PAKCIK SAM
Hampir setahun pakcik Sam koma,dia ditemui jatuh dari tangga di rumah nya oleh Diana kata pembantunya,itu yang Diana katakan kepada ibu Diana.Sewaktu pakcik Sam di hantarkan ke hospital, Diana tidak memberitahu kepada sesiapa pun sehingga pembantu peribadi pakcik Sam menghubungi ibunya,di saat itu baru mereka tahu keadaan pakcik sudah tidak sedar diri beberapa bulan, kerana peristiwa itu juga, orang tua Diana berasa marah padanya dan perhubungan mereka semakin renggang sejak itu.Diana juga tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai perkara itu, bagaimana pakcik Sam boleh di temui jatuh di rumahnya sendiri.Segalanya seperti tidak masuk akal, penjelasan tidak sepadan dengan kecederaan yang dialami oleh pakcik Sam.Setelah pakcik Sam sedar dari koma,dia memberitahu perkara sebenar kepada orang tua Diana, bagaimana kejadian itu boleh berlaku.Agak mengejutkan tetapi mereka memilih untuk berdiam diri, kerana tidak mahu masalah itu menjadi besar.Pembantu pakcik Sam juga menjelaskan banyak perkara yang terjadi disaat dia tidak sedar diri.Diana menyalahkan guna banyak kuasa sewaktu dia memegang jawatan kuasa sebagai pengerusi syarikat pakcik nya,dan sekarang Diana cuba ingin merampas kuasa milik orang lain, setelah pakcik Sam tahu rancangan sebenarnya Diana,dia hanya mendiamkan diri, kerana dia tidak ingin ikut campur tangan dalam urusan Diana lagi,dia ingin Diana merasai sendiri pengalaman yang menyakitkan dalam hidupnya.Tanpa merasai kesulitan dalam hidup, Diana tidak mungkin akan pernah berubah.Hanya pakcik Sam berasa hampa dan kecewa kepada Diana, kerana dia adalah satu-satunya anak saudara kesayangannya yang paling dia harapkan, tetapi Diana terlalu tamak dan tidak boleh bersabar.Diana menginginkan sesuatu dengan cepat dan sesuai dengan kehendak nya.Walaupun perbuatan Diana agak serius, mereka tidak mampu berbuat apa-apa padanya, sikap degil dan tidak mahu mengalah semakin menebal dalam dirinya.Semakin tinggi dia cuba capai, semakin parah saat dia jatuh.Setiap perbuatan yang Diana lakukan,dia pasti orang tuanya tidak akan masuk campur, mereka sangat sayang padanya, walaupun hubungan mereka tidak seperti dulu, yang pasti mereka tidak akan meninggalkannya.Semarah apa pun orang tua, mereka tidak akan pernah membiarkan anaknya terseksa fikir Diana.
ABOY DAN KEKASIH
Kerana Ate sudah pergi ke Jepun,Aboy terpaksa balik menemani ayahnya seminggu,Aboy tidak membawa teman wanita nya sewaktu balik,itu membuat ayahnya berasa marah,encik Tan berfikir dia berpeluang melihat bakal menantunya,tapi hancur segala nya kerana Aboy memberitahu teman wanita nya tidak mendapat cuti.Tapi Aboy berjanji yang dia pasti akan membawa ayahnya bertemu dengan teman wanita nya tidak lama lagi,hanya sekarang bukan waktu yang sesuai, perasaan encik Tan sedikit baik bila mendengar kata-kata Aboy, sebenarnya dia tidak kisah tinggal sendirian,encik Tan faham semua anaknya sudah besar,dan mereka semua bakal mempunyai keluarga masing-masing kelak,encik Tan dah tahu masa depannya, sekiranya salah seorang anaknya tinggal bersama selepas mereka mendirikan rumahtangga,itu satu keuntungan buatnya,tapi dia tidak mengharap banyak kehendak.Setiap anak sudah pasti mempunyai rancangan hidup mereka sendiri, sedangkan Ate pun masih bujang,dia lebih pentingkan kerja dan mencari duit.Buat masa ini Ate saja teman encik Tan.Encik Tan yakin Aboy pasti tidak akan di tinggal serumah dengannya,dari sikap Aboy,encik Tan tahu walaupun Aboy baik dan penurut,tapi dia akan lebih patuh kepada orang yang dia cintai,lihat saja kisah percintaan sebelum ini,dia lebih menurut kemahuan kekasihnya.
KEBETULAN
Walaupun perutnya masih tidak jelas kelihatan,bayi didalam kandungan sudah mula bergerak,saat merasai pergerakan dalam kandungannya,Ruth sangat teruja kali pertama merasai perasaan yang tidak dapat dia jelaskan, perasaan yang sangat istimewa.Kerana terlalu gembira Ruth sering pergi membeli barangan keperluan untuk bayinya,tapi kali ini dia bersendirian kerana Quan telah pergi ke luar negara selama lima hari,sedang seronok melihat pakaian bayi ,dia di datangi oleh seseorang yang Ruth kenal,Ruth terkejut saat mendengar suara yang dia kenali.
”yang ini sangat comel."
