Villiam termenung saat berbaring melihat lelangit rumah di biliknya,mengapa dia masih terfikir kata² Ate dan Aboy,apa yang di katakan oleh encik Tan kepada Ruth semasa mereka nak balik ke ibu kota tempoh hari.Villiam tak pernah rasa tertekan begini,sebelum ini biar pun susah payah dia menyertai dunia masakan,rasanya dia masih boleh menbuat kerja,tapi kali ini mungkin dia masih tidak tahu macam mana nak mendekati orang lain,sebab itu dia berasa sangat teruk dan sensitif sedikit,setelah lama berfikir Villiam bersemangat kembali sebab dia hanya ingin hidup bersama Ruth,bukan orang lain.Tak kesah encik Tan atau Ate tidak suka ataupun Quan muncul kembali.Villiam akan berperang berhabisan kalau ada orang ingin pisahkan mereka berdua,selagi Ruth nak hidup bersama dengannya,dia juga tak seharusnya memikirkan fikiran orang lain.
"betul tu,aku tak perlu memikirkan pandangan orang lain terhadap aku,yang penting Ruth mencintai aku."kata Villiam pada diri sendiri.
Lalu Villiam mengambil kunci kereta dan keluar memandu menuju ke apartment Ruth.Loceng rumah Ruth berbunyi berkali²,Ruth baru saja selesai mandi,dia mendengar loceng rumah berbunyi lalu dia keluar dari bilik dengan cepat untuk melihat siapa yang datang malam hari.
"Villiam,"Ruth bersuara.
Ruth menbuka pintu,Villiam tersenyum ceria melihat gadis di depannya dan memeluk Ruth dengan gembira.
"Villiam,kenapa?....
"Ruth,tak peduli kalau ahli keluarga awak tidak suka pada saya,yang penting awak suka saya dan saya suka pada awak...
"jadi awak terganggu sebab kena buli hari itu ke?"
"sedikit,sekarang saya tak mahu fikir lagi,saya akan lawan orang yang nak rampas awak dari saya."
"Mmm,bagus semangat seperti inilah yang saya suka...kata Ruth sambil melenggong ke sofa.
Ruth pun mula menceritakan sedikit pasal Quan dan percintaan mereka sebelum ini,Villiam mendengar cerita Ruth dengan serius,dia ingin tahu siapa Quan dan dia lelaki seperti apa,kedengaran Quan bukan calang² orang juga,tapi Villiam juga bukan orang yang suka berputus asa dengan mudah,walaupun tiada ibu-bapa dia tetap anak jantan yang kuat berani bersaing.
Pada paginya mereka berkerja seperti biasa,Ruth dan temannya pasti bersolek dulu sebelum mereka semua memulakan tugas,Villiam juga pasti akan sibuk menyediakan bahan masakan dan urusan di dapur,Villiam mendapat pangkat kedua sebagai chef di dapur,dia akan memasak tanpa henti bila chef utama tidak masuk berkerja.
Di restoran seperti biasa adakalanya sibuk dan adakalanya tidak,kali ini restoran mereka mendapat tempahan istimewa dari seorang vip,sebab dari tempahan yang mereka dapat,mereka sudah tahu siapa yang makan makanan mahal dan istimewa,Lucy akan menjaga bilik vip yang telah di tempah khas,Lucy pasti nak jadi watak utama wanita untuk menyambut tetamu penting,saja nak bagi orang kagum dengan kecantikan yang dia miliki.Lucy layak sebab dia juga sangat bekerja keras dan kuat bersaing,dia tahu banyak perkara tentang pekerjaan ini,sebab dia belajar dalam bidang pergurusan hotel dan restoren,bukan mudah untuk memperolehi bidang kulinari dan perhotelan mengambil masa bertahun² untuk menguasai kepakaran dalam bidang ini,ada minat dan bakat macam bunyi petik jari.
"Kamu tak perlu jaga di dalam, saya yang akan jaga hari ini,"kata Lucy kepada pelayan lain.
"Awak ni kapten,mesti ada lelaki handsome kat situkan?"kata Jessy.
"shutt!... rahsia..."
"kapten, bagi saya tolong juga, mana tahu dapat SD."kata Jessy.
