"Heh! Nak harapkan Steven tu memang lambat nak siapkan kerja aku. Buang masa aku saja minta dia bunuh keluarga Daniel! Jatuh maruah aku! Sial betul!" Getus Jack sambil menghisap rokok. Tangan pula bergerak memberikan isyarat untuk meletakkan bom yang sedang dipindahkan ke dalam yacht berdekatan jeti itu.
" Tapi nasib baik aku dapat tahu siapa anak Daniel yang ada sekarang ni! Dan budak tu ada dekat sini! Aku akan umpan dia datang lepas tu, BOOM!" Sambungnya.
" Bos, kalau Mafia Blue Moon tahu kita buat ni, mampus kita, bos! " Ujar pekerjanya. Dia khawatir jika tertangkap.
" Pergi mampus lah dengan Blue Moon. Diorang bukan hebat sangat macam mafia lain." Balas Jack.
" Uish, Boss! Boss rasa macam mana Blue Moon boleh jadi Top Three? Sebab hebatlah Boss! Kita yang gangster ciput ni apalah sangat bagi dia! Celah kuku dia saja !" Balas lelaki itu.
" Lantaklah, dia bukan perasan pon kita buat ni. Kau diam- diam sudah! Lagipun dia ada majlis sekarang ni! Confirm tak perasan punya." Balas Jack cuba menyedapkan hati.
.
.
.
'Even if i spend every breath admiring the moon, it will still never be...mine.' Rafael Alexander mengepal buku lima. Memandang wanita yang disukainya sekarang berada dalam pelukan orang lain, bahkan tersenyum bahagia. Itu telah melukakan hatinya.
"Tuan Rafael,..." Ben Huang mendekati Rafael Alexander.
"Kite pergi sekarang." Rafael membalas singkat. Badan berpusing menuju pintu utama hotel itu.
Dark Moon dan seorang lelaki memandang adegan itu dari meja VIP silih berganti melihat antara Rafael dan Selena Rosellea.
Tiba-tiba Puan Helen dan Tuan William Hilderson melambai ke arah Selena Rosellea dan Steven Hilderson yang berada di tengah-tengah acara tarian itu. Senyuman hangat diberikan kepada mereka.
Dua manusia yang sedang bermadu kasih itu segera merapati mereka. Mereka duduk di meja VIP bagi Mafia Golden Dragon.
Selena duduk bersebelah dengan Puan Helen Hilderson.
"Puan Helen, " panggil Selena Rosellea.
"Call me Mama, Selena. We are going to be a family soon!" Balas Puan Helen Hilderson kepada Selena Rosellea sambil mencapai tangan gadis itu. Wajah gadis itu ditatap.
"Do you know that, Steven always talking about you. He said you're beautiful lady. And, the first time we met, yes you're obviously beautiful. He even dreamt about you in his sleeps. " sambung Puan Helen dituruti tawa. Tangan menepuk lembut tangan Selena Rosellea itu.
"Please, Ma. Don't embarrassed me in front of her!" Ujar Steven sambil mencuit baju sang ibu yang sedang mengusiknya.
"Betul ke?" Kini wajah berpaling ke arah Steven yang sedang malu. Anggukan ragu diberikan oleh lelaki itu. Tangan merayap menyentuh belakang leher. Janggal rasa nya saat gadis yang disukainya tahu tentang mimpinya.
"Upst, Mama nak pergi washroom sekejap. Nak touch up make up. Wanna go too, Selena? "
"She doesn't need to touch up, Ma. She's already pretty." Ujar Steven sambil menongkat dagu memandang Selena Rosellea. Pandangan nakal diberikan kepada gadis itu membuatkan wajah gadis itu merah. Blushing!
"Tak payah layan sangat dia, jom ikut Mama. " ditarik lembut tangan gadis itu.
Mereka berdua berjalan ke arah ruangan yang ingin dituju sambil sakan bergelak tawa.
Edora yang sedari tadi memerhatikan Selena terus mengekori gadis itu. Tiba-tiba jejak dua orang itu hilang. Kini dia tersesat di tengah simpang lorong untuk ke washroom.
"Tch! Hilang pula!" Decit Edora Patrick dengan geram sekali.
Dia berjalan untuk melihat satu persatu bilik yang ada di situ untuk mencari mereka.
Tiba-tiba-
"SELENA!!!" satu jeritan keras datang dari arah depan sana. Kaki laju berlari ke arah punca suara tersebut. Kini dia tiba di washroom yang tadinya dicarinya. Dia masuk ke dalam dan mendapati seorang wanita memegang pisau lalu menikam Puan Helen Hilderson di bahagian perut dengan sekali tusukan. Puan Helen tidak sedarkan diri setelah ditusuk dengan benda tajam itu. Darah bercucuran mengalir hingga ke lantai.
"Mama? Kenapa pintu tak boleh buka ni? Mama? Mama?" Selena yang berada di dalam tandas menggoncang kencang daun pintu tandas namun tidak mahu juga benda itu terbuka. Rupanya wanita tadi telah mengunci Selena Rosellea dari luar.
