FELISHA CEMBURU
Felisha cemburu melihat kebahagiaan Loy dan Lili,dia juga teringin mempunyai kekasih dan selalu mengusik Loy dan Lili disaat mereka selalu bervideo call.Tapi sekarang mereka tidak tahu apa yang terjadi, mengapa bos mereka dan Diana merampas kuasa Quan.Villiam tidak mahu mereka ikut campur dalam urusan Villiam bila di tanya, Felisha dan Loy rasa bersalah bila mengetahui khabar angin tersebut.Bila di fikirkan kenapa Loy dan Felisha di arahkan kembali ke US.Lili menceritakan berita itu kepada Loy sebaik saja dia tahu dari salah seorang daripada kakitangan syarikat Quan,waktu itu kerana Lili juga terkejut mendengar perkara yang terjadi,tidak mungkin Villiam berbuat demikian, rasanya Diana yang mempengaruhi Villiam.Tapi tidak mungkin Villiam boleh di hasut oleh Diana dengan bergitu mudah.Mengapa sekarang segalanya terjadi, seharusnya dari awal lagi,bila difikirkan agak mustahil mereka mendapatkan syarikat itu dengan mudah.Pasti ada sesuatu yang mereka rancang.
PLAN QUAN DAN AHCONG
Achong masih berkhidmat sebagai pembantu yang menolong Villiam menguruskan syarikat mengganti Quan seperti biasa,kerana mereka hanya pekerja yang dibayar, mereka tidak masuk campur dalam urusan dalaman atasan, kerana Felisha dan Loy sudah diarahkan kembali ke US,Ahcong saja yang tinggal dan mengetahui banyak perkara.Achong berkerja seperti biasa, walaupun ada waktunya dia dan Diana akan bertengkar dalam urusan, keadaan akan menjadi tenang ketika Villiam ikut campur.Quan hanya berada di rumah bersama isterinya,dia lebih banyak beristirehat dan membuat apa yang dia suka, kerana Ruth suka makan,hobi barunya adalah memasak untuk Ruth.Quan berasa seronok melihat Ruth makan dengan berselera setiap kali dia masak,Ruth akan menghabiskan makanannya.Ruth tidak suka makanan yang berbau kuat,Ruth juga merindui masakan Ate dan encik Tan,tapi dia bersabar kerana ingin membuat kejutan untuk keluarganya, mereka hanya berhubung melalui talian saja,Ruth juga sering memberi alasan sibuk setiap kali encik Tan menyuruh dia balik ke rumah.Ruth juga bimbang sekiranya ayah dia tahu keadaan syarikat Quan,sebab itu Ruth memberitahu kepada Lauren agar dia merahsiakan hal tersebut termasuk kepada Aboy.Ruth percaya Lauren tidak akan menbocor rahsia yang dia dan suaminya hadapi.
DIANA CEMAS
Diana mendapat berita dari salah seorang pekerja syarikat pakcik Sam,pihak polis mencari dia kerana penggelapan wang syarikat dan juga pakcik Sam sudah sedar dari koma, sejak mendengar kedua hal itu...Diana menjadi sensitif dan cepat marah tidak tentu hala, hingga membuat kakitangan syarikat yang berada di bawahnya menjadi takut,mereka akan berasa lega di saat Villiam berada di pejabat.Bila Villiam berada di pejabat,Diana tidak meninggikan suara kepada orang,kerana dia masih memikirkan Villiam melihat cara perlakuannya kepada orang lain.Diana takut Villiam marah kepadanya dan dia akan kehilangan segalanya. Villiam sebagai ketua di tempat ini,Diana juga tidak mahu maruah Villiam di ketawakan oleh orang, sekiranya Diana tidak menghormati kepada Villiam, sekarang Diana hanya berfikir bagaimana cara dia menyelamatkan diri, sepatutnya sewaktu orang tuanya datang kelmarin,dia sudah bersedia menyelesaikan masalah tersebut,tapi dia terlalu ego.Diana mula terfikir untuk menggunakan ayahnya sebagai kambing hitam,tapi bagaimana cara untuk membuat ayahnya mengikuti kehendak dia, Diana tidak mahu masuk penjara atau di dakwa, kerana imej dia pasti akan rosak teruk di depan mata umum.Apa pula yang akan terjadi kepada hubungan dia dan Villiam,sudah pasti banyak wanita cantik yang berlumba mendekati Villiam,kalau Diana tidak berada di sisi Villiam.
