MALAM YANG SEHARUSNYA HANGAT
Diana ingin mengoda Villiam,tetapi Villiam menolaknya berkali-kali dengan alasan mereka berdua masih belum berkawin lagi.Diana tidak mengerti...mengapa perlu berkahwin untuk melakukan hubungan seks,apakah itu satu kemestian?Diana terkenang kata-kata Lili sebelum ini,Lili sudah bersama dengan Villiam tapi dengan cara kotor?apa maksud Lili.Diana menarik nafas panjang menahan kemarahannya yang sedang melanda,melihat Villiam terbaring di katil dalam kemabuk,Diana berasa kesal.Mengapa dia suka kepada lelaki yang tidak pernah mengambil peduli tentangnya.Kemudian Diana kembali positif,dia kembali berfikir waras dengan teliti, Villiam lelaki yang agak kuno walaupun dia lelaki moden,dia baik dan lembut pada wanita,Diana sendiri dapat melihat cara Villiam melayan perempuan termasuk Felisha, pembantunya.Ada waktunya Diana berasa cemburu kepada Felisha temasuk dengan mana-mana wanita yang cuba mendekati Villiam.Walaupun Diana cemburu bagaimana sekalipun, tiada apa yang berubah kerana Villiam lelaki yang berjaya, walaupun tidak'dia pasti menjadi rebutan mana-mana perempuan.Tentang sejarah percintaan Villiam tidak banyak yang diketahui,Diana tidak tahu selain Lili yang pernah menjadi isterinya.Itu pun Lili saja yang beria mendekati Villiam,sedangkan Villiam hanya melayan dengan baik sahaja.Diana teringat dokumen yang di simpan oleh Villiam tadi,dia terdetik mencarinya ditempat yang di simpan oleh Villiam tadi.Villiam sudah tertidur kerana mabuk,tiada apa yang perlu Diana lakukan,dia pergi mencari dokumen tadi di bilik kerja Villiam,Diana menoleh kebelakang melihat Villiam terlena,dia masih tidak bergerak.Diana menutup pintu bilik dengan perlahan,Diana membuka pintu bilik dimana Villiam sering melakukan kerja di rumah.Dokumen itu terletak di atas meja,Diana mengambil untuk meneliti isi kandungan didalamnya,apakah benar atau palsu.Setiap helaian kertas di lihat dengan serius, seperti semua perkara adalah benar berdasarkan apa yang mereka berdua rancang.Hanya Villiam yang menjadi pemilik baru.Diana agak musykil,tapi dia percaya kepada Villiam,kerana mereka sudah sepakat.Apalagi mereka berdua adalah pasangan kekasih.Hanya mengapa Villiam mendekati isteri Quan?
RUTH KECEWA
Ruth sangat gembira hari ini, suaminya mengajak dia makan tengahari bersama, suaminya takut dengan perasaan Ruth yang sering berubah-ubah semenjak Ruth hamil, kerana Ruth terlalu seronok,dia pergi ke pejabat suaminya untuk menjemput Quan.Lif terbuka tapi suasana agak bising,Ruth melihat mengapa pekerja berkumpul di depan bilik Quan?Ruth dah mula cemas,apa yang terjadi agaknya.Ruth mencelah masuk di antara pekerja mereka,dia melihat Achong di luar,Ruth bertanya mengapa Achong diluar? Achong agak kalut menjelaskan apa yang terjadi.Ruth terburu-buru membuka pintu bilik pejabat Quan,dia terkejut melihat Quan dan Villiam seperti ayam laga.Mereka berdua saling mencekam leher baju dengan kuat, kelihatan darah di bibir masing-masing.Di situ Diana hanya menjadi penonton,Diana menjeling kearah Ruth dengan senyuman sinis sewaktu melihatnya,Diana merasa puas hati melihat kedua lelaki berlawan kerana posisi kuasa,tidak tahan melihat.Ruth menjerit ke arah keduanya.
"Berhenti!!"Ruth menjerit.
Kepalanya terasa berpusing untuk kali pertama semenjak dia mengandung.Ruth memegang kepalanya yang terasa melayang.Quan melihat Ruth hampir tumbang,Quan segera melepaskan leher baju Villiam dan menuju ke arah Ruth memapahnya.
"Ruth,tenang...tarik nafas."Quan bersuara lembut,sambil memeluk isterinya.
Ruth kembali bernafas dengan baik seperti biasa,dia terpandang wajah Villiam yang melihatnya dengan serius,bibir Villiam juga berdarah seperti Quan,mata mereka bertentangan,Diana melihat pandangan mereka berdua curiga,Diana menuju ke arah Villiam dan memberi tisu padanya.
Ruth bersuara...
"Quan,apa yang terjadi? mengapa kamu berdua bergaduh,kamu tidak malukah semua pekerja melihat?"
