Chapter 4

Setelah beberapa hari berada di pulau itu,mereka berdua pergi ke johor melalui mersing untuk menemui ayah Ruth di skudai.Ruth hendak balik melihat ayahnya di sana,sudah tiga bulan dia tidak pulang ke rumah mereka,kali ini dia menbawa Villiam bersama,Villiam sangat berani ingin bertemu dengan bakal mentua,walaupun dia tidak seberani yang di lihat,tapi demi cinta,kata perpatah lautan api sanggup di redah.

Dalam perjalanan sebelum tiba di skudai mereka singgah di stesen minyak untuk berehat dan minum melepaskan dahaga,Villiam memandang Ruth dengan seribu satu persoalan²,dalam hatinya dia ingin sekali bertanya tentang sesuatu,iaitu tentang masa silam Ruth bersama bekas kekasihnya.Villiam cuba untuk bertahan demi menjaga hati Ruth,sedangkan dia juga pernah ada kekasih,tapi Ruth tidak pernah bertanya,dalam fikirannya apakah Ruth tidak berasa ingin tahu atau merasa cemburu,sedangkan Villiam pula berasa sangat cemburu bila dia tahu Ruth pernah bercinta dengan rakan sepermain dan jiran sebelah rumah mereka,hatinya tidak tenang memikirkan perkara itu,bagaimana kalau mereka berdua bertemu lagi?apabila Villiam tahu Ruth ingin melawat ayahnya, Villiam berasa ragu dan memujuk Ruth pergi bercuti dulu,selepas itu dia akan menghantar Ruth balik melihat ayahnya.

Ruth menyedari sifat Villiam yang tiba² berubah,Ruth pun bertanya kepada Villiam,mengapa dia kelihatan lain di hari ini?mungkin Villiam gementar kerana bakal berjumpa dengan ayahnya,Villiam menjawab kalau dia boleh bertanya masa silam Ruth apakah Ruth tidak marah,sebab Villiam tidak boleh bertahan lagi,dia selalu terfikir macam²,Villiam berasa tidak selamat,apakah Ruth masih menpunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya itu.

Ruth tersenyum dan bertanya tentang kekasih lama Villiam,tapi Villiam menjawab dengan cepat,dia tiada hubungan apa pun terhadap kekasih lamanya,lagi pun bekas kekasihnya itu sudah berkawin,sejak mereka putus Villiam memang dia tidak terpikat kepada sesiapa lagi,sebab dia berasa tidak yakin.Villiam berfikir perempuan zaman sekarang terlalu memilih,pada mulanya Villiam juga terfikir Ruth akan menolaknya bila tahu soal pekerjaannya,tapi setelah tahu pekerjaan Ruth,jadi dia pasti Ruth tidak akan memandang latar belakang.

Ruth berkata dia dan bekas kekasihnya berpisah bergitu saja sudah lima tahun,selepas mereka tamat sekolah menengah.Mereka berdua mula bercinta sejak dari sekolah menengah pada umur enam belas tahun,mereka sudah terbiasa berdua sebab dari kecil bermain dan pergi sekolah bersama,tiada akhir kata antara mereka,Ruth sudah berputus asa dan mula menlupakan masa silamnya,sebab itu dia cuba untuk menerima Villiam,tapi jawapan itu kurang memuaskan hati Villiam,baginya dia masih tidak selamat.Ruth tidak menberitahu sebab apa dia dan bekas kekasihnya itu putus.

Dalam perjalanan menuju ke kedai lama yang usang,kedai runcit ayah Ruth kelihatan nostalgia,tapi masih berjalan dengan baik dan menpunyai pelanggannya sendiri.Pelanggan yang dah biasa menbeli di kedai ini sejak dari mereka kecil.Melihat kereta honda yang di paking depan kedai,mata tua ayah Ruth menaikan keningnya,bila dia melihat anak kesayangan pulang,senyuman manis terukir di bibirnya,manis sekejap saja bila encik Tan melihat seorang lelaki tinggi putih bersebelahan di sisi Ruth,ayah Ruth dah mengerti anaknya ini sudah dewasa,bila² saja bakal berkawin.

