Chapter 48

ATE DAN SEORANG GADIS

Ate tidak menduga perjalanannya kali ini membuat dia jatuh cinta kepada seorang gadis,gadis itu menemani kakaknya yang juga seorang tukang gunting rambut,kerana mereka datang dari tempat yang sama, mereka sangat mesra dalam waktu yang singkat dan saling menyokong setiap kali pertandingan berlangsung,pada waktu lapang mereka akan keluar bersama pergi bersiar-siar dan menghabiskan masa berkumpulan.Ate gembira dia tidak merasa bosan menyertai pertandingan kali ini kerana menemui banyak kawan senegara dengannya,Ate agak berhati-hati agar tidak di ketahui oleh ayah atau adik beradiknya tentang dia mengenali seorang wanita,kalau ayahnya atau Ruth tahu pasti menjadi kecoh seperti Aboy.Ate ingin merahsiakan dulu perkara ini,dia ingin mengenali gadis ini lebih dekat lagi,Ate ingin mengetahui sikap dan peribadi bagaimana? apakah gadis ini boleh menjadi teman hidup di masa depan.Ate menginginkan seorang gadis yang boleh memahami dirinya dan boleh memasak,sebab Ate lebih suka makan di rumah dari diluar, baginya makan bersama keluarga di rumah lebih mengembirakan,sebab itu Ate agak pemilih bila mencari teman wanita, kerana dia tidak suka kepada perkara yang menyulitkan.Ate tidak pandai berdrama atau bermuka dua.

RUTH BIMBANG KEADAAN QUAN

Ruth bimbang melihat suaminya tidak banyak bercakap semenjak syarikatnya dirampas,Quan menolong pembantu rumah melakukan tugas seperti biasa, kadang-kadang dia akan bersenam selain menemani Ruth melakukan pemeriksaan,Ruth ingin berbincang tentang kejadian tersebut,tapi Quan memberitahu supaya Ruth tidak perlu risau,dia perlu bergembira kerana hamil dan tidak mahu menjejaskan emosinya sebagai seorang ibu.Quan tidak mahu Ruth merasa terbeban kerana hal itu,Quan mempunyai rancangannya sendiri,Ruth masih tidak mengerti mengapa Villiam sanggup menipu Quan, kenapa Villiam boleh jadi orang yang tidak mengena budi.Apa yang Diana lakukan sehingga Villiam boleh bersubahat dengannya?Ruth ingin menemui Villiam,Ruth mengajak Villiam bersemuka dengannya,tapi Villiam menolak.Ruth sangat kecewa terhadap Villiam,Ruth merasakan Villiam sudah berubah,dia menjadi tamak.Lelaki yang dulunya sangat baik berubah tanpa Ruth duga, apakah mungkin ini balas dendam kerana hal lama,Ruth bertanya kepada Quan, apakah Quan tahu mengapa Villiam mengkhianati dia,mungkin Villiam nak balas dendam terhadap mereka,Ruth membuat andaian.Quan tidak pasti kerana malam mereka mabuk, mereka berdua berbincang soal projek baru yang mereka dapat,saat itu Quan membaca dengan jelas dokumen yang di bawa oleh Villiam, kerana tiada masalah Quan menanda tangani dokumen itu, tapi bagaimana boleh menjadi dokumen penyerahan kuasa kepada Villiam.Quan tidak terlalu mabuk atau buta saat itu,di mana silap yang terjadi.

DIANA MENEMUI RAHSIA VILLIAM

Sesuatu yang telah lama di simpan oleh Villiam,buku dan surat yang tertera nama Ruth, bukan itu saja.Diana juga menemui baju pasangan dan gelang yang separuh terbakar memiliki huruf V dan R dengan kata saya cinta awak.Villiam menyimpan di dalam bekas yang cantik,kali ini Diana baru menyedari bekas itu, mungkin Villiam terlupa untuk menyimpan kembali koleksi kesayangannya itu.Diana terasa bodoh ditipu hidup-hidup oleh keduanya, Villiam dan Ruth mungkin pernah menjadi pasangan kekasih,bila Diana berfikir kembali,cara Villiam terhadap Ruth agak berbeza dengan cara dia melayan orang lain, walaupun nampak biasa dan tiada apa-apa.Apakah Quan dan Lili mengetahui perkara ini?Diana tersenyum memikirkan tentang hal ini semakin menarik dari biasa,Ruth sering merampas lelaki yang dia suka.Mendengar bunyi pintu rumah di buka.Diana cepat-cepat meninggalkan bilik kerja Villiam, Villiam kelihatan runsing, fikirannya melayang kerana terlalu banyak berfikir, Villiam termenung melihat phone yang ada di tangannya, jantung berdebar-debar, seperti dia sudah melakukan kesalahan besar.Diana mengetuk pintu biliknya,Villiam segera menutup phone tadi, perbuatannya itu menambah kecurigaan Diana terhadapnya.Villiam bertanya apa yang Diana inginkan,itu membuat Diana berasa marah, mereka sering bersama dan tinggal serumah,tapi sikap Villiam masih seperti orang asing jauh di sudut hatinya.