Edora Patrick terkejut dengan adegan berdarah tersebut.
Wanita yang menikam Puan Helen itu menoleh ke arah Edora Patrick sambil tersenyum seram.
"ARGH!!!" Teriak keras Edora Patrick memenuhi hotel mewah itu sehingga semua tetamu yang berada di dewan juga mendengarnya termasuk Steven. Lelaki bergegas berlari ke arah suara jeritan itu. Wanita tadi melarikan diri dengan meninggal pisau yang menikam Puan Helen masih lagi tertusuk di perut wanita paruh baya itu.
Selena menolak dengan keras pintu tandas tersebut sehingga terbuka. Lengannya kebiruan akibat menolak pintu tandas dengan sisi badannya. Dilihatnya tubuh kaku tidak sedarkan diri terlentang di hadapannya dengan darah disekitar.
" MAMA!!!" Selena Rosellea cemas. Dia melihat ada pisau yang menusuk Puan Helen Hilderson. Darah bercucuran keluar dari kesan tikaman itu. Dia memegang pisau tersebut.
Mata menangkap Selena Rosellea yang keluar dari tandas tadi. Dirinya terkejut. Akalnya tidak dapat memproses apa yang berlaku.
Namun, ada sesuatu yang lebih mengejutkan dari itu. Suatu yang tidak mampu diterima dek akal warasnya.
Edora Patrick terduduk lemas. Tangan meremas rambut sehingga serabai. Mata meluas. Tidak percaya apa yang telah dilihatnya tadi. Riasan wajah habis serabai dan comot.
Steven Hilderson dan juga keluarga Lee dan juga keluarga lain juga tiba di tempat kejadian. Semua terkejut dengan adegan itu. Ada yang menutup mulut. Mereka melihat Edora Patrick yang kehilangan akal warasnya yang sedang terduduk. Lionel Patrick menenangkan anak tunggalnya itu. Gadis itu menjerit tidak keruan saat itu. Peluh dingin memenuhi badannya
"MAMA!!!" Steven Hilderson melihat Selena Rosellea yang memegang pisau tikaman yang sedang menusuk sang ibu.
"APA YANG KAU BUAT, SELENA?!" Ditolak kasar gadis itu hingga kepala gadis itu terhantuk ke dinding. Kepalanya terasa cecair hangat yang mengalir di mengalir di kening lalu bangun. Namun, dia tidak peduli. Dia lebih pedulikan Puan Helen yang ditikam itu.
"Bu,bukan sa,saya... bukan!" Selena Rosellea cuba mempertahankan diri.
"BUKAN APA?! SEMUA ORANG NAMPAK LAH! KAU BUAT KAN?!" Steven merundukkan badan. Kemarahan Steven Hilderson meluap- luap saat itu. Dirangkul sang ibu ke pelukan. Tuan William Hilderson mendekati dua beranak itu lalu mengusap kembut wajah sang isteri.
Isaac Lee yang cemas itu bertindak menelefon ambulans. Tangan deras mendail.
Puan Anne Lee menutup mulut dengan kedua- dua tangan dan Tuan Matthew Lee merangkul bahu isterinya yang terkejut itu.
"Be,betul... bu,bukan saya..." Selena cuba untuk menerangkan kepada Steven.
Steven Hilderson bangkit menuju Selena Rosellea.
"KAU!!!" tangan kekar itu mencengkam leher Selena Rosellea dengan keras. Selena tidak dapat bernafas. Air mata mengalir deras dari tubir mata. Selena Rosellea memandang Steven yang dalam amarah besar itu berharap lelaki itu bersimpati kepadanya.
"AKU SILAP SEBAB PERCAYAKAN KAU! AKU SILAP!" teriak Steven Hilderson. Selena memejam rapat kantung mata. Merasakan seolah ajalnya kini telah sampai.
Tiba-tiba, Gerard Parkinson dan Jeremy Lee yang tadinya berada bersama ahli keluarga masing- masing merapati untuk meleraikan cengkaman tangan Steven di leher Selena Rosellea.
"LEPASKAN AKU LAH, REMY!!! AKU NAK BUNUH DIA!!! AKU BENCI KAU!!!" teriak Steven Hilderson kepada Selena Rosellea. Dia meronta-ronta dalam pegangan Jeremy Lee
"Sabar , Steven! Dengar dulu penjelasan dia!" Ujar Jeremy Lee kepada Steven Hilderson. Steven menggeleng kasar kepalanya. Tidak terima sebarang penjelasan. Baginya bukti dah ada depan mata.
Selena Rosellea memandang sejenak Steven yang dalam pegangan Gerard Parkinson dan Jeremy Lee tadi.
Pegangan di leher Selena itu akhirnya terlepas. Selena terisak menangis. Dengan langkah pantas dia mengatur langkah. Berlari keluar dari ruangan itu.
Hatinya sungguh kecewa saat lelaki yang tadinya sedang merangkai ayat- ayat cinta, yang tadinya berpewatakan manis dan baik itu sedang meragui dirinya bahkan tidak mendengar penjelasan darinya langsung. Tangan runcing menyeka air mata yang mengalir.