Chapter 43

TERASA BULAN MADU

Quan dan Ruth merancang menghabiskan waktu berdua tanpa gangguan dari sesiapa, setiap pagi mereka berdua akan pergi bersenam kemudian mereka menyediakan makanan yang sihat,selepas itu mereka akan berehat menanti malam tiba untuk berbulan madu,rutin ini seperti sudah dapat diramal,mereka berdua terlalu inginkan anak,mereka mencuba sedaya upaya mengikuti arahan yang doktor berikan.Quan juga seperti Ruth kelelahan,mereka bersemangat tetapi kecundang dengan hubungan intim,keletihan hingga tertidur.Pagi tiba mereka perlu menlakukan perkara yang sama sehingga dua bulan,tetapi masih sama juga,tiada tanda Ruth akan hamil.Quan menbawa isterinya berjalan-jalan petang ini,agar Ruth tidak terlalu memikirkan tentang kehamilannya.Ruth memang kecewa,dia merasakan bersalah kerana tidak dapat menberikan zuriat kepada suaminya,sedangkan ayahnya juga sudah tua,Ruth hanya inginkan ayahnya berpeluang melihat cucu.Sewaktu mereka berjalan-jalan mereka berdua menjadi perhatian dari orang sekitar kerana kecantikan keduanya,seperti peragawan.Sewaktu berjalan Ruth menyedari ada seseorang yang dia kenal sedang duduk berduaan di bangku tepi jalan hadapan restoran,dimana banyak orang lalu lalang,Ruth menarik tangan Quan pergi mendekati orang itu,rupanya abang Ruth...Aboy sedang berduaan dengan seorang gadis comel dan cantik.Ruth tersenyum gembira,Aboy akhirnya sudah bersedia menbuka pintu hatinya untuk perhubungan yang baru,tidak sia-sia Ruth menperkenalkan banyak gadis kepada abangnya sebelum ini.Lauren adalah salah seorang kaki tangan di syarikat Quan yang berjaya menarik perhatian Aboy.Aboy terkedu bila melihat adiknya Ruth menghampiri mereka,mereka berdua duduk tanpa di pelawa.Ruth pasti akan menghebohkan berita pertemuan ini,Aboy berbisik kepada Ruth,supaya dia tidak menberitahu kepada ayah mereka,dia masih belum bersedia untuk mengumunkan hubungannya,kerana masih terlalu awal.Lauren tersenyum melihat Aboy dan Ruth berbisik-bisik, Lauren faham hubungan keduanya beradik itu sangat baik.Quan pula melihat gelagat kedua beradik itu tidak senang,dia tidak gembira sebab hari ini seharusnya hari dia dan Ruth sahaja berduaan,sekarang Quan perlu berfikir alasan apa untuk keluar dari tidak kesenangan ini.Aboy dan Ruth masih saling mendesak,kemudian Quan berdiri melihat jam di tangannya,Ruth menyedari yang hari ini hari mereka berdua perlu menghabiskan masa bersama,dia pun berdiri sambil menepuk bahu Aboy berkali²,Ruth juga melambai tangannya ke arah Lauren,dia berkata jumpa lagi kakak ipar.Mereka pun pergi dari situ.

Wajah Lauren kemerahan sebab terasa malu, sedangkan Aboy masih belum menyatakan cinta kepadanya,Aboy hanya melayan Lauren dengan baik dan lembut,Aboy juga tidak seperti lelaki lain tidak sabar menyentuh secara fizikal.Aboy sangat menghormati Lauren.Aboy tidak berkata apa pun sewaktu adiknya Ruth berkata sedemikian,dia hanya tersenyum melihat adiknya yang nakal.Aboy teringat kata-kata encik Tan,ayah mereka ingin melihat Ruth mempunyai anak, tetapi takut menjejaskan kesihatan Ruth.Ruth juga ingin memiliki anak bersama suaminya Quan,tapi sejarah kesihatan mereka berdua kurang baik, mungkin sebab itu mereka berdua masih belum berjaya menjadi ibubapa.Aboy menyukai Lauren, tetapi Aboy masih dalam delima dengan peristiwa cinta yang lama.Aboy terlalu mencintai dan percaya hingga dia tidak dapat menerima bekas kekasihnya curang, sangat menyakitkan hati bila dia fikirkan,saat itu dia terasa ingin mati,dia hilang arah tujuan kerana masalah cinta,beruntung Aboy mempunyai ahli keluarga yang memahami sewaktu dia dalam kesedihan, mereka memberi sokongan yang kuat kepadanya.