"Tidak boleh... ini pasti orang sudah tua,kamu pun mahu juga?"
"Tak mahu kalau terlalu tua,"jawab Jessy.
"Tahu pun tak mahu,saya fikir kamu tak kisah,kalau awak tak kisah saya ada kenalan,saya boleh tolong rekemen."kata Lucy lagi.
"sudah tua²,tak mahu...saya sudah ada satu dari afrika, sangat baik dan romantik."jawab Jessy sambil ketawa.
"kamu boleh tahan,"saya tak berani...Lucy berasa geleman menbayangkan hal aneh.
Semasa mereka berdua berbual di bilik vip, Ruth dan teman lain menyediakan peralatan di luar untuk makan tengah hari,biasa makan tengahari dan petang akan di sediakan oleh pihak restoran selain tempat tinggal.Kerja di restoran boleh jimat banyak serta tinggal di tempat yang telah di sediakan ada makan minum percuma.Makanan pun telah disediakan untuk di makan,terpulang kepada pekerja nak makan atau tidak,makanan juga sedap sebab dimasak oleh chef yang berpengalaman,itu pun kalau chef utama yang masak, biasa chef kecil saja yang selalu menyediakan makanan pekerja.
"Makanan dah sedia,mari makan semua..."kata Ruth saat menbuka pintu bilik vip, di mana Lucy dan Jessy seronok berbual.
"dah sedia, mari kita pergi makan dulu."kata Lucy.
Semua pekerja berehat bersama dan makan,mereka mengambil nasi masing² dan duduk di tempat hidangan yang sudah di sediakan, lelaki dan perempuan duduk di meja berlainan, pembantu bahagian dapur banyak lelaki yang memakai pakaian putih, masih muda dan handsome semuanya,mereka semua nampak comel dan tinggi,budak cina sangat berdisiplin saat berkerja.kadang ada juga yang gatal,tak normal kalau tak mengorat bukan lelaki namanya,biasa yang kerja sebagai chef pembantu menyediakan bahan masakan, kita boleh lihat dari jari mereka dah boleh agak mereka kerja apa,tukang masak yang tak jaga tangan akan terlihat jelas kondisi jari tangan mereka.Mereka juga sangat pantas berkerja walaupun sikit berbau masakan.Pada waktu mula masuk kerja mereka nampak angkuh dan kacak,selepas habis kerja seperti orang lepas kena telan sawa.
Salah seorangnya peminat rahsia Ruth,dia seperti bayang²,suka kerja sendiri dan tak suka bercakap,tapi matanya sentiasa memberi perhatian kepada orang yang dia suka,setiap kali Ruth meminta tolong untuk mengangkat barang, dia adalah orang yang paling ringan tulang,biar pun muka macam tak rela, dia puas dapat mendekati Ruth dengan caranya sendiri,tiada orang yang boleh meneka dia peminat rahsia.Jeffry orangnya....
Ruth tak kekok bila berada sekitar Jeffry, sebab baginya Jeffry orang baik yang tidak akan mengambil kesempatan terhadap perempuan,mereka kenal dah lama di tempat kerja ini, sejak Ruth masuk kerja,Jeffry dah ada kat sini lebih lama darinya,orangnya putih macam tauhu,matang dan pendiam.Tapi mereka hanya berinteraksi di tempat kerja sahaja selama perkenalan mereka berdua,bila dah lama berkerjasama kita akan terasa seperti ahli keluarga.
Malam ini seperti biasa,pelayan menyambut tetamu yang datang sampai ke tempat duduk. Kapten dan pembantu tauke akan mengambil pesanan makanan,kemudian pelanggan yang ingin makan nasi atau mee,set pinggan mangkuk berlainan akan di sediakan.walaupun peralatan sudah ada semua di atas meja tersedia awal,lebih memudahkan pekerjaan pelayan biar pun mereka ramai, kerana ada waktu mereka tidak terkejar juga nak menandangi kesibukan bila pelanggan terlalu banyak.
