia menari,gelengkan pinggang yang itu menbuat lelaki tidur tak lena.
Ruth melihat sekeliling dalam keadaan berjaga²,manalah tahu pelanggan meminta sesuatu,selalu ada saja yang di minta oleh pelanggan,nak tambah nasi,nak buah,nak tukar piring kecil,tambah air,nak tisu,nak sudu...macam² sehingga boleh rasa naik angin juga bila berjumpa dengan pelanggan yang cerewet tak masuk akal.
Tapi menjadi waiters sangat seronok juga,ada suka dukanya,gaji pun boleh tahan banyak juga,nak kata susah tak juga,yang penting kerja kena cepat dan pantas tak boleh perlahan macam siput,apa lagi bos cina.Soal makanan memang kena cepat dan teratur.
Masak pun cepat,hidang pun kena cepat,tapi yang rasa menyampah dengan pelanggan yang suka makan berlama²,sampai pelanggan lain nak makan pun kena tunggu mereka,jenis pelanggan seperti ini yang biasa tidak di sukai sangat oleh pekerja restoran.Tapi kena layan juga sebab mereka pelanggan,sebab mereka waiters dibayar gaji,siap ada tips lagi,itu pun kalau pelanggan tidak kedekut nak bagi tips,biar pun seringgit,itu sudah berbaloi bagi waiters.
kadang ada pelanggan yang murah hati,mereka boleh saja beri tips terus kepada waiters kesukaan mereka,biasa ada waiters yang mereka gemar,karena ramah dan pandai melayan mereka membuat mereka rasa selesa setiap kali mereka datang.
Kerja akan jadi semakin banyak pada waktu hampir tengah hari dan pada waktu makan malam,malam memang banyak pelanggan,kalau ada jamuan,restoren tidak terbuka kepada pelanggan biasa,sebab restoren menumpukan sepenuhnya kepada acara jamuan saja,terutama majlis perkawinan....
PADA WAKTU REHAT
Ruth dan semua temannya mula berkemas tanda dah masuk waktu berehat,biasa setelah selesai makan mereka akan pulang istirehat sebentar,mereka boleh tidur seketika,memilih untuk keluar dengan pasangan atau rehat saja di rumah,terpulang asalkan jangan malas nak masuk kerja semula.Ruth biasa akan balik tidur,tapi temannya yang lain sempat lagi berpusing dipusat bandar.
Kali ini,Jessy mengikuti Ruth balik ke apartment,Jessy nak tahu tentang cerita Ruth dengan oppa yang handsome itu,Jessy heran macam mana Ruth boleh dapat yang kacak dengan cuma duduk dan minum saja tanpa masuk ke tempat menari dalam kelab.
DI RUMAH RUTH
Sampai di rumah,mereka berdua duduk dulu bergosip banyak hal yang terjadi,hati Jessy dah tak sabar nak dengar cerita dari Ruth,tapi Ruth nampak macam berahsia² sangat.Ruth pun tak tahu bagaimana nak mula,sebab dia baru kenal dengan Villiam.
"Ruth,ceritalah macam mana boleh kenal dengan oppa itu?aku nak cari yang macam itu tak dapat."kata Jessy.
"Jessy,aku pun tak tahu sangat,betul tak ingat,malam tu aku minum banyak sangat."jawap si Ruth.
"habis tu macam mana kamu boleh bergambar dengan dia?"
"mungkin,sebab dia hantar saya balik,itu pun saya tidak ingat sangat,yang saya ada bergambar dengan dia, selepas itu saya tak ingat semuanya."
"Kamu...mesti rahsiakan,ada cium tak?"tanya Jessy.
"gila,mana ada!!baru kenal..."tegas Ruth.
"mmm...biasa kalau dah high sangat,mesti ada punya"Jessy tak percaya.
"Tidak.....saya rasa saya tidak akan buat benda gitu"
"Sekarang...dia ada call awak lagi tak?awak suka dia?"
"mmm....ok,semalam tiba² dia jemput saya keluar makan dan tengok wayang...he.. he...
"Apa!?kamu...cepatnya?"
"Awak sendiri tahukan saya macam mana,saya nervous teruk,awak tahu tak,saya dah macam anak patung,saya betul² tak tahu nak buat apa,saya rasa nak menghilangkan diri macam itu saja,sampai ke dalam perut saya rasa kecut semacam semasa keluar dengan dia."
"maksudnya mesti dia sangat handsome,dia..dia..dia...kerja apa?"Jessy ingin tahu.
"Ops... saya tidak tahu dia kerja apa,tapi dia pakai honda city...
"Bagus...ada kenderaan juga,nak dating pergi mana² mudah,mesti kamu seronok... tak lama lagi ada boyfriend."kata Jessy.
"Nak dating bawa kereta masing-masing baru seronok,boleh berlumba...ha..ha..ha...Ruth ketawa.