MAKAN MALAM

Diana membetulkan makeupnya,mencalitkan lipstik yang kurang dengan yakin,sambil menjeling kepada Lili,Lili mencuci tangannya selepas keluar dari tandas.Diana berkata pasti "awak sakit hati melihat saya bersama Villiam", Diana tersenyum sinis.Lili berpura tidak mendengar, seolah angin taufan yang tetiba melanda.Diana berkata mulai dari ini kenangan Villiam akan terisi oleh dirinya saja,muak Lili mendengar perbualan kosong Diana.Lili pun menyerang Diana dengan kata pedas, sekurangnya Lili pernah menjadi isteri Villiam dan menikmati detik indah,lalu Lili bertanya kepada Diana, adakah dia pernah berhubungan intim dengan Villiam?Lili berkata dia pernah,tapi dengan cara kotor, sebab itu dia menjadi bekas isteri Villiam.Lili tersenyum mengejek kepada Diana,Lili juga berkata sebelum dia menglangkah keluar, "adakah kamu pasti Villiam mencintai kamu?kamu tidak kenal dia yang sebenarnya...Diana seperti patung seorang diri di tandas selepas mendengar ayat akhir Lili.Apakah maksud Lili?

Di meja makan sudah terhidang makanan yang lazat,Lili duduk di tengah antara Felisha dan Loy, Villiam menjemput mereka makan malam sewaktu Villiam dan Diana baru sampai ke negara M.Diana tiba dan duduk di sebelah Villiam antara Felisha,saat itu wajah Diana sedikit berubah, senyumannya tidak seperti biasa lagi.Villiam menambah lauk di pinggan Diana,Diana tersenyum lagi sambil menjeling ke arah Lili,Fikir Diana tidak kisah siapa yang Villiam cintai,yang pasti sekarang Diana nombor satu, Villiam melayan dia seperti puteri,dia di manja oleh Villiam.Lagi sekarang bukan cara Diana melawan orang yang lemah seperti Lili,Diana dan Villiam mempunyai rancangan besar.Diana tidak mahu apa yang di rancang,gagal hanya kerana cemburu dengan kisah silam Villiam.Kalau benar kata Lili,tidak kisah siapa wanita itu, Diana tidak akan lepaskan, kerana Villiam sudah pasti adalah milik Diana.Diana mula teringat apa yang terjadi di antara dia dan pakcik Sam.Tidak lama sewaktu Diana mendapat kepercayaan pakcik Sam,Diana telah menjadi waris harta pakciknya, tetapi pakcik Sam mengugut akan menarik balik apa yang pakcik Sam berikan, kalau Diana masih tidak sedar.Sewaktu itu pakcik Sam tahu Diana merancang untuk menjatuhkan syarikat Quan,Diana tahu pakcik Sam adalah salah seorang pelabur dan pemegang saham utama syarikat Quan.Quan bertemu dengan pakcik Sam sewaktu dia mula berniaga,oleh kerana Quan orang Asia,pakcik Sam menolongnya agar Quan mempunyai peluang yang cerah di masa depan.Diana yang masih menyimpan dendam terhadap Quan, mempunyai niat untuk merampas apa yang sepatutnya milik dia,kerana tanpa pakcik Sam,Quan bukan sesiapa, tetapi masih besar kepala menolak perasaan Diana.

Selesai makan, Villiam dan Diana pergi ke hotel, Diana ingin bersama Villiam malam ini,Diana sengaja tidak mahu menemui ibubapanya,dia boleh pulang ke rumah, tetapi Diana memilih mengikuti Villiam, hubungan Diana dengan ibubapa kurang baik semenjak pakcik Sam terlantar di hospital,sejak itu Diana juga jarang melawat pakcik Sam, kesemua saudaranya tahu Diana pewaris harta pakcik Sam,dia di gosip dengan pelbagai berita buruk, seperti biasa Diana tidak peduli apa pun cerita buruk tentangnya,di hotel malam yang seharusnya hangat menjadi suram, kerana Villiam agak mengelak dari Diana, Villiam memberi alasan dia masih mempunyai pekerjaan, terutama hari esok,mereka perlu bermesyuarat dengan team syarikat Quan.Walaupun cara Villiam agak jelas dia tidak kelihatan romantik malam ini, fikir Diana mungkin Villiam berfikir cara rancangan mereka berdua menyerang Quan nanti,kali ini mereka berdua serius untuk menjatuhkan Quan, seharusnya kalau mengikut apa yang Diana rancangkan,hal ini mudah dan tidak ada masalah besar,jadi Villiam tidak perlu berkerja keras.Diana masih tidak dapat tidur,dia melihat belakang Villiam yang gagah, Villiam masih melihat kertas kerja yang diberikan oleh Loy tadi.Diana teringat kembali kata-kata Lili tadi, adakah Diana pasti Villiam mencintainya...