Mata Ruth terbulat besar dengan wajah yang tidak percaya, mengapa Villiam boleh berada di sini,di tempat pakaian bayi? untung Ruth hanya melihat dan belum memilih lagi,Ruth takut Villiam tahu dia mengandung,kerana kandungan nya seharusnya menjadi rahsia,hanya dia dan suaminya saja yang tahu.Ruth berasa heran mengapa Villiam tidak pergi bersama Quan, bukankah mereka harus menguruskan projek yang sama? Villiam memberi alasan yang dia kurang sihat,perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,Ruth teringat tentang masalah kesihatan Villiam sebelum ini,bukankah seharusnya dia sudah pulih sepenuhnya.Villiam mengakui memang dia sudah pulih sepenuhnya,tapi dia perlu menjalani pemeriksaan katanya, selepas peristiwa itu Villiam sangat menitik berat soal kesihatannya,dia tidak mahu pengorbanan Ruth menjadi sia-sia.Ruth terdiam saat mendengar kata-kata Villiam, perkara itu benar, kalau Ruth tidak tahu dan baik hati,pasti Villiam sudah tiada di dunia ini.Villiam tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Ruth secara peribadi, kerana Villiam sudah berjanji pada diri sendiri, siapa yang menolongnya waktu itu, dia akan terhutang budi selamanya, yang paling mengharukan penderma itu adalah Ruth,dan itu yang membuatkan Villiam sangat bersyukur saat Villiam mengetahui kebenaran. Walaupun Quan cuba menyembunyikan maklumat isterinya, Villiam akhirnya dapat mengetahui perkara itu dengan jelas dari temannya yang menjadi doktor.
Ruth tidak mahu Villiam tahu tentang kehamilannya,jadi dia tidak membeli pakaian bayi, Villiam bertanya apakah Ruth merancang ingin menjadi ibu?Ruth menjawab dia mencari pakaian kanak-kanak untuk anak sahabatnya,dia terlihat baju bayi tadi terlalu comel,itu yang membuatkan dia melihat sebentar.Villiam teringat akan sahabat Ruth yang lain dan bertanya apakah mereka sering berhubung lagi?Ruth menjawab mereka masih berhubung lagi, adakalanya mereka akan keluar bersama.Saat itu juga Ruth memerhatikan Villiam tanpa Villiam sedar,Ruth terfikir kalau Qistina mesti suka kepada Villiam,Villiam adalah ciri-ciri lelaki idaman Qistina,tapi Villiam sudah bercinta dengan Diana.Villiam tersedar Ruth memerhati dia, Villiam tersenyum dan bertanya kepada Ruth, apakah dia terlalu kacak untuk Ruth curi pandang?Ruth gelabah menolak godaan Villiam.Ruth berkata jangan bergurau dengan dia,takut orang salah faham.Ruth sudah tahu perhubungan antara Villiam dan Diana.Berat mulut untuk berkata kepada Villiam,Ruth hanya takut Villiam terpedaya oleh Diana,tapi Ruth juga takut Villiam salah faham.Mereka berdua berjalan sambil mencari pakaian kanak-kanak.Tanpa mereka sedar ada orang telah menangkap gambar mereka berdua.
SEBOTAJ
Selepas balik dari luar negara Quan di jemput oleh Villiam menghadiri parti kecil bersama rakan kongsi dan juga pelabur yang terlibat dalam projek baru berparti malam ini,Quan di temani oleh Ahcong pembantunya,bergitu juga Villiam dan Diana, rancangan malam ini adalah membuat Quan mabuk dan menyuruh dia menanda tangani penyerahan kuasa kepada Villiam.Malam semakin rancak perbualan demi perbualan yang mereka lanjutkan, dengan minuman dan wanita muda menjadi peneman,agak sukar untuk Quan atau Villiam terlepas kerana pelabur tersebut agak memaksa mereka minum alkohol, Diana agak bimbang melihat wajah merah Villiam mula kelihatan,dia tidak boleh minum banyak kerana keadaannya, sedangkan rancangan mereka berdua masih belum selesai.Diana menggunakan alasan agar Quan dan Villiam keluar berdua dari tempat itu.Diana mengajak Achong menemani pelabur itu,kerana dia risau keadaan Quan dan Villiam sudah mabuk katanya, walaupun Ahcong tidak suka kepada Diana kerana kejadian sebelum ini,Achong menuruti penjelasan Diana,kerana Ruth sudah memberi amaran kepada Achong agar menjaga suaminya dengan baik, terutama dari wanita.Kalau dia tidak menjaga Quan. Ruth pasti membuat perhitungan dengannya nanti.Quan dan Villiam terlepas dari bilik yang bising,mereka berbual di tempat yang agak tersembunyi dari orang,tidak lama dari itu Diana dan Achong mendapat mesej dari keduanya,melihat semua pelabur yang mabuk masih bersuka ria dengan pelayan kelab malam,mereka keluar seorang demi seorang.Diana tidak sabar menunggu Villiam mengambilnya di depan kelab.Tapi Loy yang memandu kereta kerana Villiam agak mabuk,Diana bertanya apakah Villiam sudah berjaya? Villiam hanya mengangguk kepala dan menunjukkan dokumen tersebut,Diana ingin mengambil fail itu, tapi Villiam berkata jangan terburu-buru untuk menunjukkan kuasa,itu kurang menyeronokkan.Diana pun bersetuju dengan cadangan Villiam, mungkin Villiam ada rancangan yang lebih mengejutkan lagi.