Bila orang tua mengetahui anak yang mereka sayang sudah mempunyai kekasih, mereka kurang senang,biar pun terasa tidak senang melihat Villiam,ayah Ruth bersalaman juga dengan anak muda di hadapannya,Ruth meninggalkan mereka berdua di depan kedai,sementara dia ke dapur di bahagian belakang kedai untuk memasak, kerana sudah petang. Jadi dia ingin memasak makanan untuk ayahnya,agar mereka boleh makan bersama nanti,Ruth menyediakan bahan di dapur,manakala Villiam cuba mengambil hati orang tua di depannya,tapi setiap pertanyaan di jawap sepatah saja hingga menbuat Villiam berasa kaku,lalu dia meminta diri untuk menbantu Ruth di dapur.

Ruth tergaman melihat Villiam yang berkeringat di belakangnya, fikirnya mungkin ayah dia telah menbuli Villiam,sebab ayah Ruth lebih menyukai bekas kekasihnya dulu sebagai budak baik dan berpelajaran,apa lagi keluarganya boleh di kira sangat senang.Villiam berfikir lebih baik dia tunjukan bakatnya kepada bakal mentua dari segi masakan,kalau pasal berbual dia memang akan udur diri,dia jarang berbual dan tidak tahu hendak bercerita tentang apa dengan orang tua,sebab dia anak yatim piatu.

Ruth tersenyum melihat Villiam yang ingin menolongnya di dapur,Villiam hendak memasak dengan ini dia tunjukan bakatnya kepada bakal mentua,Ruth hanya menbiarkan saja Villiam menbuat kerja,dia cuma menolong menbersihkan pingan mangkuk dan sayuran,Ruth memahami fikiran Villiam yang masih tidak biasa dengan suasana,apa lagi ayahnya juga nampak sombong,Ruth dapat rasakan kali ini dia mungkin bermasalah,macam mana dia nak menjawab semua pertanyaan ayahnya di rumah nanti,sudah siap memasak mereka berdua menyediakan hidangan dan mengajak ayah Ruth untuk makan,semua makanan kesukaan ayah Ruth,Ruth dah menolong Villiam untuk mengambil hati orang tuanya menlalui makanan.

Sewaktu makan ayah Ruth nampak berselera sangat sebab dia berfikir anak kesayangannya yang memasak,tapi setelah di beritahu Villiam yang masak,ayahnya mula menunjukan kurang selera.

Tidak lama dari itu mereka semua pulang ke rumah ayah Ruth.Villiam juga ikut sekali bermalam di rumah mereka,tapi Villiam dapat rasai angin yang melanda rasanya dingin sangat,sampai di rumah mereka,ayah Ruth cepat² menyuruh mereka masuk ke dalam rumah,orang itu tidak mahu jirannya tahu anak dia menbawa pulang seorang lelaki.

Villiam dan Ruth hanya menuruti perintah orang tua,mereka tidak tahu apa² tentang fikiran ayah Ruth,Villiam di benarkan bermalam di bilik abang sulung Ruth,bersebelahan bilik Ruth dan abang keduanya,mereka bertiga beradik tidur di bilik atas,manakala ayah mereka tidur di bilik bawah.Pada tengah malam abang keduanya balik ke rumah dari kerja,saat dia melihat ada seorang lelaki duduk di ruang tamu,dia merasa tidak senang dan kurang mesra juga,bertambah lagi tekanan Villiam,tetapi saat melihat adik kesayangan keluar dari dapur,Ate terkejut dan ketawa lalu memeluk adiknya di hadapan Villiam,Villiam seperti tunggul kayu melihat kemesraan dua beradik di hadapannya,Ruth menperkenalkan Villiam kepada abangnya yang nombor dua,mereka bersalaman,tapi dapat Villiam rasakan pandangan mata abang kedua Ruth sinis padanya atau hanya perasaannya saja.

Hampir pukul 2 pagi, Ruth menyuruh Villiam tidur di bilik abang sulungnya Aboy,kebetulan Aboy tiada sebab berkerje di Singapura,Ruth dan Ate nak berbual seketika, kebiasaan adik beradik dah lama tidak berjumpa.Ayah mereka sudah tidur awal, kerana orang tua cepat mengantuk,tidak seperti orang muda,Ate berkata kepada Ruth,esok Aboy akan pulang sebab ingin melihat orang seperti apa pilihan Ruth,Ate pula suka mengapi²kan keadaan sebab dia tidak suka kepada Villiam,Ate seperti ayah mereka hanya suka kepada Quan,dia dan Quan adalah teman baik.