"Apa yang seronoknya,kalau guna kereta masing-masing,kamu jenis tak romantik langsung."Jessy buat muka muncung itik,cemburu sikit kot.
Petang itu,mereka berbual hingga tertidur,tepat jam empat setengah,jam phone berbunyi menandakan mereka kena bersiap untuk mandi dan pergi menyambung kerja,maka tergesa-gesa mereka berdua nak bersiap,seperti mandi kerbau,tapi make up sangat glomur,senjata utama pada waktu kerja malam.
Biasa pada waktu ini pelanggan tiba ² banyak,sudah pasti yang kacak juga datang makan,boleh membuat waitress berkerja dengan semangat,sambil mencari kenalan baru,itu pun kalau ada yang berkenan,biasa lelaki yang makan di restoren mewah ini,latar belakang mereka boleh tahan juga terutama dari segi kerjaya,kalau dah tuah badan,pucuk di pinta ulam mendatang untunglah.
Ruth dan Jessy tergesa-gesa bergegas ke lif,untung Ruth ada kenderaan,biasa pagi dia suka berjalan kaki atau naik bas,cuma bila dah masuk shif malam,dia akan memandu kenderaan sendiri,bahaya seorang perempuan berjalan kaki seorang diri.
Ruth tinggal sendirian di apartment itu selepas abangnya pergi berkerja di singapura.Jessy tinggal bersama teman mereka yang lain di asrama yang di sediakan oleh pihak restoren,tidak sampai berapa belas minit dari tempat kerja mereka untuk pergi balik antara asrama dan tempat kerja.
Tapi Ruth lebih selesa tinggal di rumah itu sendiri dari tinggal bersama banyak orang,apalagi temannya.Teman-temannya terlalu sosial darinya,dia merasa kurang selesa,apa lagi ayahnya seorang lelaki tua yang berfikir terlalu kolot, terutama hal jantina berlawanan,kalau ayah Ruth tahu lelaki keluar masuk asrama,teruk Ruth kena marah,kawasan tempat Ruth tinggal ada pengintip ayahnya,sebab ayahnya pernah tinggal di apartment itu sebelum ini dan berkawan dengan berapa orang tua suka bergosip,bukan perempuan saja ada geng gosip,lelaki pun apa kurang hal bergosip,lagi parah rasanya dari perempuan sendiri.
DI RESTOREN
"Ye...sampai juga awal,ingat kita dah lewat tadi."kata Jessy sambil keluar dari kereta yang di paking ditepi restoran tempat mereka berkerja,mereka terus menuju masuk ke tempat letak barang,seperti biasa mereka akan mengeringkan pinggan,mangkuk,sudu,garpu dan chopstick dulu dengan towel yang bersih khas di sediakan untuk mengelapkan semua peralatan tadi, tuala yang sudah siap di gunakan akan di cuci oleh kakitangan restoren,tidak termasuk kain alas meja yang akan di ambil oleh pihak pekerja dobi pada setiap pagi,mereka juga akan menbawa alas meja yang telah di cuci sebelumnya di hantar semula dan bergitulah setiap hari.
"sibuk,tak sangka malam ini,awal-awal pukul lapan pun orang dah penuh."Jessy merunggut.
"Betul,dah memang waktu makan,mestilah ramai."jawab Ruth yang sedang mengemas meja dengan cepat.
Mereka harus cepat mengemaskan meja terutama pelanggan semakin ramai,pelanggan yang siap makan baru keluar,pelanggan yang baru masuk pula akan duduk,kerja tidak berhenti-henti sampai masa habis pun masih ada lagi yang datang,biar pun sudah diberitahu dah habis masa.Kalau chef di dapur masih larat nak masak,pihak restoran akan menerima,kalau tidak pihak restoran menolak dengan sopan.
"Penat!!...aku penat dan mengantuk ni."keluh Jessy.
Ruth memicit-micit bahu yang lenguh dan kaki yang tetiba kejang,malam-malam waktu nak tidur kejang tak tentu pasal,masa itu kepala otak berfikir ingin berhenti kerja,tidak tahan sangat dan rasa nak berputus asa,tapi bila tiba waktu gaji,segala keluhan di lupakan gembira dapat gaji.
"Aku balik dulu..."Ruth bersiap untuk balik.
"Ruth,berhati-hati okay,tolong memandu pelahan,biar lambat asal selamat."kata temannya.
"okay jangan risau, aku balik dulu, jumpa esok ladies."Ruth melambaikan tangan kepada rakan sekerjanya,dia memandu pulang ke apartment sambil mendengar musik,Ruth suka mendengar musik sewaktu memandu,apa saja jenis musik di dunia ini yang rancak,klasik dan rock,dia layan saja ikut moodnya.
