RANCANGAN
Diana ingin tahu rancangan apa yang bakal di buat oleh Villiam,kerana Villiam seperti nya masih belum berbincang dengan Diana tindakan seterusnya,Diana sudah tidak sabar untuk mengambil alih syarikat Quan,dia ingin menyingkirkan Quan dari syarikat itu,hati nya semakin sakit bila teringat kejadian semalam,Ruth mencium Quan di depannya dengan angkuh,Diana sudah tidak sabar untuk melihat kedua musuhnya di landa masalah.Villiam hanya berdiam diri saat Diana berbual tentang cara keji yang harus mereka lakukan.Villiam tahu Diana tidak akan puas hati kalau dia masih buat tidak apa,Villiam berkata segala nya dalam rancangan,dia akan uruskan sendiri,jadi Diana tak perlu risau,Villiam tahu macam mana untuk memerangkap Quan,Quan pasti tidak tahu kalau Villiam mula bertindak,Villiam sangat yakin,melihat Villiam yakin.Diana juga tidak mempersoalkan tindakan Villiam,dia yakin kalau Villiam juga yakin.Villiam mengharapkan Diana sabar sedikit waktu lagi.
LOY DAN LILI
Kerana Felisha keduanya bersemuka,mereka berdua cuba untuk mengetahui lebih jelas tentang perkara berapa hari lepas,gara-gara Felisha mereka akhir sedar mereka berdua sememangnya sudah jatuh hati,hanya mereka takut akan salah faham,mereka berdua berdiam diri dan berteman seperti biasa, sekarang keduanya sudah bertentangan mata memberanikan diri untuk meluahkan rasa cinta.Loy dan Lili saling menatap tanpa bicara,agak kelu untuk bersuara.Loy tertawa melihat Lili juga agak gementar,jari tangan nya jelas mengigil sedikit.Loy duduk sebelah Lili dan menggengam tangannya,wajah Lili terasa bahang, jantungnya berdegup kencang,sama seperti apa yang di rasakan oleh Loy.Loy berkata dia sudah lama jatuh hati kepada Lili sebenarnya,kali pertama dia mengenali Lili sewaktu mereka keluar bersama Villiam dan Ruth bercinta, kemudian Lili menjadi isteri Villiam dan mereka sering bertemu di saat Villiam sakit lima tahun lepas.Hanya saat itu Loy tahu perasaan Lili kepada Villiam sangat kuat,Loy juga berfikir mungkin dia keliru antara perasaan suka dan kasihan.
Semenjak mengikut Villiam ke luar negara,Loy fikir segalanya sudah berakhir,tapi saat Villiam mengarahkan Loy mencari tahu keadaan Ruth waktu itu,Loy teringat akan Lili dan mencarinya lagi,tapi dia tidak mendekati nya,saat itu Loy terfikir mungkin Villiam masih ada hati kepada Lili,dan hanya menjalankan perintah bos nya,tapi takdir mengatur langkah menghampiri mereka berdua,Loy bertemu lagi dengan Lili secara tidak terduga,Lili mengikuti mereka ke luar negara,pada waktu ini perasaan Loy kembali datang,dia menyedari kali ini bukan sekadar untuk menolong atau menemani Lili,tapi Loy melakukan kerana perasaannya,dia masih suka kepada Lili.Bila mengetahui Villiam bersama Diana,Loy agak kesal tapi juga lega,dia tahu ini adalah peluang terbaik untuk dia, mengikuti ke mana langkah Lili.Lili terharu mendengar kata-kata dari Loy,dia tidak menduga selama ini Loy mempunyai hati padanya,sedangkan dia masih berharap kepada Villiam,Lili merasa malu bila teringat setiap kali dia sedih,Loy adalah orang pertama yang dia rasa terfikir meluahkan perasaannya.Mereka berdua sudah saling meluahkan perasaan yang terpendam, mereka mencuba untuk mengenali hati budi memasing lebih dalam lagi,Loy juga berkata kalau Lili tidak suka dia berkerja di luar negara,Loy akan menetap di mana Lili suka dia berada,Lili berkata selagi mereka belum berumah tangga,Loy boleh mengikuti Villiam.