"Ruth,awak betul serius dengan Villiam?"

"Seriuslah,kenapa Ate tanya bergitu?...

"Ate,rasa ayah tidak suka kepada Villiam,nampak tak cara dia layan Villiam?"

"baru kenal lagi,biasalah...

"Ruth,tak nak tunggu lagi ke?mungkin dia juga masih sayang Ruth."

"Ate,kami berdua sudah tidak ada jodoh,saya selesa bersama Villiam,dia juga sangat perhatian."

Ate berdiam diri mendengar jawapan dari adiknya,dia berharap Ruth dan Quan bersama lagi, karena dia tahu apa yang terjadi sebelum ini,adalah salah faham,tapi Quan menlarang Ate menberitahu Ruth hal sebenarnya.

Pada paginya Aboy juga sudah sampai ke rumah,di luar rumah Aboy di sapa oleh jiran baik mereka untuk bertanya maklumat,Aboy tidak tahu apa² maksud jirannya itu,dia hanya menberi buah tangan yang di beli dekat Singapura.

Sewaktu Aboy masuk ke dalam rumah,dia melihat Ruth dan Villiam sibuk menbuat sarapan pagi,dia menyukai sifat Villiam melayan adiknya dengan baik...

"hmm...sibuk betul?"

Aboy,kamu bila sampai?"Ruth terkejut melihat abang sulungnya tetiba muncul.

"Lama di luar tadi,berbual dengan ayah Quan tadi sekejap."

"oh,..Ruth bersuara.

"hello,saya Villiam,apa khabar?"

"baik²,saya Aboy,kamu sangat tinggi dan kacak lagi,lebih bagus dari yang saya dengar."

"oh ya ke,terima kasih."jawap Villiam.

"awak berdua sedang masak ke?"

"ya,kita sedang sedia sarapan,sekejap lagi kita boleh makan."jawab Ruth.

"okay,saya nak mandi dulu,panaslah...

Aboy berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik Ate,dia masuk ke bilik Ate,Ate masih tidur tidak sedar,lalu Aboy menarik selimut Ate dengan kuat,Ate hampir terjatuh.

"oi,kenapa?!"

"kenapa?...awak memburukan bakal adik ipar saya,mengata dia tak bergaya dan teruk."

"Apa...pasal ni,jadi awak suka dia juga?"

"orangnya bagus sesuai untuk Ruth,apa salahnya?"

"saya tak suka masalahnya."

"Ate,saya tahu awak dan Quan teman baik,tapi saya tak suka dia menbuat hati adik kita sakit."

"Aboy,kamu tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya,"

"tengok,dari dulu kamu cakap benda yang sama,hasilnya Quan tetap juga menyepi."

"dahlah,jangan ganggu,saya mahu tidur lagi."

"kamu tidak berkerja ke?pergi mandi,Ruth dan adik ipar kita sedang menbuat sarapan,nanti makan sama²."

"ah,Saya tidak mahu."

"kamu ni..."Aboy memukul punggung Ate.

Di meja makan ada banyak hidangan yang Villiam dan Ruth buatkan,terasa seperti makan di restoran lima bintang,Villiam dah berusaha keras untuk mengambil hati bakal keluarga mentua hingga banyak juga masakan yang dia buat,hanya Aboy dan Ruth saja berselera makan,ayah dan Ate tak lalu biar pun masakan sedap,hati mereka tak berubah.Mereka berharap Quan cepat kembali sebelum Ruth dan Villiam benar² menjalinkan hubungan.

"saya dah kenyang,saya nak pergi kedai."ayah Ruth bersuara.

"saya pun kenyang."kata Ate.