DI RUMAH
Sampai di rumahnya,dia mendapat satu mesej whatsapp dari Villiam,berdebar jantungnya melihat nama Villiam tertera di screen phone,kalau dia cepat menbuka whatsapp tu, fikirnya tergesa pula, jadi dia tahankan diri,bertenang...Ruth pergi mandi dulu,buka radio hits fm dulu sambil menepuk-nepuk pelembab muka di wajah,selepas itu dia menbuka whatsapp yang di hantar oleh Villiam tadi.
Sedangkan Villiam menunggu Ruth menbuka mesejnya seperti cacing kepanasan,serba salah...apa yang dibuat oleh Ruth,lamanya nak tengok phone,sibuk lagi ke?atau entah dating kot... jauh betul khayalan Villiam tentang Ruth,bila tengok ada bluetick,hati Villiam serasa dug dag dug dag,seperti seorang pemenang olimpik,lalu Villiam menbuat video call kepada Ruth.Ruth menjawab,tapi wajahnya tak kelihatan.
"Ruth, awak buat apa sekarang,awak dekat mana?saya tak nampak awak."kata Villiam.
"Kenapa call saya sekarang,dah lewat malam,esok saya ada kerja."
"Awak tak suka saya call?okay,orang tak suka kita, saya rasa rindu pada awak,saya call ingat nak berbual sekejap."
.....Ruth berdiam saja,dia sedang pakai mask di mukanya.
"Ruth... sudah tidur ke, selamat malam, saya cakap selamat malam sayang...awak dengar tak?"
"Villiam,sejak bila saya jadi sayang awak,awak jangan buat saya rasa malu."
"Sejak awak tak tengok muka saya, awak dah jadi sayang saya."
"Awak nak tengok sangat muka saya,okay, lihatlah...saya pakai mask sekarang,sebab tu taknak tunjuk kat awak."
Villiam ketawa besar saat terlihat wajah Ruth,dia memakai mask tanah liat yang tebal di mukanya.
"ketawalah,ketawalah puas²,asal awak gembira sangat tengok saya begini?"
"ha.. ha..maaf²,saya tidak sengaja nak ketawakan awak,tapi luculah,mana ada orang pakai mask begitu tebal,sapulah nipis²,saya hanya...ha.. ha...saya fikir awak langgar lori minyak hitam tadi."
"Awak...!!!awak gembira ketawakan saya,lepas tu,awak cakap saya langgar lori minyak hitam!! selamat malam!!!"
Lalu phone dimatikan,Ruth tiba² merasa marah, badan dia berasa panas sebab terlalu geram.Ruth pergi ke dapur mengambil minuman sejuk,meneguk air seperti kehausan,phone Ruth berdering lagi,tapi dia tak mahu melihat,dia marah dan nak tidur...
Villiam pula tak sangka niatnya nak bergurau,tapi dia telah menbuat Ruth marah,dia fikir Ruth humor seperti malam itu,saat mereka mula kenal,boleh berjenaka.Villiam menghantar mesej"MAAF"bukan satu,tapi sembilan puluh sembilan kali,jadi phone Ruth asyik berbunyi sendiri di luar biliknya.
Paginya,Ruth mendapat mesej selamat pagi dari Villiam,tapi Ruth tidak melihat whatsapp yang di hantar oleh Villiam.Ruth melihat di notification,hatinya sedikit tenang,tapi ego di buat-buat,biasalah perempuan sedang tak puas hati.
Kali ini sekumpulan lelaki berbaju putih datang makan di restoren mereka,semua waitress bersemangat melihat lelaki handsome berbaju putih dengan butang yang penuh di tengah,siapa lagi kalau bukan chef muda baru belajar atau sudah jadi chef,biasa mereka akan pergi ke setiap restoren lain untuk mencuba sendiri masakkan chef yang hebat sebagai pengalaman.
Sekumpulan lelaki tadi masuk dan duduk di ruang khas untuk mereka yang sudah di sediakan oleh manejar restoran,jadi Zoey dan Lucy melayan mereka menuangkan minuman teh cina panas dan ais.Ruth baru keluar menyertai rakan sekerja yang lain,seseorang dah menyedari kehadiran Ruth,tapi Ruth tidak sedar,dia lagi fokus kepada ke bahagian pintu melihat kalau pelanggan lain masuk.
Saat terdengar bunyi loceng,waitress akan mengambil hidangan di bawa ke meja pelanggan,sementara tiada pelanggan lain lagi,kesemua waitress tertumpu kepada meja sekumpulan lelaki tadi,saat Ruth menbawa hidangan ke meja tersebut, akhirnya Ruth menyedari mata yang sedang memerhatikannya...wow!!!
"banyak gadis cantik kat sini,Villiam suka mana satu?"tanya kawan Villiam.
Mata Villiam tak lepas dari gadis yang dia suka,jodoh tak sangka terjumpa di restoren C,untung teman Villiam mendesaknya tadi,kalau tak dia memang tak akan pergi bersama perlatih chef yang baru merasa masak di restoran ini.