"Mereka berdua pengkhianat, mereka bersubahat merampas syarikat kita."kata Quan.
Ruth seperti tidak percaya mendengar kata-kata Quan, mengapa Villiam seperti itu?
Ruth tidak sangka Villiam sanggup bersubahat dengan Diana untuk merampas syarikat Quan,Ruth terkejut sehingga tidak dapat berkata-kata bila dia mengetahui perbuatan khianat kedua orang itu, berderai airmata Ruth sambil menatap Villiam, perasaan kecewa yang teramat, kemudian Diana bersuara dengan lagaknya.
"Kamu berdua bukan sesiapa lagi di sini,sila pergi segera sebelum saya panggil petugas keselamatan."
Mendengar kata-kata Diana,Ruth mengajak Quan pergi, walaupun berat hati untuk melangkah kaki,Quan menuruti isterinya.Wajah Ruth kelihatan pucat,Quan perlu pertimbangkan keadaan Ruth.
"Mari pergi."kata Quan.
Saat mereka berdua menglangkah keluar dari pintu, banyak pekerja yang melihat diluar, mereka semua berbisik dan cuba memahami apa sebenarnya yang berlaku.Quan mengarahkan Achong memandu kenderaan menghantar mereka pulang.Achong mengikuti arahan kerana Achong ingin tahu apa yang terjadi.
Tiba di rumah Quan menemani Ruth sehingga dia tertidur,dia keletihan dengan kejadian hari ini, segala perasaan gembira dan ketenangan menghilang begitu saja.Quan mencium dahi Ruth dan menyelimuti tubuhnya, kemudian Quan menemui Achong di bilik kerjanya.Mereka berdua berbincang agak lama di dalam bilik kerja.
VILLIAM TERGANGGU
Bibirnya masih bengkak dipukul oleh Quan tadi,sambil menyentuh bibirnya yang terasa sakit,dia mengelamun.Diana datang membawa minuman dan makanan untuk Villiam,tapi dia tidak berselera untuk makan.Villiam mengambil air untuk diminum,dia merasa sakit saat minum.Diana tertawa melihat Villiam kesakitan,tapi dia puas kerana melihat kesakitan yang dialami oleh Quan dan Ruth lebih daripada itu.
"Kamu nampak wajah Ruth tadi?sangat puas melihatnya terkejut."
”bukankah kamu sahabat waktu sekolah?"tanya Villiam.
"Tolonglah,saya dan Ruth berbeza... cerita lama tidak perlu dikenangkan."
"Kamu menguruskan segalanya,saya tiada niat hendak berkerja hari ini,saya perlu pergi ke hospital."
Villiam bangkit dari tempat duduk dan mengambil kotnya pergi, Diana tersengih geli hati melihat kelakuan Villiam,sekadar luka dibibir perlu ke hospital, ianya sangat melucukan fikir Diana.
DIANA MENEMUI LILI
Kerana Villiam sering menolak Diana dengan banyak alasan,Diana pergi menemui Lili, kerana Lili pasti tahu cerita kisah lama Villiam, Diana menunjukkan foto yang dia dapat kepada Lili.Lili tersenyum melihat foto Villiam yang di ambil bersama Ruth di kedai pakaian. Diana ingin tahu apa yang Lili tahu.
"Tolong jelaskan,kamu pasti mendapat imbalan."kata Diana.
Lili menatap Diana serius, kalau dia memberitahu segalanya sudah pasti Diana beruntung, sekarang Lili sudah ada Loy,Ruth juga bukan musuh Lili lagi,Ruth sudah bersuami untuk apa mencari masalah dengannya,Ruth tidak pernah mencari masalah dengan Lili,melainkan Diana.Sekarang Diana dengan berwajah tebal ingin maklumat daripadanya, sungguh besar ego wanita ini.Dia fikir dia siapa?hidung tinggi dan mengarah?!Lili tersenyum lembut dan bertanya...
"Kenapa dengan gambar ini?"
"Kamu kenal wanita ini?"
"Tidak,siapa dia?"
Diana tidak dapat meneka,tapi kecurigaan Diana semakin kuat, gambar itu seperti biasa saja kerana mereka sudah kenal,tapi bukan kenalan biasa baginya, perasaan kuat mengata ada sesuatu di antara mereka, kerana curiga Diana sanggup mengupah orang mengekori Villiam, mungkin Villiam tidak tahu Diana tidak terlalu percaya kepadanya.
Tidak lama dari itu,Lili memberitahu kepada Loy,Diana menunjukkan gambar Villiam dan Ruth padanya,agak mengejutkan mengapa Diana ingin mencari maklumat tentang mereka berdua.Loy dengan segera menghubungi Villiam dan memberitahu perkara sebenar, mendengar kata-kata Loy, kepala Villiam terasa semakin sakit.