Mereka saling pandang,ayah berlalu pergi,Ate juga balik masuk ke biliknya,abangnya balik jadi dia tidak pergi kerja hari ini,sejak mereka adik beradik telah berkerja,masa bersama tidak seperti dulu,dulu mereka seronok menghabiskan masa bersama² pergi sana sini adik-beradik.Aboy dan Ruth masih makan dengan selera,Villiam pula tak sedap hati merasa dia menbuat ayah Ruth dan Ate tak gembira,dia harus berusaha lebih kuat lagi,Villiam sayang kepada Ruth,dia tidak mahu menlepaskan Ruth,biar pun dia di benci sekali pun,untung Aboy baik padanya,ada juga kawan untuk dia bual.

"makanlah,jangan ambil hati dengan sikap mereka Villiam,mereka tak biasa lagi, nampaknya Villiam kena selalu datang ke mari."Aboy bersuara.

"Villiam,awak tidak terasakan,sebab ayah dan Ate tak layan awak, selepas ini berani nak datang lagi ke?"Ruth bertanya dengan senyuman.

"Mestilah berani,tunggu waktu saya masuk meminang."Villiam kembali ceria.

"wow,bukan kamu berdua baru bercinta?"tanya Aboy.

"tak kira baru ke lama,kalau saya dah suka,baik kawin cepat,jadi ayah kamu dan Ate pasti suka saya."kata Villiam tegas.

"kawin memang mudah,tapi kita perlu menjaminkan masa depan yang stabil dulu."jawap Ruth.

"Saya ada simpanan khas untuk kawin,kalau awak terima lamaran saya,bila² masa kita boleh kawin."jawap Villiam yakin.

"betul ke nak kawin dengan adik saya,cepat sangat rasanya."Aboy kurang yakin.

Selepas habis makan mereka berempat keluar berjalan² di mall,pada mulanya Ate tidak mahu ikut sebab ada Villiam,tapi Aboy dan Ruth memaksanya,jadi Ate menyertai mereka dalam keadaan terpaksa,mereka nak menbeli belah sebab dah lama adik-beradik tak menbeli pakaian,Ruth menbeli pakaian untuk ayah dan kedua abangnya,terkilan Villiam melihat Ruth lupa padanya,siap menbeli barang mereka hendak pergi makan macdonald,jadi Aboy dan Ruth pergi menbuat pesanan,tinggal Ate dan Villiam,pada hal Aboy dan Ruth nak mengeratkan hubungan Ate dan Villiam,supaya Ate boleh menerima Villiam.Ate hanya buat tidak tahu saat Villiam bercakap,Ate bermain game tidak mendengar kata Villiam.

"Ate,saya tahu awak tidak suka saya bercinta dengan Ruth..." Villiam bersuara tiba².

Ate berhenti dari bermain dan melihat wajah Villiam yang tenang tapi berbuku dalam hati.

"awak tak sesuai untuk adik saya,sebab itu saya dan ayah kami tak suka."

"saya jujur terhadap Ruth,saya sayang dia."

"kalau awak rasa boleh mendapatkan hati Ruth sekarang,tunggu saja bila Quan balik nanti."

"Quan,siapa?"tanya Villiam.

Lalu Ate bangun dari tempat duduk dan pergi menuju ke tandas,Ate mungkin dah terlepas cakap kepada Villiam,melihat dari wajah Villiam,mungkin Ruth masih tidak berterus terang sepenuhnya kepada Villiam tentang Quan.

"habis aku,"fikir oleh Ate.

Aboy dan Ruth menbawa makanan ke meja,tinggal Villiam seorang di situ tersenyum basi melihat Ruth,Villiam dah tahu nama bekas kekasih Ruth,dalam kepalanya serabut sangat bila teringat kata² Ate tadi.

"kemana Ate?"tanya Aboy.

"ke tandas."jawap Villiam.

"ambik²,ni untuk awak...cepat makan,nanti kita tengok wayang."Ruth mencelah.

Ate kembali dari tandas,dia dah sedap tak hati,kalau Aboy dan Ruth tahu apa yang dia cakap kepada Villiam macam mana fikirnya.

"kamu berdua bercerita pasal apa tadi?"tanyaRuth.

"hal kerja,"jawap Ate cepat.

Villiam hanya berdiam diri,dia tahu Ate pasti lagi marah kalau dia bercakap hal tadi,Villiam juga tak mahu adik beradik bertengkar kerana dia,pasti Aboy akan marah kepada Ate,Ruth juga akan jadi serba salah.

