Chapter 44

TERKEJUT

Diana terkejut saat dia melihat Quan dan Ruth berjalan seiringan keluar dari pejabat Quan,mereka sangat mesra dan Quan boleh berdiri seperti dulu,mengapa Diana tidak tahu keadaan Quan boleh pulih kembali.Dia terfikir kalau dia mungkin tersalah dalam caturan,tapi dia sudah bercinta dengan Villiam dan Villiam juga bukan lelaki biasa,dia kacak dan mempunyai kerjaya sendiri,paling tepat sebagai saingan Quan.Diana sangat panas hati bila melihat Ruth juga berada di syarikat ini.Tapi yang sangat mengejutkan adalah Quan,dia boleh berjalan seperti biasa, benar-benar membuat Diana hilang akal warasnya, bagaimana Diana tidak tahu perkara seperti ini,bukankah dia sudah di sahkan cacat seumur hidup,tidak lama dari pertemuan mereka beberapa bulan lepas,Quan masih di kerusi roda,Quan juga menawarkan bantuan untuk menolongnya mendapatkan Villiam,tetapi Diana sendiri yang bersusah payah,Quan hilang begitu saja.Diana memerhatikan tingkah suami isteri itu,dia berasa jengkel melihat mereka berdua berkasih sayang.Diana mendekati mereka dan mula bersuara kepada mereka,dia tidak suka melihat Ruth berada di syarikat ini,Diana bertanya... apakah Ruth tidak takut kalau syarikat suaminya bankrap?segera Quan menbalas kata-kata kepada Diana,apakah isterinya tidak boleh berada di syarikat suaminya sendiri untuk melawat nya.Diana tersenyum sinis dan menjawab,dia adalah rakan kongsi dan pelabur paling besar di syarikat ini,tanpa duit dia,sudah pasti syarikat Quan hancur,jadi dia berhak membuat keputusan juga, mendengar kata Diana,Ruth tidak mahu banyak drama,dia hanya menemui suaminya sebentar,sebab dia juga ada temujanji,Ruth memeluk suaminya dan mencium pipi Quan di depan Diana,Diana merasa mereka sengaja membuat dia tercabar,dia tidak cemburu lagi terhadap mereka, kerana dia sudah mempunyai Villiam dan mereka berdua ingin merampas apa yang Quan dan Ruth miliki.Selepas itu Ruth pergi ke tempat menunggu lif,Quan pula pergi ke bilik mesyuarat,Diana dibiarkan seperti angin.Diana terasa tidak di hiraukan oleh mereka,dia berasa sangat marah.Saat kaki Diana mula menglangkah,dia terdengar bunyi lif,dia menoleh untuk melihat apakah Ruth masuk ke dalam lif,tapi saat itu Villiam keluar dari lif dan terlihat Ruth, mereka berdua tersenyum dan berbual di depan lif,Diana yang melihat mula berfikir,apakah mereka berdua saling kenal,mereka sangat mesra dan tidak kekok seperti orang baru berkenalan.Dengan segera Diana melangkah kaki ke arah mereka,lif terbuka...Ruth masuk sambil tersenyum.Villiam juga tersenyum sambil melambai pada Ruth gembira tanpa dia sedar,Diana memerhatikan dia di belakang.Diana tersenyum basi dan bertanya kepada Villiam,apakah mereka saling kenal?Diana cuba berhati-hati agar tidak membuat Villiam mencurigai dia cemburu,Diana cuba mengawal egonya.Villiam menjawab, itulah adalah isteri Quan,apakah Diana tidak kenal?Diana menbalas,sudah pasti dia kenal Ruth, mereka adalah teman baik waktu sekolah.Diana bertanya lagi bagaimana Villiam kenal dengan Ruth, sedangkan Villiam berada di luar negara?Villiam menjawab mereka pernah bertemu di majlis beberapa kali.

Mendengar kata-kata dari Villiam,hati Diana berasa sedikit lega,lagi tidak mungkin Villiam menyukai isteri orang, walaupun Ruth cantik dia adalah isteri orang,untuk apa Diana merasa tertekan dengan Ruth, bukannya Villiam pernah menjadi kekasih Ruth.Itu tidak mungkin fikir Diana,tidak mungkin Ruth bergitu bertuah mendapatkan cinta lelaki hebat seperti Villiam juga.

HOSPITAL

Hari ini Ruth pergi ke hospital seperti yang ditetapkan,mereka sudah membuat keputusan untuk menyuntik dua telur ke rahim nya,kerana hubungan semula jadi tidak berhasil,mereka terpaksa memilih cara moden, dengan harapan semoga berhasil.Ruth kelihatan tenang walaupun dia berdebar, begitu juga Quan yang sedang bermesyuarat, fikiran nya masih terfikir keadaan isteri yang sedang bersendirian di hospital.Mereka berdua merahsiakan perkara ini agar tidak ada orang tahu, kerana takut tidak berhasil.