BERITA TENTANG ABOY
Pihak keluarga Lauren telah bersetuju menerima Aboy sebagai calon menantu,lima bulan dari sekarang mereka bakal berkahwin,ayah mereka sudah tidak sabar menyambut menantu perempuan, kerana Aboy sibuk berkerja,encik Tan telah mengupah pereka untuk mengubah suai bilik Aboy, supaya di hari pernikahan nanti lebih berseri dan berrezeki.Di saat Ate pulang Ate terkejut melihat rumah mereka di kunjungi orang yang dia tidak kenal,wajah ayahnya pula manis semacam, ayahnya berkata kamu tidak mahu kawin tidak apa,Aboy sudah bertunang dengan Lauren,lima bulan dari sekarang sudah mahu kawin.Encik Tan ketawa sambil melihat orang membuat kerja.Ate seperti orang bangun tidur,dalam masa dua minggu saja dia tiada, seperti dua bulan.Aboy sudah nak kawin,dia berasa bergembira, ayahnya tidak lagi bermasam muka dan menyindir bila Ate akan kawin selain berkerja.Oleh kerana hari istimewa Aboy berapa bulan lagi,Ate tidak menceritakan tentang dia berkenalan dengan seorang gadis di Jepun.Bila Ate bertanya soal Ruth, ayahnya pula bermasam muka kerana anak perempuan sudah berkawin telah lupa kepada ayahnya.Encik Tan terasa bila Ruth sering memberi alasan tidak mahu balik melihat dia.Ate juga berasa heran mengapa Ruth sudah lama tidak balik, sebelum ini walaupun Quan di landa masalah,Ruth pasti akan pulang sekejap,Ate merasa ada sesuatu yang mereka sembunyikan.
KEHADIRAN TANPA DIUNDANG
Kebetulan Ate akan bertemu dengan gadis pujaannya, dia bercadang untuk ke rumah Ruth bermalam, kerana dia sudah lama tidak bertemu mereka,Ate datang tanpa memberitahu kepada mereka,dia muncul begitu sahaja,di saat Quan dan Ruth sedang berehat di ruang tamu.Ate muncul tiba-tiba dengan senyuman.Ruth menjerit saat melihat Ate terpacak di belakang Quan,Ruth tidak dapat menyorok perutnya yang besar.Quan terkejut saat Ruth menjerit,Quan berfikir kalau pencuri masuk ke rumah mereka.Sebaik saja melihat Ate,Quan menyambut dengan gembira dan saling berpeluk.Tapi Ate menepuk kepalanya saat terlihat perut Ruth yang membesar.
”Apa yang awak buat kepada adik saya?"Ate mencekam bahu Quan.
"Kami tak buat apa-apa."jawab Quan dengan muka tidak bersalah.
Mereka ketawa berasa lucu,Ate mendekati Ruth,wajahnya sebak sebab tidak percaya, adiknya bakal menjadi ibu,doa ayahnya yang hendak menjadi datuk pun termakbul.Aboy dan Ate akan menjadi pakcik, mereka bakal mempunyai anak saudara.Ate berkata maaf sebab tidak menbawa hadiah untuk bayi yang berada di dalam perut Ruth,tapi berjanji akan membeli hadiah yang besar.Ate tidak faham mengapa mereka berdua bergitu merahsiakan kehamilan Ruth yang seharusnya diraikan.Ruth berkata dia ingin mengejutkan ayahnya dan Aboy, kerana Ate sudah datang mereka berbual dengan lama.Ate pun tahu apa yang dilalui keduanya ,Ate tidak sangka Villiam sanggup bersubahat dengan Diana.Ate ingin membalas dendam,tapi Quan dan Ruth melarang,Quan berkata mereka tidak perlu risau, kerana segala berada dalam kawalan.Quan memang tidak kelihatan bimbang,itu yang membuat Ruth risau.Ate pula membatalkan perjumpaannya dengan gadis itu,dia tidak mahu Ruth dan yang lain tahu dia bercinta,kerana masalah yang dihadapi oleh Quan dan Ruth lagi besar dari cinta.Ate juga terpaksa menyembunyikan apa yang dia tahu,agak membebankan bila dia terpaksa menutup mulut, bagaimana dia akan menjawab pertanyaan ayahnya nanti.Tapi melihat Quan dan Ruth masih bergembira mungkin mereka masih kuat dan tidak terkesan dengan masalah tersebut.Ate berasa marah bila dia terfikirkan Villiam dan Diana,nasib Ruth tidak bersama dengan orang seperti itu, Villiam dan Diana layak bersama kerana licik, kerana Ate sudah datang,dia diminta oleh Ruth memasak mee sup kegemaran keluarga mereka,Ruth akhirnya dapat menikmati makanan yang dia idamkan,mereka juga bercerita tentang perkahwinan Aboy dan Lauren, hadiah apa yang harus mereka berikan nanti.