KEHAMILAN
Dua bulan berlalu, akhirnya harapan yang Quan dan Ruth inginkan membuahkan hasil,Ruth disahkan hamil beberapa minggu.Mereka berdua terlebih gembira bila mengetahui Ruth berjaya hamil anak kembar.Berkat kesabaran keduanya mereka bakal menjadi ibu dan ayah.Oleh kerana masih terlalu awal kehamilan mereka bercadang merahsiakan dulu,mereka ingin membuat kejutan untuk keluarga keduanya,kerana kedua orang tua mereka juga sudah tidak sabar untuk memiliki cucu, orang tua mereka sering bertanya dan memberi makanan sihat kepada Quan dan Ruth supaya mereka menjaga kesihatan dan berusaha mendapatkan anak dengan cepat, keduanya bersemangat saat berbual tentang keluarga mereka,kalau saja orang tua Quan dan Ruth tahu kehamilan Ruth,sudah pasti kedua orang tua mereka gembira dan bersyukur,pasti akan banyak barang yang di hantar ke rumah mereka nanti.
Kerana ingin membuat kejutan,mereka akan mendiamkan diri,mungkin kalau orang tua mereka tidak tahu rahsia mereka akan memberitahu selepas melahirkan anak,Quan ingin Ruth beristirehat dengan baik,dia juga sudah mengupah pembantu untuk menolong Ruth menguruskan rumah dan makan minum yang sihat untuk Ruth,mereka mencari pembantu yang sudah ada pengalaman dan menjaga orang bersalin,Ruth sering tersenyum setiap kali dia menyentuh perutnya,dia sudah tidak sabar merasai pergerakan anak dalam perut,Quan berkata bayi akan bergerak bila hampir lima bulan, kerana masih awal pergerakan bayi di dalam perut tidak dapat dirasai kerana terlalu kecil.Ruth mengajak Quan pergi mencari buku tentang kehamilan dan bagaimana cara menjadi ibu muda,dia juga mengajak Quan untuk mencari pakaian untuk bayi mereka,Quan juga sangat gembira melihat Ruth senang hati, walaupun dia agak sibuk,dia akan mencari waktu untuk menemani Ruth mencari barang yang dia inginkan.
ENCIK TAN
Encik Tan baru sampai di rumah, wajahnya muram kerana angin nya kurang baik hari ini,dia berleter kepada Ate,Ate yang baru selesai masak makanan untuk ayahnya pun heran dan bertanya mengapa ayahnya tiba-tiba marah, ayahnya berkata,dia mendengar dari Ruth yang Aboy sudah mempunyai kekasih,tapi masih tidak beritahu padanya, seharusnya Aboy membawa pulang teman wanitanya menemui dia,bukan Aboy tidak tahu yang ayahnya berharap sangat dia berkawin cepat dan memiliki anak,supaya Ruth tidak tertekan,untuk tidak membuat curiga ayah nya kepada Ruth,Ruth terpaksa memberitahu ayahnya tentang Aboy,supaya ayahnya mendesak Aboy dan tidak tertumpu kepada Ruth.Ate yang mendengar hanya berdiam,dia tidak mahu dia pula jadi mangsa desakan ayahnya,Ate mengajak ayahnya makan,demi mengelak dari dia menjadi topik perbualan,Ate memberitahu kepada ayahnya,dia akan pergi ke Jepun,kerana ada pertandingan pemotong rambut yang terbaik tidak lama lagi.Ate akan pergi ke sana selama dua minggu,Ate agak risau ayahnya berada seorang diri di rumah,jadi Ate bertanya kalau ayahnya mahu ke rumah Ruth.Tapi ayahnya tidak mahu pergi ke tempat anak perempuan yang sudah kawin,dia tidak mahu menyusahkan mereka,ayahnya berkata untuk apa dia mempunyai dua orang anak lelaki kalau tidak berbakti kepadanya, mungkin ini waktu yang tepat dia melihat bakal menantunya,Ate mengerti maksud ayahnya.Ate berkata dia akan menghubungi Aboy nanti,ayahnya kelihatan senang hati bila Ate berkata untuk menghubungi Aboy,kerana Aboy juga sudah lama tidak balik ke rumah,sejak dia berkerja di ibu kota,Aboy jarang balik.Dia hanya menelefon ayahnya bertanya khabar dan mengirim barang kepada ayahnya.Kali ini Aboy tiada alasan untuk tidak pulang membawa teman wanita nya menemui ayahnya.