RUTH MENJADI SASARAN

Perasaan cemburu yang membara didalam hatinya semakin kuat, bukan saja Quan yang mencintainya,tapi Villiam juga masih tergila-gilakan Ruth walaupun Ruth sudah berkahwin.Diana benar-benar tidak boleh menerima mengapa semua lelaki menyukai Ruth,ada apa padanya sehingga lelaki begitu terpesona.Diana tersenyum melihat Villiam menuju ke bilik mandi, kemudian Diana mendengar bunyi air pancuran yang dibuka,bermakna Villiam sedang mandi.Diana melihat phone Villiam yang ada di meja,dia mengambil dan cuba membuka katalaluan phone Villiam,tapi tidak berjaya.Diana teringat tarikh lahir Ruth lalu membuka katalaluan phone Villiam,benar sekali...tidak disangka katalaluannya adalah tarikh lahir Ruth.Diana benar tidak sangka kejutan seperti ini yang paling dia benci.

"Ruth!..."

Matanya menjadi merah berair menahan marah yang tidak terbendung lagi,Diana melihat mesej yang di hantar oleh Ruth kepada Villiam,Ruth mengajak Villiam bertemu di tempat Ruth bersenam,kerana perasaan marah,Diana menbalas mesej Ruth supaya mereka bertemu melalui phone Villiam.Kemudian Diana menghapuskan mesej tersebut setelah Ruth melihat mesej yang Diana hantar tadi.Diana ingin tahu apa yang diinginkan oleh Ruth saat dia bertemu dengan Villiam,apakah Villiam akan memberi kembali syarikat itu kepada Quan?Fikir Diana apa Villiam terlalu bodoh dengan perangkap airmata.kali ini Diana ingin menyelesaikan sendiri perkara ini, dia tidak mahu Villiam tahu atau terlibat,kerana Villiam mungkin masih ada perasaan kepada Ruth.Diana keluar dengan cepat,dia tidak mahu Villiam tahu apa yang akan dia lakukan.Villiam mendengar pintu utama di tutup,selesai mandi dia keluar melihat mungkin ada sesiapa yang datang,tapi suasana sepi,beg tangan Diana pun tiada di meja biasa Diana meletakkan begnya.Villiam berasa curiga kerana jarang Diana berenggang dengan dia.Villiam terfikir untuk melihat phone nya kembali,tertera mesej dari Ruth.

"Jumpa nanti."

Villiam agak heran kerana dia tidak menjawab untuk bertemu dengan Ruth,tapi mengapa Ruth menbalas bertemu nanti,sudah pasti ada yang menjawab mesej dari Ruth,hati Villiam tetiba berdebar,dia berfikir apakah Diana tahu katalaluan phone dia,dengan segera Villiam mencari pakaian untuk mencari Diana, kemungkinan dia menbalas mesej Ruth.Villiam takut terjadi sesuatu di antara mereka.Villiam memandu dengan cepat dari biasa,dia berasa agak bimbang sekarang,kerana Diana agak agresif saat marah kepada orang lain, walaupun Diana tidak pernah menunjukkan sifat sebenar didepan Villiam.

TEMPAT BERSENAM

Diana tiba di tempat Ruth selalu bersenam,dia menglangkah anak tangga dengan anggun, tetiba ada yang memanggil namanya dari belakang, siapa lagi kalau bukan Ruth,Ruth agak terkejut mengapa Diana ada di sini?Ruth cepat berfikir,mungkin mesej yang di balas itu bukan dari Villiam, tetapi dari Diana.Diana menoleh dengan wajah yang tegang.

"Jadi,awak terkejut?sebab saya yang balas mesej awak."Diana bersuara keras.

"Saya tidak peduli siapa yang balas,yang pasti kamu berdua sangat teruk, pengkhianat!"Ruth bernada tinggi.

"Ha...ha...ha...kecewa?!,mesti kamu fikir Villiam tidak mungkin berbuat demikian kerana kamu?"Diana mendekati Ruth di pertengahan tangga.

Ruth tidak pernah semarah ini setiap kali bertengkar dengan Diana,tapi kali ini kemarahannya tidak dapat dia kawal, mungkin kerana dia hamil.Ruth mengangkat tangannya untuk menampar wajah Diana,tapi tangannya di tangkap oleh Diana.

"berani nak tampar saya,kamu fikir saya tunggul kayu?"kata Diana.

Lalu Diana menolak Ruth dengan kuat,Ruth tidak dapat mengimbangi tubuhnya, kerana terlalu pantas , dalam fikirannya saat ini.

"Anak saya."

Ruth hampir terbaring di lantai,matanya ditutup dengan tangan memeluk perutnya,Ruth rasa bersalah kerana dia tidak berfikir sebelum bertindak.Tiba-tiba ada suara yang menyebut namanya.Ruth dapat merasai tubuh dalam dakapan seseorang,dia berasa lega seketika.

"Villiam...

Villiam menyelamatkan Ruth dari terjatuh,Diana melihat wajah Villiam bergitu cemas, adakah Villiam terlupa Diana adalah kekasihnya.Ruth marah saat dia menyedari Villiam yang menolongnya tadi.

"Lepaskan saya."

Ruth menarik nafas panjang,dia menjeling ke arah Diana, kalau terjadi sesuatu pada kandungannya,dia akan berbuat apa saja untuk membalas perbuatan Diana.Villiam bangun menuju ke arah Diana, Villiam marah kepada Diana, mengapa dia sanggup menolak Ruth?Diana kecewa mendengar kata-kata Villiam, sekarang dia yang bersalah lagi.

"Adakah Ruth begitu penting dari saya?!"tanya Diana.

Villiam berdiam diri,dia tidak bersuara.Villiam menoleh ke arah Ruth yang masih terduduk di lantai,tidak lama dari itu Quan juga tiba,Quan melihat isterinya kelelahan,Quan bertanya apa yang sudah terjadi? sedangkan Villiam dan Diana berdiri di tangga dengan wajah yang geram.