DIANA MENGAMUK
Sekembali dari tempat kejadian itu, Diana tidak bercakap dengan Villiam kerana Diana berasa marah kerana Villiam meninggikan suara kepadanya di depan Ruth.Diana berasa terlalu benci kepada Ruth, mengapa dia mendapatkan perhatian dari kedua lelaki ini,mereka berdua terlalu bimbang dengan keadaan Ruth,wajah kedua-dua lelaki itu melihat Diana dengan garang.Quan pasti marah melihat isterinya di perlakukan sebegitu,tapi Villiam yang sudah menjadi kekasih Diana seharusnya mereka sekutu, memikirkan tentang hal tadi membuat darah mendidih kemarahan sehingga tubuh Diana bergetar.Diana kehilangan kesabaran.
Tiba di rumah Villiam,Diana membaling beg tangannya di lantai dan mula memecahkan barang perhiasan milik Villiam,dia menjeling ke arah Villiam di belakang yang sedang terpacak di depan pintu.Wajah Villiam juga serius dari tadi, seharusnya Villiam menenangkan Diana dan berbual dengannya,mengapa Villiam meninggikan suaranya.Tapi kelihatan Villiam tidak berperasaan,dia hanya berdiam diri.Diana tidak faham fikiran Villiam pada ketika ini, mereka berdua telah merampas syarikat Quan,tidak mungkin Villiam berlembut hati,sedangkan Villiam juga tidak mahu bertemu dengan Ruth.Diana yang menjadi punca perkara ini terjadi.Kalau terjadi sesuatu kepada Ruth tadi, mungkin akan terjadi kes besar.Diana kembali positif.
Villiam bersuara setelah dia merasakan Diana kembali tenang, Villiam tidak mahu membahayakan sesiapa dalam hal ini,Diana tidak seharusnya bertindak sendirian kata Villiam.Diana berasa mungkin betul kata Villiam,tapi Diana teringat akan percintaan Villiam dan Ruth sebelum ini,kemarahan Diana kembali lagi.
"Apakah Ruth pernah jadi kekasih kamu sebelum ini?"Diana bertanya.
Villiam tidak mahu menjawab,tapi bila di fikirkan tiada guna Villiam menyembunyikan hal ini dari Diana,Diana pasti sudah tahu kesemua cerita,Loy juga sudah memberitahu kepada Villiam sebelum ini yang Diana mengupah orang mencuri gambar mereka berdua.Diana juga tahu tarikh lahir Ruth kerana mereka pernah menjadi kawan waktu sekolah.Villiam mengakui memang dia dan Ruth pernah bercinta,tapi Villiam memilih Lili sebagai isterinya dan Ruth kembali kepada Quan.
"Di antara kami sudah tiada apa-apa."kata Villiam.
"Kamu pasti,tapi mengapa kamu marah kepada saya tadi?"tanya Diana.
"Kamu membahayakan dia...
QUAN MARAH KEPADA RUTH
Quan juga berasa marah dengan tindakan Ruth,dia keluar bersendirian untuk menyelesaikan atau menambah kes,kalau Villiam tidak berada di belakangnya waktu itu,sudah pasti kecederaan yang parah,bukan saja kepada Ruth,tapi anak mereka, sekiranya terjadi sesuatu kepada Ruth, siapa yang harus mereka salahkan, terutama Ruth sedang hamil dan tiada siapa tahu tentang kehamilannya.Ruth seharusnya tahu sikap Diana yang kasar.Quan takut terjadi sesuatu kepada Ruth seperti yang sudah terjadi kepada sebelum ini,Diana mengacau pemanduan dia sehingga mereka terbabas ke bawah jurang, kerana itu Quan hampir lumpuh seumur hidupnya.Quan hanya ingin Ruth ingat balik tentang hal itu.Jangan mencari gaduh dengan Diana.
Ruth mengerti akan kemarahan dan kebimbangan Quan, memang Ruth hilang sabar kali ini,dia hanya berasa marah dan ingin menyelesaikan masalah.Ruth risau akan suaminya,Quan sudah bersusah payah membina kerjaya,tapi akhirnya dirampas dengan mudah,dan Quan seperti tidak terlalu risau,mungkin kerana Ruth.Quan tidak mahu Ruth tertekan sekiranya melihat dia kelihatan risau.
"Maaf...Ruth membuat muka bersalah.
"Saya juga minta maaf,saya tidak tahu kamu sangat risau."kata Quan.
Mereka berdua saling berpelukan, untung segalanya baik,tiada kecederaan atau pergaduhan.