Selesai bermesyuarat dengan segera Quan meninggalkan pejabat untuk menemui isterinya yang sedang berehat di bilik peribadi,Ruth tertidur selepas rawatan tadi.Diana baru saja ingin memancing kemarahan Quan,tetapi dia menghilangkan diri,Diana kembali ke biliknya,dia melihat Villiam tersenyum melihat phone di tangan,Diana berasa curiga apa yang membuatkan Villiam tersenyum manis,Diana mendekati Villiam yang sedang duduk selesa.Diana ingin melihat apa yang di lihat oleh Villiam di tangannya.Diana heran mengapa Villiam melihat foto-foto bayi comel,Diana bertanya kenapa Villiam melihat foto-foto itu, Villiam menjawab baru tadi dia melihat anak pekerja syarikat ini di bawah, inilah foto yang Villiam ambil.Diana fikir apakah Villiam sudah bersedia menjadi ayah,sedangkan mereka baru bercinta, rasanya terlalu awal untuk mereka berkahwin,Diana berkata dia tidak suka kepada bayi,dia takut pada tangisan dan tidak bersedia menjadi ibu.Villiam melihat wajah Diana, Villiam berfikir secara teliti...mengapa?

Villiam tersenyum kalau Diana tidak bersedia,dia baik saja.Villiam tidak mahu memaksa,dia faham jenis wanita seperti Diana,dia bukan suka dengan kongkongan.

LILI DAN LOY

Sejak kembali dari luar negara,Lili dan Loy semakin mesra,Loy melayan Lili dengan baik dan ikhlas,apa saja yang di arahkan oleh Lili,Loy pasti akan menurut tanpa soal,sikap manis Loy menarik hati Lili secara diam-diam tanpa Loy sedar,Lili menyukainya.Lili sudah terbiasa bersama Loy sejak beberapa bulan lalu, mereka juga banyak berbual hati ke hati,Loy banyak mendengar luahan hati Lili, setiap kali Lili ada masalah,Loy adalah orang pertama yang selalu mendengar kesedihan Lili.

Pada waktu petang Villiam dan Diana pergi ke kafe Lili untuk makan dan minum.Felisha sudah tiba dulu,dia membebel kepada Loy kerana tidak menyertai mesyuarat hari ini, mereka sangat sibuk menguruskan projek baru, Felisha cemburu sebab Loy dapat cuti dan menolong Lili.Felisha berkata kepada mereka berdua,jangan cakap mereka berdua sedang bercinta?keduanya tercengang mendengar ayat tulus Felisha,Lili berasa malu untuk melihat wajah Loy,dia takut Loy menolaknya,Loy juga berdiam diri kerana dia tidak tahu, apakah Lili menyukainya atau tidak,dia takut Lili memberi penolakan tegas,dalam fikiran Loy,dia teringin sangat dia mencekik leher Felisha yang bodoh,tapi dia terpaksa tersenyum dan berdiam diri.Kemudian Villiam dan Diana tiba, suasana yang tegang tadi kembali seperti biasa,mereka memesan makanan,Diana melihat Lili dengan lagaknya,dia masih bangga diri kerana siapa yang berada dipelukan Villiam, Felisha dapat merasai kebanggaan yang dimiliki oleh Diana, kerana ingin menolong Lili,Felisha bersuara...

"Nak tahu...Loy dan Lili bercinta!...

Mereka semua tersedak saat makan dan juga terbatuk-batuk,wajah Lili pula merah menahan malu, sedangkan Loy hampir tercekik menelan makanan.Villiam dan Diana saling memandang dan melihat ke arah Loy dan Lili.Villiam tidak bersuara,dia hanya mengangkat gelasnya kepada Loy.Villiam tahu Loy juga seorang lelaki yang baik,sudah pasti Lili akan bahagia bersamanya,kalau benar mereka bercinta ini adalah satu kelegaan buat Villiam.Dia ingin seseorang yang baik untuk mencintai dan menjaga Lili.Loy terlihat wajah Lili menahan malu,dia memberanikan diri menjawab,sudah lama dia menyukai Lili,tapi tidak tahu bagaimana perasaan Lili padanya,Lili tersenyum lega mendengar kata-kata Loy,tapi dia memilih untuk berdiam diri dulu waktu ini, kerana terlalu banyak orang untuk dia dan Loy saling meluahkan perasaan.