"Awak tahu tak Aboy kerja di singapura sebagai manager di pelabuhan,Ate pula bos di kedai gunting rambut."kata Ruth.

"Oh ya ke,saya berkerja sebagai chef sebab minat dalam bidang masakan dan masa depan isteri saya tak perlu bersusah payah di dapur."jawap Villiam tersenyum.

Ate menjeling dan menbuat muka tak suka mendengar kata Villiam.

"ayat seorang lelaki,dengar boleh percaya jangan."Ate bersuara.

"dia ni...Aboy bersuara tak tahan dengan sikap adiknya Ate.

Ruth berjalan berpegangan tangan dengan Villiam,Aboy suka melihat layanan Villiam terhadap Ruth,Ate pula merasa menyampah,kadang Ate saja merampas tangan Ruth menbawanya meninggalkan Villiam,hanya Aboy saja yang cuba mengawalkan keadaan agar Villiam tidak kecil hati dengan kelakuan adiknya Ate.

"Ate sangat sayang kepada Ruth,dulu semasa kami kecil kami pergi bermain di padang,masa tu saya pergi mencari kawan lain untuk bermain,tinggal Ate dan Ruth saja waktu itu di padang,ada seekor anjing datang menyerang mereka berdua,Ate sangat berani melawan anjing hingga dia terluka di gigit kerana ingin melindungi Ruth."Aboy bercerita untuk menjelaskan kebimbangan Ate.

"Bekas kekasih Ruth, namanya Quan?"tanya Villiam kerana tidak dia sudah tidak tahan.

"hmm...

"jiran sebelah rumah?"Villiam bertanya lagi.

"Ruth ada beritahu ke?"

"mmm...

"Villiam,hubungan Ruth agak rumit.Saya macam tak percaya dia nak bersama dengan kamu."

"kenapa Aboy cakap macam tu?

Ate,juga pernah cakap tunggu saja Quan balik."

"Ruth dan Quan bagai isi dan kuku sebelum ini,betul saya pun tak pasti kalau Quan kembali nanti."

"tapi Ruth dah cakap dia sudah berputus asa padanya,"

"kalau dia sudah berkata begitu,kamu yakinlah padanya."Aboy menepuk bahu Villiam.

Selepas tengok wayang mereka pergi berjalan di danga bay melihat lampu yang menerangi malam,Ruth mengeluarkan kotak kecil dan menberikan kepada Villiam,Villiam tak menduga dia dapat hadiah dari Ruth,saat dia menbuka kotak itu ada dua gelang pasangan di dalamnya,Villiam terharu sangat, kerana ini kali pertama dia mendapat hadiah dari seorang gadis.

"untuk saya dan awak ke?"

"mestilah,tandanya awak milik saya,"

"okay,saya nak pakai sekarang."Villiam mengesa Ruth menbantunya dan dia pula memakaikan di tangan Ruth.

"macam mana,cantik tak?"

"mestilah cantik,girlfriend saya yang bagi."jawab Villiam.

"ingat hilang kemana tadi,rupanya di sini,"Aboy dan Ate muncul.

"Ruth beri hadiah pada saya,"

Villiam menunjuk² gelang di tangannya bersemangat,Ate muak melihat senyuman di wajah Villiam,lalu dia berkata...

"bukan dapat hadiah gelang tanda tak kekal lama?"

"kamu ni Ate,itu jam lah,bukan gelang."marah Aboy.

"lebih kuranglah tu,"

Villiam dan Ruth juga terdiam berasa tidak senang mendengar kata Ate,apakah betul ada kepercayaan tentang menberi hadiah kepada kekasih boleh putus.

PULANG KE TEMPAT KERJA

Sebelum balik ke ibu kota,ayah Ruth bertanya kalau Ruth benar-benar serius untuk bersama Villiam,ayah Ruth tidak berapa suka kepada Villiam,dia sekadar seorang chef tiada jaminan untuk anaknya,encik Tan tidak mahu anaknya hidup susah di masa depan,dia mahu Ruth hidup senang dengan orang yang layak seperti Quan.