ABOY DAN TEMAN WANITA
Seperti yang di janjikan kepada ayahnya,Aboy membawa teman wanitanya bertemu dengan encik Tan.Lauren teman wanita baru Aboy.Encik Tan terlalu bersemangat menyambut bakal menantunya,dia tidak sabar ingin tahu bila waktu keduanya hendak kawin.Encik Tan berkata Lauren tidak perlu risau soal rumah atau duit simpanan, Aboy memiliki semuanya.Aboy pernah berkerja di Singapura sebelum ini,jadi dia mempunyai banyak simpanan kerana dia tidak boros.Encik Tan panjang lebar menjelaskan keadaan anaknya,dia takut Lauren tidak yakin masa depan Aboy.Lauren juga seperti About,dia seorang yang kuat berkerja dan mempunyai rumah sendiri,dia juga ada simpanan untuk masa depan,dia hanya perlu menunggu kata-kata dari Aboy.Lauren melihat kearah Aboy yang hanya berdiam.Encik Tan berasa jengkel melihat Aboy tidak bersuara,entah macam mana Lauren boleh menyukai lelaki seperti anaknya,tidak menggoda langsung.Encik Tan tidak mahu menunggu lagi,dia memberi waktu lima bulan dari sekarang,dia nak Aboy dan Lauren berkawin cepat.Aboy dan Lauren saling memandang antara satu sama lain, Lauren tersenyum dia tidak membantah.Aboy faham maksud senyuman Lauren.Aboy mengangguk-anggukkan kepalanya,tanda dia juga setuju, umurnya sudah hampir tiga puluhan,bergitu juga Lauren.Encik Tan mengerti situasi lalu dia ketawa.
"Bagus,nanti saya cari hari baik pergi berjumpa keluarga kamu."
DIANA DISIASAT POLIS
Diana masih tidak tahu dia sedang disiasat oleh polis kerana penyelewengan dalam syarikat pakcik Sam, rakan kongsi pakcik Sam yang membuat laporan polis setelah mereka tahu Diana menggunakan wang syarikat demi kepentingan sendiri,dia mengubah wang syarikat demi membeli syer dan merasuah orang di syarikat Quan. Walaupun pakcik Sam cuba melindungi Diana,memberi alasan dan penjelasan kepada pelaburnya, mereka tidak peduli kerana ini melibatkan wang dan kecekapan dalam pengurusan yang amanah.Diana tidak layak dan dia harus dihukum.Orang tua Diana agak bimbang setelah tahu polis mencarinya, mereka tahu Diana melakukan kesalahan besar,tapi Diana anak mereka.Mereka tidak sanggup melihat Diana di tangkap dan di masukkan ke dalam penjara.Mereka takut Diana menderita dan tidak boleh bertahan.Orang tua Diana pergi mencarinya di tempat syarikat milik Quan,tapi mereka di pandang dengan aneh, kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh Diana,saat mereka menyebut nama Diana ada banyak orang berbisik-bisik, hingga mereka terdengar...
"Adakah itu orang tua perampas."
Dapat mereka rasai tatapan mata mereka semua berasa jijik,hati ibunya berasa sedih entah apa yang dilakukan oleh Diana sehingga mereka mendapat kutukan seperti ini.Tiba di pejabat Diana, kesemua pekerja di situ memerhatikan mereka.
”mengapa kamu berdua ke sini?"tanya Diana kepada ibubapanya.
Ibunya mula bertanya apa yang Diana lakukan hingga polis antarabangsa mencarinya?Diana agak terkejut.Diana berfikir selagi pakcik Sam tidak sedar tidak akan menjadi masalah.Diana menjawab dia pun tidak tahu.Lalu bertanya apakah pakcik Sam sudah sedar?tapi ibubapa tidak menjawab pertanyaan Diana, kerana pakcik Sam berjanji tidak akan melaporkan tentang Diana,hanya perlu sembunyikan yang dia sudah sedar dari koma.
"Saya sibuk sekarang,saya masa untuk melayan kamu berdua."Diana bersiap untuk bermesyuarat.
"Diana, jangan melakukan kesalahan lagi,kamu satu-satunya anak kami."
Diana melenting menjawab dengan kasar,sejak bila saya melakukan kesalahan?saya berkerja keras untuk mendapatkan semua ini katanya.
"Lihat tempat ini,ini semua hak saya."
Ibubapanya hanya berdiam, mereka tahu anak mereka tidak akan pernah mendengar kata-kata,dia hanya ingin apa sahaja yang dia hendak.Kalau dilarang pasti berakhir dengan pertengkaran.Orang tua yang tiada kuasa untuk menahan keinginan anak mereka pergi dengan hati yang putus asa,dari jauh Villiam melihat kedua orang tua itu masuk ke dalam lif kesedihan.