QUAN MENEMUI ATE
Quan baru saja balik dari luar negara,jadi dia segera menemui Ate sebaik saja dia mengetahui dari ayahnya yang mereka melihat Ruth menbawa seorang lelaki balik ke rumah mereka kemarin.Quan dah mula tak sedap hati bila mengetahui Ruth bersama lelaki lain,pada mulanya Quan berpikir Ruth akan sentiasa menantinya biar pun mereka berjauhan dan setia padanya.Ruth dan Quan pernah berjanji akan sehidup semati selama-lamanya,kalau begini janji akan tinggal janji,silap Quan juga terlalu yakin Ruth akan setia padanya,Quan terkenang salahfaham sebelum ini,Quan yang ingin mengunakan alasan kecurangan itu supaya Ruth tidak sedih bila dia pergi belajar di luar negara.
"wow...Quan,kamu semakin hebat sejak belajar di luar negara."puji Ate melihat teman baiknya.
"biasa saja,kamu pun apa kurangnya....
"jadi apa rancangan kamu selepas ini?"
"macam biasa,balik mendapatkan apa yang hilang sebelum ini."
"dah dapat pekerjaan yang kamu ingin?"Ate berpura tak tahu.
"pasal kerja,saya dah lama belajar sambil kerja kat sana,adalah rezeki sikit...balik sini sebab saya dah yakin dengan kemampuan sendiri."kata Quan.
"oh... baguslah begitu."
Ahli keluarga Quan pun tidak tahu apa yang dilakukan oleh Quan di luar negara,dia seorang yang bercita-cita tinggi,apa yang di rancang olehnya pasti dia akan buat hingga menjadi.
Quan menpunyai niat semasa menemui Ate,Quan ingin Ate menbantu dia dalam rancangan yang dia buat nanti.Quan akan pergi ke ibu kota,tapi dia mengajak Ate pergi bersamanya,setelah Quan menberitahu niatnya kepada Ate, Ate pun setuju untuk menolongnya kali ini.Ate juga telah memberi tahu ayahnya soal niat Quan,jadi ayahnya juga bersetuju,mereka berharap Quan dan Ruth akan kembali bersama.
DI KUALA LUMPUR
Malam ini Ruth dan semua temannya keluar bersukaria bersama teman lelaki masing²,mereka pergi menonton wayang dan bersiar² di sekeliling bandar,hubungan Ruth dan Villiam semakin erat dan keserasian pun semakin baik.Villiam agak pendiam tapi perhatian.Ruth lincah dan ceria setelah Villiam mengenalinya,Villiam semakin terpikat.Ruth jenis yang tidak bermuka²,dia sentiasa gembira dan gila².
Hampir waktu pagi mereka semua masing² bersedia untuk pulang ke rumah.Villiam menghantar Ruth pulang,kali ini Villiam tidak singgah kebetulan dia ada hal keesokan hari,jadi dia menghantar Ruth di bawah saja.
"bye,berhati² memandu,nanti call saya,"Ruth berkata kepada Villiam.
"okay,kamu juga berhati²,pergi cepat masuk ke dalam, bahaya awak sesorang kat luar."kata Villiam.
"takpe, ada jaga kat bawah tu...baiklah saya masuk dulu, bye."jawab Ruth.
Bila Ruth masuk ke dalam ruang apartment,Villiam pun memandu kereta ke luar kawasan apartment kembali ke rumahnya,esok dia akan menghadiri acara di rumah anak yatim tempat tinggalnya dahulu,banyak kenangan yang pernah Villiam lalui di tempat itu.
Pada saat Ruth sampai di rumahnya, dia berasa heran pintu rumahnya terbuka luas,dalam fikirannya pasti ada pencuri yang masuk, dia mengintip² sedikit,sekali terlihat Ate sedang makan meggi kari.
"Ate,saya ingat rumah Aboy dah dimasuki pencuri."sergah Ruth sambil membuka pintu.
"baru balik,kalau ayah tahu,siap kamu."sambil makan meggi di sofa.
"pls... jangan bagi tahu, malam ini saja saya keluar dengan semua kawan."
"okay, saya simpan rahsia,last ya."
"okay²,last,tapi mengapa Ate tiba² muncul, tak call pun,kalau kamu call sudah pasti saya balik awal hari ini,kamu ada hal apa ke kemari?"
"saja jumpa kawan...Kamu sudah balik, saya nak masuk tidur dulu."Ate mencuci mangkuk dan menletak ke tepi.
"saya pun nak mandi dan tidur juga."kata Ruth menuju masuk ke biliknya.
Ate masuk ke bilik, di bilik Quan sedang berbaring sambil menbaca buku, hatinya sedikit bedebar saat mendengar suara yang di rinduinya,Quan bercadang tinggal di rumah Aboy tanpa Ruth tahu.
"dia baru balik,cuba kamu beri kejutan pada dia,saya agak pasti dia pingsan."Ate bergurau.
"bukan dia saja, saya pun pingsan, cuba rasa jantung saya hampir nak meletup sekadar dengar suara dia."
"Saya tak faham dengan orang bercinta ini, masalah kecil macam besar,berterus terang saja pasti selesai."
"Ate, kamu cakap mudah sebab kamu tak alami perasaan yang kami rasa,terlalu sulit untuk di jelaskan."
"saya boleh teman kamu seminggu saja kat sini,saloon saya tak boleh tinggal lama²,pandai² kamu macam mana nanti."
"okay, terima kasih Ate, kamu satu-satunya teman baik saya."Quan cuba memeluk Ate.
"dia adik saya tahu,jaga dia elok²."Ate menolak Quan yang tersenyum manis.
Pada paginya Quan sudah keluar dulu kerana ada pekerjaan yang harus dia selesaikan, tinggal Ate dan Ruth dirumah.
"eh,bukan pagi tadi kamu keluar?"tanya Ruth saat dia terdengar bunyi pintu dibuka pagi² tadi.
"keluar sekejap saja hidu udara pagi."
"heran,kamu punya malas nak bangun pagi boleh bangun nak hidu udara."balas Ruth menjeling kepada Ate.
"kita adik beradik samalah malas nak bangun pagi,ini kamu bangun sebab apa?"
"nak buat sarapan untuk kamulah...
"telur goreng dan roti bakar."jawab Ate.
"nak minum air apa?"tanya Ruth lagi.
"teh hijau,panas."
"bila nak jumpa kawan, boleh saya ikut tak?"
"semalam jumpa dah...jawap Ate.
Ruth mula sangsi kepada Ate,pasti ada sesuatu yang di sorok oleh Ate darinya,tapi Ruth tak dapat berfikir perkara apa,biasa Ate bukan jenis yang suka berahsia² dengan keluarga.
"Siap, makanlah...nanti saya kena pergi kerja,bos suruh kerja takut tak cukup orang,hari ini ada majlis."
"majlis,kamu sepatutnya cutikan?"
"ah,tapi kena masuk pula,peninglah...
"pergilah kerja,saya boleh saja makan kat luar."
"bukan masalah kamu,saya rasa malaslah...
"kawinlah, tak payah kerja kalau malas."
"amboi...banyak cantik, ingat lelaki boleh diharap ke,perempuan harus ada duit sendiri, kalau tak teruklah!"
"cerdik juga adik aku ni, baguslah kamu fikir macam ni,kalau boleh carilah lelaki yang boleh buat kamu senang."
"Ate, kamu tak suka kepada Villiam ke?"
"bukan tak suka, cuma tak kenal dan tak mahu kenal, sebab Quan tetap yang terbaik bagi saya."
"kenapa Quan yang terbaik, kamu tak tahu dia curang bersama Diana dulu,saya nampak dengan mata sendiri."
"macam mana kalau kamu salah faham?"
"kalau salah faham, dia pasti bermatian menafikan,ini hilang terus ke luar negara."
"okaylah, jangan marah... nanti kamu semua selesaikan dengan baik bila bertemu."
"apa maksud Ate?"Ruth dah gementar.
"takut ke, dengar kata dia dah balik."Ate menahan tawa.
"jangan cakap yang pasal nak jumpa kawan...adalah dia?"
"tak mahu beritahu...Ate lari ke dalam biliknya.
"Ate! buka pintu... keluar!cepat beritahu!
Ate ketawa besar di dalam biliknya,Ruth di luar bilik marah² sebab nak tahu perkara sebenarnya,mendengar nama Quan,Ruth sudah merasa tak tenang,bagaimana dia nak menghadapi semua ini setelah Quan menyepi berapa tahun.